View: 7663|Reply: 20
|
Pendidikan Islam - Isu dan Cabaran - satu platform pendapat ???
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum para forumner sekalian,
Kini kita dah masuk akhir September 2014 - cepat ya masa berlalu , musim berganti - terlalu pantas...
suatu ketika dahulu saya teringat seorang forumner membuat satu thread tentang - pilihan untuk menghantar anak ke sekolah agama ke atau ... in April ke May 2009 - kalau tak salah saya.
Okaylah , tanpa ingin kembali kepada thread itu atau mengimbau thread itu ( hahaha - ada sebabnya ) maka di sini saya terpanggail untuk membawa tampalan rencana Utusan Malaysia tentang perihal yg sama :
YAKNI KITA BERCERITA TENTANG PENDIDIKAN ISLAM -
cuba fikirkan , renungkan apa yg dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam para di bawah :
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan agama Islam dalam rangka merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Beliau berkata, kepelbagaian jenis sekolah di bawah Kementerian Pendidikan merupakan bukti jelas keprihatinan dan usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menyediakan pendidikan agama Islam berkualiti kepada rakyat.
Katanya, selain mendaftarkan sekolah agama rakyat (SAR) sebagai sekolah bantuan kerajaan, kementerian turut menyalurkan bantuan kewangan menerusi pakej rangsangan khas pada 2012, 2013 dan 2014 dengan sejumlah RM250 juta diperuntukkan untuk projek mengubah suai dan menaik taraf, membina blok tambahan dan perolehan perabot serta komputer.
"ada tahun ini, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta kepada 553 buah SAR bagi membantu menguruskan sekolah-sekolah berkenaan. Ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan pendidikan Islam dan sentiasa berusaha mengoptimumkan ilmu duniawi dan ukhrawi agar modal insan yang sedang dibina mampu memimpin negara pada masa akan datang dengan lebih cemerlang," katanya pada majlis Multaqa Pengetua dan Guru Besar Institusi Pendidikan Agama dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian Pendidikan hari ini.
Yang turut hadir pada majlis penutup multaqa tiga hari bertemakan 'Transformasi Bermula Dari Dalam Bilik Darjah' itu ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam kementerian berkenaan, Abdullah Md. Din.
Dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan SMKA 2014 kepada SMKA Naim Lil Banat, Kelantan yang muncul sebagai juara keseluruhan.
Muhyiddin berkata, Malaysia merupakan antara negara yang membiayai pendidikan agama kepada rakyatnya dengan menggunakan dana perbendaharaan pada ketika negara-negara lain umumnya menganggap pendidikan tersebut bukan tanggungjawab kerajaan tetapi lebih kepada komuniti masing-masing.
Menurut beliau, sehingga kini sejumlah 57 SMKA diwujudkan di seluruh negara dan jumlah itu akan bertambah kepada 77 buah menjelang 2025 manakala sebanyak 588 buah sekolah menengah harian melaksanakan kelas aliran agama (KAA).
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, golongan pendidik perlu memikirkan semula pendekatan baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi subjek agama Islam untuk memenuhi keperluan masa kini.
Beliau berkata, pendekatan-pendekatan baharu berkenaan adalah membolehkan menarik minat dan meninggalkan kesan positif kepada sikap serta rohani pelajar.
"Guru harus sentiasa membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan diri, mengkaji perubahan luar dan kehendak serta nilai masyarakat yang sentiasa berubah. Perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam memerlukan guru untuk melihat kembali amalan bilik darjah yang sesuai serta relevan dengan ciri-ciri dan situasi baharu pelajar serta melengkapkan diri dengan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah," katanya.
Tambah beliau, proses pengajaran dan pembelajaran bersifat tradisional perlu diubah ke arah lebih berorientasikan masa hadapan dan bersifat dinamik untuk mendorong murid belajar, bersikap intuitif (kesedaran disebabkan gerak hati) serta terlibat secara langsung di samping mencabar daya keintelektualan yang hasilnya akan dapat memartabatkan agama Islam itu sendiri ke tahap lebih tinggi.
Katanya, menyedari kepentingan bahasa Arab dalam pendidikan agama, kementerian sedang berusaha untuk mengambil guru penutur jati bahasa Arab bertujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara kerjasama antara guru bahasa Arab sedia ada selain memberi latihan secara bimbingan kepada guru serta murid.
"Ini adalah suatu langkah besar dalam kita mengangkat dan mengiktiraf pendidikan agama Islam di negara ini," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi persoalan yg saya ingin lemparkan kepada ahliforum yang dihormati sekalian,
bagaimana hendak menyahut cabaran ini?
apakah kelemahan yg nyata pada anak anak muda zaman ini
sejauh mana berkesannya pendidikan Islam ini yg ketika ini diajar di sekolah sekolah?
sekiranya berkesan - apa bukti ?
dan bentuk garis panduan untuk 'menyukat' pencapaian itu ?
apa yg anda faham tentang pendidikan islam
bagaimana pendidikan Islam dapat menangani arus cabaran akidah yang dialami oleh generasi alaf baru ini ?
any thoughts?
