View: 10085|Reply: 9
|
Suami Mengaku BUJANG atau DAH BERPISAH
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum untuk semua FORUMER dalam ni...
ada kemusykilan sikit...
ada sesetengah suami MIANG atau GATAL yang sudah berkahwin selalu mengaku BUJANG atau dah berpisah dengan ISTERInya..
nak kira macamana tu ya?? JATUH x TALAK di situ??
harap dapatlah mana2 USTAZ atau USTAZAH yang boleh komen dengan situasi ini..
terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeeeee...takutnyer avvy ...are you okay? |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 15-10-2014 05:06 AM
eeeeeeeee...takutnyer avvy ...are you okay?
'my heart are always belong to you..' kaedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 15-10-2014 05:06 AM
eeeeeeeee...takutnyer avvy ...are you okay?
caption ni untuk saper ekceli "mbhcsf"??
|
|
|
|
|
|
|
|
mamapapa6881 posted on 15-10-2014 11:01 AM
caption ni untuk saper ekceli "mbhcsf"??
avvy you ....aiyooo...
|
|
|
|
|
|
|
|
pertama dia sudah berbohong.... |
|
|
|
|
|
|
|
well men...kalau rasul dan nabi tu dikecualikan lah , golongan lelaki yg bebaik tu dikecualikan lah.
tapi tu lah lelaki ni ...apa yg depa tak boleh atau keupayaan untuk berdusta , kan? i mean ladies pun sama gak tapi lelaki...
lelaki dan dusta
kekadang i terfikir ada hikmah tersirat kenapa Al AMIN itu diberikan pada baginda rasulullah saw seorang lelaki ....so Allah tak jadikan sesuatu dengan sesia cer fikir ....sebab ALlah tahu apabila lelaki berdusta impactnyer ....satu kepercayaan akan musnah 100%
Last edited by mbhcsf on 16-10-2014 01:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
betul kata mbhcsf... sokong sungguh... |
|
|
|
|
|
|
|
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui e-mel. Ini adalah email pertanyaan melalui http://mufti.perlis.gov.my/ dari: XXX
Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.
Soalan:
Saya muskil tentang hukum mengaku bujang atau duda sedangkan sudah ada isteri.,
Jawapan:
Jika berbohong, maka ia termasuk salah satu dari dosa-dosa besar.
Di bawah ini penjelasan ringkas berkenaan permasalahan yang ada kaitan dengan soalan saudara.
Para ulama ada membicarakan hukum seorang yang telah berkahwin, lalu ditanya kepadanya: "Kamu ada isteri?” lalu dia menjawab: “Tidak.” Dengan niat berbohong, maka dia berdosa kerana berbohong namun tiada apa-apa kesan terhadap hubungan dia dengan isterinya. Hal ini kerana lafaz “Tidak” adalah termasuk dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat, sedangkan niatnya adalah berbohong bukan talak. Sama halnya jika dia berkata: “Saya tiada isteri” termasuk di dalam lafaz kinayah.
Selebih itu, para ulama berbeza pandangan tentang orang yang berbohong mengaku dengan lafaz yang jelas telah bercerai atau telah mentalakkan isterinya. Sebahagian ulama berpandangan talak atau cerai itu terlaksana secara Diyanatan[1] danQadha’an[2]. Pandangan ini seperti yang disebut oleh Ibn Muflih dari mazhab Hambali di dalam al-Furu’ yang berkata:
"Jika seseorang ditanya: “Kamu telah mentalakkan isterimu?” lalu dia menjawab: “Ya!”Atau dia ditanya: “Kamu ada isteri?” Lalu dia menjawab: “Aku telah talakkan dia.”Sedangkan dia berbohong, maka talak itu terlaksana.”
Manakala para ulama mazhab Hanafi, Syafie dan selainnya berpandangan sesiapa yang mengaku bercerai secara dusta, maka cerai itu terlaksana secara Qadha’antidak secara Diyanatan. Di dalam al-Bahr al-Ra’iq dari mazhab Hanafi dinyatakan:
“Sekiranya dia mengaku talak secara berbohong, maka terlaksana talak itu dari sudut Qadha'an (zahir/penghakiman).”
Di dalam Asna al-Matolib Syarh Raudh al-Tolib dari ulama mazhab al-Syafie dinyatakan pula:
“Sekiranya dia mengaku talak secara dusta, tidak tertalak isterinya batinan (Diyanatan), hanya berlaku talak zahiran (Qadha’an).”
Pandangan pilihan:
Pandangan yang menjadi pilihan ialah pandangan ulama mazhab al-Syafie dan Hanafi. Hal ini kerana sesuatu pengakuan mengandungi kebarangkalian sama ada benar atau dusta. Maka orang yang membuat pengakuan dusta dikenakan tindakan berdasarkan zahirnya di mahkamah. Manakala yang didustakan itu tidak berlaku pengakuan tersebut di sisi Allah. Justeru talak itu tidak terlaksana. Inilah pandangan yang lebih rajih.
Wallahu a’lam.
[1] Diyanatan (ديانة): iaitulah talak yang benar-benar jatuh di sisi Allah SWT. Sekalipun dari sudut perundangan tidak thabit talak tersebut disebabkan ketiadaan bukti yang jelas. Sebagai contoh seorang isteri benar-benar yakin suaminya telah mentalakkannya sebanyak tiga kali, maka dari sudut diyanatan isteri tersebut adalah haram buat suaminya sehinggalah suaminya berkahwin dengan wanita lain terlebih dahulu. Maka siisteri tadi wajib menjauhi suaminya dan tidak membiarkan berlaku hubungan suami-isteri antara mereka, sekalipun dia tidak mampu menthabitkan perceraian tersebut di hadapan hakim, sekalipun suaminya mengingkari dan mendatangkan bukti palsu.
[2] Qadha’an (قضاء): iaitulah talak yang dihukumkan jatuh oleh hakim atau Qadhi berdasarkan zahir disebabkan ketiadaan bukti menunjukkan tidak ada niat atau seperti seseorang yang melafazkan talak kerana terlajak cakap.
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 18-10-2014 03:33 PM
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui e-mel. Ini adalah email pertanya ...
tq so much "ibnur"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|