CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 17

bagaimana korang mengenali tuhan

[Copy link]
Post time 3-8-2014 02:34 PM | Show all posts |Read mode
jom sama sama  kita share pemikiran korang tentang ada nya tuhan ni ....
bagi pandangan aku lah ...tuhan itu memang wujud ,ia adalah satu ..tuhan itu tidak bernama ...tuhan itu tak menyamai semua makhluk atau apa jua ..tidak ada pengurus mentadbir alam semesta kecuali hanya dia... dan bila dipandang jauh atau terlebih jauh pemikiran aku ni ....kerasulan nabi memang tidak ada ....apatahlagi alquran ...yang aku nampak hanya tuhan yang cukup berkuasa ...ia melihat,ia mendengar .....ia mengetahui ...

lagi yang aku nampak ....bila aku lalu jerat cina , kubur kristian , kubur melayu ....dan aku kaitkan dengan yang hidup ...pastu aku kaitkan lagi dengan tuhan ....kita semua ni akan berhadapan menuju kepada nya ....iaitu dunia baru ....

aku rasa tentu korang alami apa yang aku rasa ...hanya manusia yang tidak gunakan otak nya ...dengan menidakkan tuhan yang sebenarnya wujud dialam semesta ni dengan menduakannya ....

pandangan korang mengenai adanya tuhan yang wujud mcm mana ...bagaimana korang mengenali tuhan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 12:57 PM | Show all posts
endus posted on 6-9-2014 11:32 AM
come on la semua ...mari kita semua ber fikir dengan kejadian alam semesta ini ....takan aku sorang  ...

Susah nak mengenali Tuhan kalau tak guna petunjuk atau guidance dari Tuhan itu sendiri (Al-Quran). Mungkin tuan endus merujuk kepada kejadian alam semesta ini sebagai petunjuk kewujudan Tuhan.

Saya berpendapat 'mengenali Tuhan' dan 'kewujudan Tuhan' adalah dua perkara yg berbeza tetapi ada sangkut pautnya. Contohnya, boleh jadi seseorang itu tahu akan kewujudan Tuhan tetapi boleh jadi dia belum mengenali siapakah Tuhan itu. Ini menerangkan mengapa terdapatnya pelbagai agama di dunia ini. Masing-masing mempercayai wujudnya Tuhan tetapi pemahaman mengenai siapakah Tuhan itu adalah berbeza.

Kewujudan Tuhan:
Kewujudan Tuhan itu sendiri masih lagi dipersoalkan sehingga kini terutamanya oleh golongan yg tidak percaya akan Tuhan. Hakikatnya, pemikiran manusia itu sendiri limited, jadi kita tidak boleh memikirkan/imaginasikan sesuatu yg pada asalnya tidak wujud sebagai wujud. Jadi, Tuhan itu mestilah wujud.

Mengenali Tuhan:
Memandangkan tiada siapa nampak Tuhan, jadi adalah logikal utk Tuhan sendiri memberitahu kita siapakah diriNya. Ini terdapat dalam Al-Quran, contohnya: surah Al-Ikhlas. Kesimpulannya, kita harus rujuk petunjuk nyata dari Tuhan iaitu Al-Quran utk mengenali Tuhan.



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 04:25 PM | Show all posts
Senget, g baca quran dan TERJEMAHANNYA SEKALI. Kemudian baru sembang balik pasal tuhan. Tuhan memang wujud, betul dah tu satu, cuma takkanlah setakat nak percaya dan cinta tuhan macam perangai subculture HIPPI kot. Tak betul tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 06:10 PM | Show all posts
Baru 2~3 lepas saya googling definisi tuhan & agama. Lepas tu saya googling beza agama dgn kepercayaan cult. Terlalu banyak sudut pandang berbeza.

Org yg lahir dan membesar dlm suasana beragama berbeza dgn org yg lahir dan membesar dlm keluarga yg tak spesifik tuhannya kerana tak spesifik agamanya.

Beza pengalaman org terlahir beragama dgn yg tidak, sangat jauh bezanya. Ibarat naik pokok yg berbeza.

Sebelum nak bincang or even provoke hal kepercayaan kepada tuhan atau agama, anda boleh mulakan dgn  definisi tuhan yg awak pegang. Buat simple2 word, at least 3 patah perkataan jika boleh.

Untuk tambahan bantu-faham, buat ler analogi yg mampu dicerna the least knowlegde people. Tak perlu quote ayat2 atau pesan2 dari buku2, boleh?

