View: 4649|Reply: 15
|
Jihan Sofinas c.t.mama TAMAT
[Copy link]
|
|
Assalamualikum...
ini bukan karya saya..tp karya yg pernah saya copy dari blog dgn izin bloggernya yg mna dah tutup blog beliau..
hanya dikenali sbg mama dalam blog tersebut..
p/s: to mama...
teruskan lagi karya mama sbb hampir semuanya best2..abaikan kata2 negetif kerana masih ramai yg menyokong..
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 1} Jihan mengerutkan keningnya berkali-kali. “Ah! Sudah! Brek basikal ni takmakan pulak dah!” Gerutunya resah. Basikalnya bergerak kian laju tatkalamelalui selekoh di dusun Pak Mail. Puas sudah dia menekan brek tangannya namunbasikal itu terus meluncur laju. Hendak tak hendak terpaksalah dia menggunakankakinya sebagai brek. Dan semestinya selipar jepunnya yang berwarna hitam putihitu akan ‘arwah’ disapu dek tanah.
Jihan makin hilang kawalan tatkala melihat Mercedes Benz berwarna hitam yangdatang ke arahnya. Jalan tanah merah itu memang sempit. Hanya cukup-cukup untukdilalui oleh sebuah kereta. Di kiri kanan jalan pula terdapat parit kecil yangmengalir airnya. Durian dengan mentimun, siapa yang hendak mengalah? Nak taknak terpaksalah Si Mentimun yang terjun ke dalam parit tu kot kang dilanggardek Si Durian mesti lenyek punya.
Bedebushhhh!!!!…….. Basikal Jihan terperosok ke dalam parit. “Adoi! Hampehpunya kereta! Free je aku mandi lumpur!” Wajahnya berkerut menahan rasa sakitdi kaki. Mercedes Benz hitam itu yang sudah terlajak ke depan, kembalimengundur.
“Kak Long, awak tak apa-apa ke?” Lelaki berkaca mata itu mempamerkansenyumannya. Jihan mengetap bibirnya. Boleh ditanya aku ni tak apa-apa ke, taknampak ke aku yang dah kuyup bermandi lumpur ni? “Awak rasa saya ok ke macamni?”
Soalan Jihan mengundang tawa jejaka itu. Cepat-cepat dia keluar dari perutkeretanya. Tangannya dihulurkan cuba untuk membantu Jihan yang agak payah untukbangun. Tangan jejaka itu ditepisnya kasar. Ambil kesempatanlah tu nak sentuhaku! Cepat-cepat dia bangun meskipun dia menyeringai menahan rasa sakit dikakinya.
“Biar saya hantar Kak Long balik ye? Dah basah kuyup dah awak ni.”
“Tak payahlah! Kang kot saya ni pulak yang menambah kerja kat awak” Wajahlelaki itu kehairanan. “Kenapa pulak?”
“Hish! Awak ni! Nampak macam orang pandai tapi bodoh jugak rupanya. Tak nampakke saya yang dah kuyup dengan lumpur ni? Kalau saya naik kereta ni mesti awakjuga yang susah sebab terpaksa bersihkan lumpur yang melekat kat kereta awak .Heeeee….! Tak mahulah saya! Nak pulak kalau naik “Pak Belalang” awak ni!”Lelaki itu ketawa mengekek. Anak dara siapalah ni? Lucu betul budaknya!
“Pak Belalang? Kenapa panggil kereta saya “Pak Belalang” ? Tak pulak saya nampakada rupa belalang. Warna pun hitam!” Ketawanya masih bersisa.
Gelak pula dia! Suka hati akulah nak panggil apa pun, belalang ke, kupu-kupuke, yang dia sibuk-sibuk kenapa pula? Jihan mendengus geram. Dia menontondengan kasar basikalnya. Tak kuasa aku nak naik kereta dia. Kalau tak bolehberjalan, merangkak pun aku sanggup!
Jihan sekadar tersengeh bak kerang busuk setiap kali dia di sapa dek orangkampung yang bertembung dengannya. Puas juga dia hendak menjawab perbagai soalsiasat sebelum kakinya menjejak ke rumah. Apa lah depa ni! Aku cuma jatuh paritje. Itu pun nak hairan!
“Astagfirullah hal azim!” Halimah mengucap panjang tatkala anak daranya munculdi muka pintu. “Apa kena ni Jihan? Mak suruh ke kedai bukannya berkubang dalamparit!” Jihan tersengeh. “Jihan jatuh basikal tadi mak. Terbabas masuk dalamparit kat selekoh dusun Pak Mail tu.” Halimah menggelengkan kepalanyaberkali-kali. Apalah nak jadi dengan budak seorang ni!
“Mana rempah daging yang mak suruh beli tadi?” Soalnya bila melihat Jihan yangsekadar melenggang ke dapur. “Dah habis mak! Kat kedai Atok Jiman pun dahhabis. Esok kan raya korban mesti laku rempah daging tu mak” Halimah terdiam.Macam mana nak buat rendang kalau rempahnya tak ada.
“Alah mak, daging tu tak payah buat rendang lah. Kita goreng je tak pun buatmasak kicap ke, masak sambal ke. Ok juga kalau macam tu mak. Tiap-tiap kaliraya asyik makan rendang je, boring juga mak!” Bertuah punya anak! Sedap mulutdia je bagi idea. Kalau boleh dipakai tak apalah, ni langsung tak boleh harap!
