CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8123|Reply: 42

Kisah-kisah BENAR

[Copy link]
Post time 12-8-2014 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Kisah 1 :

KISAH IBNU BASHAD

Seorang insan biasa bernama Ibnu Bashad sedang duduk di sebuah masjid dalam negara Mesir berbual dengan teman-teman .


Ada seekor kucing meow2 tanpa henti dan beliau memberikan sekeping daging.


Apa yang peliknya,kucing tersebut datang semula dan Ibnu Bashad memberikan lagi seketul daging.
Selepasnya perkara sama.


Ibnu Bashad kehairanan dan mengekori kucing tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku.
"Takkan tak kenyang lagi"bisiknya.


Rupanya kucing tersebut menggonggong daging dan memberikan kucing lain di mana buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi (WALI ALLAH ) sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067 Masehi.


Apabila membaca kisah ini,mata aku merembes.


Sejak membaca kisah ini,aku memberikan sedikit wang bila melihat orang buta di jalanan di mana mereka biasa menjual tisu dan sebagainya di jalanan.................
Sdgkan kucing pun boleh berbakti............


YA ALLAH MAHA PENGAMPUN,ampunilah segala dosa-dosaku yang TERAMAT BANYAK ini.....
amin.






Kisah 2 : to be continued ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2014 06:41 PM | Show all posts
KISAH 2 :

Pada suatu hari AbuHurairah R.A sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik.Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah, diamembersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat akusemasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orangmenyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderitakelaparan."

Abu Hurairah R.A mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yangdihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang melihatkeadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.

Pada masa itupenderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya.Penderitaan Abu Hurairah R.A ini berlaku semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab.Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewahsedikit.

Beliau r.a  merupakan seorangyang sangat warak dan suka menunaikan sembahyang- sembahyang nafilah. Diamempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakanuntuk berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk bersembahyang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2014 03:56 AM | Show all posts
KISAH 3

Pernah orang bertanya kepada Saidina Ali r.a

“Kenapa berlaku banyak kekacauan di zaman pemerintahanmu, sedangkan kamu adalah dari ahli bait Sallallahu Alaihi Wa Sallam, yang terawal memeluk islam, yang menerima pengiktirafan dari Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Tidak sebagaimana Omar yang memerintah umat ini dengan aman dan terserlah keimanan umat itu menguasai.”

Lalu saidina Ali menjawab:

“Bagaimanakah mampu aku lakukan sebagaimana Omar. Kerana rakyat Omar adalah aku dan rakyatku pula adalah engkau.”

KISAH 4?

Lain kali la......................
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:29 PM | Show all posts
sedihnya kisah ni....

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 08:57 PM | Show all posts
KISAH 4?

Lain kali la......................


sabar menanti untuk tt menceritakan Kisah 4 pula..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:44 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 13-8-2014 08:57 PM
sabar menanti untuk tt menceritakan Kisah 4 pula..

Assallamualaikum Elle   

Sementara kita tunggu sambungan cerita Ustaz G.A.M ..kesian pulak Uncle tengok Elle..hehe..so Uncle sampuk dgn cerita 2.5  

Cerita 2 kisah Abu Hurairah R.A..

Uncle bawak cerita ...menantu Abu Hurairah R.A..iaitu Said Al Musayyib.

Said Bin Musayyib R.A memang terkenal sebagai antara tabi'ien paling alim...iaitu seorg drp 7 ulama besar Madinah Al Munawarah ..Al Fuqaahaa'u sab'ah.

Sebab Ustaz GAM buat cerita anakdot...Uncle letak anakdot juga..

Siapa yg tak kenal Panglima Islam yg paling kejam dalam sejarah iaitu Hajjaj Bin Yusuf Assoqofi.
(kesian juga Uncle pada Al Hajjaj sebab palitan paling hitam dlm sejarahnya..akibat membunuh Abdullah Bin Zubair R.A )

Tapi...Uncle cerita sikit....dalam garang garang Al Hajjaj...Setelah perperangan dengan Abdullah Bin Zubair R.A..& Kaabah hampir ranap. Al Hajjaj berjalan & ternampak majlis Ilmu Said Al Musayyib (Menantu Abu Hurarirah R.A ).

