|
Diambil pd jam 2.05 ptg.. Sungguh cantik ciptaan Allah swt. Dikatakan fenomena Halo.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
|
|
|
|
|
|
|
|
adik aku pon forward gambo td.... leh nmpk katanyer... aku keje... bangunan je tinggi tp x nmpk luar pon... huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Halo?Halo? Abdul Wahub? Haloooooo
Apa2hal awat masuk bod misteri? Kan lebih elok masuk bod astronomi & Geografi? |
|
|
|
|
|
|
|
kiamaaaaaaaaat! jom.nikoh cpt2
muahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kiamaaaaaaaaat! jom.nikoh cpt2
muahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sbb aku rasa misteri sgt....
(sbnarnya x jmpa pon bod yg sesuai)
|
|
|
|
|
|
|
|
halo..is it me u looking for? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya sesuai letak d bod astronomi & geografi...
|
|
|
|
|
|
|
|
wakakaa... terbayang muka ahmad nifsu tahan marah abdul wahub tak balik rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miyamiyo at 30-4-2015 11:42 AM
Hahaha comment abdul wahub tu bikin menangis |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pernah tgk fenomena ni masa kecik2.. Time tu mlm raya.. Xtau apa benda
..takut nak keluar rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah tegok gak..ms tu kat pantai seagate p.p... bulan mengambang penuh time tu... terang n cantik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|