Silakan definisi anda tentang tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 06:22 PM | Show all posts
luaskan lagi pandanganmu.. lihat dgn mata hati.. masih jauuuuuhhh lg bro..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 08:17 PM | Show all posts
hmmmmm.....
saya sangat mengerti apa yang tuan rasa dan fikirkan...
mari semak balik apa yang tuan tulis...

jom sama sama  kita share pemikiran korang tentang ada nya tuhan ni ....
bagi pandangan aku lah ...tuhan itu memang wujud ,ia adalah satu ..tuhan itu tidak bernama ...tuhan itu tak menyamai semua makhluk atau apa jua ..tidak ada pengurus mentadbir alam semesta kecuali hanya dia... dan bila dipandang jauh atau terlebih jauh pemikiran aku ni ....


yang ini aku setuju....sila pegang pemahaman tentang ketuhanan ini....

tapi bila tuan berfahaman tentang nabi dan quran sebagaimana yang ditulis:
kerasulan nabi memang tidak ada ....apatahlagi alquran ...


rasanya tuan masih belum memahami berberapa perkara PENTING!

oleh itu saya harap tuan sila tanya kembali pada diri tuan soalan yang sangat MUDAH ini:

APA TUJUAN SAYA HIDUP DI DUNIA INI?
APA TUJUAN SAYA HIDUP DI DUNIA INI?
APA TUJUAN SAYA HIDUP DI DUNIA INI?
sila tanya pada diri anda dengan jujur.........mampukah anda menjawabnya dengan jawapan yang BETUL SEBETU2NYA?

silakan tuan teruskan mencari......mudah2an Yang Pemberi Rahmat memberikanmu rahmat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2014 08:38 PM | Show all posts
sila renung kata2 ini...

saya sangat bertuah, kerna tuhan saya memperkenalkan diri-NYA kepada saya...
sudahkah tuhan anda memperkenalkan dirinya pada anda...?

saya sangat bertuah, kerna tuhan saya memberitahu, siapa dikalangan manusia itu pemimpin saya...
sudahkah tuhan anda memberitahu kepada anda siapa pemimpin anda dikalangan manusia...?

saya sangat bertuah, kerna tuhan saya mengajarkan panduan hidup di dunia ini...
sudahkan tuhan anda mengajarkan kepada anda panduan hidup didunia ini...?


sila renung kata2 ini.. mudah2an bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 08:50 PM | Show all posts
sangat JARANG saya jumpa orang berkata "tuhan itu tidak bernama" seperti yang TT katakan... kalau dah pemikitran sampai tahap ini anda sebenarnya seorang pemikir yang baik! anda sudah berfikir sampai tahap HAKIKAT! tapi sayang ada beberapa PERKARA yang tuan terlepas pandang.....mudah2an Yang Pemberi Hidayah memberikanmu hidayah...teruskan mencari bro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya mengenali Allah ketika saya tidak sedar mengapa saya melakukan perkara yg tak pernah dilakukan.

Jika benar pengakuan pada sebutan Allah terhadap hamba yg diredhoi-Nya, maka semua makhluk ciptaan-Nya yg berada dii langit dan dibumi PASTI tunduk mendengar perintah hamba-Nya samaada mereka suka ataupun tidak suka.

Sorry, panjang sgt. Tak boleh nak shortcut. Kah kah kah Last edited by Abangcute on 3-8-2014 08:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 09:12 PM | Show all posts
kah kah.... bro abgcute... guna ayat pendek2 je bro...senang paham...so apa yang nak kita sampaikan tu senang masuk menusuk qalbu....pembaca akan mendapat manfaat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:18 PM | Show all posts
cara mengenali tuhan.. tak pasti menjawab soalan ke tak..

based ape yg aku rase la, bile dlm keadaan terdesak, then solat, rase mcm dekat jea..

macam ngah mengadu yg aku ni perlukan pertolongan..

tp bile tak de ape2, solat kdng2 rase mcm tu solat jea.. isi kosong..

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:20 AM | Show all posts
pandangan tuan mengenai tuhan berada pada tahap tinggi. mereka yg fanabillah atau baqabillah boleh bincang ..  dgn org awam x bleh  sebab tuan akan dikatakan sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila saya post tuan/puan, saya teringat perihal hati.

Kita diri manusia itu merasai pada hati apa yg tidak bernama, tidak berbentuk, tidak berbunyi dan tidak yg tidak dijangkakan, mulakan dgn istighfar.

Hindarkan dari sangkaan dan carilah jawapan dari apa yg dirasai.

Contoh : bila terpandang kubur, merasai sesuatu. Maka Allah swt menerangkan manakah kubur yg kamu kehendaki utk diami? Ini antara ujian Allah supaya Tuan/puan membuat pilihan.

Cara terbaik, bersangka baik. Di dlm petunjuk-Nya Alquran dan Sunnah mampu utk membantu anda. Sekarang anda masih hidup, apa nasib kamu jika kamu dikembalikan seperti mana yg kamu lihat?

Method mempelajari ilmu yg kamu nyatakan mudah aje.
1) Tuhan Itu Allah
2) Allah Menciptakan Makhluk
3) Perbuatan Itu Dengan Izin Allah (Samaada dari manusia, jin atau Dia)
4) Mencapai Ilmu Berdasarkan petunjuk Alquran Dan Sunnah
5) Mengamalkan Apa Yg Diperintahkan oleh-Nya.

