View: 1606|Reply: 3
|
[fiqh, isu semasa] Larangan Untuk Menjadikan Daging Korban Sebagai Upah
[Copy link]
|
|
Edited by ussopp at 23-9-2015 08:38 AM
Jabatan Mufti Negeri Perlis
Larangan Untuk Menjadikan Daging Korban Sebagai Upah:
Daripada Ali Bin Abi Talib: Telah berkata Ali, Rasulullah telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa-apa yang menetupi belakang unta tersebut(seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah daging sedekitpun darinya dan telah berkata Ali:
(Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada harta kami sendiri)
Penjelasan: Hadis ini jelas menyatakan bahawa tidak dibolehkan untuk memberikan upah daripada hasil korban tersebut kepada penyembelih dan si pelapah. Adapun berbentuk wang, maka ia dibolehkan kerana tidak termasuk bahagian korban.
Namun dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan atas dasar upah |
|
|
|
|
|
|
|
kitaorang dulu buat korban kat kg.. ada la dalam 2 3 kali..
1st time buat sendiri, lembu 2 ke 3 ekor..
tak cukup nak bagi satu kg..
berapa buah rumah sangat la dalam kg tu..
yang tukang lapah siap nak cop tulang nak ekor bla bla bla..
imam yang tolong sembelih pun siap cop nak bahagian apa..
aku tengok sakit hati je..
dari niat nak sedekah korban, dosa menyumpah yang dapat lebih
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh sedekahkan bahagian yg dia nak tu atas niat sedekah. kalau dia dah cakap dia nak part mana, lagi senang lah keje kita nak sedekah kat dia. tapi kita yg kena bagi, bukan dia ambik sendiri. kalau dia dah ambik sendiri tu dia sendiri kena jawab lah.
bab penting ramai org burn korban ialah tak de sorang pun penerima korban tu fakir atau miskin. ikut mazhab Syafie cuma perlu kurang2 sorang jer fakir atau miskin terima. tapi tak dicarinya. sibuk make sure semua jiran2 dah dapat. habis gitu je lah duit ribu2 beli lembu.
kesian...... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sabbath_shalom at 26-9-2015 10:11 PM
Macam kat kampong saya...kalau org luar tolong memang tak dibagi bahagian even tulang...
Kebiasaanya yg membantu sembelihan adalah kariah masjid..maksudnya merka ada 1/3 bahagian untuk daging iaitu untuk jiran tetangga.
Kalau tulang2 tu sebaik2 diberikan kepada fakir miskin...since zaman sekarang fakir miskin ala2 sombong perasan kaya...program sembelihan pon tak mahu join...adalah bagus diberi saja kepada tuan punya sembelihan dan jiran tetangga.
Kalau orang luar(tiada bahagain) join penyembelihan..jgn niat nak dapat daging dan tulang atau 1 inci pon dr korban itu..sebab memang xda bahagian yg diperuntukkan oleh Aollah utk korang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|