CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8535|Reply: 3

Wanita menghantar jenazah ke kubur, tempuh iddah ...

[Copy link]
Post time 10-3-2015 05:03 PM | Show all posts |Read mode



mohon juga kepastian .... dan lebih penjelasan untuk di kongsi bersama ..


Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur?
Soalan:
Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur?
Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid pada 12.05.2014, di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan, dan disebabkan banyak berlaku kesilapan dalam hal ini hari ini, admin cuba senaraikan isi penting jawapan yang diberikan Al Habib, segala salah silap admin mohon maaf, dan di sebalik itu, diharapkan ada manfaat untuk kita amalkan dan perbetulkan mana yang silap. Mohon dengar rakaman sendiri untuk pemahaman yang lebih baik. Soalan ini mula dijawab pada minit rakaman 35:00 ke atas, tapi jika dengar semuanya adalah lebih baik, InshaAllah.
Jawapan:
Tidak boleh, khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat redha Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda Rasulullah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
Pada zaman Rasulullah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.
Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah. Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.
Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang! Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah. Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.
Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak-anaknya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.
Wallahu’alam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2015 11:45 AM | Show all posts
Edited by tension080808 at 12-3-2015 11:51 AM


ada sesiapa yang pernah melaluinya, mohon penjelasan ...

atau adakah ianya jatuhnya hukum makruh kalau si isteri ikut sama seperti setengah pandangan/pendapat

agak keliru, tiada jawapan yang kukuh ...

terima kasih


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 04:11 PM | Show all posts
yg saya tau apabila suami meninggal maka bermulalah tempoh iddah beliau selama 4 bulan 10 hari. Sekiranya si balu ikut serta menghantar jenazah arwah suaminya ke kubur maka iddahnya akan dikira keesokkan harinya. Dalam tempoh iddah balu si mati wajib menjaga aurat dan batas2 sepertimana dia masih bergelar isteri kpd si mati. Tak dibenarkan berhias, atau keluar tanpa sebab kecuali terpaksa keluar mencari nafkah. Itupun hanya ke tempat kerja dan tidak boleh melencong ke tmpat lain contohnya pergi berhibur atau bertandang ke rumah saudara mara atau kwn2 tanpa sebab darurat. Apatah lagi menghadiri kenduri kendara. Kena elakkan darpd timbulnya fitnah. Last edited by abbyhoney on 27-3-2015 04:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 04:47 PM | Show all posts


oh ye ... terima kasih di atas penerangan .... ,
dlm pada itu saya pun terjumpa yg ini, maka fahamlah maksudnya ...
MESEJ INI DALAM UTUSAN ONLINE
ARKIB : 09/05/2008
Wanita dalam idah boleh ziarah kubur
Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Kemusykilan Agama
SOALAN:
SAYA mendirikan rumah tangga kira-kira 40 tahun lalu. Persoalan saya, jika suami meninggal apakah hukumnya saya pergi mengiringi jenazah ke kubur? Saya difahamkan dalam idah, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa sebab yang kukuh. Jika tidak boleh ke kubur, apakah yang perlu dilakukan oleh isteri dalam saat begini?

