View: 35521|Reply: 341
|
Pertikaian berkaitan Hadith 'Manzil'
[Copy link]
|
|
ni aku copy;
AYAT-AYAT MANZIL
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas
Surat Dari Maulana Muhammad Talha
Anak Maulana Muhammad Zakaria (RAH) Mengenai “MANZIL”
Ayat-ayat Al-Quran terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Al-Manzil”. Alim ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasullullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan alim ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) teah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar” “Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”.
Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripa Al-Quran yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara berasing. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani
FUHHHHHHHHHH, HEBAT SUNGGUH KAN, AYAT MANZIL LAH YG MEMBERI PERLINDUNGAN KAN, BUKAN ALLAH KAN???????????????
INILAH FAHAMAN RATA RATA PENGAMAL MANZIL.......
Last edited by hantukiller on 16-5-2014 02:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAHAMANNYA:
MANZIL LEBIH BAIK DARI TANGKAL DAN AZIMAT, LEBIH UMMMPHHHHH
MANZIL BOLEH MEMENUHI HAJAT
AMALAN MANZIL BOLEH BERI PERLINDUNGAN (DARI SYAITAN JIN ATAU SIHIR)
SAPA YG SENTIASA MENGAMAL MANZIL DAPAT(PASTI) PERLINDUNGAN
KALAU KHUATIR KENE SIHIR ATAU RASUKAN SYAITAN, AYAT MANZIL DITULIS DAN DIGANTUNG DILEHER PESAKIT9jadi azimat atau tangkal)
HEBAT KAN MANZIL |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-5-2014 02:22 PM
ni aku copy; Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani
FUHHHHHHHHHH, HEBAT SUNGGUH KAN, AYAT MANZIL LAH YG MEMBERI PERLINDUNGAN KAN, BUKAN ALLAH KAN???????????????
INILAH FAHAMAN RATA RATA PENGAMAL MANZIL.......
Sampai sini dok fitnah Ulama pasal manzil?
Yang perlindungan tu bermaksud perlindungan DARI ALLAH.... sebab tawajjuh pada Allah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-5-2014 02:38 PM
PEMAHAMANNYA: PEMAHAMANNYA:
MANZIL LEBIH BAIK DARI TANGKAL DAN AZIMAT, LEBIH UMMMPHHHHH
MANZIL BOLEH MEMENUHI HAJAT
AMALAN MANZIL BOLEH BERI PERLINDUNGAN (DARI SYAITAN JIN ATAU SIHIR)
SAPA YG SENTIASA MENGAMAL MANZIL DAPAT(PASTI) PERLINDUNGAN
KALAU KHUATIR KENE SIHIR ATAU RASUKAN SYAITAN, AYAT MANZIL DITULIS DAN DIGANTUNG DILEHER PESAKIT9jadi azimat atau tangkal)
HEBAT KAN MANZIL Tu diaa juara pemfitnah pasal ayat manzil....
Manzil tu dari ayat-ayat Al-Quran.. yang beri perlindungan HANYALAH ALLAH. Takkan nak fitnah je...
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-5-2014 03:53 PM
Sampai sini dok fitnah Ulama pasal manzil?
Yang perlindungan tu bermaksud perlindungan DARI A ...
tu yg sampai digantung dileher tu kan, perlindungan Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-5-2014 03:57 PM
tu yg sampai digantung dileher tu kan, perlindungan Allah
Tawajjuh pada Allah... kalau gantung leher percaya kuasa tangkal, itu yang salah!
Minum air yang dibacakan ayat Al-Quran.... kalau percaya air tu ada kuasa itu salah. Kalau tawajjuh pada Allah, itu yang betul..
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-5-2014 03:56 PM
Tu diaa juara pemfitnah pasal ayat manzil....
Manzil tu dari ayat-ayat Al-Quran.. yang beri per ...
Kalau dah tau yg boleh beri perlindungan hanya Allah, kenapa guna manzil, mintak je perlindungan tu pada Allah, susah sangat ke nak faham???
Kalau yakin sangat dengan manzil tu, teruskanlah....gantung kat pintu rumah pun boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-5-2014 04:00 PM
Tawajjuh pada Allah... kalau gantung leher percaya kuasa tangkal, itu yang salah!
