CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 7

SOLAT fardu yang tertinggal adalah hutang yang wajib dibayar

[Copy link]
Post time 24-6-2015 03:15 PM | Show all posts |Read mode

Siapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang hukum meninggalkan solat.

Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri dan para pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.

Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.

Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.

Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.

Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.

Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.
Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.

Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.

Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.

Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.




Sumber:  http://soleh.net/2008/08/25/qada-solat-hutang-yang-wajib-dibayar/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 03:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 03:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 03:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 04:18 PM | Show all posts
hukum nya straight forward dan ada dalam quran: solat fardhu, hukumnya wajib buat.
dari segi qadha nya dikatakan RSAW akan tetap sembahyang fardhu walau dalam apa jua sekali pun dan rasanya Baginda tak pernah kena qadha. Pendapat Mazhab eloklah dirujuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:58 PM | Show all posts
Langkah pertama kena taubat nasuha dulu kerana melakukan dosa yg sgt besar iaitu meninggalkan solat dgn sengaja

Lepas tu boleh start qada solat2 yg pernah ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2015 03:34 PM | Show all posts
Nak cuba ganti sikit2....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 01:49 PM | Show all posts
hutang dengan manusia pun wajib dibayar , inikan hutang dengan Allah , wajib bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.050148 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list