Halimah kembali menuju ke dapur. Ketupat daun palas sudah siap direbus. Tapaiberas kesukaan Jihan juga sudah siap dibuat. Sesekali terdengar suara Jihanyang sedang menyanyi-nyanyi di dalam bilik air. Halimah termenung. Anak daranyayang seorang itu sering merisaukannya. Kasarnya mengalahkan lelaki. Kalaubercakap main ikut sedap mulut dia aje. Kadang-kadang mahu berasap jugatelinganya mendengar bicara Jihan yang agak ‘pedas’.
Jihan tak sama perangai seperti Hana kakak kembarnya. Hana lemah lembut. Pandaibergaya. Sedap mata memandang. Kegemaran mereka berdua juga jauh berbeza hanyarupa sahaja yang seiras. Dia tidak risaukan Hana. Pasti ada jejaka yang akanjatuh cinta dengan anak daranya itu. Namun yang memeningkannya sekarang adalahJihan. Perangainya langsung tidak mahu berubah. Jangankan ada jejaka yang akanjatuh cinta, menyukainya pun belum tentu.
Dia sudah di mamah usia. Bila-bila masa Allah bakal menjemputnya pulang. Kalaudia tiada, siapa yang akan menjaga pasangan kembarnya itu? Arwah suaminya sudahlama pergi. Hampir 5 tahun yang lalu. “Hummm…..” Halimah mengeluh perlahan.
“Kenapa mak tiba-tiba mengeluh? Tak akan disebabkan rempah daging dah habis maktarik muka masam kot?” Jihan melabuhkan punggung di sisinya. Tubuh ibunyadipeluk manja.
Halimah tersenyum. Sekasar-kasar orangnya tetapi cukup manja. “Kak Hana engkaubila balik?”
“Hari ni mak. Semalam dia call kata hari ni sampailah dia dari KL. Tapi taktahulah kot-kot dia ubah perancangan pulak!” Ujar Jihan. Tangannya sudah mulamencedok tapai beras ke dalam mangkuk. Memang kesukaannya. Lebih-lebih lagikalau dari air tangan ibu!
“Mak, jadi ke Orang Kaya Ali tu nak beli bendang kita?” Kembung-kembungmulutnya yang penuh bersumbatkan tapai. “Adoi! Sakitlah mak!” Perit pehanya menerimacubitan dari ibu.
“Anak dara tak elok bercakap masa mulut tengah penuh. Kalau macam ni punyaperangai, tak ada oranglah yang berkenan masuk meminang” Adoi! Perit telingapula! Emak dah start berleter. Jihan sekadar tersengeh.
“Orang Kaya tu memang nak beli tapi mak ni yang berkira-kira hendak menjual.Hendak dibiarkan saja tanah bendang tu, dah tak ada siapa nak usahakan. Kalaudijual, sayang pula rasanya”
“Tak payah juallah mak. Kita pajakkan saja bendang tu. Mak cuma makan hasilnyasaja. Itukan harta pusaka kita mak.” Halimah terdiam. Memang betul kata-kataJihan tu namun memikirkan tentang permintaan Hana tempoh hari, dia menjadiserba salah.
“Mak, Hana nak beli kereta supaya senang Hana ke tempat kerja. Tapi modalHana tak cukup, kalau boleh nak pinjam dari mak. Lagipun kereta tu untukkesenangan kita juga mak!” Kata-kata Hana 3 minggu lalu kembali menjengahgegendang telinganya.
Manalah dia ada duit. Duit belanja hariannya pun hanya bergantung pada Jihanyang mengajar sebagai guru di Tadika Kemas kampung ini. Berapalah sangat gajiJihan sekadar cukup menampung kehidupan mereka berdua. Tetapi dia kesiankanHana yang terpaksa bersesak menaiki bas ke tempat kerja. Dia faham kehidupan dibandar tentu menyesakkan tanpa pengangkutan sendiri.
“Mak kesiankan Kak Hana engkau tu. Dia nak sangat beli kereta. Lagipun tanahbendang tu kalau dipajakkan, berapalah sangat hasilnya. Kalau dijual boleh jugaduit selebihnya kita simpan buat sakit pening bila diperlukan” Lama terdiam diaakhirnya bersuara.
“Banyak sangat ke yang Kak Hana minta sampai tanah pusaka tu hendak dijual.Nantilah Jihan usakan bagi duit pada Kak Hana. Mak cakap ajelah kat Orang Kayatu kita tak jadi jual” Kata-kata Jihan yang begitu yakin mengundang kerutan diwajah Halimah. Apa pulalah yang budak sorang ni nak buat?
Last edited by tiputipujah on 13-12-2013 12:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 2}
Jihan menyinsing lengan baju kurungnya tingi-tinggi. Daging korban yang baru diterimanya tadi dipotong halus-halus. "Nak buat masak apa ni Kak Hana?"
"Nak buat rendanglah! Ketupat yang mak rebus tu nak makan dengan apa kalau tak ada rendang" Ujar Hana yang sibuk menggoreng kelapa untuk dijadikan kerisik. "Rempah daging tak ada, macam mana nak buat rendang?" Meletus ketawa dari bibir Hana.
"Tak semestinya buat rendang tu mesti menggunakan rempah daging Cik Jihan oiii!. Banyak cara lain yang boleh digunakan!" Huh? Ye ke? Manalah aku tahu!