sama sama kita bincang. |
|
|
|
|
|
|
|
apakah pendidikan Islam hanya terkhusus bentuknya pada pendidikan islam - as a subject?
only a subject ?
sekadar satu subjek daripada 8 atau 9 subjek lain ?
atau pendidikan Islam itu tersirat dalam memana subjek - dan kalau yes? apa bukti ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana Pendidikan Islam dapat mendidik atau melahirkan individu yand dinyatakan oleh pemimpin di atas?
sapa pendidik ?
pendidik mana yg utama
haaa
ini persoalan yg saya fikirkan apabial membaca article ini
sebab rerata kita adalah pemimpin pada diri sendiri, keluarga etc etc
so kita tak dapat tidak terkesan juga secara langsung dalam menyumbangkan idea
mana tahu kot kot boleh dimanfaatkan
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab?
cabaran umat Islam kini amat besar - terlalu rencam dan banyak onarnya
dari isu liberalisme kepaad isu isu semasa lain yg berlaku di dalam bidang ilmu tertentu , kesan globalisasi etc
semua ni mempengaruhi
so ...apakah yg perlu dalam menegakkan Al HAQ dalam era dunia moden ini? |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg perlu ada dalam kotak pemikiran atau kemahiran yg guru guru agama itu perlu ada di samping ilmu asas yg perlu ada pada mereka?
pada saya it would be best kalau mereka juga menguasai sains and tech and other language
sebab kita dapat lihat itu role model ( saya tak atau benci perkataan idola sebab kita tidak dalam makna konkrit - memuja mereka ) / atau model ikutan .... |
|
|
|
|
|
|
|
Di sini saya tampalkan artikel tulisan Prof Saodah Abdul Rahman
sumber : http://utusan.com.my/utusan/Renc ... sep-pendidikan-ilmu
[28/09/2014]
Fahami konsep pendidikan, ilmu
Oleh Prof. Madya Dr. Saodah
Abd. Rahman
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Renc ... -ilmu#ixzz3Ech7pqpo
© Utusan Melayu (M) Bhd
PENDIDIKAN merupakan satu institusi yang paling penting dalam pembentukan keperibadian sesuatu ummah dan pembangunan negara. Kelemahan sistem pendidikan boleh mengakibatkan sesuatu bangsa hilang identiti dan keistimewaanya. Kemuliaan ilmu pengetahuan diperakui oleh semua bangsa di dunia ini. Kehebatan manusia jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain adalah berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki olehnya.
Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama yang diciptakan oleh Allah mempunyai keistimewaan melebihi malaikat apabila baginda dianugerahkan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya berkaitan dengan hal ehwal ilmu duniawi. Allah mengajar Nabi Adam pelbagai ilmu pengetahuan bagi memudahkan baginda mengendalikan hal ehwal keduniaan.Seperti mana firman Allah dalam Surah 2 (al-Baqarah):31 yang bermaksud; "Dan Dia (Allah) mengajarkan Adam nama-nama (benda) seluruhnya".
Berdasarkan penjelasan berikut maka umat Islam sepatutnya memahami bahawa ilmu pengetahuan ialah sinar cahaya yang menembusi hati nurani dan pemikiran manusia secara pembelajaran yang tersusun. Sistem pendidikan yang berorientasikan kecintaan ilmu pengetahuan tanpa batasan sepatutnya dijadikan asas pendidikan negara Islam. Institusi pendidikan ini akan menghasilkan para pelajar yang memiliki ilmu pengetahuan pelbagai bidang berdasarkan kepada sikap dan kebijaksanaan para guru mendidik dan mengasuh para pelajar mereka.
Guru memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian para pelajar, menyebarkan ilmu pengetahuan dan melatih mereka supaya memperolehi ketajaman akal dengan pelbagai kaedah seperti peperiksaan dan sebagainya. Sikap dan corak pemikiran yang berorientasikan kecintaan ilmu dan gemar melatih para pelajar menjadi orang yang berjaya dalam ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia merupakan ciri-ciri para pendidik dan cendekiawan Islam. Jika para guru dan pendidik Islam memiliki ciri-ciri begini maka tidak wujud peristiwa soalan peperiksaan bocor atau seumpamanya.
Peperiksaan merupakan salah satu cara untuk menentukan kebolehan dan kecapaian para pelajar dalam bidang ilmu pengetahuan. Melalui peperiksaan para pelajar gigih mengulang kaji pelajaran dan berlumba-lumba untuk mendapat keputusan yang baik bagi membolehkan mereka mencapai tahap ilmu pengetahuan yang tinggi. Ilmu pengetahuan yang disebarkan kepada para pelajar sepatutnya disematkan dengan semangat cintakan ilmu bukan sikap yang berkobar-kobar untuk mendapat pangkat cemerlang secara mudah dan tidak bermoral.
Para pendidik dan pelajar yang berorientasikan jiwa ilmu tidak akan melakukan sesuatu yang terkeluar daripada etika ilmu pengetahuan ketika diuji kebolehan dan kebijaksanaan mereka dalam ilmu pengetahuan. Para pelajar dan pendidik yang berorientasikan etika menuntut ilmu sering menguji kebolehan mereka secara telus. Jika mereka berjaya dalam ujian maka perasaan bersyukur menjadi amalan mereka. Jika gagal mereka menjadi lebih bersemangat untuk memperbaiki diri dan mendalami ilmu. Jiwa begini sepatutnya disemat dalam jiwa para pendidik dan pelajar khususnya yang beragama Islam.
