CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 0

Israk Mikraj mengatasi logik akal

[Copy link]
Post time 27-5-2015 11:44 PM | Show all posts |Read mode
“Peristiwa Israk Mikraj adalah rekod tidak boleh dipertikaikan kerana ia dicatat Allah dalam al-Quran,” kata pendakwah bebas, Ustaz Fauwaz Fadzil.
Beliau berkata demikian sempena ceramah Israk Mikraj di surau New Straits Times Press (M) Berhad di Bangsar (NSTP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seramai 300 kakitangan Islam NSTP hadir sempena majlis itu.



Beliau berkata, banyak pengajaran dan iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj yang boleh dijadikan panduan manusia sejagat.
Katanya, Allah sengaja menjadikan peristiwa itu untuk menguji manusia sejauh mana mereka percaya kepada kekuasaan-Nya walaupun dari logik akal manusia, perkara itu mustahil.
“Tidak hairanlah orang kafir cuba mempertikaikan peristiwa itu kerana mereka mengkaji dari segi akal dan sains semata-mata.




“Dalam Islam, kekuasaan Allah di luar dari logik akal manusia kerana sebagai Pencipta, Allah mampu melakukan apa saja dengan lafaz ‘kun’ maka jadilah sesuatu itu,” katanya.
Menurutnya, peristiwa itu juga sebagai bukti betapa istimewanya manusia bernama Nabi Muhammad SAW yang dipilih untuk melakukan perjalanan suci itu bagi menemui Allah.



“Pilihan itu bagi mengangkat darjat Nabi Muhammad SAW dalam kalangan manusia lain dan sebagai bukti kenabian kepada mereka yang selama ini mempertikaikan perkara itu.
“Justeru, peristiwa Israk dan Mikraj wajar dilihat dari aspek yang luas, bukan semata-mata perjalanan itu sahaja,” katanya.



Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada waktu malam, mengapa Allah memilih waktu malam, bukannya siang?
“Malam adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berehat dan mengingati-Nya dengan bersolat serta berzikir.



“Allah jadikan malam supaya manusia bangun dari tidur seketika untuk bermunajat dan meminta apa saja permohonan.
“Allah suka umat yang suka meminta pertolongan dan menyeru nama-Nya, bukan seperti manusia yang bersifat lemah,” katanya.


Katanya, bagi orang beriman kedatangan malam adalah suatu anugerah yang tidak boleh dilepaskan kerana ketika inilah waktu yang sesuai untuk memuji dan menyeru nama Allah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.250017 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list