CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4131|Reply: 0

Path Dilaporkan Mungkin Menjual Bahagian Laman Sosial Mereka Kepada KakaoTalk

[Copy link]
Post time 23-4-2015 09:10 AM | Show all posts |Read mode


Path merupakan salah satu laman sosial peribadi yang mempunyai golongan pengguna tersendiri – dan agak popular di Indonesia. Ia telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi penggunaannya di seluruh dunia tidak begitu meluas berbanding beberapa yang lain.
Kini, Path dikatakan dalam perbincangan bersama pihak kakao Talk untuk menjual bahagian laman sosial mereka kepada syarikat permesejan daripada Korea Selatan berkenaan.
Path dikatakan akan terus beroperasi secara berasingan selepas penjualan bahagian laman sosial mereka, dan mengekalkan penawaran beberapa aplikasi lain mereka – seperti Path Talk.
Untuk Kakao Talk pula, mereka boleh terus mengukuhkan angka pengguna mereka, selain pada masa yang sama mendapat kedudukan yang tinggi di Indonesia, serta pada masa yang sama turut bersaing dengan lebih aktif dengan WeChat serta Line.
Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.
SUMBER RUJUKAN: RE/COD
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.153474 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list