Dalam aspek pendidikan tidak ada sikap pilih kasih atau terlalu mengagungkan sekolah-sekolah yang dapat menghasilkan para pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang tanpa mengira latar belakang para guru dan persediaan kelengkapan pendidikan bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. Keadilan dalam aspek pendidikan perlu dijadikan asas pendidikan negara. Jika perkara ini diabaikan maka sukar untuk menentukan sejauhmanakah kebijaksanaan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang yang berada di sekolah-sekolah di bandar dengan para pelajar di luar bandar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan.
Guru-guru berkelayakan dan kelengkapan peralatan sekolah memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan para pelajar. Kebocoran kertas peperiksaan dan seumpamanya perlu dikaji secara menyeluruh supaya individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut dapat dikenal pasti. Persoalannya ialah siapakah guru-guru yang terlibat dalam penyediaan kertas peperiksaan? Jika terdapat guru-guru yang dipilih untuk menyediakan kertas peperiksaan bagi sekolah-sekolah tertentu maka kemungkinan para pelajar di sekolah tersebut akan mendapat gambaran tajuk atau bentuk soalan yang akan terpapar dalam kertas soalan. Jika perkara ini berlaku maka tidak ada bezanya kertas soalan peperiksaan bocor atau tidak.
Sikap gemar menyediakan keistimewaan kepada sekolah-sekolah yang menghasilkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan seperti memberi wang kepada guru besar dan seumpamanya merupakan satu inisiatif yang baik tetapi kadang-kadang ganjaran sebegini boleh mendorong para guru kurang prihatin terhadap etika ilmu pengetahuan. Jika keistimewaan dijadikan sebagai matlamat untuk menghasilkan ramai para pelajar mendapat A dalam peperiksaan maka objektif pendidikan berdasarkan konsep pendidikan Islam akan gagal.
Matlamat pendidikan boleh berubah kepada konsep menghasilkan ramai pelajar mendapat pangkat A daripada menghasilkan para pelajar yang tulen kebijaksanaan dan kepintaran kerana setiap mata pelajaran yang diajar ditumpukan kepada tajuk-tajuk yang akan dipaparkan dalam kertas soalan bukan keseluruhan ilmu berkaitan dengan mata pelajaran tersebut.
Konsep ciptaan manusia sepatutnya dijadikan garis panduan sistem pendidikan negara Islam bagi menghasilkan masyarakat yang memiliki ketulenan dalam pelbagai bidang ilmu dan kepakaran. Allah menciptakan setiap individu dengan kepandaian dan kepakaran yang berbeza. Kebolehan setiap individu itu sepatutnya dipupuk dan diasuh bagi membantu mereka menerokai bidang yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Oleh itu peperiksaan di peringkat awal persekolahan sepatutnya lebih tertumpu kepada bakat semula jadi kanak-kanak bukan dalam bentuk ilmu akademik yang sukar dicapai oleh kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak dianugerahkan Allah kecapaian akal dalam ilmu akademik.
Setiap perkara berkaitan dengan ilmu pengetahuan atau kepakaran walaupun bukan dalam bentuk akademik sepatutnya dijadikan mata pelajaran di sekolah-sekolah supaya kanak-kanak dan para pelajar berminat untuk mendalami ilmu mengikut bakat yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Ibu bapa sepatutnya memahami bakat atau minat anak-anak sejak kecil kerana sikap dan minat mereka yang dipertontonkan kepada ibu bapa itu merupakan fitrah ciptaan mereka.
Jika anak kurang berminat dalam bidang ilmu akademik maka ibu bapa usah memaksa anak-anak mendalami ilmu tersebut.
Kebijaksanaan setiap individu bukan bergantung kepada kecapaian ilmu akademik semata-mata tetapi ia berlandaskan kepada bagaimana seseorang individu tersebut berjaya mengendalikan urusan kehidupan sehariannya walaupun tidak pernah mendapat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. Konsep dan prinsip kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai peranan dan tugas sepatutnya dijadikan asas pendidikan negara.
Ilmu yang dituntut bukan semata-mata untuk menonjolkan diri sebagai orang yang hebat memiliki ilmu pengetahuan dan lambang kebanggaan. Penekanan utama dalam aspek pendidikan ialah bagaimanakah ilmu yang dimiliki itu dapat dijadikan amalan atau asas untuk membina kehidupan yang sempurna di dunia ini.
Jika ibu bapa, para guru dan pelajar memahami konsep dan prinsip menuntut ilmu pengetahuan dalam Islam maka isu kertas soalan bocor tidak akan wujud dalam institusi pendidikan negara Islam.
