CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5133|Reply: 8

Alat pencegah hamil untuk lelaki

[Copy link]
Post time 13-1-2015 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Alat pencegah hamil untuk lelaki

           Alat pencegah kehamilan biasanya lebih sinonim kepada golongan wanita atau isteri.  Sejak sekian lama beberapa alat pencegahan kehamilan telah dibangunkan seiring dengan kemajuan teknologi perubatan bertujuan untuk merancang kehamilan.
Biarpun terdapat beberapa kaedah pencegahan kehamilan membabitkan pihak  lelaki, kaedahnya terhad seperti penggunaan kondom atau pembedahan vasektomi atau pemandulan.


Begitu pun dalam tempoh tiga tahun akan datang golongan lelaki bakal mempunyai lebih banyak pilihan dalam penggunaan alat pencegah kehamilan, yang tidak perlu melibatkan penggunaan kondom.

Ujian terhadap alat pencegah kehamilan baharu berbentuk suntikan, Vasalgel, ini menunjukkan keputusan yang cukup meyakinkan.
Ketika ini ia sedang dibangunkan oleh Yayasan Parsemus, sebuah pertubuhan bukan kerajaan  yang giat menjalankan penyelidikan perubatan yang berbentuk penyelesaian masalah pada kos yang rendah.

Pertubuhan itu berharap kaedah baharu itu akan lebih murah, bertahan lama dan boleh diterbalikkan (kembali ke asal).
Vasalgel adalah hidrogel polimer yang akan disuntik ke dalam vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma ke zakar.
Gel tersebut akan bertindak menyekat pengaliran sperma, sekali gus menghindari kehamilan.


Mereka berkata, prosedur  ini mempunyai kesan yang sama jika melakukan pembedahan vasektomi (pemandulan), tetapi kurang berbahaya memandangkan ia tidak memerlukan pembedahan dan tiub vas deferens hanya disekat dengan gel, bukan memotongnya.
Mereka juga berharap kaedah pencegahan hamil ini lebih murah dengan kosnya tidak melebihi daripada harga sebuah TV skrin leper.
Dalam ujian yang sedang dilakukan ketika ini terhadap babun, tiga haiwan tersebut disuntik dengan alat pencegah hamil Vasalgel. Setiap babun tersebut kemudian diletakkan di dalam sangkar  bersama 10 hingga 15 babun betina.

Selepas enam bulan, tiada seekor pun babun betina tersebut bunting.
Apa pun ujian tersebut masih berjalan dan menjelang akhir tahun ini, Yayasan Parsemus yakin akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai sama ada Vasalgel tersebut berkesan atau sebaliknya.
Mereka menambah, jika segalanya berjalan lancar pihak penyelidik  merancang untuk menjalankan ujian klinikal ke atas manusia bermula tahun depan.
Antara kelebihan alat pencegah kehamilan ini, keadaan boleh kembali ke asal.  Maksudnya, jika lelaki tersebut mahu sekatan tersebut dihapuskan, satu lagi gel polimer boleh disuntik untuk membuang Vasalgel yang menyekat sperma.

Produk tersebut mempunyai asas sama dengan satu lagi alat pencegah hamil lelaki yang sedang dibangunkan dipanggil RISUG.
Kedua-duanya, RISUG dan Vasalgel bertindak pada prinsip penggunan gel bagi menyekat tiub vas deferens, tetapi dengan  formula berbeza.
Apa yang tidak disebut oleh Yayasan Parsemus ialah berapa lama suntikan Vasalgel boleh bertahan sebagai alat pencegah hamil, namun setakat ini suntikan RISUG dikatakan boleh bertahan untuk 10 tahun.

Jurucakap dari Yayasan Parsemus berkata: “Kami sedang berusaha untuk memasarkan Vasalgel secepat yang mungkin, tetapi ujian dari aspek keselamatan dan keberkesanannya perlu diselesaikan dengan betul.
“Vasalgel ketika ini diuji pada haiwan. Ujian pada manusia dijangka bermula awak tahun  2015 dan antara 2015 hingga 2016 untuk ujian lebih besar.
“ Jika semuanya berjalan lancar dan kita memperoleh cukup sokongan   daripada orang awan, kami berharap  dapat  mengeluarkan Vasalgel di pasaran pada  2016-2017," kata jurucakap tersebut.

Yayasan itu juga dijangka akan merayu sumbangan daripada orang awam bagi membiayai ujian klinikal ke atas manusia pada tahun depan.
Kaedah lain pencegah hamil untuk lelaki
Satu lagi alat pencegah hamil untuk lelaki yang sedang diperingkat awal kajian adalah pill ‘cadar bersih’ atau ‘orgasma kering’.
Ubat ini boleh diambil sebelum melakukan hubungan seks, yang  akan membuatkan  tiada pengeluaran air mani ketika orgasma (puncak syahwat).
Lelaki tersebut masih merasai nikmat orgasma yang sama tetapi tiada air mani dikeluarkan.

Para penyelidik merancang untuk mereka ubat yang akan memberi kesan dalam tempoh beberapa jam selepas pengambilannya, tetapi akan hilang keberkesanananya dalam tempoh 24 jam.
Lelaki hanya akan mengambil pil tersebut jika diperlukan iaitu sebelum melakukan hubungan seks. - Agensi

©  Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 09:51 AM | Show all posts
ohhh..baru tauuuuu...
Ade tak org lelaki yg sudi pakai?
selama ni org pompuan je yg kene berkorban utk cegah hamil
lelaki tau nk crett kt dlm je
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:02 PM | Show all posts
Ni crett jugak rasanya tapi takde benih/sperma
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 03:07 PM | Show all posts
kalau sperma tu disekat.. nanti dia bertakung kat dalam testis? boleh buncit skrotum.. hahaha
http://www.parsemusfoundation.org/learn-more-about-vasalgel/
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 02:44 PM | Show all posts
Pancut tapi air mani tak keluar? Rasa nikmat sama atau tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 07:37 PM | Show all posts
eh cmne pancut tp x klua mani. terkencing kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2015 05:09 PM | Show all posts
toxicated replied at 22-1-2015 07:37 PM
eh cmne pancut tp x klua mani. terkencing kot

Terkucil lah tu.....

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 05:08 PM | Show all posts
pelik siot kalo orgasm tp x kluar semen?like dafuq?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 11:39 AM | Show all posts
dia pancut2 jugak..tapi x da sperma....
test kat babun je la..manusia x payah la jadi babun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.136213 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list