CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5742|Reply: 24

Lafaz Niat Solat Fardu Lima Waktu

[Copy link]
Post time 14-4-2014 05:05 PM | Show all posts |Read mode



Lafaz Niat Solat Fardu Lima Waktu

-Panduan Lafaz Niat Solat secara praktikal dan mudah dipelajari.. niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zohor empat rakaat kerana Allah Taala "
-Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya).
-Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat.
Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.
-Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.
-Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.
-Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.
-Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.
Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."
Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).
-Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."
-Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).
-Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".

mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 05:46 PM | Show all posts
abg ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 03:21 PM | Show all posts
amiraira posted on 14-4-2014 05:46 PM
abg ni.....

knapa comel?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:25 PM | Show all posts
pestol posted on 15-4-2014 03:21 PM
knapa comel?

nk post yg mcm2 ni..
pakai la baju dulu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 03:44 PM | Show all posts
amiraira posted on 15-4-2014 03:25 PM
nk post yg mcm2 ni..
pakai la baju dulu

hmm xmo la mlysia ni panas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:46 PM | Show all posts
pestol posted on 15-4-2014 03:44 PM
hmm xmo la mlysia ni panas...

sexy ar..
x rela mira tgk..
tapi nampak gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 12:11 AM | Show all posts
amiraira posted on 15-4-2014 03:25 PM
nk post yg mcm2 ni..
pakai la baju dulu

ntahnya.. org nak niat pn tak leh fokus. nak trgelak pn ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
khaira01 posted on 17-4-2014 12:11 AM
ntahnya.. org nak niat pn tak leh fokus. nak trgelak pn ada.

Kannnnnn
Abg tu suka post yg alim2 kucin
Tapi avvy, x sanggup mira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 12:30 AM | Show all posts
amiraira posted on 17-4-2014 12:14 AM
Kannnnnn
Abg tu suka post yg alim2 kucin
Tapi avvy, x sanggup mira

Gambar sebegitu mengganggu ketenangan di jiwa.
kat Mesia ni xdela panas pon cam Mesir, hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
khaira01 posted on 17-4-2014 12:30 AM
Gambar sebegitu mengganggu ketenangan di jiwa.
kat Mesia ni xdela panas pon cam Mesir, hihi..

Tul tul tul
Mira sokong tu  
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:40 AM | Show all posts
amiraira posted on 15-4-2014 03:25 PM
nk post yg mcm2 ni..
pakai la baju dulu


hehhehe...Uncle sokong...

terbaikkkkkk
nah bunga..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:41 AM | Show all posts
amiraira posted on 17-4-2014 12:32 AM
Tul tul tul
Mira sokong tu

Tapi kan, avvy tu muka mcm pakcik Khai la, hikhikhik

btw, rajin abg buka thread baru. share ilmu, trima ksh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
burungantu posted on 17-4-2014 12:40 AM
hehhehe...Uncle sokong...

terbaikkkkkk

Tima kasih uncle...
Uncle nasihat sikit abam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
khaira01 posted on 17-4-2014 12:41 AM
Tapi kan, avvy tu muka mcm pakcik Khai la, hikhikhik

btw, rajin abg buka thread baru. share i ...

X baik tau mcm2 pulak,pakcik khai tau,merajuk dia....
Ha ah abam ni rajin, rajin sesgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:52 AM | Show all posts
amiraira posted on 17-4-2014 12:43 AM
X baik tau mcm2 pulak,pakcik khai tau,merajuk dia....
Ha ah abam ni rajin, rajin sesgt

no hal lah. Pak cik Khai hensem n sexy lebih sikit..
Tp abg pestol ni menang lah sbb dia rajin sesgt, berbenang2 dibukanya, bleh kasi award hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
khaira01 posted on 17-4-2014 12:52 AM
no hal lah. Pak cik Khai hensem n sexy lebih sikit..
Tp abg pestol ni menang lah sbb dia rajin  ...

Boleh saja....
Besok mira bg abam ni awards la

Ok mira beradu dulu
Ade jodoh kita chat lagi
Gud nite khaira
Sweet dream yo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 12:57 AM | Show all posts
amiraira posted on 17-4-2014 12:42 AM
Tima kasih uncle...
Uncle nasihat sikit abam tu







AL HAYA U SYUKBATUN MINAL IMAN....


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
burungantu posted on 17-4-2014 12:57 AM
AL HAYA U SYUKBATUN MINAL IMAN....

Aminnnn.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:30 AM | Show all posts
burungantu posted on 17-4-2014 12:57 AM
AL HAYA U SYUKBATUN MINAL IMAN....


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:33 AM | Show all posts
khaira01 posted on 17-4-2014 12:52 AM
no hal lah. Pak cik Khai hensem n sexy lebih sikit..
Tp abg pestol ni menang lah sbb dia rajin  ...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.082957 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list