CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89328|Reply: 94

Asas Seni (Tips bagi pemerhati seni)

[Copy link]
Post time 23-12-2003 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Pengenalan

Kajian masa silam membuktikan bahawa manusia sentiasa memerlukan seni.  Daripada lukisan gua hingga kepada hasil ‘avant-garde’ abad ke 20, berbagai jenis stail telah muncul.  Berbagai definisi dan interpretasi telah diwujudkan kepada stail-stail ini, contohnya Neoklasik, Realism, Impressionism, Futurism dsb. Walau pun penciptaan seni banyak berasaskan masa dan tempat , seni selalu dihasilkan kerana artis mahu menyatakan sesuatu dan menggunakan cara tertentu untuk meluahkannya. Bertahun-tahun artis-artis silih berganti dipuji, diabaikan, disalah ertikan, dan dikritik.  Jumlah hasil seni yang telah dihasilkan sekarang adalah berasaskan pencapaian yang telah diperolehi pada masa lalu.

Di Malaysia seni kelihatan begitu terpisah daripada sebahagian besar masyarakat, terutamanya seni tampak.  Sungguh pun begitu bilangan orang yang melawat galeri seni telah berlipat ganda.  Penjualan catan telah meningkat dan ruang yang dikhaskan untuk seni dalam majalah juga bertambah.  

Untuk menghayati seni kita mestilah memulakannya dengan usaha menghapuskan salah faham dan prasangka yang bersemadi di hati pemerhati yang tidak terlatih.  Pendedahan mengenai cara-cara menghayati hasil seni yang betul dan logik perlulah diberikan . Orang ramai yang berminat kepada karya seni haruslah diberi kebebasan menggunakan kebolehan mereka sendiri untuk menghadapi karya seni.  Tanpa bantuan pihak ke tiga untuk memberitahu apa-apa yang patut mereka lihat, mengapa mereka patut melihatnya, dan apa-apa yang sepatutnya dimaksudkan.

Untuk memperolehi kefahaman kepada berbagai bentuk seni yang wujud hari ini, seseorang perlu memahami asas-asas seni yang dikombinasikan ke dalam hasil kerja seni.

Di bawah ini adalah kandungan pengetahuan asas seni yang akan saya kemukakan di dalam 'thread' ini:

1.        Kandungan Seni

2.        Rupabentuk dan 7 dasar organisasi

3.        Garisan

4.        Rupa

5.        Nilai

6.        Jalinan

7.        Warna

8.        Ruang

9.         Kritikan hasil seni

[ Last edited by fleurzsa on 8-5-2004 at 09:40 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2003 08:17 PM | Show all posts
Kandungan Seni

Subjek, bentuk dan kandungan adalah 3 bahagian asas bagi hasil kerja seni.  Merujuk kepada pemahaman secara tradisi subjek adalah berkenaan orang, benda dan tema.  Bagaimana pun di dalam karya abstrak, subjek boleh dirujuk sebagai rupa bentuk tertentu berdasarkan elemen seni. Ini bagaimana pun bercanggah dengan dengan pemahaman tentang bentuk yang yang biasa difahami sebagai elemen yang diguna di dalam mencipta karya.

Kandungan didefinasikan sebagai mesej yang hendak diperkembangkan di dalam karya oleh artis dan di interpretasi oleh pemerhati seni.  Ada masanya kandungan karya berasal daripada pengalaman peribadi artis.  Pengalaman ini amat peribadi di mana ada kalanya sukar untuk pemerhati memahami melainkan mereka mempunyai pengalaman yang sama seperti artis.

1 Subjek

Subjek terdiri daripada  orang, benda atau idea.  Orang atau benda dapat dilihat dengan jelas tetapi tidak bagi idea.  Di dalam karya abstrak atau separuh abstrak, subjeknya mungkin boleh dimengertikan.  Tetapi di dalam karya ‘nonobjective’, subjeknya adalah idea yang membentuk karya tersebut dan ia berkomunikasi hanya dengan mereka yang dapat memahami bahasa rupabentuk itu.  

