CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2453|Reply: 0

Tiga Fungsi Bintang Di Langit

[Copy link]
Post time 22-7-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode


Langit adalah sesuatu perkara atau benda yang tidak dapat diketahuisecara jelas kecuali oleh Allah sahaja. Apa yang kita tahu, langit mempunyairuang-ruang kosong yang menempatkan galaksi dan bintang-bintang. Himpunan galaksidan bintang-bintang inilah yang kita namakan alam semesta.


Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menjelaskan akan fungsibintang-bintang ini dan terdapat tiga fungsi yang disebutkan di dalamkitab-kitab tafsir, antaranya;


1. Merejam Syaitan

Berdasarkan;

Terjemahan : Surah Al-Mulk [67] : 5


5. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang,dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kamisediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.


Maksudnya : Bintang itu sebagai alat merejam syaitan atausatu siksaan kepada syaitan yang berupa meteor (bebola api).


Terdapat dalam sebuah hadis dalam sahih Bukharimengenainya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa para jin atau syaitanyang mencuri berita di langit (ketika Allah menetapkan sesuatu urusan dilangit) akan terkena semburan api (meteor) sebelum syaitan itu sempat memberimaklumat kepada penduduk bumi. (Sila rujuk sahih Bukhari hadis bernombor 4701).







Oleh itu jika ada yang menyangka atau menganggap jika ternampak meteoryang melintasi langit lalu memohon sesuatu dan permohonannya akan dikabulkan,maka itu adalah perbuatan syirik dan jahil.


Termasuk juga mereka yang mempercayai horoskop walaupun hanya membaca secara‘suka-suka’ kerana ia akan membantu lagi syaitan memperdayakan dirinya. Syaitanakan membisikkan kepada si pembaca bahawa seolah-olah ramalan itu benar.Seringkali kita mendengar orang berkata, “Aku tidak percaya horoskop, tetapiada juga kebenaran bila membacanya...”.


Sebenarnya inilah syaitan yang merasuk dalam pemikirannya dan dia menyangkaberita bohong (ramalan bintang) itu adalah perkara yang kecil sahaja padahal disisi Allah ia adalah sesuatu yang besar kerana ia melibatkan akidah dan bolehmenjejaskan keimanan.







2. Perhiasan di Langit


Berdasarkan;


Terjemahan : Surah Al-Hijr [15] : 16


16. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit)dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)....


Maksudnya : Ia adalah antara bukti bahawa betapa besar dan hebatnya ciptaanAllah. Malah dalam sebuah ayat yang lain;


Terjemahan : Surah Al-Mu'min [40] : 57


57. Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaanmanusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.


Diterangkan kepada kita bahawa penciptaan langit itu lebih hebat dan besar daripenciptaan manusia, iaitu betapa mudahnya Allah mengatur bintang yang tidakterkira jumlah dan besarnyanya; inikan pula mengatur manusia yang hanyabeberapa billion.


Semua manusia di seluruh pelusuk dunia tidak kira apa agama dan bangsa akanberasa takjub apabila melihat bintang-bintang di angkasa. Baru sahaja kitamelihat dengan mata kasar sudah berasa takjub, belum lagi mendalami akanilmunya (sistem orbitnya, struktur, pengembangan dan sebagainya).


Tetapi berapa ramai manusia yang lupa bahawa dirinya kecil (lemah dan tidakberdaya)? Berapa ramai manusia yang bongkak akan ilmunya? Berapa ramai manusiayang resah gelisah kerana kurang hartanya lalu memakan riba, rasuah dansebagainya (sedangkan Allah mengatur rezeki mereka)? Oleh kerana itulahdikatakan kebanyakan manusia tidak mengetahui.








3. Penunjuk Jalan


Terjemahan : Surah Al-An'aam [6] : 97


97. Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannyapetunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telahmenjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.


Maksudnya : Bintang di langit juga sebagai penunjuk arah bagi mereka yang berlayardi lautan mahupun orang yang berada di daratan. Bintang-bintang disusunmengikut susunannya yang tersendiri dan dapat dijadikan sebagai penunjuk arahkepada mereka yang mahir akan ilmu ini.


Terdapat puluhan jenis dan perkumpulannya dalam susunan bintang-bintang ini dangambarannya seolah-olah seperti binatang, layang-layang dan sebagainya(mengikut gambaran atau yang dibayangkan oleh manusia). Maha suci Allah yangtidak menciptakan semua ini sia-sia melainkan tetap ada kegunaannya pada merekayang mahu menggunakan akal.


Selain itu ia juga sebagai ‘penunjuk jalan’ kepada kebenaran, iaitu menunjukkanciptaan Allah yang maha hebat ini dengan kesempurnaan dan pemeliharaannyasebagai antara tanda-tanda kebesaran dan kekuatan-Nya. Maka wajarkah manusia menyekutukan-Nyadengan sesuatu yang lain?


Perlu diingatkan sekali lagi bahawa bintang atau zodiak ini tidak membawaapa-apa erti terhadap ramalan hidup seseorang. Ia hanya sebagai penunjuk arahkepada manusia dan digambarkan dalam bentuk-bentuk tertentu agar mudah kitamenghafalnya sebagai penunjuk arah. Janganlah kita terpedaya dengan pemikiranmereka (syaitan dari jenis jin dan manusia).


Dalam sebuah hadis;


Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a : Sabda Nabi saw, “Allah berfirman; Ketikahamba-hambaKu bangun pagi-pagi, diantaranya ada yang mukmin ada yang kafir.


Siapa yang berkata hari hujan kerana kurnia dan nikmat Allah, maka dia itumukmin (iman) dengan-Ku, kafir dengan bintang-bintang.


Siapa yang berkata hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka diakafir dengan-Ku, iman dengan bintang-bintang.” (0058) Sahih Muslim


Kesimpulan :


1. Segala penciptaan Allah yang kita ketahui dan tidak kita ketahui mempunyaiperanan dan fungsinya masing-masing. Tidaklah yang dapat memanfaatkannyakecuali orang-orang yang rajin menggunakan akalnya; iaitu orang yang mencintaiilmu.


2. Seluruh makhluk Allah tunduk dan patuh kepada-Nya;


Terjemahan : Surah Al-Hajj [22] : 18


18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumitunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan,dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, danbinatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (diantara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya danmaksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidakakan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetapmelakukan apa yang dirancangkanNya.


3. Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang bukansahaja mencipta, malah memeliharanya pula untuk kemanfaatan makhluk-Nyaterutama manusia. Sekiranya Allah tidak menciptakan takdir, maka porakperandalah seluruh sistem kehidupan.


4. Penciptaan bintang-bintang ini juga menunjukkan kesempurnaan Allah yangmencipta segala sesuatu penuh ketelitian (tiada kecacatan langsung), harmoni,stabil, kukuh dan membuktikan akan kekuasaan-Nya atas segala sesuatu.


Terjemahan : Surah Al-Jumu'ah [62] : 1


1. Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Wallahu’alam


Rujukan : SahihAl-Bukhari (Kitab Tafsir), Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Munir dan Tafsir IbnAbbas

http://seribupilihan.blogspot.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.163170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list