CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6976|Reply: 36

Cerpen : 'Cik Kosong' atau 'Cik Untuk Dia'

[Copy link]
Post time 19-6-2014 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Ni cerita paling pendek Ipo nak tepek..citer ni dah lama dalam simpanan..

tak de sambung2 lagi tau.. sekadar hiburan di pagi ni..



SUZUKI terkejut bila jam loceng di atas meja belajar berbunyi nyaring. Tangannya meraba-raba mencari punat jam.  Sesekali dia menguap dan menggeliat. Matanya menjeling jarum jam. Enam suku pagi. Dia bangun malas menuju ke bilik air, bersihkan diri.


Seusai solat subuh, Suzuki buka pula komputer riba. Pagi-pagi begini dia lebih suka melayan facebook sambil mendengar lagu kegemarannya..’Kosong’..dan ‘ Untuk Dia’ nyanyian Najwa Latiff. Sejak berkenalan dengan seorang gadis secara tak sengaja dalam facebook, dia seolah kemaruk dengar lagu penyanyi cilik itu. Status gadis facebook itu yang dibaca dulu. Tiada nama sebenar.  Gadis itu hanya dikenali dengan  nama ‘Kosong’.  Kemudian dia beralih pula membaca status dari teman facebook yang lain. Sesekali dia senyum sendiri.


“Dah tak ada cerita agaknya…”


Senyum bila melihat status yang dibaca. Hanya sebaris ayat bertanya dah makan ke belum. Dia geleng.  Tangannya masih ligat memegang tetikus. Sejak dia kembali bekerja selepas tamat kursus sarjana, jarang sekali dia menjenguk facebook. Waktu beginilah yang hanya dapat digunakan untuk melayari laman web sosial itu. Sebelum tutup, sempat dia menghantar mesej kepada gadis ’Kosong’.


Jam di meja sudah hampir tujuh setengah pagi.  Dia capai kunci motosikal dan terus memecut ke arah kedai mamak berhampiran.  Hujung minggu begini, itulah rutin hariannya. Pagi-pagi sudah tercongok di kedai mamak. Hidup bujang memang senang. Rasa lapar, kedai bersepah di sekitar taman perumahan. Pilih saja. Janji duit ada!


Motosikal Suzuki membelok ke arah Restoran Semua Ada. Dia makan  di situ bukan kerana rasa makanan yang sememangnya rasa ala mamak tapi kerana ada sesuatu yang menariknya ke situ. Motosikalnya diletak di tepi pokok yang agak rendang daunnya.
Suzuki betulkan rambut yang kelihatan sedikit kusut. Topi keledar dibawa bersama. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pernah sekali  topi keledarnya hilang gara-gara letak begitu saja di atas motosikalnya.


“Ki!!”


Suzuki berpaling bila melihat Mat Bangla mengangkat tangan ke arahnya. Dia balas lambaian Mat Bangla itu yang kelihatan ceria sambil  menebar roti canai.


“Assalamualaikum!”


Suzuki duduk di meja yang mengadap betul-betul Mat Bangla tadi. Begitu cekap dia menebar roti. Roti dilambung tinggi. Sesekali kedengaran tepukan dari pelanggan di situ bila melihat roti itu dilambung tinggi! Ada gaya!


“Bacha! Kasi teh tarik satu! Kurang manis! Telur masak separuh satu!” Suzuki senyum.


“Najwa Latif tak mahu ka?”  Mat Bangla senyum.


“Boleh! Kasi satu!” Suzuki senyum. Mat Bangla itu sudah tahu menunya. Dia mula rapatkan kerusi ke meja sambil membelek The Star.


“Okey! Siap!”


Mat Bangla sengih.  Cepat saja dia menebar satu lagi roti canai.


Suzuki senyum sendiri. Sejak dia panggil Najwa Latif, roti canai di kedai mamak itu laku bak goreng pisang panas! Gara-gara mulut celuparnya menyebut Najwa Latif, kedai mamak itu sudah mula mendapat perhatian pelanggan. Malah menu di dinding kedai itu sudah mula bertukar. Roti kosong Najwa Latif!


“Ki..awak punya nama roti Najwa Latif banyak kasi ini kedai rezeki!”