Subjek adalah sebagai ‘starting point’ untuk motivasi artis.  Cara sesebuah karya dipersembahkan atau rupa bentuk yang memberi ekspresi adalah paling penting untuk diambil kira.  


Karya ini dihasilkan tanpa subjek yang jelas.  Artis memberi ekspresi satu kejadian dengan menggunakan perhubungan rupa organik, garisan , dan ruang.  Artis tidak membataskan kepada gambaran luaran tetapi cuba mendedahkan apa yang jauh terpendam.

2. Bentuk

Merujuk kepada objek seni maksud bentuk digunakan dalam berbagai cara. Bagi sebuah ukiran atau ‘sculpture’, anda boleh menyebut bentuk ukiran, maksudnya jelas. Bentuk juga bermaksud berkenaan dengan akhirnya (latter), keseluruhan fizikal bagi karya seni.


Bentuk di dalam ‘sculpture’ ini adalah pada satu bahagian utama, figura individu yang besar.

3.  Kandungan

Mesej yang beremosi dan bijaksana  di dalam karya seni adalah kandungan, pernyataan, ekspresi atau mood yang dibaca oleh pemerhati – dengan harapan seirama (synchronized) dengan tujuan artis itu.

Bagi kebanyakan orang kandungan terhad kepada gabungan ciri-ciri yang diketahui, biasanya oleh perasaan yang dibangkitkan oleh objek dan idea yang diketahui.  Maksud kandungan yang lebih bermakna dan luas tidak hanya dilihat berdasarkan imej tetapi diteguhkan oleh rupabentuk yang dicipta oleh artis. Kandungan seperti ini terdapat di dalam karya abstrak dan yang lebih realistik.


Faktor emosi di dalam kandungan bagi fotograf ini adalah jelas.  Tetapi artis ini telah memperkembangkan kandungan melalui cara dia mengawal situasi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2003 12:28 PM | Show all posts
:eek:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2003 01:48 PM | Show all posts
Bentuk dan Susunan Visual

Karya seni yang lengkap mempunyai 3 komponen, subjek, bentuk dan kandungan.  Komponen ini bertukar hanya dalam penekanan yang diberi.  Apabila kita melihat imej-imej, kita mengambil bahagian dalam membentuk atau menyusun visual. Satu objek adalah dipecahkan kepada elemen-elemen.  Sebuah kerusi mungkin dilihat sebagai satu bentuk atau satau kumpulan garisan.  Artis adalah pembentuk visual dengan satu perancangan. Mereka menyusun elemen-elemen seperti garisan, rupabentuk, nilai, jalinan dan warna sebagai rangkanya.

Elemen-elemen yang digunakan perlu dikawal dan disatukan.  Artis mengurus perkara ini melalui gabungan dasar organisasi: harmoni, kepelbagaian, imbangan, ukuran, kawalan, pergerakan dan ekonomi.  Perancangan artis selalunya berdasarkan gabungan gerak hati dan kebijaksanaan.  


Kita lihat di sini artis politik ini menggunakan material yang sesuai dan mudah dijangka untuk subjek.  Tanpa pengunaan bentuk yang berkesan, apa yang hendak dinyatakan akan kurang penekanannya.

7 Dasar Organisasi (Seven Principles of Organization)


Dasar-dasar ini digunakan bagi membantu penyusunan elemen-elemen kepada satu aksi.  Karya seni adalah hasil interpretasi peribadi dan harus dinilai sebagai ekspresi penuh.

