CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 0

biarlah muharram kali ini memutik keinsafan disanubari kita

[Copy link]
Post time 24-10-2014 12:32 PM | Show all posts |Read mode
biarlah muharram kali ini

memutikkan keinsafan

didalam sanubari sanubari kita

kerana kedatangannya

membawa suatu peringatan

perkhabaran tentang usia

yang kian meningkat

tetap kian menyingkat



biarlah muharram kali ini

menyuburkan kesedaran

didalam sanubari sanubari kita

kerana kedatangannya

mengimbau kenangan sejarah

episod seribu kisah

dalam untaian duka

bersulam bahagia

perit getir perjuangan

generasi kita umat islam

merintis sejarah dakwah



biarlah muharram kali ini

menyuburkan kerinduan

didalam sanubari sanubari kita

kerana kedatangan nya

membawa kalungan janji

limpahan rahmat ilahi

untuk sapa yang sudi

sujud merafak sembah syukur

di sepertiga malam

yang ke 10 atau mengekang lapar berpuasa

sepanjang siangnya yang ke 9,10 dan 11



muharram ...

sambutilah dia dengan penuh keinsafan

kesedaran dan kerinduan

kerana padanya ada seribu pengertian

ada kenangan ....

dan ada ganjaran ....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.099379 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list