CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9761|Reply: 49

Mari Bercerita

[Copy link]
Post time 15-11-2014 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Hai. Aku pun nak cerita gak cerita antu. Hihihi.

Tajuk; Langsuir di Jalanan
Lokasi; Sekitar Pasir Puteh (Kelantan) ke Besut (Terengganu)
Tarikh Kejadian; Musim Hujan Monsun 2012.


Kisah ni yang paling segar dalam ingatan aku pada akhir tahun 2012. Masa tu kecoh pasal hantu langsuir kat kampung aku mengamuk sebab kawasan mereka menetap telah diganggu manusia atas nama kemajuan di kawasan yang di beri nama Gong Kedak. Tak silap aku kerajaan tempatan tengah membangunkan sebuah sekolah dalam kawasan ala ala hutan, nama apa sekolah tak pulak aku bertanya lokasi tepat di mana tak pulak aku tahu tapi yang nyatanya kawasan tu memang laluan aku dari permis perniagaan menuju ke rumah.

Cerita pasal langsiur ni memang dalam 4/5 hari  tengah hangat sana sini orang bercerita dari pelajar berusia 10 tahun sampai warga emas berusia 70 tahun, malah tiap tiap malam memang ramai keluar memburu hantu kononnya ada  3 atau 4 ekor langsuir jugak la yang mengganggu penduduk kampung. Selalu orang orang yang datang melepak di cc aku duk cerita kisah dari mulut ke mulut, tapi aku angguk je la sebab cerita lisan macam ni bagi aku ada penambahan perencah untuk menyedapkan penceritaan. Jadi aku buat buat peduli la atas nama ambil hati para pelanggan. Sementelah, mereka pesan kalau aku balik rumah lebih baik sebelum jam 12 untuk lalui kawasan yang berpuaka kononnya. Aku cakap okay la sebab selalu tutup cc pun dalam jam 10pm dan start gerak balik dalam jam 11pm, so takde hal sangat.

Nak jadikan cerita malam tu hari khamis malam jumaat, aku ingat sebab lepas jumaat esok ada sorang pelanggan nak hantar komputer suruh format so aku balik bajet bajet nak amek kain pelikat yang bersih wangi untuk dijadikan persalinan solat jemaah esok hari. Masa tu jam 1120pm masih hujan renyai renyai, musim boh orang Kelantan panggil jadi aku rileks je start motor Nitro 150cc yang ala ala Harley Davidson tu sambil menung isap rokok pall mall mint yang masih berharga bawah RM10.00. Selesai je aku terus memacu pulang ke Besut yang berjarak 12.7km dari permis perniagaan.

Dalam perjalanan pulang tu hujan yang aku jangka renyai renyai jadi macam lebat sebab disertai oleh hembusan angin yang agak kuat, aku terus memacu sehingga tiba ke satu kawasan sungai yang masih berbaki 2km dari Gong Kedak yang dikatakan berpuaka tu  dan aku perasan ramai orang parking kereta dipinggir jalan dan mereka meradak sekitar sungai dengan lampu suluh. Cari hantu kut; kata aku sambil pecut moto ala ala Awie. Masa tu aku perasan ada satu kereta lahanat dia lintas aku dan himpit himpit aku, sampai terpercik air bertakung kena muka aku dan aku jerit kata kata nista dan aku pasti mereka sedang gelak.

Tiba tiba kat satu jalan yang melengkung dan gelap gelita tanpa cahaya bulan aku perasan kereta tu brake, dan aku rasa aneh sebab selepas brake mengejut kereta tu terus pecut waima jalan tu memang kena pusing dalam bentuk S tapi kereta tu selamba radak jalan lurus meredah pasir pasir dan rumput yang kebasahan dalam tangkungan air hujan monsun. Aku terus perjalanan dan aku perasan macam ada plastik sampah kaler coklat tergantung kat dahan pokok dan aku gelak sendirian sambil berkata dalam hati;

“nampak pastik sampah pun macam tu punya lari, pengecut betul”.