1.  Harmoni

Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2004 04:38 PM | Show all posts
3.        Imbangan

Di dalam seni kita berhadapan dengan imbangan bagi perkara yang berkaitan dengan tarikan graviti. Kebanyakan karya seni dipandang  di dalam orientasi menegak iaitu berhubung dengan pandangan atas, tepi dan bawah.  Imbangan bagi kandungan visual diperolehi secara menyeimbangkan  tarikan ke bawah graviti komponen tersebut. Contohnya, bola yang yang diletakkan di bahagian atas kawasan gambar  menghasilkan keadaan tegang, memberi aggapan bahawa graviti akan menyebabkan bola itu jatuh.  Bola yang diletakkan di bawah atau di atas garis dasar menghasilkan keadaan tenang, Tiada tindakan berlaku oleh graviti.

Artis menyeimbangkan keadaan mendatar, menegak dan jejarian dalam semua arah dan posisi.  Berbagai faktor seperti posisi, saiz, kadar, sifat, dan arah yang digabungkan dalam elemen, menghasilkan imbangan di dalam karya seni.  Sekiranya dua rupa yang sama diletakkan bersebelahan di bahagian kiri gambar, karya itu akan kelihatan tidak seimbang pada bahagian kanan.


Satu produk yg formal, simetrikal yg bergantung pd rupa, saiz dan imej menarik.  Bahagian tengah hadapan menarik pemerhati kpd komposisi karya tersebut.

4.        Kadarbanding

Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagian2 sesuatu individu atau objek. Di dalam karya seni, perhubungan bahagian2 adalah sukar untuk di ukur dengan tepat kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi.  Bahagian2 dalam kadarbanding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian2 tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan.


Dengan meletakkan tubuh lelaki di dalam rajah bulatan dan segi empat sama, artis menyiasat tentang perhubungan kadarbanding bagi kepala, badan, tangan dan kaki.


5.        Dominan

Sebarang karya seni yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai bahagian2. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan.    Selalunya, artis mengunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna.  Ini membuatkannya dominan.

Artis harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlu.  Artis harus menggabungkan bahagian2 ini dengan darjah kepentingan yang berbagai. Seterusnya kepada pergerakan berirama dan imbangan karya seni.  Artis menggunakan method yang berlainan untuk memperolehi dominan.


Figura manusia menjadi fokus tumpuan atau unit2 yg penting, kerana saiz dan aktiviti mereka. Area yg dominan adalah di mana dua figura di tengah2 wujud.

6.        Pergerakan

Semasa memerhatikan karya seni, kita seperti membuat satu pengembaraan. Artis adalah pengarah yang membuatkan mata pemerhati berjalan dengan selesa dan menmperolehi maklumat.  Garisan dan rupabentuk (kebiasaannya yang panjang) dan rupabentuk berkontor kebiasaanya memberi penegasan ke arah yang sama.

Arca kinetik atau bergerak wujud tetapi kebanyakan arca dan permukaan gambar adalah statik.


Bulatan yg berbuai dan keadaan melambung menjana pergerakan yg seakan2 bandul jam/ pendulum.

7.        Ekonomi

Artis akan mendapati bahawa jawapan kepada masalah visual yang pelbagai adalah wujudnya kerumitan yang tidak penting.  Kadangkala artis hanya melibatkan sesuatu yang penting, menghapuskan penerangan detail, dan mengaitkan perkara tertentu kepada keseluruhan.

Ekonomi selalunya berkaitan dengan aspek 慳bstrak
Reply

Use magic Report

murzidah This user has been deleted
Post time 4-1-2004 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 25-12-03 12:28 PM:
:eek:


:eek::eek::eek::eek::eek:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2004 06:03 PM | Show all posts
good info fleur..especially untuk org yang blur pasal art macam saya ni hehe

i'm very much interested to know pasal abstract paintings...selalunya kalu tersinggah kat art exhibition, i'm normally drawn to paintings with abstract elements..kalu rasa macam cantik colour combination or corak2 yang ditonjolkan ..so for me kira cantiklah..tak reti cemaner nak interpret the tales or hidden message behind the drawing... so..fleur ada tak tips2 nak identify a quality painting or  assess it meaningfully and interpret apa yang tersurat disebalik sesuatu lukisan...the thing is ..i heran cemaner sesetengah orang boleh dok kat art gallery and stare at the paintings sampai berjam2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2004 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by Lana at 4-1-2004 06:03 PM:
good info fleur..especially untuk org yang blur pasal art macam saya ni hehe

i'm very much interested to know pasal abstract paintings...selalunya kalu tersinggah kat art exhibition, i'm normall ...


