|
Edited by shazman73 at 13-2-2017 07:50 PM
Last edited by shazman73 on 3-11-2020 07:55 AM |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum
Jawaban dlm internet ni Uncle fikir dah cukup baik.. http://lutfi-latif.blogspot.com/ ... p-nur-muhammad.html
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW berserta keluarganya.
Saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian,
Pada kali ini penulis berminat untuk membawakan perbincangan tentang konsep Nur Muhammad. Apakah yang dimaksudkan dengan Nur Muhammad? Dan apa pula hukum meyakininya menurut ulama?
KONSEP NUR MUHAMMAD
Berdasarkan pengamatan penulis, terdapat beberapa versi tafsiran tentang Nur Muhammad. Wujudnya beberapa versi ini adalah kerana tafsiran atau pemahaman tentangnya adalah berbeza-beza. Antaranya:
Versi Tafsiran Pertama:
Nur Muhammad ada sebelum adanya makhluk. Maka Nur Muhammad adalah wujud azali. Ini adalah merupakan kepercayaan sebahagian orang yang didapati oleh penyelidik.
Versi Tafsiran Kedua:
Nur Muhammad adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah SWT dan bersifat dengan sifat yang baharu (bukan qadim), dan tidak pula terdapat padanya unsur-unsur ketuhanan.
Versi Tafsiran Ketiga:
Nabi Muhammad SAW adalah nur (cahaya). Ia berdasarkan daripada firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 15, mafhumnya:
"Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah,cahaya (yakni Rasulullah SAW) dan kitab yang jelas (yakni al-Quran)."
Oleh itu, baginda Muhammad SAW adalah nur (cahaya) yang menerangi. Rasul yang menyampaikan kebenaran. Yang menerangi kegelapan yang menyelubungi manusia. Cahaya dari segi fizikal, tugasnya sebagai penyuluh kepada kebenaran dan kiasan kepadanya.
HUKUM MEYAKININYA MENURUT ULAMA
Versi Tafsiran Pertama:
Menurut para ulama, konsep Nur Muhammad berdasarkan tafsiran pertama ini adalah sesat. Dan haram bagi setiap orang berpegang kepadanya.
Ini kerana jika Muhammad ada sebelum adanya makhluk, maka Muhammad tidak termasuk makhluk, dan apa yang wujud sebelum makhluk adalah Allah, maka keyakinan bahawa Muhammad adalah sejuzuk atau zat daripada Allah SWT itu jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Versi Tafsiran Kedua:
Menurut Jabatan Mufti Sarawak, konsep Nur Muhammad berdasarkan tafsiran yang kedua ini adalah tidak bercanggah dengan akidah dan syariah Islam.
Ini kerana tidak sedikit ulama yang berpendapat sedemikian, antaranya Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami, Syeikh Ibrahim al-Baijuri, Syeikh Ja'far al-Barzanji dan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dan lain-lain.
Versi Tafsiran Ketiga:
Tafsiran yang ketiga ini adalah bersumberkan daripada seorang mufti besar Republik Mesir iaitu Syeikh Dr. Ali Jum'ah dalam kitab Bayanul Qawim Litashih Ba'dhil Mafahim. Beliau berpendapat Nabi Muhammad SAW adalah nur dan kepercayaan itu adalah benar serta merupakan dasar dalam akidah Islam.
Sebenarnya penulis sekadar mengkaji dan mengamati perbezaan pemahaman dan tafsiran yang pelbagai tentang hal ini. Dan penulis tidak ingin menyatakan pendirian penulis yang sebenar. Walau bagaimanapun, penulis sangat senang hati dengan versi tafsiran ketiga oleh Dr. Ali Jum'ah itu.
Oleh yang demikian, sebelum kita menuduh seseorang sesat kerana mempercayai Nur Muhammad, adalah wajar bertanya kepadanya kefahamannya tentang konsep tersebut. Dan jika tafsiran yang diberikan, jangan cepat-cepat menuduhnya sesat, tetapi sampaikanlah kepadanya tafsiran yang murni dan sebenar, yang bebas daripada pengaruh falsafah sesat.
Sekian,
Wabillahi tawfiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sumber:
Buku
1. Fatwa Syeikh Ali Jumaah. Albaqir Enterprise. Penter: Abu al-Baqir al-Dusuqi.
2. Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdulfatah Haron Ibrahim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini pulak drp majlis Fatwa...
Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Tarikh Keputusan:
22 Jan, 2002
Huraian Tajuk/Isu:
Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Keputusan:
i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhananii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:
KLFNS/3/6/2002
Negeri/Group:
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah nur muhammad kekasih yg amat di cintai Allah? Adakah nur muhammad dan nabi muhammad adalah makhluk yang sama? benarkah nur muhammad pada akhir zaman akan hadir berjasad? siapakah nur muhammad
nurr muhammad???
nak tanya leee, mai mana istilah ni yeeee
Nabi Muhammad sendiri pun tak kata apa2 pun tentang ini![](static/image/smiley/default/smile.gif)
“Allah itu nurbagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurunganpelita yang di dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satukaca, (dan) kaca itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan(dengan minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukanbangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi,walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nyasiapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia,dan Allah mengetahui tiap sesuatu”[size=-1]. (Surah Nuur, ayat35).
nurr ni kan dah tersedia ada kannnnnnn![](static/image/smiley/default/smile.gif)
NURR ALLAH kannnn....................boleh dibicarakan![](static/image/smiley/default/smile.gif)
ada juga riwayat yg ni
Suatu hari Sayidina Ali, karamallahu wajhahu, misan dan menantu Nabi Suci SAW bertanya, "Wahai (Nabi) Muhammad, kedua orang tuaku akan menjadi jaminanku, mohon katakan padaku apa yang diciptakan Allah Ta’ala sebelum semua makhluk ciptaan?" Beliau menjawab : "Sesungguhnya, sebelum Rabbmu menciptakan lainnya, Dia menciptakan dari Nur-Nya nur Nabimu."
ada gak
Nabi s.a.w menggambarkannya, “Akudaripada Allah dan yang beriman daripadaku”. Dan Allah berfirmanmelalui Rasul-Nya:
“Aku ciptakancahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri”.
jadi sama kaaaa NURR ALLAH ni dgn NURR MUHAMMAD atau beza kaaaaaa
atau sekadar mereka2 gelar je kottttttt![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
tak penting kot.......melalaikan je atau kasi syok sendiri je
LAGI BAIK - TERANGILAH DIRIMU DAN YG DEKAT MAUPUN SEISI SEKALIAN ALAM, DGN NURRNYA![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 27-5-2014 04:46 PM ![](static/image/common/back.gif)
atau teliti hadith ini:
” رَأَيْتُ رَبِّي فِي صُورَةِ شَابٍ أَمْرَدٍ لَهُ وَفْرَةُ جَعْدٍ قَطَطٍ في رَوْضَةٍ خَضْرَاء
Aku melihat Tuhanku dalam bentuk seorang pemuda amrad(yang tidak bermisai dan tidak berjanggut),
rambutnya sangat kerinting dan lebat di dalam taman yang hijau)
NABI kata dia melihat tuhannya kan
Nak komen sikit pasal hadith di atas.....Hadith tu ada pertikaian pendapat tentang kesahihannya, juga ada percanggahan tafsiran dari segi maknanya.
Hadith tersebut diriwayatkan melalui dua jalur dengan lafaz-lafaz yang berbeza. Jalur Riwayat yang Pertama: Daripada riwayat Qatadah, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma secara marfu’.
Oleh kerana hadith tu berkaitan 'rupa' Tuhan, dan boleh dilihat sebagai bertentangan dengan ayat Al-Quran (Surah Al-Ikhlas) kerana boleh masuk isu tasybih dan tajsim, maka lebih baik kita tidak berdalil dengan hadith tersebut yang mana ada percanggahan pendapat dari kalangan Ulama hadith.
Dari segi riwayat hadith, sebahagian Ulama ada membawa riwayat tersebut:
- Imam Ahmad (المنتخب من علل الخلال , hlm. 282 dan ابطال التأويلات لأبي يعلى , 1/139).
- Abu Zur’ah Al-Razi (إبطال التأويلات لأبي يعلى , 1/144 ) .
- Al-Tabarani (إبطال التأويلات لأبي يعلى , 1/143 ) .
- Abu Ya’la (إبطال التأويلات , 1/142-143, 222) .
