CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7620|Reply: 31

korang prefer backpacker atau ikut travel agent?

[Copy link]
Post time 10-12-2014 07:20 AM | Show all posts |Read mode

KENAPA BACKPACKING LEBIH BAIK DARI TRAVEL AGENT


Kami tidak kata pergi melancong dengan travel agent itu tidak bagus. Dari sudut pandang lain, khidmat travel agent sangat-sangat bagus, lebih-lebih lagi untuk keluarga yang ada anak kecil. Juga yang baru pertama kali, kami galakkan pergi dengan travel agent kerana mereka lebih tahu selok-belok di sana.

Kenapa backpacking itu lebih baik?

Tidak kisah samada solo atau berkumpulan, banyak sebab kenapa backpacking itu lebih adventure. Bagi sesiapa yang suka surprise, kami galakkan anda cuba pengalaman backpacking.

KENAPA BACKPACKING LEBIH BAIK DARI TRAVEL AGENT

1. Lebih Bebas
Tidak perlu terikat pada jadual atau itinerary yang telah disediakan. Bila terlalu rigid, sudah tidak seronok. Kita sendiri sesuka hati buat keputusan untuk tinggal beberapa lama di sesuatu negara. Fleksibel bukan? Tidak perlu ikut kata penganjur setiap masa.

2. Lebih Jimat
Sudah tentu sekali lebih menjimatkan jika merancang dengan teliti. Ramai orang gunakan travel agent kerana malas mahu fikir tentang tiket, hotel dan makan.Backpacking tidak semestinya tidur di hotel. Asalkan selesa dan boleh solat, itu sudah cukup.

3. Lebih Nikmat
Jika ikut tour dari travel agent, tempat yang ingin kita lawati sudah ditetapkan. Biasanya, lokasi dan destinasi tersebut ialah yang selalu kita lihat dalam pamphlet. Jika baca di Internet, hanya tempat itu sahaja. Ah, terlalu mainstream.

Bayangkan jika kita pergi ke satu destinasi yang jarang orang tahu. Bagaimana perasaan kita pada masa itu?

4. Lebih Rapat
Kenal lebih ramai manusia dari pelbagai bangsa dan agama. Backpacker tidak tinggal di hotel bukan kerana tidak mampu. Mereka mencari pengalaman yang lebih. Yang lebih enriching. Tinggal di hostel (bukan hotel) atau bilik besar yang dikongsi bersama membolehkan mereka berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

5. Lebih Terbuka
Ya, minda yang lebih terbuka. Apabila disogokkan dengan kehidupan tipikal di Malaysia, kita jadi janggal bila berada di negara lain. Katakan berada di negara lain, kita singgah solat di masjid. Mungkin mereka ada cara yang lain dari kita, Mazhab Shafiee. Pengalaman sebegini hanya akan kita kutip jika keluar dari kempompong yang biasa.

6. Lebih Sihat
Bawa beg besar di belakang? Itu sudah tentu. Bila banyak berjalan, itu lebih sihat. Tidak perlu ke gimnasium lagi. Bila badan sihat, otak cergas. Tambah lagi dengan pengalaman baru. Pasti itu akan mencorakkan diri kita menjadi seorang yang baru bila kembali ke tanahair. Cara kita melihat dunia juga pasti berbeza.

7. Lebih Masa
Ini yang paling penting. Ramai orang yang stress dengan kerja. Stress, masih lagi kena pergi kerja. Lagi stress dibuatnya. Ada orang yang berani berhenti kerja semata-mata mahu travel dan melihat dunia dari perspektif berbeza.


