Mencedok idea warna yang diterapkan pada pentas fesyen musim luruh/sejuk 2014, pemilihan busana lebaran menjadi lebih eksklusif. Siluet tradisi dan juga olahan moden boleh dijadikan panduan sama ada untuk ke rumah terbuka mahupun menyambut tetamu.
Rona hijau zamrud penuh berseri digayakan pada hari lebaran pertama. Aura lantang membangkitkan personaliti penuh mewah. Inspirasi polos dari adi busana Christian Dior menjadi tunjang idea kurung potongan Pahang.
Siluet yang longgar menjadikan pergerakan anda lebih selesa untuk menyambut tetamu di rumah terbuka.