PENULIS ialah profesor madya di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Renc ... -ilmu#ixzz3EcgXqQ4h
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan artikel di atas
sejauh mana tenaga pengajar yang mengajar Pendidikan Islam bersedia untuk mengubah pendekatan dalam memberikan input ilmu Pendidikan Islam pada jiwa yg memerlukan dan pencapainnya yg utama ialah ilmu tersebuh diamalkan?
sebab kita berdepan dengan cabaran global yg memugar sistem nilai dan krissi integriti seperti kes soalan bocor etc
so mampukah cabaran ini disahut? |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana untuk memupuk nilai cintai ilmu yg dikatakan "TULEN' ni
apakah persediaan ibu bapa dalam menerapkan nilai nilai ini?
di kala dunia sekarangs emakin kompetitif dan dalam masa yg sama menuntut agar sistem nilai diperkasakan?
banyak cabaran, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 27-9-2014 02:04 AM
apakah pendidikan Islam hanya terkhusus bentuknya pada pendidikan islam - as a subject?
only a su ... apakah pendidikan Islam hanya terkhusus bentuknya pada pendidikan islam - as a subject?
only a subject ?
sekadar satu subjek daripada 8 atau 9 subjek lain ?
atau pendidikan Islam itu tersirat dalam memana subjek - dan kalau yes? apa bukti ? salam
yap yang khusus .. fardhu 'ain ..
barulah d'sulami dengan fardhu kifayah ..
kalau tidak pendidikan itu tidak akan menghasilkan roh islam ..
as a subject?
only a subject ? d'dalam islam ..
yang membinsakan islam 4 perkara
- membuat sesuatu perbutan yang tiada d'ketahui
- d'ketahui tiada d'perbuat
- tiada mahu belajar kpd orang alim
- mencela² org yg berbuat baik kpd Allah serta d'haruskan pekerjaanya
sekadar satu subjek daripada 8 atau 9 subjek lain ?
atau pendidikan Islam itu tersirat dalam memana subjek - dan kalau yes? apa bukti ? salah satu kelemahan atau genjala penyakit yang berbahaya dalam pendidikan ialah sindrom rabun .
penyakit ini akan menyebabkan pendidikan menjadi kehilangan arah dan sibuk dengan kerja² atau
pengurusan harian dan melaksanakan activiti yang bersifat ritual aje semata² .
pendidikan yang d'sempitkan dengan hanya penumpuan kpd
- program ceramah kursus atau
- program ibadah semata² atau
- dalam bidang pendidikan aje ..
ini menunjukan pendidikan itu hanya dalam aspek tarbiah semata²
sedang pendidikan dalam bidang
- ekonomi
- politik
- sosial
- kebajikan
- makanan
- hiburan
- fesyen
- sukan dan
- lainnya
terpinggir dan tidak d'pedulikan ..
contoh lain tentang gerakan pendidikan yang menyempitkan kpd urusan politik semata²
dan beranggapan melalui politik saja dakwah berjaya mencapai matlamatnya ..
atau berjihad berperang begitu jugak ..
ini adalah gambaran sindrom rabun yang amat berbahaya ..
rabun dekat .. short sighted .. tidak ada visi ..
wassalam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
pendidikan sekarang sepatutnya ..
membentuk dan membina ..
tiap individu atau kumpulan ..
cara berfikir berpandukan dan berpedoman dengan sumber hikmah
yang d'turunkan pd Nabi Muhammad ..
how to think ..
not what to think .. ini dangerous ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Rencana yang berkaitan
Pendidikan Islam sedang diperkasa
KENYATAAN Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada Multaqa Pengetua dan Guru Besar Institusi Pendidikan Agama di Kajang baru-baru ini bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan Islam dalam rangka merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, menarik untuk dianalisis.
Wawasan 2020 meletakkan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan acuan kita kendiri. Acuan kita sendiri inilah yang perlu dianalisis dalam konteks pendidikan Islam.
Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977 menyarankan supaya pendidikan Islam kembali kepada landasan tauhid. Dualisme yang terjadi dalam sistem pendidikan di negara-negara umat Islam menghasilkan tasawwur atau world-view yang tidak integratif. Malaysia pada 1983 mengambil langkah positif menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai asas melakukan integrasi dan Islamisasi ilmu. Kini minat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia menghantar anak-anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) meningkat dalam kadar luar biasa.
Terdapat 57 SMKA di seluruh negara kini yang memberi peluang para pelajar mendalami Islam dan dalam masa sama subjek akademik dan sains turut diajar kepada mereka. SMKA akan bertambah menjadi 77 buah menjelang 2025 dan 588 buah sekolah Menengah Harian melaksanakan Kelas Aliran Agama (KAA).
Suatu strategi menarik yang dilakukan oleh kerajaan adalah memperkenalkan konsep Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan SMKA. Setakat ini ada tiga Ulul Albab di MRSM dan tiga Ulul Albab di SMKA. Jumlahnya akan bertambah pada tahun-tahun mendatang.
Penelitian penulis terhadap sistem Ulul Albab di MRSM amat menarik sekali. Anak-anak di didik menghafaz al-Quran dan dalam masa yang sama mempelajari subjek sains dan teknologi. Ia akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya kurikulum integratif dapat disusun supaya sentuhan al-Quran terhubung dengan sains dan latihan keguruan yang sepadu harus diberi supaya pembelajaran sains selari dengan tema-tema utama al-Quran.