Sebab menda tu menakutkan orang yang lalu lalang so dalam jarak 100meter tu aku pun serong sikit moto Nitro kacak aku untuk gapai plastik sampah tu agar tak menakutkan orang lain. Ketika itu la, aku perasan plastik sampah tu macam membesar tiap kali aku berkelip mata tiba tiba aku rasa cuak dan cuba membuktikan kebenaran tu sambil kelip mata laju laju. Pada kerdipan yang keberapa ntah baru aku perasan tu bukan plastik sampah tetapi jibraun yang disebut langsuir. Aku terkelu kejap dan tak rem moto sebab aku cuba amati samada itu adalah penyamaran orang atau memang langsuir, aku pandang kat bawah memang benda tu terapung membelakangi aku dan sekitar pakaian dia macam mengeluarkan cahaya sikit sambil baju dia yang koyak koyak tu terbang terbang ke atas macam melawan graviti, seriushit macam kagum tapi ia jadi seram bila pakaian dia macam makin lama makin koyak rabak dan ada kesan tanah, aku gagah juga cuba usha muka tapi tak nampak apa tak silap aku nampak macam rambut terbang mengerbang. Masa tu moto aku terus gerak dengan jarak paling dengan 1meter (sebab jibraun tu lepak betul betul kat cabang s, so memang kena lalui jugak) dan tiba tiba menda tu yang membelakangi aku macam nak toleh kat aku so aku macam ter-brake motor dan jerit;

“NOKHAROM KAU....!”

Sambil tu aku terus rem habis habisan moto Nitro aku. Time ni la baru rasa menyesal ambik motor Nitro 150cc sebab kelajuan maxima pacuan ni cuma 70kph. Time gopoh gapah lari tu aku berdoa supaya ada kenderaan lain yang lalu lalang agar jiwa aku tenang namun hampa untuk jarak 5km aku sendirian dalam gelap sambil rasa ada angin kuat melintang dari arah belakang aku pecut habisan sampai cover engine motor aku tertanggal dan tiba di satu kawasan perkampungan dan terus lepak dekat kedai makan yang masih bukak. Kebetulan dalam penglepakan tu ada sedara mara aku so aku cerita la dan ajak dorang pergi cari cover engine moto aku so dorang setuju dan teman aku cari. Cover engine tu aku jumpa, tapi kazen aku agak lahanat sebab dia duk main suluh suluh bila aku maki dia kata; nak cari antu.

Lepas peristiwa tu aku pulang awal, seawal jam 8pm dan kalau terlajak sampai jam 10pm pun aku terus je la tidur kat cc aku yang kacak bergaya tu. Nasib baik ada selimut tebal, takde la aku kesejukan dalam suasana banjir monsun. Malah beberapa hari lepas tu dengar ada “orang pintar” (sebutan tok bomo) dah berjaya tangkap semua jibraun yang mengganggu kawasan tu. Btw kawasan tu memang agar angker, sejak aku kecil kalau lalu lepas jam 12 memang selalu nampak penampakan aneh aneh belaka. Nanti la kalau ada peluang aku kongsi lagi.

Tata.
-          -  sundayzo kacak -

Last edited by sundayz0 on 15-11-2014 06:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita mu ni menarik. lagi menarik kalu mu taip proper;ada spacebar,koma dan noktah pada tempat yang sepatutnya...musti lagi ramai penunggu setia menanti setiap hapdet cerita kamu..:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 06:11 PM | Show all posts
Haa, okay. Aku taip dalam MS 2010 kendian paste sini tak sangka pulak kena edit nahu dia untuk predikat bahasa. Haha dah siap edit tenks.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tanya ni.



































































Betul ke kau kacak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Good.

Teruskan berkarya..
MPS dah hampir kepupusan cerita-cerita best dah lani..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:44 PM | Show all posts
Tenks. Aku cuba menukilkan apa yang aku ingat berdasarkan pengalaman sendiri.

Tajuk                     ; Gadis Bergaun Putih Memandang Bulan            
Lokasi                    ; Sebatang sungai di Pasir Puteh, Kelantan.
Tarikh kejadian      ; Bulan puasa 2014.