Minum air yan ...
Kalau tawajuh pada Allah, taknya guna script manzil untuk berdoa
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-5-2014 04:01 PM
Kalau dah tau yg boleh beri perlindungan hanya Allah, kenapa guna manzil, mintak je perlindungan t ...
Sebab ada dalam Sunnah. Ni pun tak faham?
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca baru ade perlindungan, x baca xde perlindungan gitu??
hehehe...
baca jadi x baca xjadi...emmmm tawajjuh cemana tuh??? |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-5-2014 04:02 PM
Kalau tawajuh pada Allah, taknya guna script manzil untuk berdoa
Ye lah ikut kepercayaan tuan... tawajjuh pada Allah sambil guna jampi serapah mantera jawa kasi ZAASTTT sama itu Syaiton semua beres...
Hehehe... hebat... hebat!
Last edited by mnm77 on 16-5-2014 04:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
gammbir33 posted on 16-5-2014 04:10 PM
Baca baru ade perlindungan, x baca xde perlindungan gitu??
hehehe...
baca jadi x baca xjadi...emmmm tawajjuh cemana tuh???
Sifir dia macam ni...
Baca tu ikut Sunnah. Kalau tak ikut Sunnah tapi nampak macam menjadi, belum tentu itu betul-betul perlindungan Allah, boleh jadi TIPU DAYA Syaitan.
Bila ikut Sunnah, jadi tak jadi bergantung pada tawajjuh kita pada Allah, dan HANYA ALLAH SAHAJA yang berkuasa memberi perlindungan.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ragu2 ngan tuduhan Nabi yg ajor manzil nih,
cam mencemar nama baik nabi jek,
mengajar umatnyer bergantung pada ayat2 quran untuk sesuatu hajat
sedangkan perkara mula2 sekali yg diajar oleh nabi tauhid kepada umatnyer.
betul ke?? sunnah nabi baca untuk,
lawan sihir, untuk perlindungan,untuk hajat...emmmm,
karang org kapir tuduh nabi pandai sihir plok, yer lah baca jadi, x baca xjadi..cemana tuh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Nak tanya sikit boleh.....
Kalau kita kata...." Aku pakai payung, sebagai perlindungan daripada panas dan hujan"
Adakah ini syirik?
Adakah memakai payung untuk berlindung dari panas dan hujan itu menafikan Allah sebagai perlindung?
Percaya kepada Payung kah?
Syirik kah?
menafikankuasa Allah kah.?
nak tanya je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita nak bmula baca Al Quraan...
Kita pun baca 'Taawuz"
Sebagai memohon perlindungan drp gangguan Syaitan...
Kenapa baca Taawuz???
Taawuz sebagi perlindungkah
atau Allah sebagai perlindung???
tanya je..
Last edited by burungantu on 16-5-2014 04:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
pakai payung DAPAT PERLINDUNGAN
daripada hujan dan panas
syirik ke?
tanya je..
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..nak jawab jeee yer unc.owl yer,,,kalo salah jgn maroh plok..
pakai payung ngan keyakinan ngan bacaan manzil x sama,
pakai payung nampok di mata, baca manzil dengor jek x nampok pon ayat tu keluar ikut mulut.
baca tauz tu Allah suruh, jelas dlm quran..nak kata doa pon boleh..
yer kalo doa, boleh aje doa ikut apa2 bahasa pon asal paham maknanyer.
manzil di ceduk sini sikit, sana sikit, dari surah2 quran gabung2 jadi satu amalan yg bertujuan.
kalo yakin dgn pertolongan Allah x yah di ceduk2 di pilih2 ayat2nyer, cam percaya ayat sekian2 ade sekian2 kelebihan..lama boleh jatuh kepada ayat memberi bekas..
percaya tak?? bila selalu mengamal manzil keyakinan kepada manzil tu melebihi keyakinan kepada Allah..
seolah2 Allah x pandang kite sbb x baca manzil,,,,emmmm
jgn maroh yer unc.Owl yek...
|
|
|
|
|
|
|
|
gammbir33 posted on 16-5-2014 04:41 PM
manzil di ceduk sini sikit, sana sikit, dari surah2 quran gabung2 jadi satu amalan yg bertujuan.
kalo yakin dgn pertolongan Allah x yah di ceduk2 di pilih2 ayat2nyer, cam percaya ayat sekian2 ade sekian2 kelebihan..lama boleh jatuh kepada ayat memberi bekas..