Al Hajjaj pun berjalan masuk ke depan Said Al Mussayib..masa tu..anak anak murid Said Al Mussayyib dah goyang dah....alaaa..apa dia nak buat pada guru kami ni???

Tiba depan Said Al Mussayib..Al Hajaj pun kata.."Ini Majlis Ilmu Tuan ya?.. Terima kasih Tuan..semenjak peristiwa dulu..Saya sentisa ingat pesanan Tuan..& menjaga solat saya "  (lebih kurang ayat Uncle..hehe  ..sori)

Lepas beri hormat...Al Hajjah yg terkenal garang & kejam pun berlalu (utk buat tawaf )


Hehee...Ramai yg tanya Imam Said al musayyib...apa sebenar kisahnya?


Dari Ali bin Zaid berkata, “seseorang pernah berkata kepada said bin al-musayyib,

“apa pendapat anda tentang Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqofi yang tidak pernah mengutus seseorang kepada anda dan tidak pula menyakiti anda? “

Said menjawab ,
“Demi Allah, hanya saja dia pernah masuk masjid dengan ayahnya, kemudian melakukan sholat yang tidak sempurna ruku’ dan sujudnya. Lalu, aku segera mengambil segenggam kerikil dan aku lemparkan kepadanya dan Al-Hajjaj pun berkata, “Aku merasa telah melakukan sholat dengan baik.


Hehee..masa kecik..rupanya Al Hajjah kena baling batu sebab tak solat baik baik oleh Said Al Musayyib!




& Ada peristiwa...

Al Hajjaj solat bersebelah Imam Said Al Musayyib .

Habis solat..Al Hajjaj nak bangun dah..tapi tak boleh banggun sebab Imam Said AL Mussayyib relax je pegang hujung jubah al hajjaj....sampai habis wirid bagai..Al Hajjaj nak tak nak terkial kila kena pegang dengan Imam Said al mussayyib  

Habis doa..Terus Imam Said Al Mussayib maki hamun Al Hajjaj..."kamu ni pencuri ! pengkianat...macamni cara kamu solat??? Aku pukul kamu dengan kasut ni baru kamu rasa! "
(Al Hajjaj solat ...bergerak mendahului imam..agaknya nak cepat sgt )

Begitulah kisah Menantu Abu Hurarirah..Iaitu Imam Said Al Mussayib yg begitu hebat..yg mana ..Al Hajjaj Yusuf As Soqofi yg terkenal Paglima Islam paling kejam & garang pun...kalah & takut dengan dia..


Sekian selingan...maaf saya Ustaz GAM ya.. kalu tak berkenan...






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2014 08:35 PM | Show all posts
burungantu posted on 14-8-2014 11:44 AM
Assallamualaikum Elle   

Sementara kita tunggu sambungan cerita Ustaz G.A.M ..kesian p ...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh uncle..

Terima kasih atas cerita 2.5 Uncle tu...
uncle tulis anekdot tu I google maksudnya dan sekarang I baru tahu maksud anekdot tu apa...hehe..thanks..
Anekdot adalah sebuah cerita singkat dan lucu atau menarik, yang mungkin menggambarkan kejadian atau orang sebenarnya.

Habis solat..Al Hajjaj nak bangun dah..tapi tak boleh banggun sebab Imam Said AL Mussayyib relax je pegang hujung jubah al hajjaj....sampai habis wirid bagai..Al Hajjaj nak tak nak terkial kila kena pegang dengan Imam Said al mussayyib  

kelakar part yg ni..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 10:12 PM | Show all posts
KISAH 4

Fatimah Az-Zahraa ( Bunga yang sentiasa mekar )

Anas Bin Malik r.a berkata,
“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”
Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,
“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”
Betapa dermawannya Fatimah r.a :


Satu hari Salman datang ke rumahnya kelaparan namun tiada satu pun makanan di rumah.Fatimah r.a memberikan tudungnya kepada Salman dan Salman menukarkannya kepada Syamoon berbangsa Yahudi untuk mendapatkan jagung.
Kedermawanan Fatimah r.a telah menyebabkan Syamoon memeluk Islam.


