CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2682|Reply: 0

[Lain-Lain] Bomba: Korban cuti raya demi tugas

[Copy link]
Post time 21-7-2015 11:37 AM | Show all posts |Read mode

                           
PUTRAJAYA - Ketika takbir bergema di pagi raya, muslimin bersiap sedia untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid.
       
        Memakai pakaian serba baru dan menjamu selera dengan hidangan istimewa antaranya ketupat, rendang, lemang dan nasi impit dan sebaginya merupakan memori paling indah dalam hidup selepas sebulan berpuasa.
       
        Namun bagi Mohd Ridwan Kamaruddin, 27, yang baru berkhidmat dua tahun dalam jabatan itu, dia akui terpaksa berhari raya di balai.
       
         “Siapa tidak terusik namun apa boleh buat kerana saya menjalankan tugas,” katanya.
       
        Menurutnya, tahun ini merupakan tahun kedua berhari raya di perantauan.
       
        “Kesunyian pagi raya terubat apabila meraikannya bersama rakan setugas,” katanya.
       
        Beliau yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, kebiasaannya kes kebakaran amat jarang berlaku di kawasan tersebut.
       
        “Ini kerana kebanyakan penduduk Putrajaya pulang ke kampung.
       
        “Tapi kami perlu bersiap sedia untuk segala kemungkinan,” katanya.
       
        Bagi anak jati Rantau Panjang, Kelantan, Mohd Nor Hila Azman, 25, dia sudah bersedia untuk menempuhi Aidilfitri di perantauan buat julung kalinya.
       
        “Bahang sedihnya sudah dirasai, namun saya sudah pulang ke kampung untuk berpuasa bersama ibu bapa dan keluarga,” katanya.
       
        Belum pun setahun menyertai bomba, dia sanggup mengorbankan cuti itu demi tugasnya.
       
        “Saya bersyukur diberi peluang berkhidmat dengan jabatan ini.
       
        “Saya sememangnya minat dengan bomba kerana semasa di sekolah menengah, saya menyertai kadet bomba dan begitu juga semasa menuntut di kolej,” katanya.
       
        Mengimbau kembali kenangan tugas pertamanya menyertai bomba, Mohd Nor Hila berkata, kes kebakaran pertamanya adalah rak kasut terbakar di sebuah pangsapuri dekat sini.
       
        “Masa itu saya fikir betul ke tidak sehingga sampai ke lokasi,” katanya.
       
        Jika Mohd Ridhwan dan Mohd Nor Hila bertugas di Aidilfitri, bagi Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Dalilan Surat, 53, cukup gembira apabila dapat bersama keluarga meraikan hari raya.
       
        “Sebelum ini empat tahun berturut- turut saya tidak pulang beraya di kampung, tahun ini berbekalkan cuti selama lapan hari, saya , isteri dan tiga anak akan pulang beraya di Lambor Kanan, Perak,” katanya.
       
        Selama 30 tahun berkhidmat, keluarganya sudah biasa tidak pulang ke kampung.
       
        “Sekiranya dapat cuti, ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menziarahi keluarga dan sanak- saudara,”katanya.

sinarharian

               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    22-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list