Malaysia memerlukan pendekatan yang jelas dan strategik dalam Pendidikan Islam supaya wujud keseimbangan antara binaan Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem. Pada diri insan Allah kurniakan potensi akliah dan rohaniah supaya adunan pendidikan wahyu (naqliah) dan akliah terjalin erat dan membentuk watak yang Islami.
Allah kurniakan alam ini dengan sumber rahmah dan nikmah yang banyak. Negara-negara Islam mempunyai sumber hasil bumi yang kaya. Ia memerlukan Ilmu Mengurus Sistem seperti sains dan teknologi supaya akhirnya umat Islam mampu menyumbang kepada keperluan umat manusia. Dalam bahasa yang mudah, fokus kepada bidang diniah seperti akidah, ibadah, syariah dan akhlak adalah penting. Tetapi kualiti asas Ilmu Mengurus Diri harus mampu dimanifestasikan dalam ilmu mengurus sistem. Kalau tidak umat Islam bakal kekal menjadi pengguna kepada kekuatan orang lain.
Tradisi ilmu dalam tamadun Islam pada masa lalu menghasilkan ilmuan yang memiliki dua kekuatan ini. Orang seperti Ibn Sina menghafaz al-Quran pada awal umur, mendalami ilmu tafsir, cekap dalam menutur 12 bahasa, menghasilkan 273 kitab besar dan mengkhususkan dalam bidang perubatan, menghasilkan kitab kanun perubatan dan diterjemahkan dalam bahasa-bahasa Eropah dan dijadikan rujukan di Eropah lebih 600 tahun.
Hari ini umat Islam menjadi lemah kerana Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem tidak terbina dengan seimbang. Lalu produktiviti rohaniah umat Islam relatif tinggi dengan qiyam dan tahajjudnya tetapi produktiviti amaliah dalam upaya menghasilkan sistem adalah relatif rendah.
Ini yang disebut oleh Muhyiddin supaya pendekatan cara tradisional perlu diubah ke arah lebih berorientasi masa depan dan bersifat dinamik. Saidina Umar pernah berpesan supaya mendidik generasi hari ini sesuai dengan cabaran masa depannya.
Tambah Muhyiddin, pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi subjek agama Islam untuk memenuhi keperluan masa kini perlu terjadi. Cadangan beliau memang relevan dalam konteks ilmu yang Islami khususnya pendekatan Ulul Albab.
Dalam tradisi pengajaran dan pembelajaran dalam Islam yang mampu membangunkan tamadun berasaskan lima prinsip iaitu hafazan, kefahaman, pemikiran, penyerapan (internalisasi) dan manifestasi amal. Pendidikan Islam dalam erti kata yang sebenar tidak sekadar penyampaian maklumat dan ilmu. Ianya suatu proses transformasi diri dalam kerangka mengadabkan insan. Insan beradab memiliki disiplin akal yang tinggi, disiplin hati dan amal yang tinggi juga.
Hafazan dalam konteks Ulul Albab tidak sifatnya harfiah semata tetapi menuntut kefahaman apa yang tersurat dan maksud yang tersirat. Al-Quran tidak saja tekstual tetapi kontekstual iaitu merujuk kepada realiti. Hasil tradisi tafsir membangunkan daya fikir bagi menjana ilmu. Penjanaan ilmu yang bersifat akliah dan naqliah teradun dalam kualiti fikir dan zikir yang sifatnya menyantuni. Jika diserapkan ke dalam hati, ia bakal membangunkan pekerti insan.
Ianya amat relevan dengan pendekatan e-learning yang bakal menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran kini dan masa depan. Modul-modul interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran harus dibangunkan supaya input dan program Islami dapat menjadi sumber ilmu dan pendidikan.
Penubuhan Kolej Universiti Al-Quran harus mampu menjadi saluran bagaimana insan seimbang dan harmoni dapat dibangunkan. Pelajar-pelajar lulusan Ulul Albab bakal mempunyai saluran meningkatkan kualiti ilmu yang integratif dan pengkhususan dalam bidang yang diperlukan oleh negara.
Bidang diniah (agama) seperti akidah, usuluddin, syariah, fikah dan loghah (bahasa) tidak sekadar berlegar di sekitar maklumat umum mengenai ilmu berkaitan tetapi pengkhususan yang berkaitan ilmu-ilmu mengurus sistem harus terjadi. Pelajar bidang syariah umpamanya tidak saja memahami aspek syariah secara hukum dan pedoman dalam jalur kehidupan tetapi mampu mengkhususkan dalam aspek muamalah Islami, perbankan Islam, perakaunan Islam, sukuk, wakaf, polisi kewangan dan sebagainya supaya produk ini mampu masuk ke dalam sistem.
Hal yang sama seharusnya terjadi terhadap komponen insaniah (humanities) supaya manfaat berbanding dalam ilmu Barat dan Timur dilakukan dan integrasi ilmu dan Islamisasi ilmu terjadi supaya ilmu berbanding dan ilmu Islam dapat disantuni dalam memahami subjek falsafah, sosiologi, antropologi, psikologi, pendidikan dan lain.
Begitu juga ilmu sains dan teknologi dapat dibangunkan supaya ada ruang untuk pelajar-pelajar Ulul Albab mengkhususkan dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian, sains, kejuruteraan, senibina dan lain-lain.
