CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2054|Reply: 0

[Lain-Lain] Salam Aidilfitri Shabery Cheek Kreatif Dan Bermakna

[Copy link]
Post time 15-7-2015 10:39 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tahun ini memilih pendekatan kreatif untuk menyampaikan salam lebarannya kepada rakyat Malaysia.

Melalui klip video pendek berwarna-warni yang diiringi muzik rancak berlatarbelakang bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke kawasan pantai di Parlimennya di Kemaman, Terengganu, Ahmad Shabery mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia.

Namun, di sebalik klip video ringkas itu dengan iringan lagu 'Selamat Hari Raya' yang digubah semula Raja Sham dan lirik ditulis oleh Zaira Aziz, Ahmad Shabery sempat menyelitkan mesej penuh makna dengan turut menyarankan kepada rakyat Malaysia, walaupun terdapat perbezaan, semua haruslah sehati sejiwa dalam menyambut hari lebaran ini.

Beliau turut menyarankan kepada rakyat Malaysia supaya menjadikan 'Hari Raya menambah keindahan'.

Sementara bersama penduduk Kemaman, beliau berkata dalam loghat tempatan iaitu 'Lawa Malaysia ni, bila raya koho (bertambah) lawa lagi'.

Klip video selama satu minit 39 saat itu dimulakan dengan landskap malam ibu kota dengan gaya bersahaja Ahmad Shabery mengunjungi bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebuah kawasan membeli-belah cukup terkenal dalam kalangan orang tempatan dan pelancong terutama di musim perayaan dengan menjual pelbagai barangan termasuk baju dan kuih raya.

Beliau beramah mesra dengan peniaga serta warga kota dari pelbagai latar belakang yang membanjiri kawasan tersebut untuk membeli barangan persiapan Aidilfitri.

Video itu kemudian memaparkan Ahmad Shabery sedang bersantai dengan penduduk kampung di Kemaman.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
    tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
    Views : 11253 Replies : 6
    Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
    YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
    Views : 22619 Replies : 18
    Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
    ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
    Views : 20593 Replies : 13
    Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
    YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
    Views : 31214 Replies : 15
    Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
    YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
    Views : 11654 Replies : 10
    Edisi Rumah Pantun
    telracsEdisi Rumah Pantun
    Views : 77159 Replies : 510
    SUPERMAN (2025)
    SY_MumiSUPERMAN (2025)
    Views : 52950 Replies : 52
    Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
    Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
    Views : 26375 Replies : 28
    Official Muzik Muzik 40 (2025)
    fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
    Views : 58104 Replies : 1096
    [SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
    xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
    Views : 4148 Replies : 179

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    © 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    13-2-2026 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.538067 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list