Aku ingat ingat lupa, kejadian tu berlaku sekitar jam 4am hingga 5am, dekat dekat waktu orang bersahur. Niatnya aku nak balik rumah untuk bersahur, dalam ertikata lain cubaan menjimatkan wang belanja untuk berlibur di hari raya... dan aku merancang selepas bersahur nanti niat nak terus lena seketika sebelum meneruskan perniagaan kecil kecilan di pekan. Masa ni aku dah pakai moto ber-cc besar sikit hasil pengajaran dari kisah Langsuir di Jalanan.Terus upgrade, hokey!

Dalam remang sesejuk embun tu, aku naik pelan pelan moto baru. Bimbang takut terpalit lumpur, sebab masih ada bau kedai kat headlamp waima dahpakai 6/7 bulan dan dah eksiden 1 kali depan bank.  

Ok kisah bermula bila aku memacu pada kelajuan standard 90kph untuk mendapatkan paparan ECO di odometer, sedang syok memacu bila lalu kawasan tu aku terus teringat kata kata member aku berkenaan kepuakaan kawasan ni. Aku buat rileks dan sangat yakin, dengan tujahan enjin 4 lejang beromboh tunggal ini aku mampu pecut lebih 75kph kalau kes lama berulang lagi. Seyeshit...!

Lagipun mentality aku masa tu “bulan posa mana ada hantu”.
Rupanya aku silap besar...

     ...sedang asyik memacu sambil elak lubang lubang lahanat dijalan raya, aku terpandang kat jambatan hujung hujung tempat remaja melepak & memancing di siang hari. Aku nampak macam ada orang sedang merenung bulan, so aku chill terus memacu sambil kasi hon nak suruh dia tengok pacuan aku. Sekali hon, dia macam tak pandang so aku usha je la dia dalam jarak berdiameter 100meter antara kami dan aku perasan dia memakai gaun putih meleret ke dalam sungai, dan dengan rambut hitam bersinar yang mengurai panjang lepasi bontot. “Cantik” getus aku dalam hati rasa macam nak berhenti bertegur sapa mana tahu beliau adalah tulang rusuk kiri, kan?

Masa tu macam tak takut, maybe sebab kawasan tu agak cerah dengan pantulan bulan dari sungai memangkinkan kawasan yang gelap bersensasi romantis dengan aroma bauan bunga bunga hutan kecil di sisi, jadi aku terus memacu ke depan dengan sedikit hampa kerana gadis yang berambut cantik itu umpama tak kisahkan aku. Dalam 10 minit bila sampai rumah, baru aku terfikir beberapa soalan;

01.    Kenapa perempuan tu duk sesorang kawasan keras?
02.     Kenapa gaun dia dalam air, macam dia datang dari sungai?
03.     Kenapa dia memandang bulan dengan dongak 90 darjah, macam meratapi?
04.     Kenapa kawasan dia berdiri macam cerah ?

“Demmit...”getus hati aku separa terkejut lalu membaca al-Fatehah banyak banyak kali.

Dikala sahur menjelang, aku terus bertanya ayahanda yang dikasihi dan kata beliau “Yang diikat pada bulan Ramadhan ialah jin jin dan syaitan yang selalu mengganggu manusia, sementelah tak semua jin itu jahat ada juga yang Islam. Maybe yang kau nampak itu bukan jin yang selalu kacau manusia sebab tu dia endah tak endah perbuatan kau”. Kata beliau lagi “Esok balik la seawal jam 4am lagi, mana tahu ada jodoh”.

Sejak hari tu aku balik bukak puasa kat rumah, dan tapau siap siap makanan sahur ke cc dan terus melenakan diri di sana sendirian tanpa merasai lagi getaran tulang rusuk kiri.

- sundayzo yang bujang -  



Last edited by sundayz0 on 15-11-2014 11:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sundayzo yg bujang lagik kacak......kelakor lah citer mu ni
Silakan crite byk2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 03:43 PM | Show all posts
edoraixora posted on 16-11-2014 12:52 AM
Sundayzo yg bujang lagik kacak......kelakor lah citer mu ni
Silakan crite byk2 lagi



+kacak lagi bergaya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 03:53 PM | Show all posts
amboiii siap letak status tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 05:13 PM | Show all posts
dah la tokei CC, ada motor besaq, bujang, kacak lagik.
perghhh.. ni remy ishak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hati gadis bergaun putih tak layan abe CC..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
abang_rusdi posted on 17-11-2014 05:13 PM
dah la tokei CC, ada motor besaq, bujang, kacak lagik.
perghhh.. ni remy ishak ke?

