CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 2

Mandi wajid ketika sakit.

[Copy link]
Post time 18-2-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
As salam,.macam mana ye nak mandi wajib bila salah satu bahagian tidak boleh kena air...contoh luka di bahagian perut dan dibaluti. Bahagian luka.tak boleh kena air sama sekali. Harap boleh bantu saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2014 09:34 AM | Show all posts
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh


Uncle jawab secara ringkas dulu...

Caranya begini.

1. Mula mula, bertayamum.  
(caranya mudah je....tapi kena ada debu tanah .....mintak org carikan tanah liat kering....korek sikit tanah halaman pun biasanya ada ...kat lapsi bawah sikit)

- Niat bertayamum untuk bersolat.
- tekap tapak tangan kat debu (sikit cukup)....sapu muka.
- tekap sekali lagi....gosok tapak tangan kiri yg ada debu dari bawah tapak tangan kanan ...jalan tangan tu kot bawah lengan...bawak ke siku..pusing kebgn atas lengan (pelipat siku)..jalan terus ke tapak tangan kanan...lepas tu terus tapak tangan kana pulak jalan pi bawah tapak tangan kiri...lalu kot bawah lengan kiri ke siku....naik ke pelipat...terus ke tapak tangan kiri. (kira...satu pusingan lengkap lee...hehe  )
- Siap tayammum!
(tayamum tak wajib rata.....sunat je )

kemudian
2. Mandi bahagian tubuh yg boleh kena air je...
(cth,,,balutan kat perut...so...basahkan bahagian lain yg boleh sjalah...
kalau boleh lap sikit kat balutan...laplah sikit...kalau mudarat lap tu...basah jadi jangkita kuman misalnya...jangan! )


SELESAI..


Dizaman Rasullullah s.a.w ...Rasullullah s.a.w pernah marah.sebab seorg sahabat yg cedera dikepala, disuruh mandi wajib...akibatnya sahabat tu meninggal dunia!
Rasullullah marah & kata sahabat tu 'dibunuh " (dengan sebabdisuruh mandi)


Sebab tu..kita kena faham...kesihatan/ keselamatan Nyawa adalah amat diutamakan dlm Islam.



& kalau ada yg "mudarat" tu...selalunya.....ada lah yg tak betol tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 11:25 AM | Show all posts
Alhamdullillah

Ini Hadith yg Uncle maksudkan...



Sebuah hadis daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Seorang lelaki sudah ditimpa batu di kepalanya, lalu melukakan kepala lelaki berkenaan, kemudian selepas itu beliau bermimpi (berjunub), lalu beliau bertanya kepada sahabat: “Adakah anda semua berpendapat saya berhak memperoleh rukhsah (kelonggaran) untuk bertayamum?”

Mereka menjawab: “Kami berpendapat kamu tidak berhak mendapat rukhsah (kelonggaran) kerana kamu mampu menggunakan air. Lalu lelaki berkenaan mandi junub dan meninggal dunia selepas itu.

Apabila kami menemui Rasulullah SAW, dan baginda diberitahu mengenai perkara itu lalu baginda bersabda yang bermaksud:
“Mereka sudah membunuhnya. Kenapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya penyembuhan daripada penyakit buta huruf ialah bertanya. Sebenarnya cukuplah kepada lelaki berkenaan bertayamum atau membalut lukanya, kemudian disapu di atasnya dan dibasuh seluruh bahagian badan yang lain.”
- Riwayat Ibn Majah.


Last edited by burungantu on 20-2-2014 11:27 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055574 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list