CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11321|Reply: 99

Tersepit- Antara Ibu Kandung dan Suami

[Copy link]
Post time 29-10-2014 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh...

Maaf andai persoalan ini sudah wujud dan mohon moderator delete soalan saya ni.

Saya tertekan dengan permasalahan yang saya hadapi. Ibu kandung suruh saya failkan perceraian kerana katanya tidak patut saya menggalas tanggungjawab seperti seorang ketua keluarga. Disebabkan hal ini, saya sudah lama tidak menjenguk ibu kandung kerana tidak mahu perbalahan mulut antara kami. Saya sayang ibu kandung saya dan dalam masa yang sama, saya sayangkan ikatan keluarga yang saya bina.

Ibu kandung dan suami tidak bertegur sapa. Punca suami tiada pendapatan tetap dan segala keperluan anak dan rumah disediakan oleh saya. Suami ada berkata, syurga adalah terletak di tapak kaki suami saya dan jika suami x izinkan saya menemui ibu kandung saya, maka saya perlu dengar kata beliau. Dan jika ibu kandung saya inginkan perkara yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga kami, kata suami saya tidak perlu dituruti kerana tempat syurga seorang isteri adalah di sisi suami, bukan ibu kandung.

Kepada sesiapa yang mahir dalam rukun rumah tangga ini, benarkah apa yang dikata oleh suami? adakah saya dikira menderhaka kepada ibu kandung? adakah sebab ini hidup saya x tenteram? adakah sebab saya mengabaikan ibu kandung saya yang uzur itu menyebabkan kehidupan saya kacau bilau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 10:57 AM | Show all posts
aku pun x pandai bab2 agama ni sgt....

tpi pernah dgr satu ceramah dah lupe dah ustaz apa....

mmg syurga tu di bawah kaki suami untuk seorg isteri...tapi tgk la suami tu mcm mana...
klu dah thap pemalas pastu banyk salah dari betul nya..

lagi satu tanggung jawab memeberi nafkah tu wajib bagi suami tau...lagi satu..suami puan takde hak atas gaji puan tau...amik tahu pun sepatutnya tak boleh..klu puan x ikhlas dia kena bayar balik tau...dah knp suami puan tu mcm pemalas jek..puan lak cam rela jek mendukung biawak hidup....

mak puan tu sudah tentu2 lah x nak tgk hidup anak dia merana...mana ada mak nak tgk anak susah..

puan pergi dapatkan nasihat dari pejabat agama la....lebih baik...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 11:37 AM | Show all posts
seri_mawr posted on 29-10-2014 10:57 AM
aku pun x pandai bab2 agama ni sgt....

tpi pernah dgr satu ceramah dah lupe dah ustaz apa....

Mungkin nasib suami saya ni kurang baik. susah betul nak dapatkan pekerjaan. bila dah bekerja, superior pulak yang menyampah dengan suami sampai tahap suruh akaun pegang gaji suami saya sehinggakan suami saya tak terima gaji dan langsung x pergi kerja sebab takde duit.

Kalau pegi pejabat agama, tentu ke masalah ni boleh setel? risau turun naik pejabat agama untuk sesi kaunseling aje tapi masalah ni masih x selesai. Saya ni dah betul-betul buntu dah. Tak boleh mengadu dengan keluarga sebab keluarga dah bagi kata putus suruh bercerai. Selagi x bercerai, selagi tu saya x boleh berjumpa keluarga. Sebelah keluarga suami x payah cakapla sebab mereka x suka saya. Maklumlah, suami saya ni berkahwin dengan saya yang sebelum ni janda. Mereka menyampah dengan janda.  



Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:20 PM | Show all posts
Kes parah ni sebab keluarga kedua belah pihak tak suka korang. Kalo ko rasa bahagia dgn dia yg xde pendapatan tetap tu ko teruskan tapi kalo boleh suruh la laki ko tu berusaha sampai berjaya jadi kaya raya supaya keluarga korang boleh berbaik semula.

Kalo laki ko tu jenis malas, xde vision dan tak pedulikan masa depan baik ko angkat kaki blah la.

