CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17284|Reply: 112

Adekah dgn menggunakan kekasaran dalm mengajar dpt menjadikan seseorang itu pand

[Copy link]
Post time 31-12-2003 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Saya terbaca satu keluhan pembaca mengenai satu perkara yg mungkin dianggap remeh oleh sesetengah org...tttp jika kita fikirkan dgn meletakkan kedudukan org yg menjd magsa ditempat anda... tak ke anda rase perkara ini tidak patut terjadi..

Pembaca mengeluh kenapa seseorang muslim itu apabila diajar mengaji perlu menggunakaan kekasaran... Contoh diberi adalah sahabat pembaca yg dipukul dan diherdik secara memalukan kerana salah membaca ayat Al - Quran... Dan yg paling tidak boleh diterima... guru yg mengajar telah mengahalau nye keluar dari kelas kerana salah membaca...
Pembaca membandingkan cara pendekatan guru agama Islam ngan mubaligh Kristian yg menggunakan pendekatan yg lemah lembut dan pertuturan kata yg sopan ketika menyampaikan ajarannya...

Sahabat pembaca bukan seorang yg mengalami kekerasan semasa belajar agama.... Saya sendiri...takkan melupakan pengalaman  saya belajar mengaji dengan seorang ustaz ketika dulu.... Ustaz yg agak garang ini akan duduk mendengar saya mengaji dgn sebatang rotan yg agak tebal... Dan kalau terkena kulit....ZAP!!!... Amat pedih sekali.... Perlakuan ini dibuat dihadapan pelajar2 lain.... Selain dapat sakit...saya juga dapat malu....

SOALANNYE....BETUL KE CARA PENGAJARAN INI DIPRAKTIKAN UTK BELAJAR AGAMA YG SENDIRI NYE MENEGAH KITA MELAKUKAN KEKASARAN TERHADAP ORG LAIN?????????

Kesilapan saya ialah tajwid dan panjang pendek..bacaan...maka saya dipukul dgn teruk sekali...Sehingga saya mengaji dgn air mata berlinang..
Saya tak lama dgn ustaz itu ... Krn tak thn badan yg lebam dan kesakitan... Saya behenti belajar mengaji selama satu jangka waktu yg panjang kerana fobia....

Panjang dah cerita saya... Apekah pendapat kengkawan sekelian... Perlukah kita menggunakan kekasaran ketika mengajar seseorang itu mengaji???

Walaupun begitu saya setuju kalau kita nak merotan anak yg degil tak mau sembahyang dan mengaji ... Bukan merotan kerana mereka melakukan kesilapan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 31-12-2003 04:08 PM | Show all posts
Dalam kaedah pedagogi (mengajar guru), ada dua konsep yang digunakan untuk memotivasikan pelajar: reward (hadiah) dan punishment (hukuman). Push and pull: yang satu mengajak pelajar berminat untuk belajar dengan cara menarik minatnya, yang lagi satu dengan cara menyeretnya samada mahu atau tak mahu.

Pada pemahaman aku, yang patut diberatkan ialah reward system. Ini kerana terbukti, apabila sistem ini digunakan dengan bijaksana, ia mampu mendorong motivasi pelajar lebih daripada sistem hukuman. Manakala punishment system pula jarang sekali mendapatkan hasil yang diinginkan, malah mampu membunuh langsung motivasi pelajar.

Malangnya, dek sebab tekanan mungkin (para guru terlalu sibuk dengan kerja pejabat dan kelas tambahan, misalnya) atau tak faham/tak tahu bila nak hukum bila nak bagi hadiah, maka selalunya kita dapati orang mengajar dengan menggunakan hukuman semata-mata.

Ada orang tua-tua kata, kalau cikgu garang ni murid jadi lebih baik. Baik, mungkin, tapi pandai? Juga, pendapat aku, hukuman mematikan semangat ingintahu yang sedia ada dalam diri setiap pelajar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 10:11 AM | Show all posts
Simple jer ...when u treat them smart they become smart , and when you treat then stupid they become an idiot.:2cool:
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 1-1-2004 01:57 PM | Show all posts
ok.. try to treat smart to a bunch of monkeys..

kalau sesenang itulah konsep pengajaran dan pembelajaran
maka semua calon spm/stpm yang berjumlah hampir suku juta tu akan lulus 100%..

sebenarnya ramai sangat yang jadi macam kuda (english proverb)..
boleh bawak ke tempat air.. tapi takleh nak paksa dia minum..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 03:19 PM | Show all posts

ketegasan mmg perlu, kekasaran hindarkan..