Jika tidak berhenti sekalipun, masa inilah yang sesuai untuk manjakan diri, berikan diri sendiri lebih masa. Renung hidup kita. Renung masa depan kita. Renung apa yang telah kita sumbangkan pada dunia ini.

sumber: kisahgempak.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 09:24 AM | Show all posts
memandangkan aku selalu travel satu family (wajib) aku lebih suka backpacking sebab dapat jimat ribu-ribu lemon plus x perlu berkejar2 ikut jadual padat travel agent.... so far so good..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:42 AM | Show all posts
aku plan nak pergi europe spring 2015... tp sebab ni first time travel, so memang tak confident
sekarang ni tengah survey travel agent yg okay.... tengok kt sini cam ok gak http://www.selamatbercuti.com/
owner dia wenkt, dia ni cam famous gak among traval agent
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:56 AM | Show all posts
pnah 2 kali guna agen. dua2 kali cam sakit hati. Especially klu yg smpi 1 bus tu. dgn kerenah org lain, cam ada yg lambat smpi smua kne tunggu la. mmg la kita tak perlu fkir pape. Tp klu dah tpaksa, akan make sure, grup tu tak besar sangat.

Nak kata cm backpacking sangat pn tak gak. masing2 bawak beg tarik. Tapi rasa lebih kepuasan la klu travel sendiri. Ikut masa sendiri, tak terkejar2.  Cuma kena rajin study dlu tempat yg nk di tuju.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:07 AM | Show all posts
ma_rul posted on 10-12-2014 09:56 AM
pnah 2 kali guna agen. dua2 kali cam sakit hati. Especially klu yg smpi 1 bus tu. dgn kerenah org la ...

oooo....2x tu g mana??
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:30 AM | Show all posts
so far min pegi jln2 penah ikut travel agent n penah gak pegi sendiri (bkn backpacking)...
just plan nk pi mane, then buat research skit2 psl tpt tu... so far mmg lg best la pegi sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2014 11:52 AM | Show all posts
mizz_aurora posted on 10-12-2014 09:42 AM
aku plan nak pergi europe spring 2015... tp sebab ni first time travel, so memang tak confident
sek ...

Kita org next year Feb gi Europe first time. Tak ikut agent pun. Pergi sendiri naik turun bas/keretapi. Negara maju ni tak perlulah kita risau psl depa punya public transport sgt efficient. Walaupun utk first timer, takde masalah. Beli buku lonely planet tu. Aku selalu klu travel back pack buku panduan wajib ada. Ada buku kecik language negara yg kita pergi. Murah je beli. Baru RM29.90. Poket size punya. Ikut agent ni ati sakit saja, psl masa di limitkan, tempat ko nak lawat pun sentiasa kena gempur mcm kambing. Suruh naik bus/kenderaan. Tak sukalah aku travel begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:54 AM | Show all posts
Aku rasa term back packing utk org Msia ni tak sesuai. Psl back packing ni is a budget traveler ala dlm gambar tu. Term yg sesuai utk kebanyakkan org Msia kita buat ni Free independent traveler.

Aku travel sometimes ala stail yg dlm gambar tu, sometimes klu budget lbh, dptlah luxury sikit. Tp tetap sama, takkan ikut agent. Jln sendiri saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 posted on 10-12-2014 11:54 AM
Aku rasa term back packing utk org Msia ni tak sesuai. Psl back packing ni is a budget traveler ala  ...

aku setuju la dgn statement ko peterpan..backpackers x sesuai utk org malaysia ni...kami semua travel lawa2 dan luxury...cuma jln sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 12:17 PM | Show all posts
lebih prefer backpack n x pakai agent...lebih bebas n buat plan...free n easy...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 12:19 PM | Show all posts
leni posted on 10-12-2014 12:05 PM
aku setuju la dgn statement ko peterpan..backpackers x sesuai utk org malaysia ni...kami semua tra ...

hahahaha! pakai lawa lawa gitu. Tak termasuk guna high heel ye.

