CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6091|Reply: 47

Can Atheists Go To Heaven In Islam? A Surprising Answer!

[Copy link]
Post time 6-4-2015 01:53 PM | Show all posts |Read mode
WATCH: Can Atheists Go To Heaven According to Quran? A Surprising Answer by A Muslim Scholar!
April 5, 2015 by Ro Waseem 3 Comments

The Speaker is Hasan bin Farhan Al-Maliki, a Saudi-based intellectual, author, Scholar of Islam, and investigative historian. Please watch this video for a refreshing perspective on concepts such as *Kufr*, *Shirk*, and the essence of Islam:



p/s: wallahu'alam, tapi rahmat Allah mmg luas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 12:55 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 7-4-2015 01:02 PM

Not surprising...

Orang yang belum Islam kerana risalah Islam TAK SAMPAI kepada mereka, kita serahkan kepada Allah urusan pengakhiran mereka. Mungkin masuk syurga, mungkin masuk neraka, bergantung kepada keputusan Allah.

Atheist yang dah sampai seruan Islam kepada mereka (zaman sekarang seruan Islam dah tersebar luas), tapi tetap ENGKAR.... atheist ni atheist yang kafir.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 06:00 PM | Show all posts
mnm77 replied at 7-4-2015 12:55 PM
Not surprising...

Orang yang belum Islam kerana risalah Islam TAK SAMPAI kepada mereka, kita sera ...

lagipun isunya simple tak surprising kan Allah itu Al Rahman dan Al rahim dan nak masuk syurga tu pun atas RAHMAT ALLAH

nobody knows.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:17 PM | Show all posts
Apabila terciptanya setiap manusia, Allah dah pun tahu apa kesudahan setiap manusia itu.
Dia ni jadi atheis sepanjang hayat, yang tu pulak convert umur 30 setelah dengar bacaan Quran, yang sorang tu pulak lahir sebagai muslim tapi tak pernah beramal dan sebagainya.
kalau semua ini sudahpun diketahui, kenapa pula ciptaan itu perlu diadili?
kerana apabila diadili, yang diadili adalah pencipta itu sendiri. bukannya ciptaan.
ciptaan hanya hidup/beroperasi mengikut blueprint yg telah diberikan.
segala kebaikan maupun keburukan yang berlaku adalah apa yang dikehendaki pencipta.
segala kecacatan ciptaan adalah sengaja dilakukan pencipta ataupun kelemahan pencipta itu sendiri.
jadi syurga dan neraka????????????
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 03:51 PM | Show all posts
salam

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
Hai orang² yang beriman,
ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ
bertakwalah kepada Allah sebenar² takwa kpd-Nya,
وَلَا تَمُوتُنَّ
dan jgnlah sekali² kamu mati
إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
melainkan dlm keadaan berugama Islam.


d'dalam syurga tiada Atheist or Jews or Christian or Sabaen ..
tiada hitam tiada kuning ..
tiap² orang yang bertakwa d'sisi Allah d'dalam syurga ..
وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاعِمَةٌ۬
Banyak muka pada hari itu berseri-seri
لِّسَعۡيِہَا رَاضِيَةٌ۬
merasa senang karena usahanya
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ۬
dalam surga yang tinggi
لَّا تَسۡمَعُ فِيہَا لَـٰغِيَةً۬
tidak kamu dengar d'dalamnya perkataan yang tidak berguna



وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ مُّسۡفِرَةٌ۬
Banyak muka pada hari itu berseri-seri


wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 03:57 PM | Show all posts
salam

Dari Muadz bin Jabal Radhiallahu ‘Anhu,
bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
من كان آخر كلامه لا إله إلا اللّه دخل الجنة
"Man kana akhiru kalamihi لا إله إلا اللّه dakhalal jannah"
“Barang siapa yang akhir ucapannya adalah لا إله إلا اللّه,
dia akan masuk syurga.”
(HR. Abu Daud No. 3116. Al Hakim No. 1299,
katanya: shahihul isnad (sanadnya shahih).
Syaikh Al Albani juga menshahihkan dalam Shahih Sunan Abi Daud, 3/190/3116)

Maksud ‘akhir ucapannya’ dalam hadits ini adalah ucapan menjelang kematian.
Imam Abu Daud meletakkan hadits ini dalam Bab At Talqin.
Sebagaimana kita ketahui bahwa d'sunahkan bagi orang yang sehat
untuk mentalqinkan orang yang sedang naza’ (sakaratul maut),
dan itu sebagai bimbingan baginya,
agar akhir ucapannya adalah kalimat tauhid.

