CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2912|Reply: 19

Apa istimewanya maghrib?

[Copy link]
Post time 10-8-2014 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Sorry, sebelum bertanya, aku akui aku ni sgat cetek ilmu pengetahuannya sama ada dalam pengetahuan islam ataupun perkara duniawi. Aku cuma  hairan, apa istimewanya maghrib ni? Aku selalu dengar org cakap "hish maghrib2 pasang lagu rock", "hish maghrib2 tgok drama, tgok tv". So, kenapa dalam waktu maghrib je org selalu mention? Kenapa kalau waktu zohor, asar, isyak, kita tgok tv, dengar lagu rancak2 org takde kisah sgat? Aku dh cuba google tp xde jumpa lak mne2 jawapan pd persoalan aku. Sekian, time kasih.
Last edited by Orix on 10-8-2014 05:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 04:32 PM | Show all posts
BISMILLAH

Teringat juga kata-kata ahli tasauf;
الدنيا جيفة وطلابها كلاب
Dunia umpama bangkai dan pendambanya ibarat anjing !

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 04:50 PM | Show all posts
betul jugak.....

rasanya magrib ni masa org bersiap2.....samada solat magrib, mandi, makan, atau macam2 la...
masa org bertukar mode, dari berbuat sesuatu kepada bersiap2 nak rehat....


ia bukan masa aktiviti bersukan atau apa2 yg lasak.......
bg umat islam, memang ia masa bersiap2....

kalau negeri orang kafir....magrib tidak ada apa2 yg mereka kejar...jadi okay saja...

mungkin ini jawwapannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp posted on 10-8-2014 04:50 PM
betul jugak.....

rasanya magrib ni masa org bersiap2.....samada solat magrib, mandi, makan, atau  ...

tp ia cuma budaya dalam islam kan? tak ada jatuh hukum makruh atau haram kan kalau kita dengar lagu ke tgok tv ke asalkan x melalaikan kita dari melaksana perintah Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 06:42 PM | Show all posts
Orix posted on 10-8-2014 05:02 PM
tp ia cuma budaya dalam islam kan? tak ada jatuh hukum makruh atau haram kan kalau kita dengar lag ...

actually maghrib tu hari permulaan kitar hari

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 07:45 PM | Show all posts
maghrib=tempat turunnya matahari....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2014 09:08 PM | Show all posts
sbb peralihan hari kot..

siang ke mlm..

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:35 AM | Show all posts
Menurut sesetengah pendapat, waktu maghrib (actually pengakhiran waktu maghrib) ialah waktu2 amalan kita hari tu diangkat ke langit.

Ustaz saya pernah berpesan, lepas solat fardhu maghrib tu cepat2 buat solat sunat maghrib. Kalau yang suka baca zikir, baca yang basic2 saja. Sebab malaikat dah tak dan-dan nak angkat solat fardhu mahgrib dan amalan seharian kita. Dan juga nak "pastikan" yg fardhu dan yang sunat dalam keadaan cantik dan sempurna nak dibawa oleh malaikat. Sebelum nak solat pun, seboleh-bolehnya penuhkan acara2 sunnah sebagai top ups pada solat fardhu dan amalan akhir hari.

So, agaknya sapa2 yang ralit dengan muzik ka, dok hu ha hu ha sampai penghujung waktu maghrib, apakah mungkin amalan fardhu dan sunat pada penghujung hari dapat dilakukan dengan penuh komitmen dan kesedaran?

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 02:30 PM | Show all posts
Orix posted on 10-8-2014 05:02 PM
tp ia cuma budaya dalam islam kan? tak ada jatuh hukum makruh atau haram kan kalau kita dengar lag ...

Kalau menganggu jiran iaitu rakan kongsi sewa rumah atau jiran2 berdekatan itu dikira melanggar hak jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 11:24 AM | Show all posts
time maghrib2 ni selalunya refer kepada waktu senja...iaitu sebelum solat maghrib masuk, kan?

masa kecik2 dulu, mak selalu marah kalau kita orang adik beradik masih main2 kat luar rumah time matahari terbenam yg ada cahaya kuning sangat tu...dia kata time ni setan2 semua tgh giat cergas...

Mak mentua selalu pesan jgn biarkan baby dan anak2 kecik tak berteman time maghrib...

