|
Cara tangani soalan 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga
Kadangkala di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.
Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar':
- "Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"
- "Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"
- "Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"
- "Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"
Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?
Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking 'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?
Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'
Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':
- Tujuan utama soalan tersebut ditanya
- Jawapan yang ringkas dan sesuai
- Nada dan intonasi yang positif
Kaedah Menjawab Soalan 'sukar'
Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.
Tujuan utama soalan tersebut ditanya
- Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi.
- Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.
- Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.
Jawapan ringkas dan sesuai
- Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.
- Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.
Nada dan intonasi positif
- Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.
- Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'
- Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan 'kepimpinan'.
- Elakkan dari menyalahkan syarikat lama anda bekerja, bekas majikan atau sebarang polisi kerajaan dan institusi awam.
- Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.
Kesimpulan
Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, soalan sebegini dapat ditangani sekiranya calon dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku p temuduga dulu, asik tanya ada pengalaman tak . Ada pengalaman tak . Ada pengalaman tak . Bahagian construction . Sabar je la dok menjawab T_T |
|
|
|
|
|
|
|
tips yg bagus, tp saya rasa,
topik ni lebih sesuai kat board kaunseling, motivasi & panduan kerjaya kot..
pepon, tq for sharing.. |
|
|
|
|
|
|
|
good info! thanks for sharing! |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan yg paling aku menyampah nak jawab masa lps grad dulu..
"Awak takde experience dalam bidang ni, macam mana sy nak ambik awak? Kami takde masa nak train orang"
Aku jawab dgn nada sinis. "Kalau encik tak bagi peluang pada fresh grad, macam mana diorang nak ada experience. Tambahan pula, training adalah perlu untuk melengkapkan knowledge pekerja seiring dengan keadaan semasa. Terima kasih kerana meluangkan masa."
Terus aku mintak diri dan chow..Terdiam terus interviewer tu
Aku dapat post tu tapi aku reject sebab dia byr RM800 aje utk degree holder. Kedekut punya company. Aku keje kat Starbucks lagi byk aku boleh dapat. Boleh jalan daaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai posted on 27-5-2014 07:20 PM
Soalan yg paling aku menyampah nak jawab masa lps grad dulu..
"Awak takde experience dalam bidang ...
masa kita temuduga ini banyak cabaran berlaku ..apa2 pun mengikut kepada nasib ..tapi Tungkai rasa bertuah sebab dah dapat pekerjaan yang lagi bagus lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
MESHAL posted on 28-5-2014 02:16 PM
masa kita temuduga ini banyak cabaran berlaku ..apa2 pun mengikut kepada nasib ..tapi Tungkai rasa ...
Bertuah tu mungkin kot tapi jangan sampai kemaruk nak keje kita plak kena buli dengan company. Tak dapat satu company bukannya end of the world. Ada banyak lagi peluang yang ada yg kita belum teroka. Sama ada cepat atau lambat. Yang penting usaha
|
|
|
|
|
|
|
|
tungkai posted on 28-5-2014 10:04 AM
Bertuah tu mungkin kot tapi jangan sampai kemaruk nak keje kita plak kena buli dengan company. Tak ...
Betul tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat berkaitan dengan tips temuduga.
Banyak yang saya boleh aplikasikan
Satu tip tambahan yang saya nak kongsikan dalam aspek menghantar resume untuk temuduga:
Sertakan link dengan video yang ringkas berdurasi 3 minit sebagai salah satu cara untuk menawan hati majikan.
Ia adalah strategi khas untuk bakal majikan mengenali potensi diri kita.
Bakal majikan kita akan melihat diri kita sebagai seorang yang kreatif (bukan semua orang buat video,hehe) dan dalam masa yang sama kita juga akan dipandang sebagai seorang yang memiliki keyakina diri yang tinggi di mata bakal majikan (good first impression).
Cuba lah buat dan lihat hasilnya!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|