- Ibnu Taimiyyah ( بيان تلبيس الجهمية , 7/290,356 )
Yang mana ada yang menjelaskan hadith tersebut dengan tafsiran 'melihat' dalam mimpi, bukannya meyakini itulah rupa Tuhan.
Sebahagian ulama yang lain mendhaifkan hadith tersebut, seperti Ibnu Al-Jauzi (العلل المتناهية , 1/36)
Imam Al-Zahabi mengingkarinya (سير أعلام النبلاء , 10/113 )
Al-Subki dalam ( طبقات الشافعية الكبرى , 2/312 ) berkata “Ia maudu’ (Palsu)dan satu pendustaan terhadap Rasulullah sallalahu alaihi wasallam.
Jalur Riwayat yang Kedua: Daripada Hadis Marwan bin Uthman, daripada Ammarah bin Amir, daripada Al-Tufail isteri Ubai bin Kaab secara marfu’.
Antara lafaznya:
” رَأَيْتُ رَبِّي فِي المَنَامِ فِي صُورَةِ شَابٍّ مُوَقَّرٍ فِي خَضِرٍ، عَلَيْهِ نَعْلانِ مِنْ ذَهَبٍ، وَعَلَى وَجْهِهِ فِراشٌ مِنْ ذَهَبٍ “ (Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam bentuk seorang pemuda yang dihormati, berpakaian kehijauan, berselipar emas dan atas mukanya selimut daripada emas).
” يُذْكَرُ أنَّهُ رَأى رَبَّهُ عِزَّ وَجَلَّ فِي المِنَامِ فِي صُورَةِ شَابٍّ مُوفَرٍ فِي خَضِرٍ عَلى فِرَاشٍ مِنْ ذَهَبٍ فِي رِجْلَيْهِ نَعْلانِ مِنْ ذَهَبٍ “ (Disebutkan bahawa beliau melihat Tuhannya dalam mimpi dalam bentuk seorang pemuda yang dihormati, berpakaian kehijauan, sedang duduk di atas selimut emas dan berselipar emas).
” أنَّهُ رَأى رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي النَّوْمِ فِي صُورَةِ شَابٍّ ذِي وَفْرَةٍ، قَدَمَاهُ فِي الخَضِرَةِ، عَلَيْهِ نَعْلانِ مِنْ ذَهَبٍ ، عَلَى وَجْهِهِ فِراشٌ مِنْ ذَهَبٍ “ (Bahawasanya beliau melihat Tuhannya dalam tidur dalam bentuk seorang pemuda yang berisi, kedua kakinya atas rumput yang hijau, berselipar emas dan atas mukanya selimut emas)
Hadith ini disahihkan oleh Al-Hassan bin Basyar dan Abu Ya’la.
Sebahagian ulama yang lain mendhaifkannya serta mengingkarinya seperti:
- Imam Ahmad ( المنتخب من علل الخلال لابن قدامة , hlm. 284 ).
- Yahya bin Ma’in ( تاريخ بغداد للخطيب , 13/311 ) .
- Al-Nasa’I ( العلل المتناهية لابن الجوزي , 1/30 ) .
- Ibnu Hibban ( الثقات , 5/245 ) .
- Al-Subki ( طبقات الشافعية الكبرى , 2/312 ) .
- Ibnu Hajar (تهذيب التهذيب , 10/86 ) .
- Al-Sayuti ( اللآلي المصنوعة , 1/30) .
- Al-Syaukani ( الفوائد المجموعة , hlm. 447) .
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 30-5-2014 11:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Allah swt menciptakan segala2nya dgn penuh hikmah. Bila dikatakan Nur Muhammad pada diri seseorg tidaklah boleh disamakan dgn hakikat sebenar diciptakan olehNya satu2nya Nur Muhammad yg kita ketahui pada hari ini. Perkara ini berkait-rapat dgn akhlak semata2. Maka kefahaman dan perlaksaaan pada diri seseorg yg memahami Sunnah Rasullullah sekadar menyerupai Nur Muhammad dan tidak boleh disamakan dari segi makna dan makninya Nur Muhammad yg Dia maksudkan sesudah datangnya Rasullullah saw. Maka jika ada manusia menyatakan dirinya adalah berasal dari Nur Muhammad, maka dirinya secara automatik syirik kpd ketetapan Allah iaitu menduakan ciptaanNya.
