|
Salam, apa yg nak aku ceritakan di sini bukanlah pengalaman sendiri. Cerita dari abang ipar yg dialami oleh pekerja2 dia, tahun lepas (2014).
Abang ipar aku dapat projek membangunkan sebidang tanah + kolam (atau ex-lombong?) di Sepang. Tanah tersebut dikelilingi oleh ladang kelapa sawit milik org lain, dan tanah majikan abang ipar aku ni pulak hutan, termasuk kolam. Boleh dikatakan, sebahagian besarnya kolam je. Setelah tuan tanah minta pendapat, abg ipar aku pun suggest buat resort bertemakan air. Bina cabin, campsite, restoran, dan kemudahan2 utk aktiviti air, sort of la. Tempat tu mmg cantik bila sunset.
Maka bermulalah kerja2 clearkan hutan2, ratakan tanah yg dilakukan oleh beberapa org pekerja warga asing, sambil disupervised oleh abang ipar. Macam2 jenis ular dorg jumpa dalam hutang tu. Nak clearkan pokok2 hutan tu kene pakai jentolak dan segala macam mesin2. So bila malam, nak taknak, beberapa org pekerja kene la tido kat situ jugak. Yela taku jugak nanti barang2 hilang kene curi.
Jadi bermulalah desas desus sampai ke telinga abang ipar aku ni. Penampakan, pendengaran (dengar2 bunyi menangis) diadu oleh pekerja2 kepada abang ipar aku nih. Tapi ta de yang serius pun. Tak de la sampai dorg berhenti. Mungkin pekerjanya lama2 biasa dengan gangguan2 tu kot la. Abang ipar aku ni pun tak der ambik apa2 tindakan pun utk sign agreement dgn penduduk asal tanah tu.
Bila semua pokok2 dah clear, tanah dah diratakan, air kolam dah dibersihkan, abg ipar aku tanya pekerja2 dia kenapa ada sebatang pokok kat tengah2 area yang tak tebang lagi. Sampaikan tanah dikelilingnya dah rata, tinggal pokok tu jer dah macam rupa tumbuh atas busut.Pekerja2 jawap tak berani nak potong sebab pokok tu la yg dorg selalu nampak penampakan tu.
Pulak dah, dah tu tak nak biar jer pokok ni tercongok kat tengah2 alam pulak kan? So, abg ipar aku yg potong sendiri dengan chainsaw. Just nak tunjuk kat pekerja2 dia tak de apa yang nak ditakutkan. Tak la besar mana batang dia, tapi tinggi la. Dah potong, buang, ratakan tanak kat base pokok tu. Setel.
By the way, masa ni, dorg dah buat rumah kat tepi area untuk tempat tido pekerja dan jugak stor. Letrik pun dah tarik masuk. Tp takder tandas la. Kalau nak buang air, tak tau la macam mana pekerja dia nak membuang. Tapi tak jauh dari area tu, dalam area ladang kelapa sawit, ada anak sungai. Mungkin kat situ la kot.
Since kerja berat dah habis, pekerja pun diganti dengan org lain bila dah masuk fasa menanam pokok2 tertentu. Ye la kalau dah nama resort, tanam la pokok2 yg cantik sebagai hiasan. Pasang pagar sekeliling area tanah sbb selalu jugak org2 datang memancing kat kolam tu. Boleh tahan juga. Sampai ada grup dari mana tah yg dah jadikan kolam tu port memancing setiap minggu/bulan.
Hadoi panjangnya intro. Klimaks nyer satu kejadian jer. Sorry la ye forumers sklian..
Pada satu malam, 3 org pekerja warga bangladesh baru masuk kerja dok rilek2 la kot sembang2 sementara nak menunggu mata mengantuk. Tak pasti pukul berapa, tiba2 terdengar la dorg akan bunyi2an yang tak disangka2. Mula dah sesi mengaco manusia kat situ. Dorg ni punya la terkejut, mula lah panik. Terdiam semua sambil pasang telinga. Nak lari keluar takut, sbb bunyi tu kat luar. Bunyi apa tak pasti, abg ipar aku pun tak cerita. Tapi malaun tu bertambah aggresif, mula mengetuk2 pintu. Trjerit2 la manusia 3 org ni kat dalam bilik 4 segi takder tandas tu. Lastly, dorg nampak lidah terjelir panjang masuk ikut ruang bawah pintu, macam dok meraba2 kiri kanan, atas dan lantai simin. Tak tahan sangat dorg rempuh pintu keluar lari dari situ terus berlari ke jalan besar yang terletak kira2 hampir 1km dari situ, dalam gelap ikut jalan sempit muat 1 keter je.
Dorg try telefon abang ipar aku, tp tak angkat. Berkali2.
Last2 esoknya, abg ipar aku cek tepon, baru nampak brape banyak miss call dari pekerja dia ni. Dia tipon balik, maka baru la dia dapat tau apa yg jadi. Siap pekerja2 dia 3 org bermati2an tak nak balik ke situ walaupun hari dah siang. Abg ipar aku pikir ni mesti kes nak lari la ni. Tak nak keje kat situ. Tak pe la.
So abg ipar pegi balik kat site, jeng2, dengan pintu rumah terbukak, barang2 mcm kain baju ditinggalkan. Malahan siap ada handphone tgh caj pun tinggal mcm tu jer.
Sekian, Sorry kalau tak best. Aku ada pegi kat site tu selepas tu amik2 gambar. Tapi tak der apa pun sbb masa aku pegi, site tu dah di'bersih'kan dan di'pagar' oleh pakar import dari Kedah nun. |
|