View: 1875|Reply: 3
|
Persoalan dan Kemusykilan Tentang Jemaah Solat Jama'
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Semoga saudara2 sekalian dalam kesejahteraan dan dirahmati Allah.
Aku selalu jama' di perhentian RnR dan dari pemerhatian aku melihat Jemaah yang bersolat jama' ni membuatkan aku tertanya
1. Sekiranya aku masuk ke ruangan solat dan aku lihat Jemaah sedang bersolat, bolehkah aku mengikuti Jemaah tersebut sedangkan aku tak tahu Jemaah tersebut sedang solat Jama' zuhur kepada asar atau asar kepada zuhur.
2. Bolehkah dalam satu ruangan solat itu dua atau lebih Jemaah? Aku selalu perhatikan sampai ada 2-3 imam dalam satu ruangan solat. Sefaham aku mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa yang sama hukumnya tidak boleh.
Harap ada forumer disini yang dapat membantu aku.
Jazakumullah khairan kathirah |
|
|
|
|
|
|
|
solat kalau nak ikut orang ni, x kisah pon...
kalau dia semayang sunat pon bole ikut... tp kalau dah tau dia solat jama' pastu ko tak jama' xleh ikut na...
no 2 x reti jawab... ade orang cakap petanda akhir zaman gituu |
|
|
|
|
|
|
|
soalan pertama tu boleh je xada masalah
soalan kedua kalo xsilap aku penah diberitahu oleh ustaz aku dulu xboleh tapi ntah le |
|
|
|
|
|
|
|
Wa'alaikumussalam.
Bila terbaca soalan ni kat forum, alhamdulillah saya ada kesempatan untuk tanyakan kat ustaz.
Bagi soalan pertama, jawapannya boleh. Asalkan imam tersebut pon menunaikan solat secara rukhsah (jamak/qasar atau kedua2nya). Ini bagi kes utk solat zohor dan asar. Tapi bagi kes maghrib dan isyak. Kalau imam tengah solat maghrib, anda tak bleh la nak solat qasar isyak 2 rakaat. Melainkan anda pon solat maghrib 3 rakaat juga. Secara umumnya, seseorang yg ingin solat secara tamam atau sempurna, boleh mengikut imam yg solat secara qasar. Tetapi orang yg ingin solat secara qasar, tidak boleh mengikut imam yg solat secara sempurna.
Bagi soalan kedua, dalam suatu ruangan solat, HANYA dibolehkan utk mempunyai lebih daripada satu jemaah kalau solatnya adalah jenis lain. Contohnya, satu jemaah menunaikan solat secara sempurna. Dan satu jemaah lagi menunaikan solat secara rukhsah (jamak/qasar). |
|
|
|
|
|
|
| |
|