View: 2031|Reply: 0
|
Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27
[Copy link]
|
|
Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 dibawah telah disediakan untuk memenuhi kehendak calon yang akan menjalani exam pada masa yang terdekat ini. Semoga format dan soalan rujukan ini berbaloi buat panduan lulus exam para calon s27 kelak.
BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Tentang Malaysia dan Dunia
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM TENTANG MALAYSIA DAN DUNIA
Masa : 30 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Seksyen ini menguji pengetahuan dan tahap kesedaran calon terhadap perkara-perkara yang mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang, dasar-dasar awam, hal-ehwal kenegaraan, kepimpinan, rekreasi, pengurusan teknologi maklumat serta komunikasi dan lain-lain perkembangan semasa dan dunia amnya.
Contoh Soalan Pengetahuan Am
Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?
A Sukan Olimpik
B Sukan Paralimpik
C Sukan Malaysia (SUKMA) D Sukan Komanwel
Jawapan : D
Kuasa tertinggi pentadbiran negara adalah
A Perdana Menteri.
B Majlis Raja-Raja.
C Yang di-Pertuan Agong.
D Perlembagaan Malaysia.
Jawapan : D
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 30 soalan
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik Menggunakan ;
(ii)Kemahiran Menginterpretasi data; dan
(iii)Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 7 dan 6 dalam nombor 78 624.
A 70 600
B 7 600
C 760
D 76
Jawapan : A
Teknik menjawab 78 624
70 000
600 +
70 600
Yang manakah tidak benar?
A 2/5 = 0.4
B 1/8 = 0.8
C 3/10 = 0.3
D 17/10 = 1.7
Jawapan : B
Teknik menjawab
2/5 = 0.4
1/8 = 0.8 (0.125)
3/10 = 0.3 17/10 = 1.7
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|