bila diimbas kembali masa saya kecil2 dahulu, teringat saya bila abah saya pernah bertegas dgn saya ttg pembacaan doa Qunut..abah kata mana lengkap solat Subuh tak baca doa Qunut..so selepas Subuh abah kata kat saya tak buleh sarapan pagi selagi saya tak hafal doa Qunut..mama kata saya terkedu sbb tgk doa Qunut tu panjang, tapi mama kata saya dpt juga hafal dlm masa singkat mungkin krn saya masih budak lagi kut, so cepat dpt..tapi krn ketegasan abah saya buat & berusaha sampai dapat.. saya juga bersyukur atas paksaan abah saya & gertakan dr rotan kepunyaannya semasa belajar mengaj..walaupn abah saya pegang rotan tapi seingat saya belum sekali rotan tu singgah kt badan masa saya salah mengaji..bantal yg jadi alas Muqaddam yg jd mangsa kena rotan..tapi dek krn takut saya cuba gak belajar..Alhamdulillah, now bila dh dewasa saya bersyukur sbb hasil didikannya yg tegas buat saya mampu membaca Al-Quran dgn lancar..pd saya tk perlu smpai betul2 pukul setiap kali masa mengajar, cukup dgn gertak dgn rotan atau sekali sekala kalau libas sikit, supaya budak tu nk dengar kata & cuba belajar jugak walau dlm keterpaksaan..

so kesimpulannya, bg saya ketegasan yg perlu dlm mendidik tapi bukan menggunakan kekasaran sampai berbirat2 badan kena pukul..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2004-1-1 01:57 PM:
ok.. try to treat smart to a bunch of monkeys..

kalau sesenang itulah konsep pengajaran dan pembelajaran
maka semua calon spm/stpm yang berjumlah hampir suku juta tu akan lulus 100%..

seben ...



ok ..try ro treat smart to a bunch of monkeys..hmmm:re:

Entahlah ...what i do know ..student ke , teacher ker , or even head masterke ..semua tu human being ada emotion and intellectual capacity masing masing ...tahap mana pencapaian dan pemahaman they all ... pada Mia kalo kita nak student kita jadi pandai ..atau rajin ke ..apa jadah sekalipun nak suruh ..kita takleh gunakan paksaan ..kita kena first ..be their role model , then guide dgn kata2 perangsang ..be supportive , lepas tu an appericiation ..budak budak ni ...dia kalo kite jek dia even dapat markah cukup makan ..still beri kata perangsang ..jgn condemn ..so bila bebudak ni dapat feedback yg positive ..they will satrt thinking dan secara tak langsung they all akan bersemangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
racerX This user has been deleted
Post time 1-1-2004 03:24 PM | Show all posts
Tu lagi satu persoalan tu... betul ke tak lengkap solat tak baca qunut? Ada orang gi Makkah cerita kat aku, kat Makkah tak baca qunut. Iya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 03:29 PM | Show all posts
>>>Alhamdulillah, now bila dh dewasa saya bersyukur sbb hasil didikannya yg tegas buat saya mampu membaca Al-Quran dgn lancar..pd saya tk perlu smpai betul2...

Persoalan yang lebih penting ialah, adakah saudari memahami apa yang dibaca? Atau apakah makna ayat-ayat itu masih terperangkap di dalam simbol-simbol yang dilafazkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2004 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 1-1-2004 03:24 PM:
Tu lagi satu persoalan tu... betul ke tak lengkap solat tak baca qunut? Ada orang gi Makkah cerita kat aku, kat Makkah tak baca qunut. Iya ke?


Setahu saya...sembahyang subuh adalah sah tanpa bacaan doa qunut.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 1-1-2004 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 1-1-2004 17:32:
Setahu saya...sembahyang subuh adalah sah tanpa bacaan doa qunut.


Tu yang aku ada sikit heran tu. Sebab masa aku kat sekolah asrama penuh dulu, ada sorang ustad tu cakap kat kitorang kalau tak baca qunut maka solat tak sah. Masa tu aku Form 2, ramai budak tak hafal qunut lagi. Jadi sebab tak reti baca qunut, depa semua pakat tak solat aje lah masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 06:01 PM | Show all posts
Pada pandangan saya teknik pengajaran ini adalah fleksibel mengikut situasi.  Guru agama perlu juga melihat kepada sikap pelajar-pelajarnya.  Paling penting adalah niat pengajar tersebut.  Mengapa beliau bertindak garang?  Sekiranya ia bertujuan untuk mendisiplinkan pelajar, perkara ini adalah boleh diterima.  Sekiranya ia dipengaruhi oleh emosi atau masalah peribadi pengajar, yang menjadi mangsa adalah pelajar tersebut.

