CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5362|Reply: 12

MINTA PENDAPAT BELI RUMAH SHOW UNIT

[Copy link]
Post time 30-1-2014 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Aku nak minta pendapat pasal beli rumah ni :

1. Rumah yg aku nak beli ni show unit. Rumah contoh ni belum siap dibina. Aku blom beli cuma usha2 dulu.
2. Rumah-rumah lain dah sold out.
3. Harga show unit ni kene topup lagi dalam 100K untuk ID.
3. Soalan aku. Nape developer nak jual rumah contoh ni sedangkan rumah lain dah sold out? Bukan ke show unit ni untuk bagi contoh kepada pembeli mcmana rupa rumah yg diorg nak beli. tp ni semua rumah dah sold out. Baik takyah buat rumah contoh betul tak?

Ada sape-sape nak bg pendapat atau semangat atau pengalaman tak sebelum aku proceed booking? thank you uoll...


*Mod, kalau ade thread yg sama mohon la merge. atau kalau salah rumah tolong la pindahkan rumah..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 05:45 PM | Show all posts
Soalan aku. Nape developer nak jual rumah contoh ni sedangkan rumah lain dah sold out? Bukan ke show unit ni untuk bagi contoh kepada pembeli mcmana rupa rumah yg diorg nak beli. tp ni semua rumah dah sold out. Baik takyah buat rumah contoh betul tak?

Developer jual lagi bagus.. takkan diorang nak runtuhkan. lagipun, rumah contoh tu selalunya memang berada dalam pelan taman perumahan yang diorang dah rancangkan. untungnya beli rumah contoh, ko masuk, rumah dah cantik dan complete. tak perlu renovation..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq bro...

Satu lg aku nak tanya..kalau kos ID rm100K untuk rumah keluasan 2000sf. Rasa2 murah ke mahal?

Developer ckp dia bg semua termasuk tv, aircond, katil, langsir, segala bagai. Baloi tak?

Aku ni nak beli rumah 1st. Jadi tak tau ape2 pun pasal kos id ni semua.

Mohon pencerahan uoll
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 08:12 PM | Show all posts
Logik la developer nak jual sebab rumah lain dah Sold Out. Takkan nak biar rumah tu kosong je.

Rasanya okay 100k sebab upah ID memang mahal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2014 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp rumah tu belum bina pun. Kalau dia nak batalkan hasrat buat rumah contoh pun boleh. Cuma takut kene tipu je dgn developer.

Oleh kerana 100k tu okay..lepas cny aku proceed booking. InsyaAllah. Tp kene fikir lg 2 3 harini. Harap aku tak nyesal.

Sambungan sikit. Rumah tu double storey end lot.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2014 02:24 AM | Show all posts
Saya dan suami beli show unit juga. Masa husband berkenan rumah area tu, semua dah sold out tapi dah hampir siap pun. show unit ni tak pasti bila start buat. sebab tinggal show unit, kami ambillah. Total untuk ID saja dalam 100K++ juga termasuk renovate, barangan elektrik, perabot, kitchen kabinet, etc. . tapi bank bagi buat loan untuk harga rumah je, tanpa kos ID. tapi lepas tolak diskaun semua, kira loan yang dapat tu cover juga kos ID. rumah kami tu 2 1/2 tingkat corner lot. memang berbaloilah beli.

mula2 booking dulu. lepas tu kami cari bank yang sudi offer. dapatlah ocbc. lepas tu baru proceed sign S&P, bayar deposit, keluarkan duit epf, sign agreement loan dan bayar lawyer bank.

sekarang ni tunggu transfer nama dari pejabat tanah. yang lambat sangat. dah 2 bulan lebih pending. alasannya sebab rumah dah siap dan leasehold. harap bulan 2 ni settle lah dan boleh dapat kunci.

developer kami sunway. lepas rumah dah booking, show unit ni terus tutup, tak bagi orang masuk. sebab tak mahu ada rosak apa2 terutama perabot. ada pembeli kat situ nak masuk sebab nak tengok ID. tapi guard tak bagilah. kalau nak masuk, kami kena ada. sekarang ni masih lagi bawah jagaan sunway dan cleaner pun selalu datang bersihkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
funz_universe posted on 31-1-2014 02:24 AM
Saya dan suami beli show unit juga. Masa husband berkenan rumah area tu, semua dah sold out tapi dah ...

Wahh bagus la ada gak org yg beli show unit ni. Mengukuhkan semangat aku nak beli.

Rumah yg aku nak beli ni developer siap2 letak id dalam harga umah. So harga umah dia makeup lg rm100k utk id. Kira loan nnt sekali la dengan harga id siap2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 03:14 AM | Show all posts
Masa kami booking pun memang orang sale bagi harga siap dengan ID. lepas tu tolak diskaun. tapi bank tak nak bagi loan untuk jumlah siap ID. dia panggil valuer untuk tengok harga rumah semasa dan minta orang ID bagi kos detail untuk ID. panggil valuer dah 2k huhu... tapi tengok bank kot. maybe ada bank tak perlu buat revalue dan tak kisah kos ID tu. tapi pusing2 balik, kira kami tetap dapat loan 90% dari harga semasa dan bayar deposit 3% saja lepas tolak diskaun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2014 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
funz_universe posted on 1-2-2014 03:14 AM
Masa kami booking pun memang orang sale bagi harga siap dengan ID. lepas tu tolak diskaun. tapi bank ...

Berapa total harga id valuer tu bagi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 02:28 PM | Show all posts
NameTag posted on 1-2-2014 06:50 AM
Berapa total harga id valuer tu bagi?

dalam 200K
tapi memang lengkap. masuk cuci kaki je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 04:26 PM | Show all posts
Beli jek. Rumah tu kalau buat inspection qa/qc insyaallah melepasi 75% qlassic/conquas score


Tip nak beli rumah bagus selain dari reputable developer, tanya score quality. It should be more than 75%. Kalau kurang its not according to the value u pay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2014 09:26 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 2-2-2014 04:26 PM
Beli jek. Rumah tu kalau buat inspection qa/qc insyaallah melepasi 75% qlassic/conquas score

Nuryakmal,

kalau aku nak jual rumah after 3 4 tahun ke. valuer akan value sekali ID dalam rumah ni atau value rumah sahaja? mana la tau aku tetibe nak jual rumah ni ke bile2?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 10:32 AM | Show all posts
NameTag posted on 3-2-2014 09:26 AM
Nuryakmal,

kalau aku nak jual rumah after 3 4 tahun ke. valuer akan value sekali ID dalam ruma ...

Dia akan value tapi sikit jek atau mingkin tiada langsung. Kalau id contoh 20k , dia akan amik 7-10k jek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.106141 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list