View: 9010|Reply: 7
|
Siapa pernah bagi CMD kat kucing?
[Copy link]
|
|
Sini saya nak bagi tips penjagaan kucing dengan CMD. Kalau sesiapa tak tahu pasal CMD Richvell boleh google infonya. Banyak testimoni pasal kebaikan CMD nih kepada manusia tapi tak banyak info pasal kebaikannya kepada kucing. Adalah sikit2 tapi tak banyaklah.
Kalau nak tahu, CMD adalah baik untuk kucing & anjing juga selain manusia. Ia boleh tingkatkan sistem imun & antibodi kucing, bagi banyak khasiat pada kucing dan paling penting boleh kuatkan buah pinggang kucing daripada terkena penyakit batu karang. Kita semua tahukan kucing mudah terkena penyakit batu karang kalau bagi makanan kucing yang murah dan banyak garam & perasa tiruan macam friskies, wiskas semua tu. Kadang2 dah bagi kibble yang mahal pun kucing still boleh terkena penyakit ni lebih2 lagi kalau diorang kurang minum air.
CMD nih jauh lebih jimat dari kos vet & vitamin untuk kucing. Lagipun bila kita dah bagi CMD, kita tak risau sangat kalau kucing kita makan makanan yang kurang khasiat sebab kita tak mampu nak bagi yang mahal lebih2 lagi zaman meleset nih..makanan kucing dah semakin mahal. Betul tak?
Ok. Ni saya nak bagi tip macamana nak bagi CMD kat kucing kita:-
1) Timbang berat kucing. Setiap 2kg - 4kg berat kucing, sukatannya setitik sehari. 4kg keatas bagi 2 titik, setitik pagi dan setitik petang.
2) Cara bagi makan ialah larutkan CMD dalam 5ml air lepas tu ambil sringe suap kat mulut kucing. Ada orang masukkan dalam makanan dan minuman kucing tapi saya lebih suka suapkan dgn sringe sebab kalau letak dlm makanan atau minuman kucing tak habis makan & minum jadi membazir pulak.
3) Bagi anak kucing yang beratnya kurang dari 2kg, bagi setengah titik saja atau kurang lagi bergantung kepada berat anak kucing. Macamana nak bagi setengah titik tu? Caranya larutkan setitik dalam 5ml air (anggaran) kemudian bagi setengah saja (2.5ml). Lagi setengah boleh simpan untuk besok. Kalau ada lebih dari sekor boleh kongsikan dgn anak kucing lain.
4) Air tu anggaran saja sukatilah nak bagi berapa asal jangan banyak sangat nanti lemas pulak kucing tu suapkan air banyak2 kat mulut dia. Yang penting sukatan CMD tu. Jangan bagi lebih takut mudarat pulak kucing tuh. Tentang sukatan CMD tuh saya agak2 jer ikut sukatan manusia iaitu setitik bagi setiap 2kg berat badan.
Harga CMD lebih kurang RM178 sebotol 120ml (boleh refer pembekal). Lebih kurang 2000 titik. Jadi kalau ada sekor kucing, satu botol untuk bekalan 2000 hari bersamaan 5 tahun 6 bulan. Jimat tak??
Saya dah bagi kucing dan anak kucing lebih kurang 6 bulan. Tak nampak apa2 yang ketara kecuali bulu dia jadi lembut selembut baldu. Kita tahukan kucing yang sihat boleh dilihat pada bulu dia. Kalau bulu kesat dan gugur maknanya kucing kurang sihat dan kurang khasiat. Tu jerlah testimoni yang saya boleh bagi tapi ada testimoni lain yang saya baca macamana CMD boleh sembuhkan sakit batu karang dan pulihkan mata kucing yang buta.
Kalau ada sesiapa yang pernah bagi kucing dia makan CMD nih bolehlah kongsi kat sini yer supaya kita sama2 dapat manfaat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok tips kedua pulak. Ubat kutu kucing frontline spot-on.
Korang pernah bagi ubat kutu jenama nih tak kat kucing korang? Ubat kutu ni elok tapi agak mahal terutamanya kalau kita ada banyak kucing. Jadi cara lebih jimat ialah beli ubat kutu ni yang untuk anjing punya. Lebih jimat sebab dalam satu tiub tu ada lebih banyak.
Kalau kita beli satu kotak yang 3 tiub untuk kucing harganya lebih kurang RM54 sekotak ada total 1.5ml. 0.5ml setiap tiub. Tapi kalau kita beli untuk anjing punya, 1 tiub ada 2.65ml harga RM35 (kat tempat saya) boleh pakai untuk 5 ekor kucing. Kandungan bahan ubat kutu untuk anjing dan kucing adalah sama takde beza.
So, kiralah sendiri kosnya. Ubat kutu kucing harga rm54 utk 3 ekor kucing tapi ubat kutu anjing harga RM35 satu tiub boleh pakai untuk 5 ekor kucing. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oh ye ke? Baru tau..
Tq for the info.
Ttg CMD tu, the salt lake trace minerals, saya pernah bagi kt kucing.. tapi masa tu tak tau mende tu apa. vet soh bagi, saya pon bagi je lah hehehe.. ok je kucing tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zalco at 5-1-2016 05:47 PM
Kenapa dengan kucing awak sampai vet rekemen CMD? Macamana awak bagi kucing awak makan CMD? Berapa sukatan? |
|
|
|
|
|
|
|
pernah bg CMD kat kucing.... letak bbrp titis kat bekas minuman die...
yg iols perasan, kucing iols hilang selera mkn, mkn cket je.... jimat iols sebulan x beli mknn diorg.... klu x dlm sblan bbrp kali kena topup mknn diorg.... tp tulah x comei sbb kurus keding....
iols beli cmd sbb konon2 nak kurus, last2 yg kurus bkn iols tp kucingnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zalco at 29-1-2016 10:24 AM
Beberapa titis??? Berapa titis awak bagi kat kucing awak?? Dia ada sukatan lah...tak boleh hentam jer bagi. Terlebih dos boleh mudaratkan kucing. Silap2 boleh rosakkan buah pinggang kucing. Saya bagi setitik jer sehari untuk kucing2 saya. Tak berani bagi lebih.
Sukatan dia ialah setitik bagi setiap 2kg berat kucing. Kucing2 saya ada yang beratnya 5kg tapi saya bagi setitik jer sehari.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tak bgi hari2...setakat aritu je, setakat arini alhamdullilah.... sihat n aktif...now, back to normal.... makin gemuk |
|
|
|
|
|
|
|
zalco replied at 29-1-2016 10:22 AM
Beberapa titis??? Berapa titis awak bagi kat kucing awak?? Dia ada sukatan lah...tak boleh h ...
tak ingat bpe titis sbb sye letak dlm bekas air yg besar... pas sye tgk kucen less appetite, terus x bg cmd lg... huhuhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|