puak wahhabi ni senang je nak kenal, semua sesat, palsu, bidaah, dan seangkatan.. yg betul hanya ibnu taimiyah dan muhammad bin abdul wahhab.. yang lain, sesat.. imam syafie pun disesatkan, inikan ustaz don daniyal..
kalau ibarat hang jebat..mau sja Uncle lompat masuk gelanggang kasi sapu org org yg suka memburuk burukan Ulama ulama kita ni..
tapi apa kan daya.
TAPI
Uncle cubalah juga sentuh sekadar mana yg tersempat & termampu.
Moga moga Usaha sedikit ni ...Allah swt sjalah tempat Uncle mengadu..
1. cerita TAMIM....Ustaz Don tak sebut pun benda tu sohih...sekadar Ustaz kata..."ada org sebut"..Ustaz Don lebih bijak aiih....tak jadi isu...boleh abai je..(..Ya..Uncle pun tak setuju TAMIM = Tanah Melayu...Ustaz Don pun lagi tau....Ustaz pun kata "Ada Ustaz ebut"..so NO ISU! "
2. pasal apa ya....? ...Hadith Dhob bercakap...
Come on lah!
Ustaz Zahazan masa Tafsir Quraan kat Radio IKIM pun ada sebut Hadith ni!
Kenapa nak beratkan sgt kes ni?...Ulama nyta sekali ada khilaf...& ini pun bukan Hadith Hukum..
Kenapa tak salahkan Al Imam Al Alamah Qadhi I'yadh juga???
sebab Hadith tentang Dhob bercakap ni ada dlm kitab Qadhi Iyadh..(As Syifa )
Imam Al Baihaqi pun bawak Hadith ni dalam kitab Dalail An Nubuwwah...
So...Kalau Al Imam Al Alamah Qadhi Iyadh ,Imam Al Baihaqi pun ada bawakan Hadith ni....Adakah salah utk Ustaz Don bawakan Hadith yg sama?
Ustaz Zahazan pun bawa Hadith ni!
4. Uncle tertinggal.....kisah wali..
Vedio tu sesatkan Ustaz Don lagi....sebab....KISAH WALI...
Terang terang Ustaz Don sebut, yg ceritakan kisah tu ...USTAZ DR ZULKIFLI MUHAMMAD AL BAKRI yg ceritakan...
habis tu , nak sesatkan Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri pulak lah!?...
Terima kasih uncle Burungantu atas pembelaan yang sewajarnya bila ada tohmahan yang tak patut dilemparkan tanpa mengemukakan dalil yang sewajarnya.
Di CI pun ada dibincangkan isu ni, dan saya minta rujukan pasal hadith dhab tu, dan diberikan oleh seorang sahabat. Saya dapati ada perbezaan pendapat pasal status hadith tersebut, maka tak wajar diborong hadith tu palsu.
Hadith tu dikeluarkan oleh Imam Baihaqi. Berkata Ibn Hajar Al-Haitami dalam Majma Az-Zawaaid, diriwayatkan oleh At-Tabrani dalam As-Soghir dan dalam Al-Ausat. Imam Baihaqi menyatakan ia terkandung di sana (bukti ada dalam rujukan tersebut).
Tak disebutpun bahawa disepakati akan kepalsuannya.
Penjelasan pasal status hadith tersebut berdasarkan kajian sanad terbahagi kepada beberapa pandangan muhaddithin:
1. ada yang kata TAK SAHIH atau LEMAH (seperti dalam petikan)
2. ada yang kata palsu (Ibn Dahyah dalam Al-Khasaais)
3. ada yang kata batil (Az-Zahabi dalam Al-Mizan)
4. ada yang kata mungkar atau sangat lemah (Hafiz Ibn Hajar dalam Al-Lisan)
Maka tuduhan ustaz Don penyebar hadith palsu berkaitan dhab itu TIDAK BENAR, sebab hadith tu dipertikaikan kesahihannya, ada rujukan kitabnya, dan bukan rekaan ustaz Don. Tambahan hadith tu TIDAK dipersetujui akan kepalsuannya sebab adanya beza pendapat , menunjukkan masih ada ruang perdebatan tentang kesahihan hadith tersebut. Ustaz Don ada juga menguatkan dengan dalil ayat Al-Quran, maka isu ini seharusnya dibincangkan oleh mereka yang ada ilmu berkaitan ilmu hadith dan sanad yang dipertikaikan.
Mengambil satu pendapat borong dengan membuat kesimpulan bahawa hadith tu hadith palsu boleh memecah-belahkan masyarakat dengan menimbulkan fitnah, apatah lagi yang kurang arif mula tambil dan membuat tohmahan tanpa membawa dalil yang lengkap.
Kontroversi Hadis Palsu: TV Al Hijrah Semak Semula Ceramah Ustaz Don
Stesen televisyen TV AlHijrah sedang meneliti isi kandungan beberapa video yang disebarkan di laman sosial termasuklah tuduhan kononnya ustaz selebriti Don Daniyalyang dikatakan telah menyampaikan ceramah bersama hadis-hadis palsu.