Remy ishak ada bukak cc ke bang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 12:05 AM | Show all posts
Sebenarnya tu teknik pemasaran, mana tahu dalam ni ada jupe tulang rusuk kiri, kan? Hihi2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 01:31 AM | Show all posts
Okay pc aku baru tuka hardisk dan aku lupa bekap karangan cerita hantu tempatan yang aku karang hampir 10 helai jadi aku terus skip dulu ceritakan kisah yang bagi aku seram zaman belajar. So timeline memang skip abes, konon nak buat countdown 2014, 2013, 2012 etc etc konon phui~

Tajuk                     ; Memburu Entiti di Highland Tower.         
Lokasi                    ; Runtuhan Highland Tower.
Tarikh kejadian      ; First 3 month study kat KL, dalam 2004/5.


Masa ni aku masih remaja, umo dalam sweet 21 dengan senyuman semanis kurma dan wajah sehening purnama, maka gadis mana tengok tak tertawan. Tu baru gadis, tak kira lagi perempuan jadian yang asek sms nak jadikan aku adik angkat. Fuh, market. Tapi aku waraq, aku tak terpengaruh dengan duniawi sebegitu sebaliknya aku lebih suka kepada night-life masakini remaja yaitu memburu hantu dan ditakdirkan dalam bulan pertama menjejak kaki di kota metropolitan yang penuh dugaan, aku ketemu beberapa manusia yang mempunyai minat yang sama macam aku dengan tahap pengecut hampir sama. Jadi kiranya jumpa geng la walaupun bicara pertama kami semua hampir sama; "Ayam berkokok atas batang, bro bak rokok sebatang". Dan aku rasa sebab first commucation kami itulah menjadikan kami terus berhubung sehingga sekarang. Fuh, hebat betul.

Aku masih ingat, masa tu aku pakai RXZ je kalau rem kuat kuat bunyi bising disusuli bau tuti. Rasa cool gila masa tu tapi bila dah berusia ni dan fikir balik rasa gampang jua sikit sikit. Kawan kawan sejawat (pemburu hantu konon) nama Syuk, Cagu, Nizmi, Siska, Kojek, Loque, Jambu, Mirza merupakan sekutu terbaik untuk program ini. Memang konon masa tu macam satu team radikal la yang mampu bertahan tak tido malam dan terus sambung pegi kelas di esok hari tanpa pengaruh dadah dan alkohol. Tapi totally aktiviti kami lakukan pada hari sabtu malam ahad bermula jam 2am sampai 5am je la sebab ahad tu bila bangun di petang hari boleh kami bersidang pasal aktiviti semalam. Begitulah betapa efektifnya pasukan kami ini.

Malam tu hari sabtu sekitar jam 1am, lepas menggunakan cc "percuma" bermain Counter Strike 1.6 dan chatting mIRC di Apartment Lestari kami keluar makan nasik di mamak Sri Penara, Cheras. Lepas dah kenyang dan habis merokok tiba tiba Kojek bukak topic pasal Highland Tower. Mirza yang mahir dalam komunikasi menambah-bicara menjadikan cerita itu lebih indah dengan prosa yang menakutkan dan seram selain penambahan runut runut bunyi yang konsisten. Aku yang jakun suci murni datang dari kampung mendengar dengan penuh ghairah dan kebetulan Siska adalah "GPRS" kami yang mengetahui kedudukan lokasi jadi dalam 5 minit kami terus sebulat suara bersetuju untuk mengadakan "lawatan muhibbah" ke kawasan berkenaan dengan panduan daripada Siska walaupun kami hanya berenam.

Jadi perjalanan bermula selepas semua menunaikan hadas besar, kerana dikuatiri kat sana nanti susah nak jupe toilet stesen minyak yang berkualiti tinggi macam di kedai mamak. Sedar tak sedar, aku ingat lagi kami sampai kat runtuhan tu dalam jam 230am sebab aku reply msg hosmet yang menapau rokok selain selepas 3 kali sesat dan 2 kali sumpah seranah kereta yang sedang berlumba tanpa litar. Jadi pengembaraan pertama pasukan kami bermula...