Jika ini terjadi Malaysia bakal menjadi negara pertama dalam dunia Islam membangunkan Model Pendidikan Islam yang boleh merintis jalan ketamadunan dan bakal menjadi model ikutan negara-negara Islam yang lain seperti yang berlaku terhadap perbankan Islam, sukuk, takaful dan lain-lain.
PENULIS ialah Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Renc ... rkasa#ixzz3GLErqVIN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by mbhcsf on 17-10-2014 04:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
isu tentang Kempen I WANT TO TOUCH A DOG
Apa yg ustazah ustazah akan manfaatkan dalam PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN di dalam darjah ?
ekoran isu ini ?
|
|
|
|
|
|
|
|
seharusnya pemerkasaan perlu dilakukan di peringkat persekolahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Update
Sumber : website IKIM
Author : Dr Mohd Farid Mohd Shahran - siapa hamba Allah ni - google IKIM - get to know this guy.
Stronger Basis of Lifelong Education Ditulis oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran. Posted in The Star Recently, Ministry of Higher Education launched Lifelong Islamic Education or Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) with two-pronged objectives; to offer continuous Islamic education to all levels of society especially for those who miss the opportunity to learn it throughout their academic life, and secondly, to provide complementary professional skills especially to students in religious studies who are labeled as those who are embroiled only with religious studies. This will also help them in getting better employment apart from what they are already doing.
With these two main objectives, the lifelong learning initiatives is hoped to produce better and more quality human capital in this country.
This initiative to enhance lifelong education in Malaysia should be lauded despite it’s rather late beginning. For, lifelong learning is not something new to the modern days education. Since 1970s it has become a term which is popular in the developed countries referring to the additional system which complements the formal education. It is defined as the ongoing, voluntary, and self-motivated pursuit of knowledge for either personal or professional reasons. Through the lifelong education system, it not only enhances social inclusion, active citizenship, and personal development, but also self-sustainability.
Although there are formal types of education that are involved in lifelong learning process, the real focus of the lifelong learning is more on another two categories of education; the informal and non-formal learning. Informal learning refers to the learning through experience with no formal curriculum and credited subject. Parents teaching their children can be an example of informal learning. While non-formal learning refers to organized learning but not guided by formal curriculum such as seminars and workshops.
Despite its pertinent significance, the focus of lifelong education in general is still predominantly related to market-driven objective namely to enhance employability among citizens. Without denying this practical objective, it however has a few weaknesses.
First, it will not attract those already have good employment to embark on lifelong learning since they are already complacent with their working environment. Second, as a consequence of the first one, the kinds of knowledge which will be sought in lifelong learning will only related to the need of the job market. On the other hand, knowledge which are not directly related to the market yet are important in producing good human capital such as religious and ethical studies will not become the concern in lifelong education.
Taking that into account, it is important to find stronger basis and to ground lifelong learning on a more universal justification in order for it to be really successful in its implementation. And these justifications can be found when it is looked from philosophical and religious grounds.
Philosophically, knowledge and education are very close to the nature of human beings. This is due to the fact that human beings are endowed with reason that enable them to think and contemplate about many things, thus generating new knowledge.
In his definition of man, the great Greek thinker Aristotle, pointed out that human beings are essentially rational animals. They are distinguished from other creations due to their ability to think and generate knowledge. Descartes, the renown French philosopher, put it in a different way through his famous saying “I think therefore I am.” Thinking and knowledge, in other words, are the raison d’etre of human beings.
Based on this essential relation between knowledge and human being, knowledge is therefore considered in the philosophical as well as religious tradition as a great virtue that will elevate its possessor. It is the light, as asserted by al-Shafie, that will enlighten one’s heart and soul. It is placed high in human value system and worldview.
Consequently, knowledge must therefore be sought not because it is a merely a means to an end but an end by itself. Al-Ghazali in his Ihya ‘Ulum al-Din gives a good example concerning the nature of knowledge. According to him, things which are sought by people in this world are of three categories. First, what is sought as a means to an end such as money. Second, what is sought for its own intrinsic value such as happiness, and third, what is sought because it can both be a means to an end and also because of its own intrinsic value such as physical health. Knowledge, according to al-Ghazali, falls into the third category, namely it can be sought as a means to acquire other ends such as wealth and position, yet it also has its own intrinsic value which is its virtuous and enlightening attribute.
To relate al-Ghazali’s point with lifelong education and learning, it is only when knowledge is regarded and seen from the perspective of its own intrinsic value that it will continuously be sought regardless of its worldly and material ends. This is in line with virtuous nature of knowledge that will elevate one’s position. Even if knowledge were to be sought as a means to an end, the end that aimed through the means of knowledge must be more universal, higher and eternal such as happiness and the blessing of God.
This is in line with the Qur’anic appreciation of knowledge and its possessor. In surah al-Mujadalah (58:11), the Qur’an says, “Allah will raise the position of the believers and of those who received knowledge.” And in Surah al-Zumar (39:9), “Say, ‘are those who know equal to those who do not know?’ Only the people of reason will take heed.”