Aku tgk tmpt. Most of the time kami backpackers ala dlm gambar tu. Mcm gi Jepun, Korea, Aussie. Tp klu gi Indonesia, Thailand, Vietnam yg tu kami hire driver dgn kenderaan. Selang seli juga dgn naik bus/tren. Negara negara maju kami tak kisah back packers psl factor keselamatan kat negara durang bagus klu banding negara mcm Indon, Vietnam dsbnya. Mcm kat Jepun tu kita org dukung beg lari turun naik tangga/escalator kejar train. Klu kita org travel back pack, kami akan travel light psl nak dukung beg kat blkg. Segala rempah ratus makanan suma tu takdelah nak di angkut. Setakat 3-4 canned food saja. Lbh tumpukan pd brg asas mcm torchlight, ubat ubatan/first aid kit & yg sewaktu dgnnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:24 PM | Show all posts

aku kalu travel biasanyer aku gi sendiri tempat tu, kat sana nanti kalu malas nak jalan2 sendiri aku amik local guide...dlm sebulan travel tu, ada tempat2 aku jalan2 sendiri, ada tempat2 aku amik local guide...kalu local guide biasa aku amik yg small group tour, naik minivan, pnh try private tour guide...not bad jugak....

aku tak larat nak pikul bagpack besar2...yg kecik2 jer sudah....plus bag tarik....dok hotel 1-3 star, kalu dok hostel aku mintak private room...

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:23 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 10-12-2014 11:54 AM
Aku rasa term back packing utk org Msia ni tak sesuai. Psl back packing ni is a budget traveler ala  ...

Setuju.

masa student2 dlu, adalah gaya backpack. skrg ni, nk angkut nasi brahim sgala, sakit blkg la klu nk mengangkut cm gaya depa yg masuk amazing race tu. lgpun westernerer ni diaorg tak kisah nk tido kt ymca, hostel smua.

kadang2 agen guna hailer lagi. klu tak pun, bawak bendera time berjalan

Cakap psl nk melawa time melancong. Hari tu ada terjumpa minah ni gi USS dgn kasut 3 1/2 inci. pastu dah kena jalan slow2 turun tangga. huhu.
Bila nak travel, antra benda yg penting pastikan kasut tu sesuai. Kalau tngok org cina, majority kalau travel, akan guna sport shoes yang elok. Wlupun tak berapa ssuai dgn baju ke, tapi at least kaki selesa dan tak sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
So far never used travel agent. Even kat rare destination kita org redah sendiri. Cuma waktu ke Tanah Toraja, kami guna local guide, sebab tempat tu penuh misteri dan mistic.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:35 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 10-12-2014 11:52 AM
Kita org next year Feb gi Europe first time. Tak ikut agent pun. Pergi sendiri naik turun bas/kere ...


from my experience, kalo takat Swiss & German, tak perlu buku language tu. most dorg reti english, kalo tak reti pun dorg akan cari sesape yg reti. cuma kalo rasa nak blend dgn locals elok la cakap bahasa dorg skit2.



Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dlisa posted on 10-12-2014 03:35 PM
from my experience, kalo takat Swiss & German, tak perlu buku language tu. most dorg reti englis ...

Aku blh ckp German so takde mslh. Tp time gi Korea & Jepun aku ada beli poket book labguage yg dr Lonely Planet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ma_rul posted on 10-12-2014 03:23 PM
Setuju.

masa student2 dlu, adalah gaya backpack. skrg ni, nk angkut nasi brahim sgala, sakit b ...

So far rempah ratus aku tak pernah angkut lg. Leceh sgt benda2 tu. Paling canned food beberapa tin. Duduk sebilik dgn mat salleh busuk yarabi!!! Tak tau nak ckp. Ada yg 6 sebilik, 4 sebilik.

Hazabnya berkasut tinggi di theme park. Nak budget vogue pun berpada padalah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:53 PM | Show all posts
takat2 ni gi china je la aku guna travel agent. bgtau siap2 mana tempat nak pegi nnt diorg arrange la. kalau pakai pakej yg dah ada memang murah tp mengarut sgt. lgpun aku biasa bawak warga emas sekali. kalau travel sendiri atau dengan kawan2 xde makna nak guna agent
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:00 PM | Show all posts
jalan sendiri sangat best.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah amik agent..Agent ni suka bawak shopping kedai dia dpt komisen tak suka. I will survive without agent. Tak kesahla usung beg tarik or backpack..Independent is a must, stay dorm pon ok..Stay private room pon okay..Kdg2 bercuti ala Che Ta pun iye haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.273133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list