Kita tidak boleh mengambil ikhtibar daripada satu dua kes untuk membuat kesimpulan dalam membanding bezakan pendekatan pengajaran guru agama Islam dan Mubaligh Kristian.  Kita boleh juga merujuk kepada bagaimana sikap pelajar-pelajar zaman dahulu dan sikap pelajar-pelajar zaman sekarang.  Semua orang sedia maklum bagaimana garangnya guru-guru zaman dahulu.  Contohnya, bapa saya pernah memukul abang saya sehingga terberak-berak kerana bermain ketika mengaji.

Melalui pengalaman saya, penggunaan rotan adalah menjadi kebiasaan setelah cara yang lebih diplomatik tidak berkesan.  Saya biasa memukul pelajar-pelajar Melayu, India atau Cina.  Bagaimana pun saya akan memberi penjelasan mengapa saya memukul mereka.  Alhamdulillah, sehingga kini belum ada pelajar yang berdendam dengan saya dan kawalan kelas agak lebih terkawal.  Disiplin adalah penting untuk pelajar supaya mereka tidak melakukan atau memikirkan perkara2 yang tidak berkaitan semasa di dalam kelas.

Ada masanya kekerasan perlu sewaktu pengajaran mengaji tetapi adalah tidak patut untuk merotan kerana pelajar melakukan kesilapan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 1-1-2004 05:35 PM:
Tu yang aku ada sikit heran tu. Sebab masa aku kat sekolah asrama penuh dulu, ada sorang ustad tu cakap kat kitorang kalau tak baca qunut maka solat tak sah. Masa tu aku Form 2, ramai budak tak haf ...


Ehhh..betulkah? Saya yakin dengan fahaman saya tetapi perkara ini mesti juga merujuk kepada yang lebih mempunyai pengetahuan agama seperti brother amorist atau sister Antique.

Sekiranya ustaz itu tersilap (setiap manusia tidak sempurna dan boleh melakukan kesilapan), ramai yang telah menanggung dosa.

[ Last edited by fleurzsa on 1-1-2004 at 06:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2004-1-1 03:24 PM:
Tu lagi satu persoalan tu... betul ke tak lengkap solat tak baca qunut? Ada orang gi Makkah cerita kat aku, kat Makkah tak baca qunut. Iya ke?


saya tk pasti samaada di Makkah baca doa Qunut atau tidak..tapi apa yg saya tahu dalam buku panduan solat masa saya kecik2 dulu..ada ayat2 doa Qunut yg dikatakan dibaca ketika solat Subuh..asaya tk pernah mempertikaikan hal ni krn berdasarkan apa yg saya tahu dalam solat Subuh ada bacaan doa Qunut..pengalaman 5 tahun saya duduk di sekolah agama..setahu saya tk pernah lagi imam tk peruntukkan ruang utk doa Qunut..malahan jika tertinggal membaca doa Qunut, kita kene mengerjakan sujud Sahwi..itu apa yg saya tahu selama ini..:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 2004-1-1 03:29 PM:
Persoalan yang lebih penting ialah, adakah saudari memahami apa yang dibaca? Atau apakah makna ayat-ayat itu masih terperangkap di dalam simbol-simbol yang dilafazkan?


sudah tentunya masa saya disuruh menghafal Doa Qunut tu saya tak tahu apa maksudnya..saya masih kecil lagi diketika itu..jadi saya umpama seekor burung kakak tua yg tidak memahami tetapi menghafal...masa saya mula2 mengaji & hingga sampai boleh menghafal surah seingat saya saya tk memahami isi kandungannya..mungkin surah Al-Fatihah shj pd masa itu yg saya faham maknanya..tetapi hasil didikan abah yg membolehkan saya kenal huruf jawi & tahu membaca surah2 Al-Quran membantu saya belajar bahasa Arab bg membuatkan saya paham akan isi kandungan ayat2 Al-Quran..sekurang2nya bila masa saya kecil abah saya gunakan ketegasan sebegitu membolehkan saya kenal huruf & tahu nak menyebut perkataan2 yg terbentuk drpd huruf2 yg disambungkan biarpun pd masa itu saya masih kecil utk memahami maknanya..

tetapi bila saya telah besar, tahu & pandai berfikir dlm memahami sesuatu, ianya membantu saya utk mendalami ayat2 Al-Quran ...
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 1-1-2004 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 1-1-2004 18:06:
Ehhh..betulkah? Saya yakin dengan fahaman saya tetapi perkara ini mesti juga merujuk kepada yang lebih mempunyai pengetahuan agama seperti brother amorist atau sister Antique.