SundayzO; Siska betul ke tempat ni. Apahal macam seram disusuli runut bunyi anjeng menyalak berpanjangan?
Siska; Betul la ni, runut bunyi macam ni la baru menambahkan gothic perjalanan.
Mirza; A`ah aku setuju. Ni jalan belakang. Macam ni baru syok untuk diceritakan kepada generasi terkemudian.

Macam tu la lebih kurang konfrantasi kami bila sampai di depan pintu pagar berantai barai sambil merokok dan menikmati angin sepoi bukit. Tafakur kejap dalam 10 minit untuk memastikan henset masing masing cukup bateri untuk on lampu. Seyesfak, ada sedikit seram dengan lambaian semak samun yang gemalai disapa bayu, ditambah kegelapan macam hari nak hujan dengan sedikit bunyian petir dan salakan anjing anjing yang nda tahu datang dari mana yang menjadi halwa telinga kami berenam. Lepas habis merokok, kami meneruskan ekpedisi kami dengan aku di depan, sebab aku paling waraq masa tu; makan nasik baca doa. Sebaik melangkah melepasi pagar tu, tiba tiba angin betiup kencang dan Kojek menjerit;

wei nak ribut wei, macam pokok nak tumbang cepat lari masuk bangunan!

So kami semua berlari lari anak ke bangunan berhampiran sambil pegang helmet. Aku ingat lagi, gambarajah bangunan tu ialah bangunan yang roboh, namun masih ada 4 tingkat yang tersisa so aku selamba lompat lompat katak masuk situ diikuti kawan kawan sejawat yang lain. Masa tu la, kejadian aneh terus menerus menimpa setiap seorang dari kami dan yang aku perasan memang aku lead kat depan masa tu tapi boleh pulak Kojek ada kat depan dan terus naik tangga sambil lambai tangan jadi sebagai kawan aku pun follow la beliau mendaki tangga. Naik tingkat 2, aku tak nampak Kojek, aku terus panjat tingkat 3 pun tak nampak. Time nak panjat tingkat 4 Syuk jerit dalam slang Penang dia;

"Kacak, apahal hang laju sangat leks lar".
So aku pun chillex sikit sambil jerit "Kojek tu haa, dia..."

...tiba tiba aku kehilangan nahu sebab aku tengok Kojek ada kat bawah sekali sebagai sweeper duk usha kiraan rakan rakan yang lain (dicipline course dalam pemburuan). Sementelah waktu tu jugak la helmet berjenama  murahan aku kena rentap sampai sakit tangan aku... dem. So, aku kaku menunggu kawan kawan yang masih di tingkat 1 untuk tiba di tingkat 3 sambil berpeluh peluh.

Bila semua dah tiba di tingkat 3 baru aku berani sikit dan melakukan riadah pemerhatian yang berkaitan seperti dalam silibus pencarian yang kami cipta dengan suluhan lampu dari henset nokia butterfly, dan kami pandang luar takde pun angin ribut taufan seperti yang disangkakan... dan selang beberapa saat selepas itu Kojek separa menjerit "Gerak gerak gerak... gerak gerak gerak" dan masa tu semua dah faham kalau ada ahli mengumumkan pergerakan secara berkali kali, mungkin wujud penampakan yang menjadi isu untuk tatapan umum jadi tanpa berlengah lengah masing masing cuba duduk di posisi tengah kerana nda mau jadi sweeper yang menjadi tanggungjawab rasmi mengira ahli.

Perjalanan turun dari tingkat 3 ke tingkat dua dirasakan sangat jauh, sebab kami terdengar suara hilaian kecil disusuli suara anjing yang membukam rasa takut di hati. Masa tu kalau boleh kami nak berpelukan sampai mengeluarkan rembesan cecair dan pepejal, namun kami masih ada maruah kerana takut kena gelak di kemudian hari. Perlahan lahan kami tiba tingkat 2, suara anjing dirasakan macam makin dekat umpama berada di atas.

