CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 1

1,000 jemaah berbuka puasa Masjid Seksyen 7 Shah Alam [jom derma]

[Copy link]
Post time 29-6-2015 02:58 PM | Show all posts |Read mode
                                                                            Sebahagian jemaah yang hadir untuk berbuka puasa. - Foto ihsan MUHAMMAD TARMIZI ABD KARIM                                                                     

[url=]
[/url]                 




BERATUR panjang dan cukup meriah! Demikian suasana yang dapat disaksikan di Masjid Seksyen 7 Shah Alam yang buat pertama kali menjadi tumpuan kira-kira 1,000 jemaah setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk menyertai majlis berbuka puasa anjuran masjid tersebut.

        Pengerusi program iftar Masjid Seksyen 7, Muhammad Tarmizi Abd Karim berkata, Masjid Seksyen 7 membelanjakan hampir RM15,000 sehari untuk menyediakan juadah berbuka dan moreh dengan menggunakan khidmat tiga katerer berbeza sepanjang Ramadan ini hasil sumbangan orang ramai.

“Pada awalnya kami merancang hanya sekitar RM4,000 untuk 300 orang sahaja. Tapi sudah berubah. Tidak sangka program ini dapat sambutan.

“Kos sehari untuk berbuka puasa dan moreh mencecah RM15,000 dengan tiga katerer yang berbeza untuk sebulan ini. Menu pula pelbagai,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Masjid Seksyen 7, semalam.

        Malah katanya, majlis berbuka di situ juga turut menerima tetamu bukan Islam untuk menyertai iftar yang disediakan bersama-sama.

“Ini adalah kali pertama Masjid Seksyen 7 mengadakan program berbuka bersama ini. Pada hari pertama, kira-kira 1,500 jemaah datang, sampaikan ada jemaah di luar kawasan masjid.

“Manakala purata setiap hari kami menerima hampir 1,000 jemaah yang terdiri daripada keluarga, individu dan sebahagian besarnya adalah pelajar. Sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan mereka pada Ramadan ini.

“Setiap hari suasana di sini memang sangat meriah malah pada minggu lalu ada juga golongan bukan Islam yang menyertai berbuka di sini sebab kita memang jemput supaya dapat menyalurkan kemesraan antara kita,” katanya.

        Tinjauan Sinar Online mendapati petugas sudah mula menghamparkan tikar di sekitar masjid untuk orang ramai yang akan membanjiri pekarangan Masjid Seksyen 7 menjelang waktu berbuka sekitar 6.15 petang.

        Manakala pihak katerer pula sudah sibuk menguruskan makanan yang disediakan secara bufet itu sebelum ia ‘diserbu’ jemaah yang datang.

“Kalau lihat di sini, kira-kira jam 6.30 petang orang ramai akan beratur untuk mengambil makanan dan kita menyediakan tikar-tikar di luar masjid termasuk kerusi yang boleh menempatkan 400 tetamu di bawah khemah.

“Kami ada 20 pekerja yang diupah untuk membantu melancarkan segala proses sebelum dan selepas berbuka,” katanya.

        Dalam pada itu, Masjid Seksyen 7 menerima infaq daripada orang ramai termasuk sektor swasta, ahli korporat dan individu dan pihaknya masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk dihulurkan ke Masjid Seksyen 7.

        Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Islamic, 569981105040 atas nama Masjid Seksyen 7 Shah Alam.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/meriahnya-iftar-di-masjid-seksyen-7-shah-alam-1.405610

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2015 01:53 PM | Show all posts
Edited by loklik2 at 30-6-2015 01:54 PM



https://www.youtube.com/watch?v=y30semxl6bg



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075461 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list