Dari Abu Said Al Khudri Radhiallahu ‘Anhu,
bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ
“Talqinkanlah orang sedang menghadapi kematian di antara kalian,
dengan ucapan: لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ.”
(HR. Muslim No. 916.   Abu Daud No. 3117. At Tirmidzi No. 983,
beliau berkata: hasan shahih gharib.
Ibnu Majah  No. 1445. Syaikh Al Albani menshahihkan,
lihat Shahih Sunan Abi Daud,  3/190/3117. Maktabah Al Albani)


wassalam


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 04:14 PM | Show all posts
Raisya87 replied at 8-4-2015 09:17 PM
Apabila terciptanya setiap manusia, Allah dah pun tahu apa kesudahan setiap manusia itu.
Dia ni jad ...
salam

terciptanya semua manusia dgn ada perjanjian
maka lahir kedunia ..
Apabila terciptanya setiap manusia, Allah dah pun tahu apa kesudahan setiap manusia itu.
Dia ni jadi atheis sepanjang hayat, yang tu pulak convert umur 30 setelah dengar bacaan Quran, yang sorang tu pulak lahir sebagai muslim tapi tak pernah beramal dan sebagainya.
kalau semua ini sudahpun diketahui, kenapa pula ciptaan itu perlu diadili?
kerana apabila diadili, yang diadili adalah pencipta itu sendiri. bukannya ciptaan.
ciptaan hanya hidup/beroperasi mengikut blueprint yg telah diberikan.
segala kebaikan maupun keburukan yang berlaku adalah apa yang dikehendaki pencipta.
segala kecacatan ciptaan adalah sengaja dilakukan pencipta ataupun kelemahan pencipta itu sendiri.
jadi syurga dan neraka????????????
taqdir illahi ..
illahi lah yang membetulkan ..

taqdir manusiawi ..
manusia lah yang membetulkan

ciptaan asal dari pencipta
pencipta asal dari yang mencipta
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وحده لاشريك له
jadi .. yang kena jadi ..
permulaan jadi .. yang menjadikan ..


wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 01:04 AM | Show all posts
Atheist tu apa? Takrifkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2015 12:13 PM | Show all posts
Raisya87 replied at 8-4-2015 09:17 PM
Apabila terciptanya setiap manusia, Allah dah pun tahu apa kesudahan setiap manusia itu.
Dia ni jad ...

kalau Allah dah tahu tempat kita di syurga / neraka... buat apa nak uji lagi?
Soalan macam  ni akan timbul, dan tak heran pasal manusia memang makhluk terhebat....
kebolehannya berfikir dan ada free will adalah tanda kekuasaan tuhan.....
kita rasa macam kita boleh faham banyak benda....dan sepatutnya semuanya berdasarkan hukum logik...
Cuma....kita tak kan boleh nak memahami tuhan. Kita boleh cuba faham sesama kita, pasal sama speisis.
Tak betul2 faham pun, masih boleh relate lagi...
Kita hanya boleh memahami tuhan, sejauh mana Dia buat kita faham diriNya....
macam nyamuk yg buat bising di telinga.....
orang selalu tengok dia satu makhluk yg saja sakit hati dan buat bising di telinga....
Tapi sebenarnya dia di realiti yg berlainan.
Dia pun tak tahu kita ni manusia.....dan dia tu nyamuk...(psl anatomi dia simple je)
dia cuma ada sense darah di sekitar dan perlu disedut...
dia sedut pun bukan sebab sengaja berikhtiar nak dapat telur.....
cuma dia direaliti berbeza...
macam tu la kita dgn tuhan.... kita takkan boleh faham tuhan 100%...
last2 yg tertinggal.....ialah apa yg kita boleh ikhtiar nak buat....
takut neraka? Ada cara nak elak.... mau syurga? Ada cara nak dapat...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 10:29 PM | Show all posts
majoriti atheist bukannya tak percaya tuhan itu wujud

mereka tahu ada kuasa yang maha besar yang kawal seluruh alam ini

tapi malangnya, tiada AGAMA yang sesuai yang dapat dekatkan diri mereka dengan Tuhan

semua agama yang sedia ada adalah sangat kolot, jumud, ketinggalan zaman
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 03:18 AM | Show all posts
alhamdulillah...

sesiapa pun boleh masuk syurga andai dia nya di REDHAI ALLAH....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 12:18 PM | Show all posts
GiQ replied at 27-5-2015 03:18 AM
alhamdulillah...

sesiapa pun boleh masuk syurga andai dia nya di REDHAI ALLAH....
salam

andai dia nya di REDHAI ALLAH
perkataan statement ini
bukan suatu perkara mudah atau senang ..

جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga ’Adn
تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai;
خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ
Allah ridha terhadap mereka
وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ
dan merekapun ridha kepada-Nya.
ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ
Yang demikian itu adalah[balasan] bagi orang yang takut kepada Tuhannya

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 06:22 PM | Show all posts
NorAddin replied at 27-5-2015 12:18 PM
salam

perkataan statement ini

Assalamualaiku....