Dari tingkat 2 nak turun, kami rasai macam angin ribut taufan kat bawah sampai kami semua kena kecikkan mata dan ada sebahagian dari kami pakai helmet sebab terasa pasir pasir yang berterbangan ditemani suara mengilai aneh. Masa tu semua dah setuju tanpa bicara, lokasi perjalanan kami cuma satu yaini menuju tempat parking motor. Masa tu memang sangat seksa melangkah kalau helmet takde visor disusuli perasaan takut sebab nampak pokok macam terumbang ambing nak runtuh dengan rasa macam bangunan menyeget namun kami tetap gagahkan juga kaki sambil dalam hati menyesal datang dan separa menangis teringat harapan ibu bapa di kampung.

Waktu tu jugak, tiba tiba kami terdengar azan yang disangkakan azan subuh dan ribut taufan terus berhenti malah suara hilaian jua terus hilang. Kami semua jadi terpaku, dan semua pakat jalan laju laju menuju lokasi pacuan sambil menyahut seruan azan dengan perasaan hiba dan gembira sambil berlinangan air mata macam hari raya. Sampai kat motor kami terus tolak motor turun bukit dan berhenti jauh dari kawasan tu dekat sebuah van sambil bersandar dan merokok melepaskan lelah. Sedang merokok tu dalam cuak cuak ada kenderaan polis lalu dan pandang kami dan terus pecut sambil nyalakan lampu bling bling, so kami sedikit terhibur dan ketawa kecil sambil Syuk bertanya;

"Wei dah jam berapa ni, pagi kang nak pi Low Yatt".

Siska tengok jam dan jawab sambil hembus Dunhill; "dua tiga puluh lebih lebih sikit". Dan semua terdiam, dan aku paling skema mula bertanya "abis tu bukan azan subuh ke tadi". Dan mendapat komplain dari Mirza "Nokharom, van jenazah buruk la siyal..." Terus refleks kami yang bersandar bangun dan start moto menuju jalan pulang. On the way pulang tu Mirza suruh lepak lepak makan minum dulu, tak elok terus balik kata beliau. Kaedahnya kami lepak di Taman Tenaga kemudian sambung di Sri Penara sampai subuh sambil bercerita dengan teruja.

Masa tu dalam takut takut kami semua pun, bila review balik semua jadi gelak macam haram... sinopsis pengalaman kawan kawan lain aku dah lupa, tapi yang aku ingat ada yang menangis sampai meleleh hingus sebab ketakutan, maklum la cubaan pertama kami. Bermula dari cerita masing masing kemudian hadap dengan hepotesis dan theory tentang kuantum masa, semua jadi pemikir tegar sekejap. Indah betul zaman belajar.

Selepas kejadian tu, kami lebih berwaspada dengan mewujudkan kod kod dan protokol yang dirasakan bersesuaian dan sapa paling rabun (pakai spek) diwajibkan jadi sweeper. Nda tau la sapa punya idea tapi protokol ni terus lulus tanpa kompromi dan Kojek & Siska mula la start pakai contact lense.

Sekian, wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
-SundayzO yang gagah perkasa







Last edited by sundayz0 on 18-11-2014 01:55 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 08:58 AM | Show all posts
rasa macam berat baca cerita mu ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
klobot posted on 18-11-2014 08:58 AM
rasa macam berat baca cerita mu ni

setuju.. terlalu banyak bahasa sastera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 11:38 AM | Show all posts
aku rasa macam aku sekampung je ngn mu ni tt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:43 AM | Show all posts
TT. aku selalu ikut lepak dengan teman lesbian ku kat sungai yang mu kater ada langsuir tu. Teman lesbian aku suka cari udang kat sungai tu. Betul ker situ ada langsuir? kalau aku tahu, sumpah aku xkan lepak dengan teman lesbian aku kat situ. Patutla selalu aku berdua dengan dia je kat situ. Takde sesape pun inform kat aku yg sungai tu ada penunggu. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:31 PM | Show all posts
TERUSKAN BERKARYA.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 04:44 PM | Show all posts
Okay nanti aku cuba karang dalam bentuk bahasa moden. Aku gagal adaptasi sikit bahasa melayu maklum la orang Kelantan totally speaking Mandarin.

Hoi, aku duk Pasir Puteh bukak cc kecil kecilan di pinggir pekan mencari sesuap rezeki. Mai la lepak main Dota 2 lawan bebudak hingusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058394 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list