CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4404|Reply: 0

[Lain-Lain] “KENANGAN RAYA BERSAMA P. RAMLEE”, WCT MALLS SAMBUT HARI RAYA PENUH NOSTALGIA

[Copy link]
Post time 25-6-2015 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Rumah kayu Melayu tradisional yang dibina di atas tiang kayu, berbumbungkan atap dan zink, dengan lantai kayu dan basikal zaman dahulu melengkapkan suasana nostalgia “kampung” di dua pusat beli belah yang dikunjungi ramai, Paradigm Mall dan gateway@klia2 pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Bertemakan “Kenangan Raya Bersama P. Ramlee”, para pembeli dan pengunjung dijemput menyambut kemeriahan Hari Raya bermula dari 26 Jun – 26 Julai di Paradigm Mall, dan dari 19 Jun – 26 Julai di gateway@klia2 dengan mengenang perjalanan seni legenda yang menjadi warisan negara, iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Sebagai memperingati jasa Tan Sri P. Ramlee, dua pusat beli-belah ini akan mengimbas kembali zaman kegemilangannya setiap Sabtu dan Ahad dari jam 2.00 petang – 8.30 malam dengan penyanyi dan penghibur jalanan mendendangkan lagu-lagu raya yang menjadi kegemaran ramai dari era tersebut. Para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti tarian Zapin tradisional Melayu, muzik Ghazal, dan Silat Naka, iaitu seni mempertahankan diri Melayu; mencerminkan budaya Melayu yang unik.
Tayangan istimewa filem P.Ramlee seperti Do Re Mi pada 4 Julai 2015 dan Ali Baba Bujang Lapuk pada 11 Julai 2015 akan diadakan di Boulevard, Tingkat G, Paradigm Mall pada jam 8.30 malam untuk menceriakan suasana perayaan dalam kalangan semua pengunjung.
Paradigm Mall juga akan menganjurkan Bazar Ramadan di Boulevard setiap hari dari 3 Julai hingga 19 Julai, mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, dimana pengunjung boleh membeli pelbagai jenis barangan dan keperluan bagi menyambut kedatangan Syawal.
Sebagai sebahagian daripada kempen perayaan, dua pusat beli-belah ini akan mengagihkan risalah “One-stop Ramadhan” yang mengandungi Tawaran Istimewa Ramadan dan Promosi Pesta Jualan 1Malaysia untuk semua pengunjung. Selain daripada risalah tersebut, pelanggan yang membelanjakan RM200 dan ke atas dalam satu atau dua resit pada hari yang sama di Paradigm Mall dan gateway@klia2 boleh merebut peluang untuk memenangi dua tiket penerbangan pergi balik ke destinasi menarik seperti Bali, Hong Kong, Macau, Taipei, Melbourne, Sydney, Seoul atau Tokyo. Selain daripada barangan percuma, pelanggan juga layak untuk menebus sampul duit Raya dan selendang Pashmina.
Pelanggan yang berbelanja RM100 dan ke atas dalam sekurang-kurangnya satu resit di Paradigm Mall atau dalam satu atau dua resit pada hari sama di gateway@klia2 boleh menebus sampul duit Raya mereka di kaunter concierge di kedua-dua pusat beli-belah ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paradigmmall.com.my atau www.gatewayklia2.com.my.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041492 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list