JAWAPAN:
SETIAP amalan yang disyariatkan dalam Islam memiliki batasan-batasan. Hal ini dimaksudkan agar agama ini tidak diaplikasikan secara berlebihan yang akhirnya kemudian menjadi amalan bidaah. Demikian juga dengan ziarah kubur. Amalan yang dianjurkan ini boleh menjadi bidaah jika batasan-batasan syariatnya dilanggar. Hal-hal apa saja yang mesti kita perhatikan dalam ziarah kubur? Dan bagaimana hukum amalan tersebut bagi wanita? Ziarah kubur merupakan amalan yang disyariatkan dalam agama ini. Ini bertujuan agar orang yang melakukannya boleh mengambil pelajaran dari kematian yang telah mendatangi penghuni kubur dan dalam rangka mengingat negeri akhirat. Tentunya disertai syarat, orang yang melakukannya tidak melakukan perbuatan yang dimurkai Allah SWT seperti berdoa meminta hajat dan istighatsah (minta tolong) kepada penghuni kubur dan sebagainya.
Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah membahagikan ziarah kubur kepada dua keadaan, keadaan pertama: ziarah syar’iyyah (ziarah yang disyariatkan) dan ziarah bid’iyyah (ziarah yang membawa kepada amalan yang bercanggah dengan syariat). Ziarah yang syarie adalah ziarah yang dilakukan dengan maksud mengucapkan salam kepada mayat dan mendoakannya sebagaimana hal ini dilakukan ketika menyolatkan jenazah.
Keadaan yang kedua: ziarah yang bidaah, bermaksud, bila penziarah melakukannya dengan tujuan meminta hajat dan memujanya.Berikut ini dalil dari hadis Rasulullah SAW tentang disyariatkannya ziarah kubur beserta faedahnya yang bermaksud: Buraidah bin Hushaib r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Aku pernah melarang kalian daripada ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur. (riwayat Muslim no. 2257). Hadis ini adalah dalil bagi pemansuhan larangan ziarah kubur yang terdahulu.
Abu Sa’id Al-Khudri r.a memberitahu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya dulu aku melarang kamu daripada menziarahi kubur. Maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana dalam ziarah kubur ada pengajaran dan iktibar. Namun janganlah kalian mengeluarkan ucapan yang membuat Pencipta kalian murka.” (riwayat Ahmad 3/38, 63, 66, Al-Hakim 1/374,375) . Dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a Baginda bersabda yang bermaksud: Ziarahilah kubur kerana sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan kepada kematian.

Hukum ziarah kubur bagi wanita
Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ahlul ilmi tentang bolehnya ziarah kubur bagi laki-laki. Namun berbeza halnya bila berkenaan dengan wanita. Mereka terbahagi dalam tiga pendapat dalam menetapkan hukumnya: Pertama: Makruh tidak haram. Demikian satu riwayat daripada pendapat Al-Imam Ahmad rahimahullahu, dengan dalil hadis Ummu ‘Athiyyah r.ah.: “Kami dilarang untuk mengikuti jenazah, namun tidak ditekankan terhadap kami.” (riwayat al-Tarmidzi). Pandangan dalam mazhab al-Syafieyyah makruh wanita menziarahi kubur. Ini dengan alasan kaum hawa lemah dan mudah menangis dan meraung serat meratap. Ini kerana golongan wanita berhati lembut dan mudah menangis. Kedua: Mubah tidak makruh. Demikian pendapat mazhab Hanafiyyah, Malikiyyah dan riwayat lain dari Al-Imam Ahmad r.a.
Hadis Ummu ‘Athiyyah r.ah. perlu diberi perhatian yang memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW tidak menegah dengan keras tetapi sebagai satu peringatan agar wanita yang menziarahi kubur lebih bersifat berhati-hati dan memelihara hukum dan adab menziarahi kubur.
Isteri yang ingin mengiringi jenazah suami atau adik-beradiknya atau sesiapa daripada kalangan orang Islam adalah tidak haram.
Sebahagian ulama menghukumnya dengan makruh, ini kerana kemungkinan berlakunya ratapan, teriakkan dan sebagainya.
Sekiranya seorang wanita dapat mengawal dirinya dan tidak berkelakuan seperti apa yang ditegah di kubur, maka wanita ini tidak ada halangan untuk mengiringi atau menziarahi kubur.
Pada masa yang sama, wanita juga boleh menyembahyangkan jenazah terutama jika mayat itu adalah suami atau saudara yang terdekat. Idah bagi isteri yang kematian suami adalah empat bulan 10 hari. Ia juga disebut sebagai tempoh berkabung. Bagaimanapun ia tidak bermaksud balu berkenaan tidak boleh langsung keluar rumah. Apa yang dilarang ialah keluar untuk suka-suka untuk aktiviti sosial seperti menghadiri majlis keramaian dan menghias diri. Sebaliknya, jika untuk menuntut ilmu, bekerja atau ke hospital tiada halangan berbuat demikian. Ini termasuklah dalam tempoh idah isteri boleh ziarahi kubur suaminya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 1.143179 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list