"Assalamualaikum!" Jihan dan Hana berpandangan sesama sendiri. "Siapa tu? Jihan, pergi tengok siapa yang datang!" Laung Halimah dari bawah.
Jihan melangkah sebal ke beranda. Paling boring kalau tugasan melayan tetamu diserahkan kepadanya. "Waalaikumsalam! Eh? Makcik Som! Mak Haji pun ada? Jemputlah masuk!" Apasal ramai pula orang-orang "lama" ni datang? Tersenyum-senyum pula kat aku! Macam ada apa-apa je!
Dia kembali melangkah ke dapur mencari kelibat emak. Biar emak sahajalah yang melayan tetamu tu semua. Lagipun makcik-makcik tu kawan emak.
"Siapa yang datang Jihan?" Soal Halimah. Tangannya yang masih basah, dilapkan pada kain batik yang dipakainya. "Kawan mak! Ramai yang datang" Halimah sekadar mengangguk. Cepat-cepat dia menuju ke ruang tamu.
Setengah jam kemudian Halimah kembali semula ke dapur dengan senyuman yang menguntum di bibirnya. Ah! Sudah! Mak pun dah berjangkit penyakit senyum dengan makcik-makcik kat luar tu ke?
"Ngapa mak?" Halimah tersenyum lagi. "Tak habis-habis senyum. Ada apa-apa ke mak?" Hana pula mengulangi soalan.
"Makcik-makcik kat luar tu bukan sekadar datang nak beraya, tapi datang berhajat! Depa datang nak merisik!" Hah! Merisik? Jihan mengekek gelak. Lucu pula rasanya. "Adoi! Sakitlah mak!" Lengannya yang perit dicubit, digosoknya berkali-kali.
"Cubalah perlahan sikit ketawa tu! Orang tu datang nak merisik Jihan!" Ketawa Jihan tiba-tiba mati. Wajah Hana mula berkerut.
"Mak ni biar betul! Mesti mak salah dengar ni. Dia orang tu datang mesti nak merisik Kak Hana. Cuba mak dengar betul-betul."
"Mak ni belum pekak lagilah Jihan. Jihan dengan Hana, jauh beza sangat bunyi sebutannya. Takkan mak salah dengar!" Dengus Halimah geram.
"Siapa yang merisik Jihan mak?"
"Anak Orang Kaya Ali!" Hah! Mulut Jihan makin melebar ternganga. "Orang Kaya Ali? Eh? Dia mana ada anak lelaki! Tak pun Pakcik Ali tu sengaja suruh merisik Jihan sebab dia nak dapatkan tanah bendang kita tu! Jihan tak nak!" Dia bersuara tegas.
Hana terdiam. Hatinya sedikit berkocak. Ada rasa cemburu yang timbul bila Jihan yang dulu dirisik orang. Sedangkan jika hendak dibandingkan dengan Jihan, dia jauh lebih baik, lebih cantik!
"Fikirlah dulu sebelum buat keputusan. Mak tak paksa dan pasal tanah bendang tu tak ada kena mengenanya dengan hal risik-merisik ni. Anak lelaki dia yang suruh merisik!" Jihan menelan air liurnya berkali-kali.
"Tapi…….Jihan tak pernah jumpa pun dengan anak Pakcik Ali tu! Tak kenal pun dengan dia!"
"Dia dah jumpa dengan Jihan!" Air liur yang ditelannya bagaikan tersangkut di kerongkong. "Ini mesti kes silap orang! Kami berduakan kembar. Entah-entah yang dia jumpa tu Kak Hana tapi dia ingat Jihan. Mak cubalah call rumah Pakcik Ali, cuba tanya dengan anak dia yang mana satu dia jumpa." Halimah mendengus geram.
"Engkau ni kenapa Jihan? Tak akanlah mak nak pergi bertanya pulak! Sudahlah tu! Mereka pun bagi masa untuk Jihan berfikir. Fikir dulu masak-masak.!" Jihan terdiam.
Dia merenung wajah Hana. Keruh sahaja riak mukanya. Kesian Kak Hana! Sepatutnya dia yang dirisik dulu! Ini dah kes melangkah bendul!
**********************
Aliff yang segak berbaju melayu melabuhkan punggung di kerusi. Ketupat, lemang dan rendang mengisi ruang di atas meja. Nasi himpit dan kuah lodeh pun ada! Banyaknya yang ibu masak. Tetapi yang nak makannya cuma bertiga!
"Ibu! Dah balik ke Mak Haji dari merisik?" Dua tiga ketul nasi himpit diletakkan di dalam mangkuk.
"Dah sudah pun Aliff. Dalam masa 3 hari lagi baru pihak perempuan berikan jawapan" Umi Kalsom tersenyum lembut. Kuah kacang dan kuah lodeh disenduk ke dalam mangkuk Aliff. Terkejut juga dia bila anak tunggalnya ini tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk berumahtangga. Angin tak ada, ribut pun tak ada, tup! tup! Nak kahwin!
"Betul ke Jihan yang menjadi pilihan Aliff? Tak nak jumpa Hana dulu? Kakak kembar Jihan. " Aliff ketawa kecil mendengar kata-kata ibunya.
"Ini cinta pandang pertama ibu!"