Mat Bangla sengih  lagi. Suzuki turut senyum. Kadang-kadang dia dapat makan percuma.


Suzuki jeling sekitar restoran. Mana dia?? Tak datang ke hari ni? Dia tertanya-tanya sendiri. Matanya ligat memerhati sekeliling. Hanya ada beberapa orang pelanggan yang sedang enak menikmati roti canai. Dia menatap semula akhbar The Star. Udara pagi yang sejuk akibat hujan lebat malam tadi cukup menyegarkan. Selalunya dia akan duduk di meja yang mengadap kipas angin besar. Kali ini dia berubah angin.


“Ki, amacam? Ada sihat ka?” Mat Bangla kedua datang membawa teh tarik dan telur yang diletak dalam mangkuk kecil.


“Banyak sihat Bacha! Bisnes okey ka?” Suzuki senyum.


Mat Bangla itu hanya angguk sambil tersenyum.


Suzuki senyum lagi. Semua pekerja restoran di situ sudah kenal namanya. Setiap pagi Sabtu dia akan lepak di situ. Sejak berpindah di kawasan perumahan enam bulan lalu, kedai  mamak itulah yang menjadi  tempat lepak. Pagi, tengah hari dan malam.
Matanya melilau mencari seseorang. Orang yang ditunggu tidak juga tiba. Dia jeling jam. Sudah hampir lapan setengah pagi. Selalunya waktu begini orang yang ditunggunya sudah terpacak kat kedai mamak.


“Najwa Latif sudah sampai!” Mat Bangla penebar roti tadi meletakkan sepinggan roti canai yang sudah dicarik-carik bersama sepiring kuah kari berapi.


Suzuki senyum bila Mat Bangla itu mula kenyit mata. Hampir-hampir dia terkejut, ingatkan gadis yang ditunggu tadi sudah sampai.


“Ki..buah hati belum sampai ka?”


Suzuki hanya senyum kelat. Dalam hati sebenarnya dia gelisah. Orang yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Akhbar diletak di tepi meja. Perlahan dia mengunyah roti kosong  yang dipesan tadi. Dalam hatinya begitu gundah. Kadangkala dia senyum sendiri bila mengenangkan dia kini berkenalan dengan dua gadis serentak. Seorang di alam maya dan seorang lagi di kedai mamak! Tamak!


Teh tarik dihirup perlahan sambil mata memerhati sekitar kedai. Masih tiada bayang-bayang. Ah! Kenapa pula aku resah? Akhbar The Star dicapai lagi, menyambung kembali bacaannya tadi. Sedang leka menatap berita, tiba-tiba ada seorang gadis duduk di mejanya betul-betul berhadapan dengannya.


“Awak Suzuki kan?”


Suzuki pandang tidak berkelip. Seorang gadis manis berbaju kurung  merah dan bertudung ala penyanyi Najwa Latiff sedang memandangnya sambil menguntum senyum.


“Err..ya saya. Awak siapa?” Suzuki masih tergamam.


“Saya Kosong!”


Akhbar di tangannya hampir terjatuh. Dia cepat-cepat ambil. Tidak percaya dengan kata-kata gadis itu sebentar tadi. Antara percaya dengan tidak, Suzuki cuba bersikap selamba. Dia betulkan duduknya sambil berdehem kecil.


“Jadi awaklah gadis kosong di facebook tu?” Suzuki cuba bersuara selamba tapi masih ada getaran.


Si gadis angguk.


“Err..siapa nama  awak?”


“Najwa!”


Suzuki terkedu. Mungkin sebab itulah dia letak nama di facebook ‘Kosong’!


Perlahan wajah gadis itu diamati. Boleh digolongkan dalam kategori agak cantik walau tak secantik Siti Nurhaliza! Manis pun ada. Kulit pula agak putih dan yang jelas, gadis itu mempunyai tahi lalat di atas kanan bibir.


“Macam mana awak tahu saya kat sini?”


Gadis ‘Kosong’ itu senyum lagi. Dia biarkan soalan tidak berjawab. Tangannya diangkat dan memanggil pekerja restoran di situ.


“Abang! Milo panas dan Roti kosong satu!” Gadis ‘Kosong’ senyum.


Mat Bangla mula kembang hidung bila gadis ‘Kosong’ itu  panggilnya abang. “Oh..mau Najwa Latiff ka?”