Gambar : Kubur Fatimah Az-Zahraa






@Elle_mujigae


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2014 10:22 PM | Show all posts
burungantu posted on 14-8-2014 11:44 AM
Assallamualaikum Elle   

Sementara kita tunggu sambungan cerita Ustaz G.A.M ..kesian p ...

Al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi adalah seorang panglima berani dan kejam terhadap musuh politik namun pakar strategi perang setaraf dengan Khalid Ibnu Walid r.a yang digelar "Pedang Allah "

Ketika pergi berperang,ia sering menuturkan ayat " Aku nampak kepala-kepala sudah masak dan mahu menuai!"

Beliau memberi perumpamaan kepala musuh seperti tangkai buah dan sedia untuk dipancung!

Dikatakan mana-mana ulama' dan pegawai kerajaan  yang memusuhi Khalifah,akan dipancung kepala mereka.Begitulah taatnya Hajjaj kepada pemerintah.

Namun demikian  kejam dan bengisnya Hajjaj , beliau banyak berjasa kpd umat Islam dan antara  jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-
*Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
*Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.
*Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.
*Mengukuhan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.
*Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.

Kebanyakan sejarawan mengatakan Hajjaj di hujung usianya bertaubat dan memohon maaf dari ahli keluarga mereka yang telah dipancung atau dibunuh dengan kejam.

Semoga Allah SWT menerima taubatnya....







Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Best nyer membaca. Ada lagi? 500 kisah benar disini saya trade dgn 1 kisah benar. Itu pun jika saya rasa seronok.

Tajuk kisah benar yg ada pada saya :
1) Pos pemantau tentera elite jin
2) Perjalanan seorg hamba Allah dan Qada' dan Qadar ketika bersyariat (terlalu byk episod)
3) Memahami pertembungan alam manusia dan syaitan dlm bersyariat.

Hehehehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 07:18 PM | Show all posts
KISAH 5

Imam Ibn Taimiah seorang ulamak yang berani.Beliau berdebat dengan ramai orang untuk menegakkan sunnah dan menghapuskan amalan amalan yang bertentangan dengan agama seperti khurafat,bidaah dan syirik.

Sultan An-Nashir Ibn Qolawuun memiliki orang kanannya dari kalangan para ulama bid’ah yang memusuhi Ibnu Taimiyyah, dan mereka berfatwa kepada Sultan agar membunuh Ibnu Taimiyyah. Akan tetapi sultan hanya memenjarakan Ibnu Taimiyyah dan tidak membunuhnya.


Maka pada suatu saat datanglah Al-Jaasyinkir menggulingkan dan merebut kekuasaan dari Sultan. Akhirnya orang kanan sultan tersebut berkhianat dan membelot meninggalkan sultan dan membai’at Al-Jaasyinkiir. Tentu hal ini membuat murka sultan. Maka sultan akhirnya berusaha merebut kembali kekuasaannya dan akhirnya ia berhasil. Ternyata orang kanan sultan tersebut kembali kepada sang sultan, yang hal ini membuat sang sultan marah dan mengetahui bahwasanya mereka adalah para penjilat.


Akhirnya sultan pun mengeluarkan Ibnu Taimiyyah dari penjara dan menyambut Ibnu Taimiyyah dengan penuh penghormatan di hadapan orang-orang kanan tersebut yang pernah berfatwa untuk membunuh Ibnu Taimiyyah. Lantas sultan mengeluarkan secarik kertas dari kantongnya yang ternyata isi kertas tersebut adalah fatwa orang-orang kanan tersebut untuk membunuh Ibnu Taimiyyah. Tentunya sang sultan sudah menyimpan dendam yang sangat besar, dan berharap agar Ibnu Taimiyyah berfatwa sebaliknya untuk membunuh orang-orang kanan tersebut.


Ibnu Taimiyyah berkata, “Akupun faham maksud Sultan, dan aku tahu bahwasanya ia menyimpan dendam dan kemarahan yang sangat dalam terhadap orang kanan tersebut, kerana mereka telah membelot darinya dan membai’ah Al-Jasyinkir…, maka akupun mulai memuji para ulama, iaitu orang orang kanan tersebut, dan menyebutkan jasa mereka, dan seandainya mereka pergi maka sultan tidak akan mendapatkan lagi orang orang kanan yang seperti mereka”.