Apa2hal ko bawak bincang dulu dgn laki ko dan suruh dia berubah kaw2. Kalo tak jalan gak ko tahu la apa yang patut buat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:25 PM | Show all posts
salam t.t, saya pun tak adalah pandai sangat pasal agama ni...masih dlm peringkat belajar berterusan sampai akhir hayat...tapi dari apa yg saya belajar antara suami dan ibu, seorg isteri wajib mentaati suaminya kerana syurga di bawah kaki suami, redha suami penting bagi seorg isteri untuk masuk syurga...tapi kategori suami yg wajib ditaati tu kita perlulah ambil tau juga..contohnya:

1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.

Selain itu kita sebagai isteri mesti terus memberi ketaatan kepada suami kita dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami kita. Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.

Masalah suami t.t tidak ada pekerjaan tetap memang akan jadi masalah kpd t.t dan anak2. Saya rasa pelik bila t.t beritahu supervisor suami t.t. sampai tahap tidak percaya kpd suami t.t. Mungkin ada masalah dipihak suami t.t ? Wallahualam. Mungkin t.t. boleh siasat kenapa..sebab kalau saya, saya akan siasatlah kenapa suami saya dipandang begitu oleh majikan.

T.t seolah2 menjadi ketua keluarga pulak padahal tanggungjawab tu wajib kpd suami. Walaupun t.t redha tapi saya yakin t.t mesti ada juga bersungut tak puas hati dalam hati kan? Mcm saya lah..hehehe...rasa berdosa pulak...Dan kat akhirat esok2 suami t.t. akan tetap dipertanggungjawabkan...

Saya rasa t.t. boleh aje ke pejabat agama untuk minta kaunseling t.t suami isteri...waktu tu baru kita nmpak silap kat mana...percayalah sesi kaunseling tu byk membatu saya dan suami...Alhamdulillah bagi saya...Mungkin t.t boleh cuba...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbr la, sy x dpt bygkn sushnya awk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2014 01:28 PM | Show all posts
wds posted on 29-10-2014 12:20 PM
Kes parah ni sebab keluarga kedua belah pihak tak suka korang. Kalo ko rasa bahagia dgn dia yg xde p ...

Dia memang nak berubah. dia ada misi dan visi. impian dia besar tapi malangnya takde "luck" untuk dia. memang kitorg bahagia dengan keluarga kecik kami walaupun serba kekurangan dalam segi kewangan. cuma sejak akhir2 ni aku rasa macam "sesuatu". hati aku kosong. adakah sebab aku rindukan ibu kandung aku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 01:33 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 29-10-2014 12:25 PM
salam t.t, saya pun tak adalah pandai sangat pasal agama ni...masih dlm peringkat belajar berterusan ...

mengenai gaji yang dipegang, saya dapat tahu suami saya ada melakukan kesalahan dalam pekerjaan dia tetapi bukanlah sampai pecah amanah cuma ada order yang sepatutnya dibuat tidak menepati syarat. disebabkan perkara itu, suami saya digantung dari kerja dengan gaji yang ditahan oleh pihak akaun sehingga sekarang.

memang saya ada merungut tidak kira dalam hati atau melalui luahan terhadap suami. saya manusia biasa yang x termampu menanggung segala beban. suami sering memujuk sabar dan suruh sentiasa berdoa agar ada ruang pekerjaan untuk dia.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 01:40 PM | Show all posts
nur_fiza posted on 29-10-2014 01:27 PM
Sbr la, sy x dpt bygkn sushnya awk.

Hanya sabar dan anak2 yang menjadi kekuatan saya untuk terus hidup.