Contoh : Jika boleh carilah guru dan bertanyalah perihal kubur dan kisah kubur? Yg lebih penting take note surah dari petunjuk Alqurab yg berkaitan kubur dan cuba laksanakan 100%. Tak bermaksud surah lain ditinggalkan (tekankan amalan yg perlu dilakukan). Kerana itulah jalan mudah utk kamu ke syurga berdasarkan apa yg kamu rasai.

Maafkan saya kerana panjang benor keterangannya.

KepadaNya jualah kita dikembalikan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:01 AM | Show all posts
salam

mengenal akan dulu ..
  • kalimah Tauhid
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
  • kalimah Rasul
مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ

kemudian sembahlah akan daku
dengan menunaikan perjanjian syahadat
  • syahadat Tauhid
اَشْهَدُاَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
  • syahadat Rasul
اَشْهَدُاَنَّ مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ

maka dirikan solat ..
berdirilah solat dengan menguna rukun 13 ..
zatis solah .. diri sembahyang ..
ya itu .. Niat ..

dan Ingat .. sebesar² ingatan .. وحده
لاشريك له dengan tiada mensyirikan Nya ..


inilah yang d'firmankan oleh Allah Taala ..

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ
لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟
فَٱعۡبُدۡنِى
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ
لِذِڪۡرِىٓ

14. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah,
tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku,
maka sembahlah Aku
dan dirikanlah shalat
untuk mengingat Aku.


wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 07:15 PM | Show all posts
islam dan keyakinan kepada tuhan bagi saya suatu berbeza , kerana islam hanya nama , manakala keyakinan kepada tuhan adalah suatu yang mutlak ...kerana keyakinan kepada tuhan menyebab kan kita sedar tuhan itu ada,ia melihat,ia mengetahui dan ia mendengar ...dan ini menyebabkan kita rasa takut akan adanya dia

aku nampak setiap perbuatan baik yang kita buat,aku percaya tuhan balas dengan baik juga sehingga ia menjadi manfaat pada orang lain dengan mengikuti jejak langkah kita,begitu juga perbuatan keji yang kita buat,akan memberi impak kesan jangka panjang atas perbuatan keji tersebut ..

aku nampak langit dan bumi ini suatu yang fana,ada tuhan yang menjadikannya ....jadi kita hidup dibumi ini adalah untuk dia,dan akan kembali kepadanya....dan dia akan membalas setiap perbuatan baik atau keji yang kita buat ...

jadi secara ringkas  keyakinan kepada tuhan tersebut dan dijadikan hidup atas muka bumi ini seakan dia menanyakan kepada kita,apakah yang kita buat untuk nya
Last edited by endus on 30-8-2014 07:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 10:22 PM | Show all posts
Kenapa ibrahim mencari tuhan?

Tiadakah di zaman Ibrahim warisan2 agama terdahulu yg ori yg boleh dijadikan landasannya utk bertuhan yg betul, tahu tuhan itu bagaimana?

Bagaimana Ibrahim tahu tuhan yg dicari bukan 2, 3, puluhan atau nature, atau, kompromi matahari tuhan waktu siang dan bulan tuhan waktu mlm?

Bagaimana Rasul SAW mula mencari tuhan, keadaan didatangi wakil tuhan & menerima tugasan tuhan dan percaya memang itu sumber tuhan yg ori?

Bagaimana org sekarang yg mencari tuhan tanpa panduan wahyu boleh bertemu tuhan yg sebenar?

Jika islam (Rasul SAW & wahyu AL-QURAN) itu tiada, adakah org yg mencari tuhan zaman ini dgn meremehkan rujukan dari sumber islam tahu tuhan itu SATU & maha segala-galanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Agama Islam dtg bersama2 ilmu kebenaran dan kebatilan. Hati yg membenarkan itulah jawapan kpd makna iman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 11:32 AM | Show all posts
come on la semua ...mari kita semua ber fikir dengan kejadian alam semesta ini ....takan aku sorang kot ...nak juga aku dengar pandangan korang tentang adanya tuhan ini ....supaya kita lebih meyakini dengan pegangan kita...dan kalau boleh biar lah kita rumuskan tanpa sebarang buku ...boleh tak

aku nampak suatuketika dulu telah adanya manusia yang sempurna,baik tingkah lakunya ,tatacara hidupnya,sikapnya yang dekat kepada tuhannya ,dan kita seakan akan menjadi dia sebagai idola takpun sebagai penghulu kita dengan mengikuti jejak langkahnya dan satu generasi ke satu generasi lainnya supaya kita semua dapat menjadi seperti idola kita itu  ...

nanti sambung ...nak dengar pandangan korang pulak ..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055420 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list