"Tapi mereka berdua tu muka memang seiras cuma perangai sikit yang berbeza. Nanti kalau jumpa Hana, mak takut Aliff jatuh cinta pandang pertama lagi!" Umi Kalsom sedikit memancing. Aliff ketawa lagi. Entahlah ibu, tapi yang pasti Aliff sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kerana sifatnya! She's really funny!
*******************
'Cepatnya Kak Hana dah nak balik. Tinggallah lama sikit!" Ujar Jihan sambil memerhati Hana yang sibuk memasukan baju-bajunya ke dalam beg. "Kak Hana sibuklah Jihan. Banyak kerja Kat office tu. Lagipun awal tahun macam ni memang Kak Hana sibuk dengan yearly report" Jihan terdiam. Alunan suara Hana ada nada kecewa yang beriring.
"Kak Hana…. Jihan tak akan terima pertunangan ni. Jihan akan tunggu sampai Kak Hana "langsung" dulu. Atau pun kita sama-sama naik pelamin!" Hana ketawa kecil. Memang dia kecewa. Memang dia cemburu! Tetapi….Jika dia sampai ke tua tidak berkahwin , tak akanlah Jihan juga turut sama memegang title "andartu" bersamanya. Kesian pula!
Nafas berat dilepasnya perlahan. Baru sebulan kisah cintanya dan Haris berakhir. Perit menerima hakikat kekasih hati beralih arah, kini perit pula menerima hakikat kembarnya sudah dilamar orang. Sudah menjadi perangainya yang mahu "lebih" dari Jihan.
"Janganlah macam tu ! Ini soal masa depan Jihan. Pasal Kak Hana jangan risau ok!" Ikhlas ke kata-kata aku ini?
"Macam mana dengan kerja Jihan? Anak-anak kecil tu makin nakal tak?" Sengaja dia mengalih tajuk perbincangan. Meletus tawa di bibir Jihan.
"Heeee!!! Memang nakal Kak Hana. Selalu mati akal Jihan dibuatnya. Bila kita marah je, ada jelah yang menjawab" Ketawanya bersisa lagi. Hana tersenyum. Pelik dengan perangai Jihan ni. Kasar tapi terlalu sukakan budak-budak. Melayan kerenah budak kecil adalah sesuatu yang dia paling bosan. Macam-macam kerenah. Tetapi tidak Jihan!
"Dah siap kemas barang Hana?" Halimah tiba-tiba tersembul di muka pintu. "Ni hah! Mak dah bungkuskan daging rendang dengan kuih. Nanti rendang tu panaskan lagi bila sampai kat rumah!" Plastik berwarna merah dihulurkannya.
Hana tersenyum. Tubuh tua ibu dipeluk penuh kasih. "Hana pergi dulu ye mak. Bila Hana sampai KL nanti, Hana call emak!" Terasa tangan emak yang kian dimamah usia tatkala diciumnya.
"Jaga emak baik-baik Jihan. Kalau ada apa-apa, call Kak Hana ye!" Jihan mengangguk laju. Tubuh Hana dipeluknya berkali-kali.
***************
Aliff cepat-cepat memberhentikan keretanya tatkala terpandang kelibat seorang gadis di tepi jalan.
"Jihan! Nak ke mana?" Wajah Hana berkerut-kerut. "Errrrrr….Bukan Jihan ke? Kalau macam tu mesti Hana kan?" Soal Aliff lagi.
Hana masih membisu. Wajah Aliff direnungnya lama-lama. Wajah Aliff seakan-akan Haris. Dia terpana di situ. Rindunya masih menggembur buat Haris.
Aliff cepat-cepat keluar dari keretanya. "Saya Aliff! Anak Orang Kaya Ali!" Hana tersentak. Anak Orang Kaya Ali? Kalau macam tu, lelaki inilah yang bakal menjadi tunang Jihan! Rasa cemburunya makin menggunung.
Aliff menguntum senyum. Wajah Hana dan Jihan memang seiras. Kalau tak dipandang betul-betul memang tak boleh nak beza yang mana satu Hana atau Jihan. Hana mempunya sebutir tahi lalat manis di bawah bibirnya, di sebelah kiri. Dan Jihan pula cantik dengan sepasang lesung pipit di pipinya. Terserlah indah meskipun kemarahan gadis itu sedang memuncak. Namun kedua-duanya sama cantik!
"Hana nak ke mana?"
"Saya nak ke stesen bas untuk balik ke KL" Hana akhirnya bersuara. "Kalau macam tu, biarlah saya hantarkan. Lagipun cuaca panas sangat! Tak elok untuk anak dara kalau selalu berpanas macam ni!" Aliff tersengeh. Beg ditangan Hana dicapainya, dibawa masuk ke dalam kereta.
Dada Hana berdegup kencang. Resah hatinya setiap kali mendengar dengusan nafas Aliff. Janganlah hati! Janganlah terpaut dengan lelaki ini! "Hana kerja apa kat KL. Saya pun kerja kat KL juga." Hana yang mengelamun agak tersentak.
"Saya bekerja bahagian admin. Aliff pun kerja dekat KL ke? Kat mana? Tempat kerja saya di Cheras!"
"Eh? Samalah kita! Saya pun kerja dekat sana juga. Mungkin selama ini kita pernah bersentuh bahu tapi tak perasan agaknya!" Aliff ketawa kecil.
Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Nah! Call saya bila-bila masa yang Hana suka. Lagi pun, kalau ada jodoh saya dengan Jihan, Hana dan saya bukannya orang lain lagi kan?" Hana terdiam namun kad nama yang dihulurkan masih disambut.
Kalau ada jodoh dengan Jihan…….. Ah! Minta-mintalah jangan ada! Ya Allah! Terukkah aku meminta sedemikian?
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 3}
Halimah merenung Jihan yang bersiap-siap untuk ke tadika. Sudah masuk hari ke tiga, namun masih tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut anaknya itu.
“Macam mana keputusan Jihan? Hari ni mak kena bagi jawapan pada pihak lelaki” Jihan terdiam. Kopi panas itu dihirupnya perlahan-lahan. Sebenarnya dia sudah ada jawapan. Sudah tiga malam berturut-turut sembahyang sunat istikharah dilakukannya. Gambaran yang sama datang berulang kali. Biarpun hatinya payah untuk terima namun dia yakin mungkin itu kehendak-Nya.
“Kak Hana ada telefon tak?”
“Tak ada! Keputusan ni, Jihan kena tentukan sendiri bukannya Hana.” Jihan terdiam semula. Dia serba salah bila memikirkan tentang Hana.
“Sampaikan salam Jihan pada Pakcik Ali dan Makcik Umi. Katakan yang Jihan sudi terima!” Jihan bingkas bangun. Dia tidak mahu mendengar apa-apa komen dari mulut emak. Basikalnya yang berwarna biru tua itu disorong cepat-cepat ke jalan.
Halimah tersenyum. Riak gembira terukir di wajahnya. Bersyukur! Akhirnya!
“Cikgu Jihan!” Jihan tersentak. Mengelamun rupanya dia. Wajah comel itu ditatapnya penuh mesra. “Ya Waheeda! Nak apa?” Anak comel berusia 5 tahun itu tersengeh mempamerkan giginya yang jarang-jarang.
“Cikgu Jihan nak kahwin ye?” Uiks? Budak ni! Jihan ketawa mengekek. Perutnya ditekan beberapa kali cuba menahan agar ketawanya tidak meledak terlalu kuat.
“Pandainya Waheeda teka ye! Belajar kat mana? “ Waheeda tersengeh lagi. Anak-anak sekarang terlalu pintar ya? “Umi selalu cakap kalau selalu termenung tandanya orang tu dah nak kahwin! Waheeda tengok Cikgu Jihan asyik termenung dari tadi. Mesti Cikgu Jihan pun nak kahwin kan?” Amboi! Petahnya bercakap budak ni. Nasib baik comel, kalau tak nak je digigit-gigit hidung tu!
Jihan ketawa lagi. “Yelah tu! Eh? Tadi cikgu ada suruh mewarnakan? Dah siap ke?”
“Dah! Semua orang dah siap buat. Tu! Atas meja cikgu tu! Cikgu Jihan je yang tak perasan!” Adoi! Kena lagi aku! Sabar jelah dengan cucu Mak Haji ni!
Pukul 10.30 pagi, masing-masing mula berkemas untuk balik. Belum pun arahan dibenarkan balik dikeluarkan, semua sudah siap beratur di muka pintu. Kalau pasal balik, laju!
“Assalamualaikum!” Jihan yang sibuk mengunci pintu pagar, menoleh ke belakang. Dia ni! Wajah Jihan mula mencuka. Sakit di kakinya sudah hilang namun geram akibat bermandikan lumpur tempoh hari masih bersisa.
Jihan cepat-cepat menyorong basikalnya menuju ke jalan. “Berdosa kalau tak jawab salam Cikgu Jihan!” Jihan mendengus kasar “Waalaikumsalam!”
Aliff tergelak. “Terima kasih!” Jihan yang sudah separuh melangkah, kembali menoleh. “Kenapa?” Soalnya sepatah. “Sebab sudi terima saya!” Kening Jihan makin berkerut. “Straight to the point! Saya tak fahamlah awak cakap pasal apa!” Aliff tergelak lagi. Cepat sangat naik angin budak sorang ni!
“Saya yang suruh orang merisik Jihan hari tu!” Hah! Mulut Jihan terbuka luas. “Anak Orang Kaya?” Aliff mengangguk laju. Ya Allah! Dia ke bakal suami aku? Jihan mengucap panjang. Menyumpah pun ada juga!
“Kenapa nak merisik saya? Kenapa tak pilih kakak saya? “
“Hana ke?” Jihan sekadar mengangguk. Aliff tersenyum lagi. “Jihan dan Hana seiras tapi tak serupa! Saya suka Jihan bukan Hana!” Jihan meneguk air liur. Kelat!
“Saya tak pandai memasak macam Hana”
“Saya tak kisah!”
“Ramai yang cakap saya kasar macam lelaki”
“Saya tahu! Saya suka!”
“Saya cepat naik angin”
“Saya cool, tak apa! Kita saling melengkapi”
“Saya tak secantik Hana”
“Tapi Hana tak ada lesung pipit secantik Jihan!”
Aduh! Mati kutu aku bercakap dengan lelaki ni! Dia cepat-cepat mengayuh basikal. Dah naik letih mulut bercakap tapi tak berkesan juga. Kayuhan basikalnya makin dipercepatkan bila menyedari Pak Belalang yang masih mengekorinya dari belakang.
