View: 3232|Reply: 4
|
Anak Susah Menghafal Jangan Paksa Beri Galakan
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Menghafal dan memahami sesuatu sememangnya bukan satu perkara yang mudah. apatah lagi jika anda ingin lakukannya dalam masa yang singkat. Banyak perkara yang harus anak anda ambil kira jika kita sebagai ibu bapa terlalu memaksa mereka.
Ketahui antara tips mudah untuk menghafal
1. Sediakan persekitaran yang tenang dan yang penting jaga mood sewaktu mula menghafal
Disaat ini, pastikan tubuh dan otak dalam keadaan rileks untuk memudahkan anak-anak senang untuk menyerap informasi. Jika terpaksa juga untuk menghafal didalam keadaan yang tidak baik, ada moleknya cuba memperbaiki persekitaran itu dahulu supaya ia dapat mewujudkan semangat anda.
2. Mudahkan diri dengan mengetahui bahan yang harus di hafal
lebih mudah untuk menghafal, anda bahagikan bahagian yang harus anda hafal untuk memudahkan proses mengingat berjalan lancar.
3. Jangan malas untuk mencatat poin-poin penting dan buat rumusan
Buat ringkasan akan membantu anda untuk memahami dengan lebih mudah dan pantas. Dengan poin-poin ringkas sebegini anda boleh mengulangi membacanya dan ia akan lebih mudah serap ke dalam otak anda.
4. Rakam hasil ingatan anda
Jika anda merupakan auditory learner iaitu lebih mudah menghafal dengan cara mendengar, cara sebegini sangat membantu.
5. Tulis kembali semua yang telah kamu cuba hafalkan
untuk mempertajamkan lagi ingatan, tulis semula ringkasan yang telah anda hafal. Jika ada bahagian yang anda lua, tinggalkan sahaja dan muntahkan semua yang anda hafal. Usai semua, barulah anda rujuk kembali bahagian yang anda sukar ingat bagi melihat prestasi ingatan anda. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
buat revision awal pagi supaya otak lebih senang terima........ |
|
|
|
|
|
|
|
bagi yang muslim wajib percaya hidayah itu dari allah,
sama juga kes dengan pembelajaran anak2, sbb tahap pemahaman dan ingatan anak2 adalah berbeza,
jika tak ingaat, jgn dimarah, hanya beri dorongan,
yang penting dia berusaha, bukan tak buat apa2,
|
|
|
|
|
|
|
|
Minum jus kismis..serta commercially jampi ayer anugerah on a regular basis....please
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
anak sy br 5thn.
sy t'paksa pkrkan cr yg plg sesuai utk die mudah m'hafal & mengira...
alhamdulillah, setkt nie die mmg blh phm... |
|
|
|
|
|
|
| |
|