Salam,

Terima kasih... Sebenarnya apabila saya membuat thread ini saya pun turut memperkemaskan pengetahuan saya tentang perkara yang tersurat dan tersirat di dalam karya seni itu.

Kebanyakan teori2 bagi pemerhatian karya seni ini dipelopori oleh orang2 barat (seni islam berlainan pula penghayatannya).  Oleh itu saya memakan masa untuk mencari bahasa yang mudah dan contoh yang sesuai bagi 'beginner' seperti saudari.  Bila mendapati ada yang berminat terasa bersemangat pula (bolehlah laju sedikit).

Menarik juga apa yang saudari katakan itu.  Saya akan membuat thread lain, khas untuk memahami seni abstrak ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2004 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-1-2004 06:57 PM:
Salam,

Terima kasih... Sebenarnya apabila saya membuat thread ini saya pun turut memperkemaskan pengetahuan saya tentang perkara yang tersurat dan tersirat di dalam karya seni itu.

Kebanyakan ...


walaupon tak ramai orang respond..tapi saya rasa ramai yang singah board ni & baca..including myself...:bg:..carry on fleur..please..

also..kalu fleur apat senaraikan pelukis2 Malaysia yang terkenal, that would be great...i'm totally lost...:bg:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 04:59 AM | Show all posts
Memang ada berangan2 nak memberi maklumat tentang pelukis2 terkenal Malaysia (sekiranya mudah nak copy & paste karya mereka di internet lagi best).  Saya ini selalu menyebuk di board2 lain oleh itu tak berkesempatan. Slow2 nanti saya buat.

Terima kasih kerana respond membina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 09:48 PM | Show all posts
3.  Garisan

Garisan di dalam seni dan garisan di dalam kehidupan manusia mempunyai ciri2 kebiasaan yang sama.  Secara teori garisan adalah titik yang bersambungan, oleh itu jika satu orang muncul, satu titik telah dibuat.  Sekiranya orang2 lain dengan dimensi dan posisi mereka yang berlainan ditambah,  ciri2 sifat garisan juga berubah.  


Garisan2 pada imej ini kelihatan dilakar dengan kebebasan penuh.  Ia berhubung kait dengan aksi gemalai subjek.

Di dalam seni, kepelbagaian garisan ini dipanggil 慶iri2 sifat fizikal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2004 09:17 PM | Show all posts
Rupa

Rupa adalah umpama blok2 bangunan di dalam struktur seni.  Arkitek dan tukang batu menggunakan mortar, batu, dan bata pada bangunan untuk rekabentuk indah, hasil pertukangan mahir dan kekuatan struktur.  Artis juga berkongsi matlamat ini.  Bata dan batu adalah objek yang nyata manakala rupa bergambar wujud dalam penciptaan sesuatu ilusi.  


Makna rupa2 segiempat sama di dalam gambar ini bukan terhadap persamaan kepada objek sebenar, tetapi di dalam perhubungan di antara satu sama lain.

Cabaran bagi artis adalah penggunaan rupa dari berbagai ilusi yang infinit untuk menjadikan fantasi semulajadi di dalam seni kelihatan boleh dipercayai.    Sebenarnya karya bukanlah benda yang sebenar. Rupa2 yang menjadikan imej pula bukan haiwan, bangunan atau orang sebenar.  Mereka adalah subjek artis (jika artis itu menggunakan subjek).  


Artis boleh membuat catan bunga teratai di dalam air dengan pandangan yang lebih nyata.  Bagaimana pun beliau lebih berminat kepada kesan perhubungan cahaya dan warna.