Hish! Kenapa dia ni? Mulut Jihan tidak henti-henti membebel. Sakitnya hati bila semua mata memerhati tingkahnya dan Aliff dan makin bernanah rasa sakit di hatinya bila Aliff masih mengekorinya.
Aliff memberhentikan keretanya secara mengejut. Mujur juga brek keretanya berfungsi dengan baik kalau tidak tentu Jihan yang bercekak pinggang ditengah jalan akan dilanggarnya. “Jihan! Kenapa ni? Nasib saya sempat berhenti!” Suara Aliff separuh menjerit.
“Saya yang patut tanya awak kenapa!” Makin memuncak marahnya. Muka Aliff direnungnya tanpa berkelip. Namun geramnya hati bila lelaki itu cuma tersenyum.
“Sorry lah! Saya cuma mahu temankan Jihan balik.”
“Temankan saya balik? Dengan cara mengekori saya dari belakang? Kat mana awak belajar cara ni hah!” Aliff tergelak. Tidak tahu kenapa, makin Jihan marah makin melucukan dirasakannya. “Habis tu, saya nak buat macam mana lagi? Jihan tak sudi naik Pak Belalang saya ni. Mungkin sebab colour dia bukan hijau kot?” Ish! Buat lawak pula dia.
“Oklah! Oklah! Saya minta maaf sekali lagi” Aliff akhirnya beralah. “Saya nak balik ke KL hari ni. Saya cuma nak beritahu Jihan, rombongan meminang akan dihantar minggu depan, tapi saya mungkin tidak turut serta. Saya perlu ke Brunei selama dua minggu. Saya harap, cincin yang saya pilih tu nampak cantik di jari manis Jihan” Jihan terdiam. Rasa marahnya tiba-tiba reda. Anehnya!
***************
Hana merenung kad nama pemberian Aliff tempoh hari. Lama dia merenung. Berkira-kira untuk menghubungi Aliff. Dia mengiring ke kanan. Bantal berwarna merah jambu itu dipeluknya kemas ke dada. Letih mengiring, dia bangun bersila di atas katil. Telefon bimbit di atas meja tulis dicapainya.
Hatinya sedikit berdebar tatkala digit-digit nombor telefon Aliff ditekannya. Lama menanti, panggilannya berjawab. “Aliff! Ini Hana!” Diam seketika.
“Hana! Sorrylah! Lambat jawab panggilan Hana tadi. Saya di dapur, tak berapa jelas bunyi deringan telefon ni” Hana tersenyum.
“Bila Aliff balik KL?”
“Sudah dua hari. Hana tak balik kampung ke minggu depan?” Kening Hana terjungkit.
“Kenapa?”
“Jihan sudah terima. Ibu saya akan menghantar rombongan meminang minggu depan” Hana terdiam. Rasa kecewanya serta merta datang.
“Hello! Hana!”
“Ya! Saya! Errr….tak balik rasanya. Sibuk dengan projek baru syarikat” Kenapa emak tak telefon beritahu pasal ni?
“Oklah Aliff! Nanti kita sembang ya! Saya ada hal nak keluar ni. Bye!” Klik! Talian telefon cepat-cepat dimatikan. Sengaja dia berbohong dengan Aliff. Berita yang Aliff sampaikan tadi amat memeritkan.
“Kenapaaaaaaa!!!!!!!!” Hana menjerit kuat. Bantal peluk berwarna merah jambu itu, dicampak ke dinding. Dia menekup muka menahan tangisan yang mula meletus. Terhinggut-hinggut bahunya menahan rasa sebak di dada.
Hana mengangkat mukanya bila telefon bimbit tiba-tiba berbunyi. Lama dibiarkan telefon itu berlagu. Sementelah pula bila nombor telefon kampung yang tertera di skrin telefonnya.
“Assalamualaikum Hana! Emak ni! Banyak kali emak telefon, kenapa tak angkat?” Suara Halimah kedengaran sayup-sayup di hujung talian.
“Hana tak dengar. Hana tidur!” Malas hendak menjawab.
“Hana, minggu depan jangan lupa balik ye! Jihan akan bertunang. Emak tunggu Hana balik tau!” Hana sedikit mencebik. Baru sekarang nak beritahu?
“Hana kena kerjalah mak. Tak dapat balik!”
“Kenapa pula? Cakaplah dengan boss Hana yang adik Hana akan bertunang. Mesti dia bagi Hana cuti” Halimah memujuk lembut. Dia perasan ada rajuk yang bergetar tatkala Hana menutur kata.
“Tengoklah macam mana mak! Hana tak janji. Kalau hari Jumaat ni Hana tak sampai kat rumah, maknanya Hana tak baliklah. Emak tak payahlah tunggu Hana. Lagipun pertunangan Jihan akan tetap berlangsung meskipun tanpa Hana kan?” Sinis suaranya. Halimah terdiam. Kenapa dengan Hana? Dengan adik sendiri pun hendak merajuk!
Hana kembali merebahkan badannya di atas katil. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Rasa perit tatkala air jernih itu mula terbit. Telefon bimbitnya kembali berbunyi. Nama Amri pula yang tertera di skrin. Dia sekadar membisu, membiarkan sahaja telefonnya menjerit-jerit minta diangkat. Entah mengapa, sejak dua menjak ini Amri sering menghubunginya. Lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya.