Aku rindukan ibu aku....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:13 PM | Show all posts
tak apalah t.t...selagi boleh sabar teruskanlah bersabar sebab sabar kan separuh dari iman...sambil2 tu cari jln yg terbaik untuk selesaikan masalah...pujuklah suami untuk berlapang dada dgn sikap ibu t.t...cubalah ambil hati ibu t.t balik...tak salah kalau anak menantu mengalah sebab ibu tu org tua kan walaupun kita rasa kita yg betul... ibu tetap ibu sampai bila2 pun...tak ada pengganti pun...ibu mertua tarafnya sama dgn ibu kandung...saya ada kawan yg suaminya bukan menantu pilihan ibunya...kerja posmen...setiap kali balik kg suaminya akan rasa tersisih...tapi suaminya jenis yg penyabar, selalu cuba buat baik dgn ibu mertuanya...sampai satu tahap ibu kwn saya ni sakit, menantu yg dia tak suka itulah yg sanggup dukung dia ke bilik air, uruskan kebajikan ibu mertua ni walaupun dia tahu ibu mertuannya bencikannya...dan kuasa Allah, hari ini mereka sekeluarga dah berbaik2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:16 PM | Show all posts
xoxopac08 posted on 29-10-2014 01:28 PM
Dia memang nak berubah. dia ada misi dan visi. impian dia besar tapi malangnya takde "luck" untuk  ...

syaitan suka menghasut....
bnyk2kan beribadat dan berdoa...

klu rasa bahagia....go ahead...call/jumpa jek ibu kandung tu..lama2 sejuk la hati dia..

org kata klu nk murah rezeki...amalkan sholat Dhuha...
buat selalu...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
xoxopac08 posted on 29-10-2014 01:40 PM
Hanya sabar dan anak2 yang menjadi kekuatan saya untuk terus hidup.

Aku rindukan ibu aku.... { ...

Rndu,tipun je la,
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:11 PM | Show all posts
xoxopac08 posted on 29-10-2014 01:28 PM
Dia memang nak berubah. dia ada misi dan visi. impian dia besar tapi malangnya takde "luck" untuk  ...

Boleh ko listkan dgn aku apa impian, misi, visi suami ko dan apa dia nak buat untuk mengubah nasib ko sekeluarga?.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu semua dugaan ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 09:47 AM | Show all posts
abbyhoney posted on 29-10-2014 02:13 PM
tak apalah t.t...selagi boleh sabar teruskanlah bersabar sebab sabar kan separuh dari iman...sambil2 ...

suami dah selalu mengalah dan bersabar dengan ibu walaupun ibu selalu sindir-sindir dia. sampai satu tahap ni suami dah tak tahan perangai ibu yang suka menyindir dan sejak dari itu suami dah x jejak kaki rumah ibu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 09:48 AM | Show all posts
seri_mawr posted on 29-10-2014 02:16 PM
syaitan suka menghasut....
bnyk2kan beribadat dan berdoa...

terima kasih.

saya akan cuba lakukan nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2014 09:49 AM | Show all posts
nur_fiza posted on 29-10-2014 04:08 PM
Rndu,tipun je la,

dah tepon. ibu x angkat phone. pergi rumah pun berkunci. rasanya ibu balik kampung sebab kat bandar ni dah xde sape dan xde apa lagi yg ibu boleh buat. ibu pernah berkata, lebih baik dia duduk kampung dan dapat berbakti kepada ibu dia sendiri(nenek).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 09:52 AM | Show all posts
wds posted on 29-10-2014 05:11 PM
Boleh ko listkan dgn aku apa impian, misi, visi suami ko dan apa dia nak buat untuk mengubah nasib ...

impian dia nak beli rumah besar. keta besar untuk kami sekeluarga. visi dia katanya nak hidup senang dan misi dia nak buat bisnes sendiri kalau tak dapat kerja dengan kampeni orang. dia pun ada kampeni sendiri tapi xde modal. harapkan ada nama kampeni aje tapi xde kerja yang mendatangkan hasil. sekarang masih menunggu panggilan jawapan kerja dari kampeni yang di interview.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 09:54 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 30-10-2014 08:56 AM
Itu semua dugaan ..

iye. ada orang lagi besar dugaannya. tapi hati ini x tenang. rasa perasaan bersalah terhadap ibu kandung
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:23 AM | Show all posts
attitude suami TT ni ade prob ke..sbb smpi majikan tahan akaun x bg gaji? itu dh sesuatu pelik..i bkn nk pertikaikan ape yg suami u buat..tp..bos u xde hak nk tahan gaji pekerja die...mesti die ade uat something yg uat bos marah...

hopefully u phm ape yg i nk sampaikan...i bkn nk attack or blame husband u..u jgn percaya bulat2 die...u kne fhm die..faham n percaya 2 perkara berbeza...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.233614 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list