Artis boleh menggunakan rupa2 yang bertujuan tidak untuk menyampaikan apa2.  Ini boleh dipanggil fantasi tulen kerana imej terakhir keseluruhannya  adalah hasil imiginasi artis.  Artis yang baik, dapat meyakinkan kita yang sesuatu fantasi itu adalah satu realiti.


Artis ini telah mencipta suasana fantasi dengan menjadikan orang dan anjing kepada separuh abstrak.  Menghasilkan satu imej yang dingin dan berkenaan upacara yg menakutkan.

Sebarang karya seni yang berjaya, tanpa menghiraukan perantaraan, dapat memandu pemerhati yang peka kepada dunia imiginasi yang meyakinkan.  Di dalam seni visual, rupa memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini.


Artis surrealism ini memberi makna yang simbolik kepada rupa2 'biomorphic'.  Ini mengingatkan kita aliran dan perubahan rupa2 di dalam mimpi.

Definisi Rupa

Rupa di dalam seni boleh didefinasikan sebagai garisan yang memagari sesuatu area.  Garisan ini dipanggil garis luar atau kontor.  Kadang2 pagaran ini tidaks semestinya diperlukan untuk membentuk rupa.  Contohnya rupa boleh di fahami berpandukan nilai, jalinan, warna dan garisan2.


Artis meringkaskan rupa2 kepada area yang lebih besar dan dominan.  Beliau memberi setiap rupa suatu nilai, menghasilkan rekaan terang gelap yang teliti.  Beliau menggunakan kandungan nilai terbuka, di mana nilai bergerak dari satu rupa kepada rupa bersebelahan.

Didalam bentuk bergambar bagi seni, rupa adalah datar atau dua dimensi.  Di dalam bentuk seni tiga dimensi (arca, binaan, rekacorak alam dll), rupa biasa dipanggil bentuk pejal atau benda berjisim.


Meskipun Kontor, pencahayaan dan warna adalah kompleks dan tidak sama pada rupa arca ini, sisi2 kontor dapat dibaca dengan lebih jelas.

Kegunaan Rupa

Rupa digunakan oleh artis untuk dua tujuan asas.  Mencadangkan bentuk fizikal yang dilihat (gambarkan) dan memberi sesuatu kualiti visual atau kandungan kepada karya seni.  Rupa juga boleh digunakan bagi mencapai susunan, harmoni dan kepelbagaian.  Digunakan bagi mencipta ilusi bagi jisim, isipadu dan kawasan permukaan rata. Ia juga memanjangkan perhatian atau jarak minat pemerhati.


Artis cubism ini menggunakan pelbagai kombinasi rupa2 geometri di dalam rekaan yang kompleks.  Disebabkan kepekaannya di dalam rekaan, beliau mengatasi perasaan dominan pada catan dengan gaya kewanitaan.

[ Last edited by fleurzsa on 10-1-2004 at 03:20 PM ]

[ Last edited by  fleurzsa at 6-9-2006 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2004 12:25 AM | Show all posts
Nilai

Nilai di dalam seni adalah perhubungan satu bahagian kepada yang lain dengan perhatian kepada terang atau gelap.  Ia menyentuh kepada kepada nilai kroma (putih, hitam dan darjah kelabu yang tidak terhad).  Nilai juga dipanggil ton, sifat cerah, bayang atau warna.


Artis menggunakan penambahan nilai dua dimensi bagi rekacorak pada 'stained glass'.

Sesiapa yang belajar seni harus menimbang perhubungan nilai kepada elemen lain di dalam bentuk seni.  Terdapat nilai ton rendah ( nilai sederhana ke hitam) dan nilai ton tinggi (nilai sederhana ke putih)  

Di dalam proses cetakan, secara keseluruhannya melibatkan kerja2 dengan nilai kroma untuk menghasilkan hasil yang berjaya.  Ramai artis dan jurugambar lebih suka kepada pendekatan ini.  Bagi artis grafik, nilai sesuatu garisan tertentu boleh menjadi hasil perantaraan yang digunakan oleh mereka.  Contohnya, darjah nilai bagi garisan pensil ditentukan oleh kekerasan grafit (karbon) atau tekanan yang digunakan.  