Only with these stronger basis, knowledge and education will be approached with a more continuous and lasting spirit. This is reflected in the history of great civilizations in the past where knowledge is sought not only from it temporary and pragmatic aims but more importantly due to it’s higher virtuous nature. And only with this spirit, knowledge will be raised in to wisdom and civilization.
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/the-star/9242-stronger-basis-of-lifelong-education
|
|
|
|
|
|
|
|
soalasaya : actually ada berapa banyak program kuliah agama yg boleh diakses oleh semua golongan especially bagi yg bekerja ?
dan juga bagi yang nak lanjutkan oengajian secara tersusun , sistematik dalam bab bab yang menarik
like elektif - evening classes or weekend classes - dalam falsafah dan agama
fiqh dan al quran serta hadith?
i mean : wujud ke?
dan kena bayaran - macam mana?
i mean i lebih suka university based or mosque based dan diajaq oleh yg bertauliah dan bukan caca marba , jenih dok pom prang pmprang ni = yg proper lecturer lah ?
ade ke?
i mean : semua masjid di Malaysia or anyone dah browse ke tengok struktur pengurusan masjid Regent Mosque
best tau - ada kelas kelas...dan kalau tengok website depa memang tak pernah kering dengan 'taman raudhah'
i.e majlis ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bagi pendapat 20 sen. Ikut pengalaman saya yang belajar sek agama di sekolah rendah . Pagi sek keb petang sek agama. Sek agama tu tempat main2 je..
Kalau cikgu ajar tekan kan fiqah dan baca alquran. Tapi diorang tak tekankan akhlak. Camne cakap ye. Fiqah tu ada practical cara2 solat sume bagus lah. Apquran tajwid sebab nak baca quran. Tapi bila akhlak tulis kat blackboard sifat2 mazmumah la. Adab2 ni. Suruh hafal masuk exam. Kira x explain betul2. Contoh adab ke hormat orang lain bagi la practical kr ape. Sedar x akhlak tu sangat penting nak bentuk sahsiah murid. Entah tu cuma sek saya je la |
|
|
|
|
|
|
|
i guess di mana mana pun kan u know, selalunya kalau dah menghayati al quran dan sunnah dah automatically tang bab akhlak tu dah tak payah diajarkan? sebab selalunya bila quran diajar dalamnya ada integrasi semua aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek tapi ialah i faham dalam pendidikan islam ada banyak kategori...adab dan cara hidup islam...tilawah, sirah etc
sebenarnya - inilah cabaran memana disiplin tu pun di mana pengajarnya found it VERY Challenging nak tonjolkan yg semua 'kategori' di atas itu BERSEPADU...u knwo what i mean?
dalam sirah - contohnya ada elemen akhlak tapi pengajarnya tu sekdar nak dapat gaji ke faham tak nak make proses pembelajaran dan pengajaran tu satu benda yg menarik , bersepadu dan mengesankan?
ni kena ada preparation time dan niat yg bebetul ikhlas dan suka benda apa dia buat ...
contohnya dalam peristiwa hijrah -
cikgu tu kalau dia boleh integrate kan semua elemen ni supaya murid dapat melihat sesuatu tu secara comprehensive atau menyeluruh , saya bagi contoh :
kategori :sirah nabawiyyah tapi dalam sirah tu ada aspek aspek personaliti role model , contoh contoh lain yg tunjuk kesepaduan itu yg i think gagal ditonjokan oleh pendidik agama ni - depa suka ajaq stand alone dan tak berkonteks, so penghayatan tu may be terjejas sebab tak nampak kesepaduan ,?? barangkali??
dalam memperkatakan aspek hijrah sebagi contoh :
may be ustazah tu kalau dia suka benda dia buat laaa...akan tengok dari pelbagai sudut :
tilawah - ayat ayat quran yg bermula dengan 'wahai orang orang beriman' versus ' wahai sekalian manusia 0 : ayat madaniyat versus ciri ayat makkiah..so kat situ ada implikasi dalam ayat ayat quran yg diturunkan - so ada emphasis kat sini dari aspek hijrah tapi tang mana ia significant dalam pemwahyuan ayat al quran
akhlak - plenty of akhlak sifat sifat terpuji / mulia - sabar, kepercayaan, amanah, berani , tenang , taat...setia kawan - banyakkk, persaudaraan yg terpaut atas ddasar syahadah...KESATUAN....
aspek - nilai - atau critical thinking : apakah hijrah itu bermakna baginda 'lari' ?? ? takut??? atau fled??? ini sarjana humanisme secular orientalis selalu maksudkan
tapi bagi yg berfikrah islam ada explanation - hijrah - atas jemputan kaum ansar dan muhajirin, supaya satu bentuk dakwah yg tersusun dapat dibina dalam bandaraya yg sekarang ni amat cantik tersusun etc kota yg bercahaya....
baginda tak akan dan tak pernah undur atau rebah dek ugutan pun....so itulah tu aspek nilai
- politik - dan materi - piagam madina - perlembagaan bertulis pertama di dunia - IT IS an achievement
- pembangunan manusia - nama tertentu yg ada implikasi dalam perjuangan kota konstatinople....