Pegawai Perhubungan Korporat TV AlHijrah, Irwan Abdul Rahman berkata, pihaknya juga akan mengambil kira beberapa pandangan pihak-pihak yang berpengetahuan soal Agama Islam sebelum memutuskan bentuk tindakan yang sepatutnya.
Kontroversi Hadis Palsu: TV Al Hijrah Semak Semula Ceramah Ustaz Don
“Kami sedang kumpulkan beberapa perkara dan mengkaji semula semua video dan komen yang disebarkan itu sama ada daripada program televisyen terbitan TV Al Hijrah ataupun video lain.
“Kami akan rujuk kepada ustaz dan alim ulama yang lebih pakar untuk menilai video tersebut serta menunggu penjelasan daripada Ustaz Don sendiri sebelum memutuskan apa-apa tindakan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini pada Rabu.
Irwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyebaran video ceramah Ustaz Don di Internet ketika ini.
Ustaz selebriti itu dikatakan telah menyampaikan ceramah dengan mengemukakan hadis-hadis palsu dan tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan banyak pihak.
Malah, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah melalui laman sosial Facebook miliknya turut meminta mufti dan para ulama menilai ceramah yang disampaikan oleh ustaz tersebut untuk kepentingan semua umat Islam.
Koleksi rakaman video ceramah berkenaan tersebar di Facebook dengan tajuk: Kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal.
Selain mengadakan ceramah-ceramah peribadi, Ustaz Don juga mengendalikan rancangan agama berjudul 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah pada setiap Isnin Hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Sementara itu, Irwan menjelaskan, segala program yang diterbitkan oleh stesen televisyen itu terutamanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don akan dinilai kandungannya sebelum dilepaskan untuk disiarkan kepada umum.
“Pihak kami ada unit bagi mengkaji topik yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Don. Kandungan yang diberikan biasanya disemak dahulu oleh pakar-pakar agama sebelum ia diluluskan untuk siaran,” ujarnya.
Sementara itu, Ustaz Don tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan reaksinya kerana ketika ini beliau berada di United Kingdom untuk menjalani penggambaran sebuah program berbentuk keislaman.
Juara Pencetus Ummah (PU) Muhammad Hafiz menasihati golongan ustaz selebriti atau pakar motivasi agar perlu lebih berhati-hati ketika bercakap menyentuh soal agama Islam.
Muhammad Hafiz atau lebih mesra disapa Hafiz, 33, berkata, mereka perlu mengkaji dahulu sama ada sesuatu perkara atau kisah tauladan berkaitan seseorang nabi itu bena-benar terdapat dalam Al-Quran ataupun tidak.
“Bukan senang untuk bercakap soal agama, bagi golongan pakar motivasi ada segelintir yang pandai bercakap tentang agama perlu kaji dahulu apa yang mereka ingin perkatakan.
“Jika mereka buat kesilapan atau menyebarkan perkara yang tidak sahih akibatnya ramai yang mendengar akan mempercayai dan menyebarkan kepada orang lain pula, itu sudah berdosa,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Hafiz turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan dakwah yang disampaikan oleh ustaz selebriti.
Menurutnya, Islam sendiri melarang umatnya terlalu taksub dengan individu tanpa sebab-sebab tertentu.
“Kita perlu ingat semua perkara ada batasan dan tidak boleh berlebih-lebih, tidak kira siapa yang kita minati atau ikuti semuanya perlu berpada-pada,
“Jangan sampai apabila kita suka sehingga yang tidak betul kita terima dan pejam mata,” katanya.
Sementara itu, Hafiz mengakui bahawa dia kurang aktif dalam melayari laman sosial, malah tidak pernah mempunyai akaun Twitter.
Bagiamanapun, dia sedar dalam dunia serba canggih ini dia perlu belajar bagi memudahkannya menyampaikan dakwah terutamanya kepada golongan remaja.
“Saya kurang aktif dengan laman sosial, Facebook pun saya baru sahaja ada dan itu pun sukar untuk membalas mesej yang diterima.
“Twitter pula saya belum buka akaun lagi, Insya-Allah saya akan belajar kerana ia penting bagi mendekatkan diri kepada golongan remaja masa kini,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercakap soal populariti yang dikecapnya selepas bergelar juara program keagamaan Pencetus Ummah, Hafiz mengakui sentiasa disapa ketika berada di luar.
“Sekarang pelu jaga penampilan kerana ketika berada di luar akan ada sahaja orang yang menegur dan ingin bergambar.