Kemudian sultan berkata kepada Ibn Taimiah, “Mereka (para ulama dan orang kanan) tersebut telah menyakitimu dan berulang-ulang ingin agar engkau dibunuh”.

Ibnu Taimiyyah berkata, “Barangsiapa yang menyakitiku maka aku telah memafkannya, dan barangsiapa yang menyakiti Allah dan RasulNya maka Allah akan membalasnya, aku tidak akan membela diriku sendiri”.

Akhirnya hilanglah kemarahan sultan.

Sumber :  Al-Bidaayah wa An-Nihaayah


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 07:48 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-8-2014 10:12 PM
KISAH 4

Fatimah Az-Zahraa ( Bunga yang sentiasa mekar )

Ini satu pembohongan.  Saidina Fatimah r.a. dimakamkan di Albaqi, dan kini tak bertanda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2014 01:20 PM | Show all posts
ibnur posted on 31-8-2014 07:48 AM
Ini satu pembohongan.  Saidina Fatimah r.a. dimakamkan di Albaqi, dan kini tak bertanda.

kubur nabi Mohd saw pn x brtanda,adalah ia PEMBOHONGAN JUGA?



maaf tanya ,kamu ni SYIAH ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2014 01:24 PM | Show all posts
  
KUBUR Imam Malik bin Anas ra di Baqi'.



Kubur para isteri Nabi SAW ..


Slps ni penyokong Syiah kata PEMBOHONGAN sebab tiada tulis nama ....




Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 02:06 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 31-8-2014 01:20 PM
kubur nabi Mohd saw pn x brtanda,adalah ia PEMBOHONGAN JUGA?

Mengarut....  mana dia makam Siadina Fatimah Az Zahra?  tak ada pun di labelkan?  Post pertama kamu tunjuk ada dan siap gambar sekali.  Tapi dalam dunia ni sorang pun tak tau di mana.  pastu sedap hati tuduh orang syiah....  tak apa aku maafkan kau.

Last edited by ibnur on 31-8-2014 02:08 PM

Comments

rilek....sabar ya  Post time 3-11-2015 11:52 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2014 07:07 PM | Show all posts
ibnur posted on 31-8-2014 02:06 PM
Mengarut....  mana dia makam Siadina Fatimah Az Zahra?  tak ada pun di labelkan?  Post pertama kam ...

ko ni pesal?

yg ko mengaku Syiah ke?

mengarut betul....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hentak kepala hang pa dua ni baru tau. Tak mau beriman kpd Alquran ka?

Apa kesss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Abangcute posted on 31-8-2014 09:48 PM
Hentak kepala hang pa dua ni baru tau. Tak mau beriman kpd Alquran ka?

Apa kesss!!!

Kes seorang baru jadi ustaz, seorang lagi pulak menyatakan kubur fatimah zahra tidak bertanda. Si ustaz melaka ni fitnah seorang lagi sebagai syiah. Sedangkan berdasarkan ayat seorang ni, dia anggap makam saidatina tidak bertanda. Kesimpulannya miss communication. Ustaz baru buka thread sedap2 ckp org lain syiah.

Comments

sabar ya  Post time 1-11-2016 08:42 PM
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 31-8-2014 10:04 PM
Kes seorang baru jadi ustaz, seorang lagi pulak menyatakan kubur fatimah zahra tidak bertanda. Si  ...

hahaha.

Pakat2 beri penyelesaian yg merugikan amalan aper kes?

Bertolak-ansur ar. Masing2 dah gi tgk kubur ke? Dah sohihkan maklumat atau lum?

Awat lar depa nak bertekak perkara2 kecik sedangkan tiap khilaf ada penyelesaiannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 02:04 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 31-8-2014 10:04 PM
Kes seorang baru jadi ustaz, seorang lagi pulak menyatakan kubur fatimah zahra tidak bertanda. Si  ...

kekeke..lu punya banyak MN.....




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.074519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list