Gadis ‘Kosong’tercengang. Keningnya berkerut. “Ha!..Najwa Latiff??”


Mat Bangla itu senyum sambil berlalu pergi. Gadis ‘Kosong’ masih bingung. Suzuki pula hanya senyum.


“Kenapa panggil Najwa Latiff?” Gadis ‘Kosong’ pandang Suzuki.


Suzuki tidak menjawab sebaliknya dia menuding ke arah menu besar di dinding.


“Awak belum jawab soalan saya tadi, betul ke awak ni Kosong? Macam mana awak tahu saya kat sini?” Suzuki masih bingung.


“Kan dalam facebook tu awak hantar mesej yang awak lepak kat kedai mamak ni setiap pagi Sabtu!” Gadis ‘Kosong’ itu menyambung bicara.


Suzuki senyum. Begitu berusaha gadis itu mencarinya sampai ke kedai mamak tapi yang pasti dia masih menunggu seseorang yang masih belum muncul. Kini dia pasti, dua orang gadis yang menjadi kenalannya kini ternyata mempunyai ciri berbeza. Najwa, gadis ‘Kosong’ yang sedang duduk di depannya kini nyata seorang gadis yang berani. Seingatnya gadis itu tinggal agak jauh dari tempat tinggalnya.  Dari jauh dia datang semata-mata ingin berjumpa dengannya di kedai mamak itu. Hatinya mula gelisah, kalau gadis yang ditunggu muncul tika ini…apa yang harus dia lakukan? Dating dengan dua gadis sekali gus di tempat sama??? Ah! Kalut!


“Ki..ini ka buah hati?” Mat Bangla membawa segelas milo panas sambil senyum memandang Suzuki yang mula tersipu-sipu.


Gadis ‘Kosong’ itu turut senyum, menyangka Suzuki memang menunggunya di situ.


“Err..Bacha, kasi satu lagi teh ais!” Suzuki semakin gelisah. Badan terasa bahang tiba-tiba. Mukanya mula berpeluh.


Dia pandang gadis ‘Kosong’ yang leka menikmati milo panas. Sesekali pandangan mereka bertembung. Cepat-cepat dia alihkan arah mata. Nyata gadis di depannya berani merenungnya begitu. Terasa pula dia seperti perempuan. Gementar bila direnung begitu. Ah! Aku ni lebih malu dari perempuan!


Matanya mula melilau mencari kelibat gadis yang ditunggu dari tadi. Jam sudah hampir sembilan empat puluh lima minit pagi.


“Emm..awak nampak menggelabah. Kenapa?” Gadis ‘Kosong’ seakan dapat meneka riak jejaka di depannya.


“Tak..tak ada apa..minumlah. ” Suzuki cuba bersikap selamba sekali lagi.


Sedang leka melayan gadis ‘Kosong’, matanya tertancap pada susuk tubuh yang amat dinanti. Gadis yang ditunggu dari tadi telah terpacak di meja hujung. Kali ini dia bersama seorang budak  yang pada hemahnya mungkin masih bersekolah rendah. Gadis itu manis dengan baju kurung dan juga memakai tudung sama dengan gadis di depannya.


Suzuki mula membandingkan kedua gadis itu. Dua-dua manis dan menawan. Ah! Apa aku nak buat ni?? Yang mana satu aku nak pilih?
Fikirannya melayang mengingati perkenalan tak diduga dengan gadis di meja hujung itu minggu lepas.  Semuanya gara-gara pesanan roti canai yang dilaungkan dengan kuat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2014 10:08 AM | Show all posts
SEMINGGU YANG DULU...


“BACHA! Kasi teh tarik satu! Roti Najwa Latif satu!”


Mat Bangla yang sedang asyik menebar roti mula tercengang. Dia pandang pemuda yang memesan roti tadi.


“Thambi! Itu roti tarak jual sini!”


Suzuki senyum. “Bacha! Itu roti Najwa Latif..roti kosong jugak la!”


Mat Bangla itu angguk-angguk tanda faham sambil tersenyum. Terus dia menebar roti dengan gaya lincah. Tangannya laju bergerak ke kiri ke kanan.
Suzuki senyum. Dia pandang sekitar kedai. Pelanggan lain yang berada di situ turut senyum kepadanya. Suara yang dilaungkan tadi rupanya satu kedai dengar!