Bila dikataan Nur Allah, maka beberapa view perlu diperhatikan menyentuh soal akidah. Kerana Nur Allah itu HANYA boleh difahami berdasarkan petunjukNya iaitu Alquran dgn apa yg kita alami.
Contoh mudah, jika kita memandang burung yg sedang terbang di langit, maka akal perlu menerima terlebih dahulu makna ciptaan Allah dari apa yg dimaksudkan olehNya terlebih dahulu. Ada org berkata, burung ada sayap kerana itulah ianya boleh terbang sedang itu hanya ujian olehNya berdasarkan hukum alam yg ditetapkan olehNya dan sudah tentulah diizinkan olehNya. Maka kefahaman Nur Allah perlulah jelas dgn akal dan dibenarkan pada hati dari petunjukNya.
Byk perkara saya ingin nyatakan, cuma kita selaku org awam sewajarnya meletakkan diri kita hanya selaku hamba Allah ketika melaksanakan tugas selaku khalifah Allah. Maka barulah kita mudah utk memahami makna Nur Muhammad dan Nur Allah. Kerana saya dapati dari pengalaman saya, ada manusia yg mengaku dirinya Tuhan kerana tidak memahami makna Nur ini bukan utk dimiliki akan tetapi utk dijadikan petunjuk mengharungi kehidupan di dunia ini.
Memiliki dan tidak miliki perlu keseimbangan kerana jika kita memilih salah satu dari makna ini tanpa petunjukNya, maka kita tergolong dari kalangan golongan 72. Begitu jugalah dengan makna pemurah dan pemboros, pengasih dan pembenci, bersyukur dan tidak bersyukur dan dot dot dot ini dinyatakan di dalam surah Al-Fatihah yg kita sering baca setiap hari.
Saya tidak gemar menyatakan oh si polan itu sesat, akan tetapi saya bersyukur kpd Allah mengingatkan saya contoh teladan kesesatan dan apa caranya utk diri saya tidak menjadi sesat. Akan tetapi tatkala dihalang usaha saya utk menghindarkan kesesatan, maka bersesuaian utk saya berjihad melawan hawa nafsu dari mengubah keadaan kesesatan dari berlakunya kezaliman.
Saya mohon maaf jika bahasa saya agak tinggi dari segi makna dan makninya, sedangkan tiadalah kebaikkan dari saya selaku makhluk ciptaanNya diforum ini melainkan semua kebaikkan itu milik Allah.
Wassalam. Last edited by Abangcute on 3-6-2014 10:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
satu persoalan
yg mudah jeee
dalam banyak golongan/puak2/tarekat/kumpulan
masing2 dok kalut dgn NUR MUHAMMAD
tapi
jarang yg mau sembang pasal NUR ALLAH
jarang yg mau sembang pasal ROH
ada sesiapa yg mau berkongsi, kenapa dan mengapa???
silakanlah
sekadar sembang2 je yeeeeee![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 4-6-2014 12:57 AM ![](static/image/common/back.gif)
satu persoalan
yg mudah jeee dalam banyak golongan/puak2/tarekat/kumpulan
masing2 dok kalut dgn NUR MUHAMMAD
tapi
jarang yg mau sembang pasal NUR ALLAH
jarang yg mau sembang pasal ROH
Allah An-Nur, Al-Hadi
Kalo yg byk² tu, ada satu ayat ni...
Firman Allah:
![](http://www.surah.my/assets/s030/a031-11326e6905b2aa71bd00ff52eace402c.png)
![](http://www.surah.my/assets/s030/a032-0227c5fd64fc6d98757a9b5da55cf82e.png)
Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna
dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka
berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
(Ar-Ruum 30:31-32)
Mmg berat sket le nk keluarkan ayat ni ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
tp umumnya ayat ni utk mereka yg terikut² tertomoih dlm lobangnya bewok
spt mana yg dh pn berlaku kpd Yahudi dan Kristian
dan sejarah ditakdirkan berulang² gtu...