Benar.. bukan senang untuk mencapai keredhaan ALLAH SWT.. namun kisah pelacur yang memberi anjing minum itu cukup memberi kita pengajaran.. bukanlah amal ibadat sahaja yg ALLAH pandang , tetapi amal yang Soleh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 02:52 PM | Show all posts
Edited by Raisya87 at 24-6-2015 03:03 PM
Jerambut replied at 17-4-2015 12:13 PM
kalau Allah dah tahu tempat kita di syurga / neraka... buat apa nak uji lagi?
Soalan macam  ni ak ...

Kalau logik kita ni dah tak boleh nak guna untuk menentukan perkara yang paling penting dalam hidup kita, jadi apalah gunanya logik/akal yang ada.Kena hanya percaya macam tu jer, tapi yang mana satu yang betul?
Bila membandingkan antara agama-agama yang ada, logik juga yang digunakan.
Kamu akan kata Islam yang betul.
Yang Kristian akan kata Kristian yang betul.
Yang lain-lain pun macam tu.
In the end, majoriti akan stay di dalam agama dia dilahirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:58 PM | Show all posts
Edited by Fieza-mira at 28-6-2015 10:59 PM
mnm77 replied at 7-4-2015 12:55 PM
Not surprising...

Orang yang belum Islam kerana risalah Islam TAK SAMPAI kepada mereka, kita sera ...

Pernah dengar cerita ibu dan ayah Nabi Muhammad pun ahli neraka? Padahal diorang tak dapat seruan meninggal sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul....cam maner tuh???

Ceritanya lebih kurang begini:

Satu hari Nabi didatangi oleh seorang lelaki yang sangat sedih sebab mengetahui kedua ibubapanya meninggal sebelum sempat mendapat seruan Islam dan doa2nya tak sampai sebab mereka mati dalam kafir. Dia meminta pertolongan dan nasihat Nabi agar dapat menyelamatkan kedua ibubapanya dari api neraka. Akan tetapi nabi tetap bertegas mengatakan tidak ada apa yang boleh dibuat oleh seoarang anak yang soleh untuk menolong ibubapa mereka sekiranya ibubapa mereka mati dalam kekafiran walaupun anaknya seorang Nabi sekalipun (iaitu dia merujuk dirinya sendiri).

Pernah dengar kisah nih???
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:01 AM | Show all posts
Fieza-mira replied at 28-6-2015 10:58 PM
Pernah dengar cerita ibu dan ayah Nabi Muhammad pun ahli neraka? Padahal diorang tak dapat seruan  ...

Ya pernah dengar riwayat macam tu. Disebabkan ada juga pendapat yang 'diorang' tak dapat seruan, timbul KHILAF pendapat, dan oleh kerana khilaf maka tidak wajar isu ini diputuskan sebagai mutlak masuk neraka. Banyak Ulama terdahulu mendiamkan dari membincangkan aqidah ibu dan bapa Nabi, kerana dikhuatiri tidak jelas dari beberapa jalan periwayatan yang ada timbul percanggahan pendapat.

Ceritanya lebih kurang begini:

Satu hari Nabi didatangi oleh seorang lelaki yang sangat sedih sebab mengetahui kedua ibubapanya meninggal sebelum sempat mendapat seruan Islam dan doa2nya tak sampai sebab mereka mati dalam kafir. Dia meminta pertolongan dan nasihat Nabi agar dapat menyelamatkan kedua ibubapanya dari api neraka. Akan tetapi nabi tetap bertegas mengatakan tidak ada apa yang boleh dibuat oleh seoarang anak yang soleh untuk menolong ibubapa mereka sekiranya ibubapa mereka mati dalam kekafiran walaupun anaknya seorang Nabi sekalipun (iaitu dia merujuk dirinya sendiri).

Pernah dengar kisah nih???

Boleh saya tahu motif bertanya?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 12:43 PM | Show all posts
mnm77 replied at 29-6-2015 10:01 AM
Ya pernah dengar riwayat macam tu. Disebabkan ada juga pendapat yang 'diorang' tak dapat seruan, t ...

Tanya sebab posting awak kata MUNGKIN boleh masuk syurga disebabkan mereka tak dapat seruan maka boleh dimaafkan dan diterima masuk syurga.

Posting awak bertentangan dengan kisah Nabi tu. Sedangkan ibu dan bapa Nabi yang dapat penghormatan tertinggi dari Allah sebab dari benih merakalah lahirnya manusia agung kekasih Allah pun tak dapat masuk syurga dan tak dapat pertolongan dari Nabi inikan pula orang lain.