Maaf saya menyampuk sikit, manzil tu dari Sunnah, ada disebut dalam hadith, bukan main cedok sana-sini ikut suka hati saja macam tuan ingat.
Tuan tak tahu kah manzil itu dari hadith?
Hadith berkaitan MANZIL:
حَدَّثَنَا عَبْد اللَّهِ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ اَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ اَبِي جَنَابٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيسَى، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ اَبِي لَيْلَى، حَدَّثَنِي اُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ، قَالَ كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ اَعْرَابِيٌّ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ اِنَّ لِي اَخًا وَبِهِ وَجَعٌ قَالَ وَمَا وَجَعُهُ قَالَ بِهِ لَمَمٌ قَالَ فَاْتِنِي بِهِ فَوَضَعَهُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَعَوَّذَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَاَرْبَعِ ايَاتٍ مِنْ اَوَّلِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ وَهَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ وَاِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَاحِدٌ وَايَةِ الْكُرْسِيِّ وَثَلَاثِ ايَاتٍ مِنْ اخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ وَايَةٍ مِنْ الِ عِمْرَانَ شَهِدَ اللَّهُ اَنَّهُ لَا اِلَهَ اِلَّا هُوَ وَايَةٍ مِنْ الْأَعْرَافِ اِنَّ رَبَّكُمْ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَاخِرِ سُورَةِ الْمُؤْمِنِينَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَايَةٍ مِنْ سُورَةِ الْجِنِّ وَاَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا وَعَشْرِ ايَاتٍ مِنْ اَوَّلِ الصَّافَّاتِ وَثَلَاثِ ايَاتٍ مِنْ اخِرِ سُورَةِ الْحَشْرِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ اَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ فَقَامَ الرَّجُلُ كَاَنَّهُ لَمْ يَشْتَكِ قَطُّ‏.‏
Ubayy Ibn Kaab RA meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, "Wahai Nabi Allah, saya mempunyai seorang saudara lelaki yang sedang sakit." Nabi bertanya: "Apa sakitnya?" Dia menjawab, "Dia terkena lamam (sejenis penyakit seperti gila)." Nabi bersabda: "Bawa dia ke sini." Kemudian dia dihadapkan kepada baginda dan Nabi SAW memohon perlindungan untuknya dengan membaca Fatihatul kitab (surah Al-Fatihah), dan empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat berikut ini: WA ILAAHUKUM ILAAHUW-WAAHID (Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa) (Al-Baqarah, 163), dan ayat kursi, dan tiga ayat terakhir dari surah Al-Baqarah, satu ayat dari surah Aali-'Imran: SYAHID-ALLAAHU ANNAHU LAA ILAAHA ILLA HUWA (Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah) (Aali-'Imran, 18), satu ayat dari surah Al-A'raaf: INNA RABBAKUMU-LLAAHUL-LADZII KHALAQAS-SAMAAWAATI WAL-ARDH (Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi) (Al-A'raaf: 54), akhir dari surah Al-Mukminun: FATA'AALA-LLAAHUL-MALIKUL-HAQ (Maka Maha Tinggi Allah, raja yang Sebenarnya) (Al-Mukminun: 116), satu ayat dari surah Al-Jin: WA ANNAHU TA'AALA JADDU RABBINAA (Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami) (Al-Jin: 3), sepuluh ayat permulaan dari surah As-Saffaat, tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr, QUL HUWA-LLAAHU AHAD (surah Al-Ikhlas), dan Al Mu'awwidatain (surah Al-Falaq dan An-Naas)." Maka berdirilah lelaki itu seakan-akan dia tidak pernah terkena sakit sama sekali.
(Musnad Ahmad)
Last edited by mnm77 on 16-5-2014 04:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-5-2014 04:50 PM
Maaf saya menyampuk sikit, manzil tu dari Sunnah, ada disebut dalam hadith, bukan main cedok sana- ...
jazakallahu khairan ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|