|
Dulu aku memang suka fotopages ni. Memang ramai kawan photographer yang aku kenal bermula dari fotopages. Rami nama nama besar fotog sekarang pun mula terkenal di sini. Konsep dia simple, kongsi album, komen, kritik, baiki, upload lagi.
Aku masih ingat aku mula meluat kepada fotopages (pengguna fotopages sebenarnya...) bila spam mula bermaharaja lela. Mula - mula komen - komen spam yang menawarkan khidmat fotografi, pakej perkahwinan contohnya, O.K. masih relevan... Kemudian muncul penjual tudung bawal, krim kecantikan, jamu, ubat kuat, ubat gegat, dan segala macam ubat urat saraf lagi. Saat itu aku mula tawar hati.
Akhirnya, aku tinggalkan begitu sahaja. |
|