Tetapi dia tidak berminat dengan Amri. Lelaki itu sekadar dianggap sebagai teman sepejabatnya sahaja. Hatinya sedikit bergetar tatkala mengingati Aliff. Ada perasaan lain yang menyelinap sewaktu bertentang mata dengan Aliff. Mungkin juga kerana Aliff seperti Haris. Adakah Aliff sekadar pelampias rindunya pada Haris? Matanya dipejamkan lebit rapat. Seboleh-bolehnya ingin membuang jauh bayangan Aliff. Namun, makin galak pula bayangan itu menjengah ke matanya!
***************
Jihan tunduk merenung cincin di jari manisnya. Memang cantik! Pandai Aliff memilih. Dia kembali mengangkat wajahnya semula, dilemparkan pandangannya jauh ke luar tingkap. Hanya hitam pekat dan berbalam menghiasi malam. Gelap! Agaknya bulan agak malas malam ini! Cahayanya langsung tidak kelihatan.
Hummm! Nafasnya dilepaskan agak keras. Kenapa Hana tak balik? Hatinya agak tersentuh tanpa kehadiran Hana di majlis pertunangannya siang tadi. Merajukkah dia bila aku menidakkan haknya dengan melangkah ke alam pertunangan terlebih dulu darinya ?
“Jihan!” Laungan emak membuatkan dia tersentak.
“Ya emak!” Mulut menyahut namun pandangannya masih dilepaskan jauh ke luar.
“Ada panggilan telefon untuk Jihan”
“Siapa mak? Kak Hana ke?” Dia masih tidak berganjak.
“Bukan! Aliff yang telefon!” Aliff ? Wajah Jihan mula berkerut. Setiap kali nama Aliff disebut, kerutan di wajahnya sering terukir. Kalau selalu macam ni, lama-lama cepatlah aku tua!
“Malaslah Jihan nak cakap! Mak beritahu dia yang Jihan dah tidur!”
“Tak baik buat orang macam tu! Cepatlah jawab! Dia telefon dari jauh ni!” Halimah makin kuat melaung. Jihan mendengus geram. Dia melangkah sebal menuju ke ruang tamu.
“Kenapa mak senyum-senyum ni?” Sakit hatinya bila melihat wajah emak yang asyik tersenyum memandangnya.
“Hello!” Malas sahaja suaranya
“Assalamualaikum Jihan!”
“Waalaikumsalam!”
“Tadi ibu saya call memberitahu saya yang majlis pertunangan sudah selamat dilangsungkan” Jihan hanya mendiamkan dirinya
“Cantik tak cincin yang saya pilih?”
“Cantik!” Balasnya sepatah.
“Jihan nak apa-apa buah tangan dari saya?” Suara Aliff tetap lembut meskipun sikap Jihan yang tidak acuh menjawab panggilannya.
“Tak nak!”
“Tapi saya tetap nak belikan Jihan sesuatu. Apa yang Jihan suka?” Diam!
“Kenapa awak pilih saya?” Aliff mengeluh perlahan.
“Bukan ke saya dah jawab soalan ni hari tu?”
“Tapi saya nak awak jawab juga!”
“Sebab saya cintakan Jihan bukan Hana”
“Apa alasan awak menyintai saya?” Aliff memicit kepalanya berkali-kali. Jihan!
“Saya tak ada alasan tapi yang saya tahu saya cintakan Jihan”
“Kalau macam tu maknanya awak tak cintakan saya. Awak tak ada alasan!”
“Jihan….”
“Awak ada alasan untuk memilih Hana!”
“Jihan….”
“Hana lemah lembut, sopan, sikap wanita yang diimpikan oleh lelaki!”
“Jihan…”
“Hana lebih bijak dari saya. Saya cuma guru tadika!”
“Jihan….”
“Hana cantik! Manis!….”
“Jihan Sofinas!!!” Suara Aliff yang sedikit menengking membuatkan Jihan terdiam
“Alasan saya di dalam tangan Allah. Sebab itu saya tidak tahu bagaimana memberi alasan pada Jihan” Diam. Jihan menarik nafasnya dalam-dalam.
“Awak call dari mana?”
“Brunei!”
“Kalau macam tu sudahlah!. Nanti tinggi pula bil telefon yang perlu awak bayar!”
“Kerana Jihan, saya tak kisah!”
Aduh! Mati kutu! Lelaki ini pandai memutarkan katanya. Pandai memadamkan kemarahannya. Dia benci! Tidak suka! Tapi kata orang tua-tua; jangan terlalu membenci nanti takut rasa benci bertukar menjadi cinta!
Betul ke? Ah! Tak mahu peduli! Jihan bingkas bangun menuju ke dapur mencari kelibat emak yang tidak nampak sejak tadi.
“Emak buat apa ni?” Jihan melabuhkan punggung di sisi Halimah. Kepalanya diletakkan di atas bahu Halimah. Wanita tua itu tersenyum. Anak ini kasar tetapi manja. Anak ini pemarah tetapi hatinya lembut bak kapas.
“Sembang apa dengan Aliff?” Jihan mendengus geram mendengar pertanyaan emaknya. “Tak mahulah cerita pasal dia! Mak ceritalah kisah cinta mak dengan ayah!” Halimah tergelak.
“Emak dan ayah tidak pernah bercinta” Kening Jihan terjungkit. “Ayah Jihan adalah pilihan nenek dan atok!”