jadi kesimpulannya benda yg saudara utarakan tu kan sebenarnya pada saya diajar , sifat sifat mazmumah dan mahmudah tu semua tapi diajar dalam konteks 'stand alone' dan budak tak nampak KESAN besar, impak besar sifat sifat y nampak ' oh so biasaaaaaa' alaa we all tahu ni dalam pembentukan benda seperti tamadun manusia / Islam ....bebenda macam ni laaa
sebab tu menjadi islam ni bukan menuntut nak jaga akhlak dari segi taipan kasara media sosial yg amat lucah, kurang sopan , dan ajak org lain sekali ke dalam kancah taipan lucahan itu sebab tak ada siapa kenali di alam maya tapi tak sedar yg malaikat di kiri kanan tu mencatat...( see? ni penghayatan iman..manifestasi ilmu dan iman adalah akhlak said al ghazali ) u see....bukan main sennag je pi taip itu ii samoai kekadang tahap mencerca umpat....prasangka....
so pada saya perlunya ditekankan proses pembelajaran pan pengajaran dalam aspek aspek islam tu secara berkonteks dan bersepadu...sebab islam itu cara hidup...bukan hanya ritual agama...
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 19-10-2015 09:17 PM
i guess di mana mana pun kan u know, selalunya kalau dah menghayati al quran dan sunnah dah autom ...
Itula. Tapi subjek yang diajar di sekolah agama di sek saya ni 20 thn lepas la.. terpisah. Oh awak cakap pasal terjemahan eh. Darjah 1 sampai 6 takde terjemahan cuma bahasa arab sahaja. Kalau alquran kitorang belajar tajwid, dan hafazan. Yup ditekankan. Memang semua surah lazim saya hafal kecik2 dulu, bace alquran lancar. Saya rasa kawan2 saya pon lancar baca alquran semua. Cuma tu la. Ramai yang dengkinmendengki kecik2 sombong2. dan buli2 bende ni selalu orang pandang remeh. Padahal akhlak tu tersangatla penting.
Diorang x kesah akhlak diorang asalkan diorang mengajila. Contoh sekarang. Pakai tudung lebih penting dari menyakiti hati orang. Pakai tudung tapi berpegang tangan. Pegang babi tak boleh tapi pegang boyfriend takper. Diorang ingat pakai tudung is enough. Dah cukup islam padahal islam tu merangkumi akhlak. Pak2 aji bukan semualaal. Ilmu agama tinggi tapi seksa isteri. Itukan akhlak tapi diorang ingat oh dah cukup alim ni ilmu cukup, akhlak tu x penting la. Sebab tu non muslim pandang rendah kat kita. Saya pon dulu macam ni. Yela didikan bila tersedar insaf la cepat2.
Itu maksud saya sebenarnye. Saya sokong pendidikan agama tapi nampak pendidikan agama ni sekadar ritual bukan the way of life dah.. saya harap bukan semua la. Harap2 lepas ni cikgu2 tadika ajar murid hormat kawan. Jangan curi, jangan buli. Dan lain2.sebab saya taktau la mak bapak nak ajar ke x dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
i guess, kan dalam Islam kedua dua aspek hubungan sesama Allah itu amat penting
hubungan sesama manusia juga penting.
saya rasa kalau seseorang tu okay pada komponen pertama dia tak akan ada masalah untuk ok pada komponen kedua, so pada saya pendapat awak yg mengatakan bahawa ada org ilmu agama tinggi tapi seksa isteri , ilmu agama tinggi tapi buli well...itu maksudnya yg pertama tu ada lompanglaa....masakan tidak ? kalau yg pertama tu bebetul dihayati rasanya yg kedua tak ada masalah so saya tak fikir orang yg kita hanya nampak jaa....warak ( kita anggap kita presume jaa, kan ) dari aspek pandangan permukaan surface impression - so kita bina tanggapan padapemikiran kita dia perfect ....so bila dia tak berakhlak seperti mana impression tu kita cepat je kan salahkan agama atau salah ciri agama yg ada padanya
saya tak bersetuju dengan ini - sebab?
agama sering digunakan oleh yg jahil untuk mencerca baik secara halus atau tidak walhal logik kita ialah , kalau OK pada komponen pertama hubungan dengan ALLAH tu maka yg kedua will fall into places...
adapula golongan manusia ye y nak komponen kedua tu melebihi yg pertama - ni pun tak boleh jugak lop sided nanti ....asyik nak tekankan hubungan sesama manusia tapi pada masa yg sama tak nak atau tak suka atau sengaja cari loophole tak nak lakukan syariat pun tak boleh...
tak salah bahasa arab, tak salah hafal ayat quran - itu merupakan satu pahala so saya tak nampak canggahnya perbuatan yg saudara nyatakan tu sebab ini penting tapi di mana penghayatan
pada saya how to make the soul atau jiwa tu sampai tahap menghayati...yg kalau dia tahu malaikat kiri kanan mencatat segama alam buruk , mengapa akhlak itu diabaikan dalam apa jua bentuk - dari taipan aksara hingga perlakuan di alam maya - atau even nyata?
tulah cabarannya dalam aspekpendidikan
faktor pengajar - pendekatan dalam knowledge imparting dan faktor penerima ilmu tu ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|