“Kalau dulu setakat ingin ke kedai sebelah jalan, saya hanya berkain pelekat tetapi kini kena lebih berhati-hati,” katanya.
inginkan penjelasan tentang keputusan politik berdasarkan firasat mimpi yang Ustaz Don Danial bersetuju utk menumpahkan darah rakyat Mesir (terutama penyokong2 Ikhwan Muslimin & penyokong Mursi yg asalnya kerajaan yg sah tapi digulingkan).
berdasarkan ceramah ustaz Don di link video di bawah nampak dia bersetuju dgn mimpi seorang tenaga pengajar di Al-Azhar utk menumpahkan darah penyokong2 Mursi (sedangkan kabinet Mursi adalah kerajaan yg sah yg digulingkan oleh tentera). nampak peliknya di sini. mimpi boleh dijadikan sandaran utk tumpahkah darah rakyat jelata?
obelisk posted on 17-4-2014 08:55 AM
Kontroversi Hadis Palsu: TV Al Hijrah Semak Semula Ceramah Ustaz Don
Stesen televisyen TV AlHij ...
alasan Masjid Babri diroboh beramai2 dek penganut hindu di india dulu pun angkara tok sami claim ada arahan roboh dlm mimpi dia ... lepas ni semua org boleh pakai mimpi utk tumpahkan darah.
tobby posted on 17-4-2014 03:24 PM
alasan Masjid Babri diroboh beramai2 dek penganut hindu di india dulu pun angkara tok sami claim a ...
Betul. Mmg agak mendukacitakan bila seorang tokoh agama terkenal boleh membenarkan hujah mimpi tok sheikh yang kononnya bermimpi Rasulullah membenarkan pembunuhan kat Mesir, lebih malangnya pula ramai pengikut taksub buta tuli menerima bulat2 kata2 ustaz tu... bila ditegur melenting...
Para pengikut taksub ni lebih rela mempertahankan ustaz selebriti diorg yg dh buat salah daripada mempertahankan maruah Rasulullah yang tercalar dek kerana cerita2 karut yg dibawak oleh ustaz pujaan diorg...
tobby posted on 17-4-2014 03:03 PM
inginkan penjelasan tentang keputusan politik berdasarkan firasat mimpi yang Ustaz Don Danial bersetuju utk menumpahkan darah rakyat Mesir (terutama penyokong2 Ikhwan Muslimin & penyokong Mursi yg asalnya kerajaan yg sah tapi digulingkan).
berdasarkan ceramah ustaz Don di link video di bawah nampak dia bersetuju dgn mimpi seorang tenaga pengajar di Al-Azhar utk menumpahkan darah penyokong2 Mursi (sedangkan kabinet Mursi adalah kerajaan yg sah yg digulingkan oleh tentera). nampak peliknya di sini. mimpi boleh dijadikan sandaran utk tumpahkah darah rakyat jelata?
Saya rasa tuan dah salah faham maksud dari video tersebut. Bukanlah Ustaz Don berfatwa bersetuju menumpahkan darah rakyat berdasarkan mimpi seorang tokoh Shaikh Ali Jumu'ah.
Maksud Ustaz Don, apabila ada kekeliruan, pendapat yang mana yang lebih dipercayai? Ustaz Don membuat analogi, bahawa orang yang terpercaya, bila mengeluarkan kenyataan, maka kenyataannya PATUT lebih dipercayai oleh anak muridnya sendiri (minit 2:22), sebab anak murid (yang di Malaysia) pun macam tak percaya kenyataan Shaikh Ali Jumu'ah.
Isu mimpi tu hanya nak menunjukkan penghormatan kepada Shaikh Ali Juma'ah yang dipercayai sebagai tokoh yang pernah bermimpi Rasulullah SAW (BUKAN SEBAGAI FATWA MENUMPAHKAN DARAH - ADA SALAH FAHAM DI SITU)
Cuba dengar betul-betul, Ustaz Don tidak menyalahkan Ikhwanul Muslimin (minit 4:00), tidak menyalahkan Dr Morsi (minit 4:10 - Dr Morsi bagus!), sebaliknya secara tak langsung menyalahkan 'golongan' atau 'pengikut' yang (secara tersiratnya) mempergunakan Ikhawanul Muslimin. Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh Ustaz Don? Maksud Ustaz Don, sebenarnya Ikhwanul Muslimin tak bersalah! Persoalan: Habis, kenapa bawa fatwa Shaikh Ali Jumu'ah?
Oleh kerana Ustaz Don ada sebut perkataan salafi wahabi, ini merupakan perkataan KERAMAT....maka bersiap sedia lah Ustaz Don akan ditentang hebat oleh golongan yang taksub (yang ekstrem) salafi wahabi... (saya tak kata salafi wahabi semua salah, yang ekstrem salafi wahabi saja timbul macam-macam masalah!).
Serangan 'saraf' terhadap Ustaz Don telah bermula, saya khuatir akan banyak lagi keluar 'serangan' untuk memburukkan Ustaz Don melalui media sosial, dan sedikit sebanyak akan ada orang yang bukan salafi wahabi pun juga ada yang terpengaruh dengan serangan ini... namun, ada hikmahnya jika kita lihat dari segi pendekatan ilmiah, dari segi pengambilan sumber, ustaz-ustaz pun akan lebih berhati-hati bila ada serangan ini, cuma letih juga kalau nak menjawab serangan-serangan ni
Yang tak elok dari serangan tu memang ada, orang yang tak arif ilmu agama pula melebih-lebih memburukkan tokoh agama! Akhir zaman ni dah jadi biasa, media sosial merupakan ruang yang terbentang luas untuk sesiapa pun memburukkan sesiapa pun!