Ini menunjukkan betapa eksklusifnya syurga Allah dikhaskan hanya untuk mereka yang sudah mengenal dan sujud kepadaNya sahaja bukan untuk sembarangan orang atau kroni Nabi sekali pun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 03:40 PM | Show all posts
Fieza-mira replied at 29-6-2015 12:43 PM
Tanya sebab posting awak kata MUNGKIN boleh masuk syurga disebabkan mereka tak dapat seruan maka boleh dimaafkan dan diterima masuk syurga.
Ok

Posting awak bertentangan dengan kisah Nabi tu. Sedangkan ibu dan bapa Nabi yang dapat penghormatan tertinggi dari Allah sebab dari benih merakalah lahirnya manusia agung kekasih Allah pun tak dapat masuk syurga dan tak dapat pertolongan dari Nabi inikan pula orang lain.ing

Saya BUKAN BERHUKUM berdasarkan satu riwayat yang awak bawa itu. Posting saya (no #2)  yang awak mula-mula reply tu, saya tak berhukum pada kisah ibu bapa Nabi yang ada khilaf pendapat. Saya nyatakan secara umum.

Ini menunjukkan betapa eksklusifnya syurga Allah dikhaskan hanya untuk mereka yang sudah mengenal dan sujud kepadaNya sahaja bukan untuk sembarangan orang atau kroni Nabi sekali pun.

Saya tak pernah kata pun pasal keturunan semata-mata boleh dapat jaminan syurga. Saya kata JIKA seruan tak sampai pada sesuatu kaum.... kita serahkan pada Allah yang akan MENGHAKIMI.

Allah Maha Adil.

Isu khilaf pasal status aqidah ibu dan bapa Nabi timbul kerana ada berpendapat kata seruan tak sampai, ada yang berpendapat mereka ikut agama Hanif, dan ada juga pendapat mereka masuk neraka (berdasarkan riwayat yang sama seperti awak katakan). Bila ada KHILAF, tak perlu diperbesarkan, kita serahkan pada Allah.

Kisah Nabi Ibrahim AS, dan bapanya Azar, memang disebut dalam Al-Quran. Yang ini jelas dari Al-Quran, bapanya seorang penyembah berhala, walaupun Nabi Ibrahim itu sendiri kekasih Allah. Azar itu bapa Nabi Ibrahim yang mana SERUAN sampai, dari Nabi Ibrahim itu sendiri.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 07:13 PM | Show all posts

Mana boleh kita samakan diantara orang yang sudah mengenal Allah dengan orang yang tak pernah kenal Allah & tak pernah dengar nama Allah. Mana mungkin mereka ini Allah tempatkan dalam satu golongan.
Kalau Allah buat jugak begitu satukan 2 golongan ini  dan tempatkan dalam syurga sebab excuse yang tak kenal Allah kerna tak sampai seruan maka takde bezalah antara yang sudah mengenal dengan yang tak pernah kenal. Seolah2 Allah tidak bersifat maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Jadinya tidak ada alasan untuk yang tak kenal Allah untuk duduk bersama2 dengan orang yang sudah mengenal Allah dalam satu syurga. Walaupunpun bukan salah diorang sebab tak sampai seruan atau apa sebab sekalipun. Kalau Allah tu bersifat manusia mungkin Dia akan consider Ibubapa Nabi utk masuk syurga mengenang betapa besarnya jasa mereka kepada Nabi tapi Allah bukan manusia dan takkan berhukum dengan akal seperti manusia.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:08 PM | Show all posts
Pak Arab yang so called 'muslim scholar' nih memang merapu!!!

Kalau ikut akal pun memang tak logic orang yang tak percaya tuhan, tak percaya hari kiamat, tak percaya hidup sesudah mati & tak percaya syurga dan neraka Allah akan bagi ganjaran syurga hanya sebab diorang baik dan berjasa semasa hidup.

Dah orang tuh tak percaya Allah dan tak percaya syurga buat apa nak bagi masuk syurga tempat yang diorang tak percaya ujud??

Tetapi Allah memang bersifat maha adil even kepada athies sekalipun. Memang dah dalam perancangan Allah mereka nih tak masuk syurga jadi untuk berlaku adil, Allah cabutkan iman dari hati mereka menjadikan mereka tidak percaya. Jadi kalau tak dapat masuk syurgapun diorang takkan terkilan & kecewa sebab diorang tak pernah percaya. Adil kan Allah tu??

Cuba kalau Allah nafikan syurga kepada yang percaya dan berharap dan berusaha untuk masuk, yang bersujud kepadaNya, yang terima apa saja yang Allah takdirkan kepada mereka dengan harapan Allah akan terima mereka. Adilkah Allah kalau menafikan golongan ini untuk merasa syurga Allah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.282802 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list