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda ,
"Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran .. satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka . Kuncilah pintu dan sebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah . Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu ( ketika hendak tidur ) . "
( HR Muslim )

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda ,
" jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja .. kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja. "
( HR Muslim )
Last edited by emmaisa on 13-8-2014 03:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 08:43 PM | Show all posts
pernah borak2 masa teatime dgn umi cakap pasal pantang larang orang dulu2...kalau dah waktu Maghrib budak2 selalu dimomokkan dgn ayat mainlah kat luar tu lagi nanti kena sorok dgn hantu..Umi i kata orang tua cakap macam tu sbb masa Maghrib ni kan pendek....masa tu la semua berebut nak mandi,nak bersiap untuk solat Maghrib..pastu mengaji..kalau masih main2 kat luar tu takut terlepas waktu Maghrib pula..nanti jadi habit bila dah besar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana pula dengan aspek ini

Waktu maghrib dijadikan titik rujukan masa terakhir prmbayaran zakat fitrah...

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:23 PM | Show all posts
Bagaimana pula dengan aspek ini

Waktu maghrib dijadikan titik rujukan masa terakhir prmbayaran zakat fitrah...


pertukaran atau peralihan tarikh dalam kalender islam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
How about takbir mursal atau takbir muqaiyad aidil adha

Waktu maghrib tu habis laa pada 13 Zulhijjah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
habakuk posted on 15-8-2014 10:23 PM
pertukaran atau peralihan tarikh dalam kalender islam...

Yep...that's it.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:55 PM | Show all posts
hmmmmm....waktu maghrib adalah waktu SETAN mula keluar berkeliaran!Setan mula berkerja menghasut manusia...membisik2 manusia..jadi wktu maghrib jadi popular sebab manusia mula melakukan bermacam2 perkara tak senonoh akibat hasutan SETAN2! diumpamakan waktu maghrib adalah shif mula berkerja! semangat/tenaga berkerja setan TINGGI BERKOBAR katakan...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 03:38 PM | Show all posts
Lama dulu pernah terfikir pasal Maghrib ni tapi tak usaha pun nak cari jawapan.
Terima kasih semua sebab kongsi info.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 05:17 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 15-8-2014 10:08 PM
Bagaimana pula dengan aspek ini

Waktu maghrib dijadikan titik rujukan masa terakhir prmbayaran za ...

salam

Bagaimana pula dengan aspek ini

Waktu maghrib dijadikan titik rujukan masa terakhir prmbayaran zakat fitrah...
pembayaran zakat fitrah adalah ..
mulai bulan ramadhan .. sehingga sebelum solat aidilfitri ..
a . waktu yang wajib untuk d'lunaskan ..
  • adalah malam Hari Raya ..
b .waktu sunnah pulak ..
  • sebelum solat Aidilfitri ..

ada khilaf bagi pelaksaan selepas itu ..
  • ada yang kata sebagai sedekah ..
  • ada yang kata sebagai qadha' zakat fitrah kerana terlupa ..

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 05:28 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 15-8-2014 10:28 PM
How about takbir mursal atau takbir muqaiyad aidil adha

Waktu maghrib tu habis laa pada 13 Zulhij ...

salam

How about takbir mursal atau takbir muqaiyad aidil adha

Waktu maghrib tu habis laa pada 13 Zulhijjah
11 .. 12 .. 13 zulhijjah adalah waktu Tasyrik mengikut urutan Hijrah ..
pada hari ini d'haramkan berpuasa ..

tasyrik التـّشریق makna makan minum ..
Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya:
”Rasulullah bersabda:
”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

riwayat Muslim


Umat Islam boleh melakukan ibadah korban
sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah.
Begitu juga amalan bertakbir .. juga d'sunatkan sehingga maghrib tersebut.

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 05:34 PM | Show all posts
salam

رَّبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ
لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ
فَٱتَّخِذۡهُ وَكِيلاً۬

9.[Dia-lah] Tuhan masyrik dan maghrib,
tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia,
maka ambillah Dia sebagai pelindung.
Apa istimewanya maghrib?
tiada bertemu akan Masyrik ..
tanpa mengenal akan Maghrib ..

فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ
16. Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja
وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ
17. dan dengan malam dan apa yang diselubunginya
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ
18. dan dengan bulan apabila jadi purnama
لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ۬
19. sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)

wassalam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.079854 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list