Pada pandangan biasa mungkin seseorang akan befikir bahawa nilai2 ini dihasilkan oleh cat nipis.  Sebenarnya, ia digubah oleh garisan2 sejajar dan garisan2 pangkah yang digores pada kaca kikiran, diukir pada logam (menggunakan asid) dan dicetak.

Satu daripada aplikasi nilai yang berguna ialah di dalam menggambarkan objek, rupa, dan ruang.  Kualiti gambaran boleh diluaskan dengan memasukkan ekspresi psikologi, emosi dramatik.  Artis mengambil berat dengan masalah penggunaan nilai untuk menterjemahkan kesan cahaya terhadap bumi dan penghuninya.


Artis menandakan garisan yang berlawanan nilai pada dua sisi dan menyelubungi figura2 dalam  atmosfera yang penuh ke arah kemuraman.

Jenis ekspresi yang diperolehi oleh artis biasanya ditentukan oleh imbangan cerah dan gelap di dalam kerja seni.  Kekuatan area gelap menghasilkan atmosfera yang muram, misteri, drama atau ancaman.  Manakala kandungan yang berasaskan kecerahan akan menghasikan efek yang berlawanan.


Area dengan nilai yang bersifat rendah.  Area yang bersifat rendah ini dikemukakan secara mendadak.

[ Last edited by fleurzsa on 12-1-2004 at 01:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2004 10:29 PM | Show all posts
Jalinan

Kita selalu menemui jalinan dalam kehidupan harian.  Apabila kita menyentuh sesuatu, kita akan merasa jalinannya.  Di dalam elemen2 seni, jalinan adalah unik kerana ia menghidupkan 2 proses pancaindera.  Ia dapat diketahui melalui rasa sentuhan dan ia juga dapat dilihat secara tidak langsung dengan rasa pengamatan.  Dalam memerhati gambar, kita boleh mengenali objek melalui ciri2 corak sesuatu rupa, warna, dan nilai.

Artis menggunakan 4 sifat asas jalinan;

1.        Jalinan sebenar - Bagaimana permukaan sesuatu objek kelihatan dan dirasa.  


Palitan cat yg jelas kelihatan. Jalinan yg kelihatan dikesankan oleh alat seperti sikat.

2.        Jalinan penyerupaan
Reply

Use magic Report

*carburetor* This user has been deleted
Post time 30-1-2004 12:40 AM | Show all posts
bagus rencana ko ni, fluerza...mengingatkan aku kat zaman-zaman 'sengsara' waktu blajar dulu...

cuma nak tau sket....kalau xde kena mengena ngan topik ni sori aaa...benda ni senang je kot, tapi mcm aku je yg x tau...
waktu mula2 blajar,selalu kalau lukis, aku taram je.
pas tu satu ari tu lecturer tanya...kalau subjek ni letak kat bawah, mana hang punya eye level...waktu tu subjek aku penyangkut mug ('pehh...subjek senang' kata lec tu..nampak sgt aku malas carik subjek matter...)...kalau tgk penyangkut tu cam biasa..senang la aku nak jawab...tapi ni...subjek tu kat paras paha, pas tu aku terlentangkan pulak penyangkut mug tu.
akhirnya tinggallah aku kebluran sampai sekarang...
kalau rajin kupas aaa lagi, terutama bab eye level ni....tima kaseh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2004 02:14 AM | Show all posts
Originally posted by *carburetor* at 30-1-2004 12:40 AM:
bagus rencana ko ni, fluerza...mengingatkan aku kat zaman-zaman 'sengsara' waktu blajar dulu...

cuma nak tau sket....kalau xde kena mengena ngan topik ni sori aaa...benda ni senang je kot, tap ...