“Err..Bacha! Satu lagi roti..bukan Najwa Latif tapi kasi potong itu pisang, taruk mentega sikit, kasi taruk dalam roti jugak!”


“Mahu Najwa Latif ka, mahu pisang punya roti?”


Suzuki senyum. Mat Bangla sudah pening. Nama roti kosong sudah tenggelam. Mat Bangla sudah pandai guna nama Najwa Latif!


“Bikin dua sekali! Satu Najwa Latif, satu lagi pisang!”


Suzuki senyum lagi. Tiba-tiba muncul seorang gadis di depan meja. Gadis itu merenung tajam ke arahnya. Dia pandang gadis itu dengan wajah keliru. Tiba-tiba gadis itu tercegat di depannya.


“Apa awak panggil saya tadi?”


Suzuki tercengang. Tidak pasti maksud pertanyaan gadis itu.


“Err..bila saya panggil awak?” Suzuki mula pelik. Setahunya dia hanya pesan roti canai dari mamat bangla. Itu saja!


“Tadi! Awak panggil saya roti kosong! Apa awak ingat saya ni roti canai ke???”


Suzuki garu kepala yang tak gatal. Terpinga-pinga dengan gelagat gadis itu. Tidak faham hujung pangkal!


“Saya tak faham!..Bila saya panggil awak dengan roti kosong?” Sekali lagi Suzuki bertanya.


“Awak perli saya! Najwa Latif tu nama saya tau tak?? Awak samakan saya dengan roti kosong!”


Suzuki terkejut. Dia mula senyum. Ternyata gadis itu terganggu dengan panggilannya tadi. Dia pandang gadis itu yang masih tercegat berdiri depannya. Huh! Macam nama dia sorang je Najwa Latif kat Malaysia ni!


“Maaf kalau awak perasan macam tu! Maksud saya tadi..Najwa Latif penyanyi lagu kosong tu!” Suzuki mula sengih perli.


Gadis itu terkedu. Baru dia tahu cerita sebenar. Cepat-cepat dia berlalu pergi. Suzuki pula hanya senyum puas. Dia menang. Namun jauh di sudut hati, gadis itu telah membuat hatinya berdetak! Sejak itu dia bagai rindu ingin bertemu ‘Najwa Latif’ sebagaimana dia kemaruk merasa ‘Najwa Latif’ Mat Bangla!


Setiap Sabtu dia akan berpagi di kedai mamak. Di situlah dia akan berjumpa dengan Najwa Latif yang juga sentiasa senyum kepadanya tanpa kata-kata. Dan setiap kali itulah dia akan pesan roti kosong untuk gadis itu.


“Bacha! Kasi Najwa Latif dua keping lagi! Bungkus!” Suzuki laung dari tempat duduknya.


“Untuk sapa ini Najwa Latif? Selalu satu keping juga makan!” Mat Bangla sengih bila Suzuki mula pesan roti lebih.


“Untuk dia!” Suzuki tuding ke arah gadis yang tersenyum dari tadi.


Mat Bangla sengih lagi. “Oo..untuk dia!”


Suzuki semakin rindu pada gadis ‘Untuk Dia’. Hari Sabtu menjadi hari utama baginya!


*************


"APA awak menung tu?”


Suzuki mula tersedar dari lamunan. Gadis ‘Kosong’ yang sejak tadi berada di depannya sudah tidak diambil kisah. Matanya melirik ke arah gadis ‘Untuk Dia’ di meja hujung. Sedang leka dia mendengar celoteh  gadis ‘Kosong’ di depannya, tiba-tiba gadis di hujung meja datang mendekatinya.


“Assalamualaikum..masih kenal saya?”


Suzuki terpana. Suara lembut gadis itu menyapa penuh manja. Dia mula mengukir senyuman.


“Wa’alaikumussalam..”


“Err..siapa gadis ni” Gadis ‘kosong’ mula cemburu. Dia lihat gadis ‘Untuk Dia’ atas bawah.