Khususnya plk kpd Kristian
Allah larang Ahli Kitab melampaui batas
dan melampaunya mereka bila mengangkat darjat Al-Masih Ibn Maryam a.s.
melebihi apa yg Allah dh tetapkn spt mana yg tertulis dlm kitab² di tangan mereka
melampaunya lg bila mengganggap apa yg diilhamkan dek padre² dan rabai² mereka
diikut adja kata²nya satu per satu lg bulat²...
Sabda nabi s.a.w. (dlm arab dan mat salih):
لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَىِ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ
فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدٌفَقُولُوا: عَبْدُاللهِ وَرَسُولُه
Do not unduly praise me like the Christians
exaggerated over `Isa, son of Maryam.
Verily, I am only a servant, so say,
'Allah's servant and His Messenger.'
[Ahmad]
Soal Nur, Allah menerangi langit² dan bumi
Soal Ruh, sgt sedikit yg dpt bezakan antara Ruh dgn Nafs
- yg mana menerangi, yg mana diterangi
Ada dua perbandingan nar-nur:
- bakaran berjelaga 2:17
- misykat 24:35
Kebanyakan manusia mengangkat bakul yg diri(nafs)nya berada di dlm
siangnya benderang, malamnya malap - tidur mati gtu
- ahlul hawa tu umpama 'ankabuut yg kabut dgn sarangnya...
(mgkin yg ni luahan hati dan perasaan je kot, sedia ye... )
Knp xmau berjalan serata muka bumi yg ada sekeliling kita dan lihat sendiri?
Knp mau 'nama' lg teriqat dek kepondokan, bila berjln betul umpama dijambanan?
Byknya yg terkongkong dek kalam wali selain Kalam Al-Waliy?
Byknya lg tersangkut dek pendekatan ulamak dan xda pendekatan kendiri?
- nk mengadu kt sapa ni?
![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 4-6-2014 12:57 AM
satu persoalan
yg mudah jeee
roh itu urusan Allah. jika kita nampak roh sekalipun, ianya bukan utk dibincangkan. Dan beriman kpd petunjukNya memadai perihal roh ini jika mengaku beriman kpd Allah. Last edited by Abangcute on 4-6-2014 10:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 4-6-2014 04:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
Allah An-Nur, Al-Hadi
Kalo yg byk² tu, ada satu ayat ni...
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka
berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
(Ar-Ruum 30:32)
Mmg berat sket le nk keluarkan ayat ni
Khususnya plk kpd Kristian
Allah larang Ahli Kitab melampaui batas
Soal Nur, Allah menerangi langit² dan bumi
Soal Ruh, sgt sedikit yg dpt bezakan antara Ruh dgn Nafs
- yg mana menerangi, yg mana diterangi
Kebanyakan manusia mengangkat bakul yg diri(nafs)nya berada di dlm
siangnya benderang, malamnya malap - tidur mati gtu
- ahlul hawa tu umpama 'ankabuut yg kabut dgn sarangnya...
Knp xmau berjalan serata muka bumi yg ada sekeliling kita dan lihat sendiri?
Knp mau 'nama' lg teriqat dek kepondokan, bila berjln betul umpama dijambanan?
Byknya yg terkongkong dek kalam wali selain Kalam Al-Waliy?
Byknya lg tersangkut dek pendekatan ulamak dan xda pendekatan kendiri?
- nk mengadu kt sapa ni?
tak berat le sedara, SAMPAIKAN je walau si munafiqun tak suka, si kafirin membenci![](static/image/smiley/default/smile.gif)
jangan kata kat umat yg lainnye
umat MUHAMMAD pun dah nazak sangat dah.......perasan je yg lebih![](static/image/smiley/default/lol.gif)
semua sembang - fuh punyalah tinggi
bila dibacakan - SERENDAH2 IMAN SINGKIR RANTING DI JALANAN
ramai yg terkedu, lari terkangkang2 je![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ni kot NURR yg MENERANGI NARR![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
ngadu kat kadhi/mufti/majlis fatwa - depa pun sama je kot![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ngadu kat tok guru pondok - lebih kurang je samanye![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ngadu kat YANG MENCIPTA leeeee.....................biar diri ditenyeh2![](static/image/smiley/default/sweat.gif) ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal ada yg tanya
maka aku kena le berbicara sikit
persoalan feqah:
bagaimana NUR MUHAMMAD mula diperkenalkan
dan ungkapan NURR itu sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
salammm...follow topic nih...![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|