Salam,

Terima kasih..

Insya Allah...
Sekiranya mempunyai idea dan masa..


Salah silap nanti saudara/saudari bantu lah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2004 12:06 AM | Show all posts
Warna


Nilai warna

Warna adalah elemen bagi bentuk yang membangkitkan minat umum dan elemen di mana kita amat sensitif.  Warna menarik perhatian kanak2 dan orang dewasa.


Pengunaan berbagai warna sbg mewujudkan bentuk.

Sesuatu warna kelihatan penting apabila berinteraksi dengan warna2 yang lain.  Kombinasi dan susunan warna menyatakan kandungan atau maksud.  Penggunaan warna yang berjaya bergantung kepada kefahaman tentang hubungan warna2 asas.  Setiap warna mempunyai sifat tertentu, mewujudkan perasaan hati (mood), atau memberi maklumat tentang reaksi emosi.


Menggunakan warna plastik yg semulajadi utk membalikkan kesan terbalik dan membuatnya kelihatan cetek. Penggunaan warna lembut pd bahagian hadapan utk mengundurkannya.  Latar belakang ke hadapan krn penggunaan warna merah panas.

Semua warna boleh diklasifikasi kepada 2 kumpulan; warna panas atau warna sejuk.  Merah, oren dan kuning mempunyai hubungan dengan matahari dan api.  Sebarang warna yang mengandungi biru, seperti hijau, ungu atau biru kehijauan, mempunyai hubungan dengan udara, langit, tanah dan air (tenang).   Kualiti panas dan sejuk dalam warna mungkin berubah oleh warna berdekatanya.

Warna juga boleh disusun berdasarkan kemampuannya menghasilkan 憁ood
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2004 12:21 AM | Show all posts
Khas Untuk *carburetor*

Viewing Point -  tempat di mana anda berada.  Eye level anda.

Viewing Angle -  tempat di mana anda berada, eye level anda dan sudut dari titik pandangan anda (viewing Point).

Viewing Height – tempat di mana anda berada, eye level anda dan paras ketinggian.

Horizon Line – tempat di mana daratan dan langit bertemu.

Vanishing Point – satu titik di atas horizon di mana semua garisan pada ‘ground level’ seperti bertemu sekali.



Horizon line -  selalunya pada ‘eye level’.  Bayangkan anda berada di tepi pantai memandang jauh ke laut.  Anda perasan yang air bertemu dengan langit pada eye level anda.  Ini tidak akan berubah.  Anda boleh berada di dalam kapalterbang di udara, dan garisan datar di mana air bertemu langit masih pada eye level anda.  Anda mungkin berbaring di pantai dan  garisan datar laut jatuh bersama anda.  Fikirkan ia sebagai garisan datar yang ghaib yang memotong semua, yang selalunya wujud di ‘eye level’.

Horizon line anda selalunya jatuh pada ‘eye level’ tanpa menghiraukan di mana anda memandang.  Contohnya, jika anda memandang ke bawah, ‘eye level’ anda terletak pada ketinggian mata anda, bukan di bawah di mana anda memandang.


Objek2 yang terletak di bawah 'eye level'.


Objek2 yang terletak di atas 'eye level'.



ps.  kalau subjek saudara/i diletak kat bawah, 'eye level'nya mengikut pandangan mata dari atas.

[ Last edited by fleurzsa on 3-2-2004 at 05:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2004 08:26 PM | Show all posts
tak respond, tapi salu singgah baca.... looking forward to read your postings fleurzsa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2004 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by e.d5900 at 4-2-2004 08:26 PM:
tak respond, tapi salu singgah baca.... looking forward to read your postings fleurzsa...


salam...

Terima kasih..
Sorrylah kalau menunggu lama sedikit..

Menyebuk di board2 lain..
Kadang2 untuk 'post' sesuatu ikut mood juga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063920 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list