Jus buah-buahan adalah sangat disyorkan ketika bulan puasa kerana ianya membantu badan untuk mendapatkan kembali paras gula yang optimum dan kaya dengan nutrien. Ini 5 kafe jus buah-buahan segar boleh dicuba Ramadhan ini. Selain daripada menawarkan tawaran khas Ramadhan, beberapa daripada kafe ini juga menyediakan perkhidmatan delivery, memudahkan anda untuk sahur dan buka puasa. Merupakan cold-pressed juice bar pertama di Malaysia, La Juiceria sentiasa memperbaiki dan memperkenalkan perisa unik. Sempena Ramadhan, mereka menawarkan Ramadhan Package yang datang dengan pelbagai perisa antaranya Almond Dates Mylk dan banyak lagi. Strip Juice tidak mempunyai bahan pengawet, tiada tambahan gula, tidak dibuat dari pati dan tiada tambahan perisa / pewarna. Mereka menggunakan seluruh buah-buahan yang berkualiti baik supaya anda mendapat 100% jus segar dalam setiap teguk. Organic Juicery merupakan 90-100% organik. Menariknya Cleanse One Day Kit membolehkan anda bersama-sama dengan petunjuk dari pasukan akan membantu menjana semula badan dalam masa yang paling singkat. Unicorn Pressed Juice sarat dengan buah-buahan premium kualiti, kacang dan sayur-sayuran. Dari botol kaca cantik kepada skim warna pelangi, menjadikan Unicorn Pressed Juice antara kesukaan warga kota, jus buah-buahan berkahsiat dalam bungkusan cantik. Pada bulan Ramadhan yang mulia, Upbeat Health Bar melancarkan Ramadan Juice Cleanse package. Harga bermula dari RM65 sehari dan RM120 untuk dua hari. Setiap hari datang dengan tiga perisa edisi khas (termasuk Cashew Nut Milk with dates) untuk Iftar, supper dan Sahur. wanista
|