CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17139|Reply: 101

[fiqh] Ada yang makan belangkas tak dalam forum ni?

[Copy link]
Post time 18-9-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ussopp at 23-9-2015 08:48 AM

Ada yang makan belangkas tak dalam forum ni?

Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui status hukum memakan belangkas.Ini mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga nelayan.. Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya.. Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali bentuknya.. Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.

Setakat pengetahuan saya tidak ada dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan masakan dari belangkas melainkan  cuma di beberapa tempat di negeri johor seperti di daerah kota tinggi..S ekarang ini di sana telah dibuka restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.




Tapi itu di beberapa tempat di johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang menyediakan menu belangkas.

Ini mungkin kerana belangkas bukanlah satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari orang melayu memakan belangkas. Pengalaman saya bila menceritakan kepada rakan-rakan bahawa  keluarga saya pernah memakan belangkas.. Ada yang macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam.. Ada pula yang bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang saya sebut tadi, ada pula yang tanya belangkas tu macam mana.. saya jawab cuba google jumpa la nanti..

Ketika di sekolah menengah agama dahulu bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan, disana ada disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan. Lantas saya pun teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang diharamkan syarak.



Saya menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan. Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang ustaz. Tapi jawapan mereka berbeza.. Seorang ustaz lepasan al-azhar bila ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan. Seorang ustaz lepasan indonesia bila ditanya haram makan. Seorang lagi adalah Mudir  sekolah yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus.. aaaahh buntu saya dibuatnya. Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.

Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu jawapan yang tepat tentang perkara ini. Sebenarnya Ulama berbeza pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam. Secara ringkasnya, pendapat muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam Malik harus.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 10:50 AM | Show all posts
boring la topik TT ni....apa point yg u nk hailait sebenarnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 10:53 AM | Show all posts
melia_star replied at 18-9-2015 10:50 AM
boring la topik TT ni....apa point yg u nk hailait sebenarnya?

hahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 10:55 AM | Show all posts
melia_star replied at 18-9-2015 10:50 AM
boring la topik TT ni....apa point yg u nk hailait sebenarnya?

Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah dikatagorikan sebagai haiwan dua alam. Memang belangkas boleh naik ke darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”). Naiknya belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat. Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati.. Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak dalam pelastik.. Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye.. Saya nak share keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 10:56 AM | Show all posts
Fakta darah belangkas :

Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…

Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 10:58 AM | Show all posts
mzz tak pernah makan..ia mengingatkan mzz kepada alien vs predator
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2015 11:05 AM | Show all posts
kalo nak masak nate ni .. kena hati hati ...
kuah mmg sedap .. tapi jgn dihirup sesangat ...
kang tercerry ceryy
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:08 AM | Show all posts
penah makan benda ni masa kecik2... tapi sekarang ni aku ngeri plak tgk binatang ni... memang tak makan dah la kot benda alah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 11:14 AM | Show all posts
Yang jadi "belangkas"  outnumbered mereka yang makan belangkas....the hard fact......

Keh3x
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:19 AM | Show all posts
ayat yg selalu digunakan oleh kakak aku dulu2...
"hisss korang ni mcm belangkas..."
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:24 AM | Show all posts
masa kecik dulu suka makan telur dia..meletop top top dlm mulut..sekarang ni ssh nk jmpe dh belangkas ni even kat kpg2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 18-9-2015 10:53 AM
hahahaa

Awak ke yg belajar agama peringkat tinggi?

Btw dalam Judaism haram...haiwan bercengkerang haram dimakan...macam tiram ketam kerang siput belangkas udang harammm...non kosher foods.

Dlm Islam ada sebut kot..x tahu israelliyat ke tak... Nabi Noh kata ada sejenis makan di dalm laut ini kalau kamu akan akn jadi bodoh dan mudah lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:26 AM | Show all posts
ape la sdp ek...aku tgk rupa pon dh ngeri..
salah masak..leh mati kan sape yg makan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:27 AM | Show all posts
terlur belangkas hanyir bagi aku
lebeh suka makan isinya tapi ciput sgt
silap2 makan boleh keracunan
masa kecik2 dulu mmg byk belangkas kat pantai b'worth
skang neh mmg belangkas dah xada sejak NBCT ujud
oooh i missed good old days
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:27 AM | Show all posts
aku tak pernah dan tak rasa nak makan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 11:34 AM | Show all posts
BlueEagle replied at 18-9-2015 11:27 AM
aku tak pernah dan tak rasa nak makan...

bakar sedap ni woi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 11:38 AM | Show all posts
piao replied at 18-9-2015 10:56 AM
Fakta darah belangkas :

Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…
baru tau ..
thanks untuk info ni

terpikir gak tadi masa nengok gambar tu .. menda la cecair kaler biru tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 11:39 AM | Show all posts
MissNigga replied at 18-9-2015 11:05 AM
kalo nak masak nate ni .. kena hati hati ...
kuah mmg sedap .. tapi jgn dihirup sesangat ...
kang  ...

pernah makan ke? maknanya pnah cirit merata la ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 11:47 AM | Show all posts
zulka replied at 18-9-2015 11:19 AM
ayat yg selalu digunakan oleh kakak aku dulu2...
"hisss korang ni mcm belangkas..."

dah macam belangkas?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 11:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.130376 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list