mereka berhubung diantara satu dengan yang lain,berbual,bertukar tukar pandangan idea,dan juga ber komuniti.boleh dikatakan setiap pengguna internet berkumpul adalah dalam mencari informasi dan mencari kawan.mereka berkumpul dalam satu satu forum atau dalam satu bilik berborak panjang,atau dalam satu facebook contohnya dan berbincang mengenai aktiviti mereka.komuniti siber ini terdiri daripada pelbagai macam ragam manusia,ada yang muda remaja,dan juga dewasa
ada yang berkaitan mengenai modifikasi kereta,motor,kaki pancing,telefon bimbit,artis terkenal dari luar negara atau tempatan,resepi masakam atau sebarang hobi yang mungkin kita tahu,pastinya kesemuanya ada diinternet.
malangnya terdapat juga mereka yang berkomuniti diatas dasar minat yang tidak baik dan sonsang ini.
dalam internet ada bermacam macam ragam kandungan,ada yang baik dan ada yang tidak baik,kesemuanya tidak terkawal.jadi internet tidak boleh dipersalahkan dalam hal hal semacam ini kerana banyak kandungan dalam internet berguna untuk kita semua.walaupun laman web lucah adalah laman web yang paling banyak dilawati oleh seluruh dunia tetapi ada juga kandungan yang baik dan memberikan ilmu kepada kita semua
.selain itu dinegara kita khususnya malaysia adalah antara muka untuk ahli ahli politik mencapai minda rakyat,oleh kerana tiadanya undang undang khusus untuk menghalang penyebaran maklumat palsu dan fitnah maka blog menjadi perantara pilihan.walaupun ia menjadi media untuk mencurahkan rasa tidak puas hati dan marah
.ramai orang orang kita menggunakan internet untuk menyebarkan perkara yang tidak baik
ini banyak dilakukan selain daripada mereka mengeratkan persahabatan atau perkenalan menerusi facebook atau twitter contohnya dalam berhubung rapat atau sebagainya,jadi saranan saya gunakan lah teknologi yang ada ini untuk kebaikan dan kemajuan bangsa dari pada melakukan perkara yang tidak baik.
blog juga semakin meningkat penggunaannya terutama blogspot atau wordpress,
blog ini banyak digunakan bagi menyebarkan idea tak kiralah idea baik atau buruk.malah ramai juga yang melakukan perniagaan menerusi blog kerana ianya mudah dan ringkas.
malang sekali forum dan chat itu disalah guna untuk memberikan komen dan kata kata makian kepada orang lain.ada yang tuduh menuduh dan menyalahkan orang lain contohnya menggunakan bahan yang tidak sesuai,dalam mengutuk tentang barangan harian oleh pemerintah.pada amatan saya ramai orang berhasad dengki dalam perkara semacam ini walaupun kita patutnya berkongsi dan bekerjasama dalam melakukan kebaikan.
satu lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga maka pantaulah penggunaan internet oleh anak anak kita kerana terdapat banyak perkara perkara jahat didalamnya yang menunggu peluang dalam mencari mangsa
dalam internet.kita boleh gunakan anti malware untuk menghalang laman laman web tertentu.pastikan mereka tidak memberi sebarang maklumat peribadi yang sensitif kepada orang yang tidak dikenali.
blog dan chat adalah anugerah teknologi yang berguna dan tidak patut disalah gunakan.
maka gunakanlah teknologi ini untuk mencari keredhaan allah dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat.eratkanlah sillaturrahim kerana orang yang mengeratkan sillaturrahim akan diredhai oleh allah.