“Maaf…. Saya cuma nak minta maaf kerana telah berkasar dengan awak dulu. Maaf, kalau saya mengganggu awak dan isteri awak ni..” Gadis ‘Untuk Dia’ terus berlalu pergi sama seperti dia berlalu pergi dulu, cuma kali ini matanya seperti ada air bertakung.


Suzuki terlopong. Isteri?? Bila pulak aku ada isteri?? Adoiiya!!


“Siapa gadis tu Suzuki? Kekasih awak? Jadi selama ni awak ..” Gadis ‘Kosong’ juga turut berlalu pergi dengan linangan air mata.


Suzuki terkedu. Lidahnya kelu. Kini dua-dua  sudah merajuk. ‘Kosong’ pergi, ‘Untuk Dia’ juga sudah berlalu. Yang ada hanyalah 'Najwa Latif 'Mat Bangla yang masih setia menantinya setiap Sabtu!



HABIS DAH..............
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 11:41 AM | Show all posts
interesting story
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:22 PM | Show all posts
mula mula pening.. tapi lama2 best ahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 03:24 PM | Show all posts
jamilah posted on 19-6-2014 03:22 PM
mula mula pening.. tapi lama2 best ahahaha...

citer ni kena baca betul2...nanti pening dengan nama2 watak dan roti canai tu...hahahah
Last edited by Ipo on 19-6-2014 03:26 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2014 05:58 PM | Show all posts
simbolik... mesti TT minat kt najwa latiff... kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 06:07 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 19-6-2014 05:58 PM
simbolik... mesti TT minat kt najwa latiff... kan?

ipo tak ada minat mana2 penyanyi pun..sume dengar, mana yg annoying tu..terus off radio...hahah

kebetulan tgh dengar lagu Kosong dan lagu Untuk Dia , masa tgh drive

balik tu terus je karang citer ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 06:09 PM | Show all posts
Ipo posted on 19-6-2014 06:07 PM
ipo tak ada minat mana2 penyanyi pun..sume dengar, mana yg annoying tu..terus off radio...hahah

...

hahahahahaha... mcm tu pun boleh jd cerita ya... sangat kreatif... well done
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 08:49 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 19-6-2014 06:09 PM
hahahahahaha... mcm tu pun boleh jd cerita ya... sangat kreatif... well done

apa-apa pun boleh jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 10:07 AM | Show all posts
Ipo posted on 20-6-2014 08:49 AM
apa-apa pun boleh jadi..

waiting for next cerpan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 02:52 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-6-2014 10:07 AM
waiting for next cerpan

tunggu posa nanti..kalau ada masa ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:56 PM | Show all posts
Ipo posted on 19-6-2014 10:08 AM
SEMINGGU YANG DULU...

“BACHA! Kasi teh tarik satu! Roti Najwa Latif satu!”

HILANG dua2 sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 02:58 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 20-6-2014 02:56 PM
HILANG dua2 sekali

terima kasih momod..

selamat bertugas..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 03:05 PM | Show all posts
Best!!!
Untuk dia..hey..untuk dia...
Kosong..kosong..koosong!
Semuanya tajuk lagu Najwa Latif..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 10:47 PM | Show all posts
babypurple posted on 20-6-2014 03:05 PM
Best!!!
Untuk dia..hey..untuk dia...
Kosong..kosong..koosong!

terima kasih baca..

tu la penangan dengar lagu najwa latif...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2014 09:34 AM | Show all posts
Ipo posted on 20-6-2014 02:58 PM
terima kasih momod..

selamat bertugas..

ada sambungan x?

jangan lah peram cerita Ipo oiii

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 09:51 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 21-6-2014 09:34 AM
ada sambungan x?

jangan lah peram cerita Ipo oiii

tak ada dah..dah habis...

Suzuki tu dah melopong sorang2 ...dua2 gadis tu dah blah..bak kata Conan tu..

tak boleh peram ke Nay?...hehehe..

biarlah peram dulu, kang dah masak  nanti, baru ipo tepek lagi ya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 09:31 AM | Show all posts
Ipo posted on 20-6-2014 10:47 PM
terima kasih baca..

tu la penangan dengar lagu najwa latif...hehehe

kannn..kita pn suka lagu dia..hihhi
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 01:48 PM | Show all posts
kena sambung nih..

takkan nk bio kan motosikal suzuki ni kecewa seblom sempat berkenalan...huhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067954 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list