CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2057|Reply: 4

mohon pencerahan : Taklik

[Copy link]
Post time 5-8-2015 04:09 PM | Show all posts |Read mode
salam...

nak Tanya lah.. bagi sesiapa yg tahu... mengenai taklik yg dibaca oleh suami apabila pernikahan telah sah.  lupa lah, apa sebenarnya isi kandungan di dalam taklik tersebut.  dan berapa lama sebenarnya tempoh yg diberi kepada suami yg gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri dari segi nafkah zahir dan batin, hingga boleh menjatuhkan talak secara otomatik.
dan adakah sekiranya si suami tersebut, tinggal berjauhan dari isteri, tetapi tidak juga melaksanakan apa yg sepatutnya, juga boleh menyebabkan talak jatuh secara taklik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 11:07 PM | Show all posts
Waalaikumussallam warahmatullahi wabarakatuh

Uncle cuba jawab sikit...tapi please ingat ya....Uncle sekadar bagi basic info...sebab isu nikah kawin munakahat ni suatu isu yg sangat besar, jadi Uncle pun takut sebenarnya nak jawab , jadi sekadar sedikit panduan...tindakan selanjutnya, amat perlu kepada terus merujuk kepada pihak pihak yg berkenaan..
Harap maklum


SEBELUM TU, PERLU DIINGAT...."Taklik Nikah" ni dibuat adalah bertujuan untuk bagi pembelaan sewajarnya kepada Isteri atas suami yg tidak bertanggungjawab..(meninggalkan atau memukul ...menginanyai isteri )




lupa lah, apa sebenarnya isi kandungan di dalam taklik tersebut.  dan berapa lama sebenarnya tempoh yg diberi kepada suami yg gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri dari segi nafkah zahir dan batin, hingga boleh menjatuhkan talak secara otomatik.







Kandungan "Taklik" ni ada sikit perbezaan menurut tempat.....misalnya..Taklik nikah SELANGOR :


Berikut adalah contoh lafaz taklik negeri Selangor :

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”



Jadi...Contohnya di negeri selangor...lafaz taklik tu sebut...4 BULAN HIJRAH BERTURUT TURUT ATAU LEBIH.

.................................




TAPI .....Yg TT sebut..."TALAK SECARA OTOMATIK" tu.....

Perkataan "OTOMATIK" tu bagi Uncle agak kurang tepat...sebab..ada tambahan syarat dalam taklik tu...

iaitu..

"kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.




Maksud Uncle....YG UNCLE TANDA MERAH tu....perlu terlaksana terlebih dulu..baru jatuh.


(kalau si isteri redho je..tak pergi mengadu...makanya..belum cukup syarat dalam taklik tadi..tak adalah apa apa.. )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:38 PM | Show all posts
Edited by burungantu at 5-8-2015 11:40 PM

Uncle sambung sikit..

"TAKLIK" selangor ni..dia sebut. "..Talak Khulu'  .."
Maksud nya secara bahasa pasar kita...."Tebus talak"....
Jadi..si suami lepas nikah..dah bagi greenlight....kalau isteri nak dapatkan "talak" daripada dia (si suami)...Si isteri kena bayar seringgit (dgn syarat2 yg disebut tadilah...tinggal/pukul dsbnya)..& Mahkamah Syariah akan terima seringgit tu bagi pihak suami.



Uncle hilite kan kat sini isu istilah ni,,sebab...bila sebut "Khulu' " atau tebus talak.....implikasinya adalah berbeza drp penceraian biasa (suami jatuhkan talak )

antara bezanya...

- Tak boleh rujuk.....(tapi boleh nikah balik..)...ini bagi Uncle "self defence" utk isteri..sebab dia yg ada hak utk terima atau tolak "nikah semula"....sedangkan kalau"talak"...suami boleh sja nak rujuk (hak suami untuk rujuk tanpa kebenaran isteri pun)

- Tempoh Edah.....khulu' sekali haid sja..

- tak haram walau si isteri dalam haidh ( haram hukumnya suami jatuhkan talak waktu isteri haidh )


Maksudnya..hukum2 yg terpakai dalam "khulu' " sama macam hukum " Fasakh"....(tak sama dgn hukum talak )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh... Ok2... Terima kasih uncle...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:49 AM | Show all posts
simple dan mudah difahami penerangan uncle..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061886 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list