Tak tau lah. Masa aku kat asrama tu, ustad dan brader-brader usrah semua kata tak baca qunut tak sah. Kalau lupa baca qunut kena buat sujud sahwi. Kalau lupa sujud sahwi maka kena buat juga sujud sahwi lepas teringat.

Masa aku kat UK pulak, dok lepak dengan budak Paki, pak Arab + pak gagak (Afrika), macam-macam cara aku tengok depa solat. Yang pak gagak dengan Paki ni, especially, senang sangat cara depa solat, macam ringannn je. Siap boleh solat kat padang rumput.

Jadi tertarik pulak aku tengok solat macam tu. Lepas tu barulah aku faham sikit kenapa Islam ni sebenarnya mudah aje, cuma manusia yang suka menokok tambah dengan hukum-hukum membuatkannya jadi kompleks dan complicated.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2004 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 1-1-2004 06:39 PM:
Tak tau lah. Masa aku kat asrama tu, ustad dan brader-brader usrah semua kata tak baca qunut tak sah. Kalau lupa baca qunut kena buat sujud sahwi. Kalau lupa sujud sahwi maka kena buat juga sujud s ...


Semasa tak pandai membaca doa qunut dahulu kakak suruh saya membuat sujud sahwi.  Saya mengetahui solat subuh sah tanpa doa qunut daripada kawan-kawan dan selepas itu bertanya pada ustazah saya.  

Lagi satu yang saya faham, sujud sahwi itu hukumnya sunat.

Betullah, semasa saya di luar negeri dulu, berbagai cara orang sembahyang (dasarnya tetap sama). Mula2 merasa pelik juga.

Sebenarnya Islam itu agama yang mudah.  Yang penting buat yang wajib dan yang asas.  Saya ini bukannya rajin sangat.  Saya teliti betul2 amalan yang wajib dan yang paling asas, selepas itu saya amalkan.

Tak sukalah nak hipokrit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 2-1-2004 01:10 PM | Show all posts
Yang buat depa pakat tak solat subuh tu gini: ustad tu kata, kalau LUPA baca qunut maka bolehlah sujud sahwi. Kalau tak baca qunut sebab tak reti pun, boleh buat sujud sahwi. Tapi kalau sengaja tak baca qunut dan tak de usaha nak hafal, maka tak sah solat subuh sebab sujud sahwi pun tak boleh buat.

Aaah bebudak 14 tahun kan, maklum ajelah. Apa lagi... depa pakat tak solat subuh lepas tu letak tanggungjawab kat atas ustad tu je la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2004 01:54 PM | Show all posts
Betul tu... Pasal depa tak hafal doa qunut... depa tak sembahyang subuh...
Sebab pade kefahaman depa.... doa qunut tu wajib... tak buat ...kena buat sujud sahwi...

Kalu dua 2 mereka dah tak hafal.... boh, tak sembahyang lah jawabnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2004 01:59 PM | Show all posts
Aku pun bakal nak timang cahaya mata.... So, aku rase pendekatan secara kekasaran tu salah tetapi ketegasan tu penting...

Mungkin dgn care pegang rotan...acah... dan warning ngan suare yg agak tinggi dan tegas... antare pendekatan yg lebih baik dari merotan mereka sahaje...

Rotan apabila TERSANGAT PERLU aje....

Setiap kesilapan ... Bukan hukuman menjadi jawapan... Cuba ajar dulu beberapa kali... Tetapi kalau dah berdegil buat tak tau... baru lah nak ambik tindakan...Itu pun JIKA PERLU..
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 2-1-2004 04:12 PM | Show all posts
Over-generalisation is never a good thing, especially in the context of human behaviour, but... pendapat aku ialah, orang yang cenderung kepada menggunakan kekasaran atau kekerasan dalam menangani sesuatu hal - apa hal saja pun - sebenarnya menghidap penyakit low self esteem, iaitu kurang kepercayaan pada diri.

Oleh sebab dia takut orang tahu kelemahan yang ada pada diri dia tu maka dia melindungi diri dia dengan cara menyerang orang lain. (Secara tak disedari, selalunya). Misalnya, dia akan memperlekeh dan mentertawakan orang lain. Tujuannya ialah apabila orang lain sibuk melihat ke tempat lain mereka tidak ada masa untuk memperincikan kekurangan yang ada pada dia.

That is, deflecting attention from one's own deficiencies by highlighting someone else's deficiency.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.861979 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list