“Ooooo….Lepas kahwin, ada tak rasa cinta pada ayah? Cinta perlu dipupuk ke mak? Bukankah rasa cinta sepatutnya datang dengan sendirinya?” Soalnya berminat. Halimah tersenyum lagi
“Cinta datang dengan pelbagai cara Jihan. Semua itu bergantung kepada kehendak-Nya. Emak bahagia dan mak cintakan ayah!” Halimah tersenyum agak malu sewaktu menuturkan ayat yang terakhir.
“Hehehehe….Romantik juga mak ye!” Jihan mengekek gelak.
***********************
Aliff meletakkan gagang telefonnya perlahan-lahan. Tangannya diraup ke muka. Hemmmm……. Keluhan berat dilepaskan
Jihan……..Perlukah sebuah alasan untuk aku menyintai mu!
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 4}
“Epoi! Ini gambar apa?” Soal Jihan lembut. Kertas A4 berwarna putih itu diletakkan di atas meja. “Gambar kuda cikgu!” Anak kecil itu tersengeh. “Kenapa hidung kuda ni terlalu panjang? Kalau hidung panjang macam ni dah jadi gambar gajah!” Jihan ketawa kecil. Anak kecil itu turut sama ketawa.
Jihan beralih pula ke meja Aleeya anak Kak Sofia dan Abang Jali. Budak ini pendiam orangnya. Paling susah mendengarnya bersuara. Pertama kali datang ke tadika, dialah yang paling kuat menangis. Teruk juga Kak Sofia bila Aleeya asyik bergantung di bajunya. Hampir sebulan jugalah Kak Sofia dan Abang Jali berulang alik ke tadika hanya semata-mata puteri sulong mereka ini.
“Aleeya dah siap melukis?” Aleeya sekadar mengangguk. “Pandai Aleeya lukis. Cantik! Gambar rama-rama ya?” Mengangguk lagi. Jihan tersenyum.
Selesai memerhati hasil kerja anak-anak comel yang seramai 40 orang itu, Jihan kembali duduk di kerusinya. Telefon bimbit di sebelah buku-buku tulis, dipandangnya sekilas. 1 message! Cepat-cepat dia mencapai. Menekan kekunci telefonnya.
“Jihan….Kak Hana dah dapat duit yang Jihan masukkan ke dalam buku akaun. Terima kasih! Anggap sahaja Kak Hana meminjam dari Jihan. Nanti Kak Hana bayar ansur-ansur!”
Jihan tersenyum gembira. Sejak bertunang hari tu, baru sekarang Hana menghubunginya. Sekurang-kurangnya dia tahu rajuk Hana tidak berpanjangan. Meskipun Hana langsung tidak bertanya akan halnya, dia tidak kisah!
Peluh yang meleleh di dahinya, dikesat cepat-cepat. Panas pula cuaca hari ni. Belum ke tengah hari tetapi bahang terik matahari sudah dirasai. Wajahnya mula berkerut tatkala pandangannya jatuh pada Pak Belalang yang hinggap indah di halaman rumahnya. “Uik? Dah balik ke dia?”
Jihan terjengket-jengket menuju ke dapur dengan harapan kelibatnya tidak akan terlihat oleh emak dan Aliff. “Assalamualaikum!” Langkahnya mati. Alamak! Nampak juga dia.
“Dah habis mengajar?”
“Dah!”
“Tak jawab salam saya pun”
“Waalaikumsalam!” Aliff tersenyum. Kalaulah Jihan tahu bertapa rindunya dia!
Jihan membetulkan duduknya beberapa kali. Rasa kurang selesa bila setiap tingkah lakunya menjadi perhatian.
“Ini untuk Jihan” Sebuah bungkusan kecil dihulurkan kepada Jihan. Gadis itu terdiam. Wajah Halimah yang duduk bersila di sisinya, dijeling sekilas.
“Tak baik hampakan Aliff, Jihan! Susah payah dia balik ke kampung semata-mata nak bagi buah tangan ni untuk Jihan” Halimah bersuara lembut.
“Duduklah dulu Aliff. Makcik ke dapur!” Aliff mengangguk beberapa kali dan Jihan pula berkerut seribu!
Jihan tersenyum. Baru dia perasan wajah Aliff begitu segak! Selama ini dia tidak pernah memandang pun! Pertama kali berjumpa, dia sibuk menahan rasa sakit di kakinya. Kali kedua pula, rasa marahnya masih bersisa, maka wajah Aliff tidak dipandangnya. Dan hari ini baru matanya tertumpah pada wajah lelaki tu. Setiap kali lelaki itu ketawa, akan kelihatan sepasang gigi taring miliknya. Janggutnya yang cuma sejemput di dagu cukup sesuai dengan gaya dan sikapnya. Kacak betul! Jihan tersenyum lagi.
“Kenapa tiba-tiba tersenyum ni?” Senyuman di wajah Jihan serta merta mati. “Tak ada apa-apa!”
Wajah Aliff sedikit berkerut. “Mustahil tak ada sebab Jihan tersenyum. Mesti ada sesuatukan?”
“Bukan ke saya dah kata, tak ada apa-apa! Jadi tak ada apa-apalah. Takkan senyum pun tak boleh?”
“Bukan tak boleh Cik Jihan, tapi selalunya orang yang tersenyum tanpa sebab ni cuma orang gila je!” Jihan menjuihkan bibirnya.
“Kalau macam tu, bakal isteri awak ni orang gilalah! Sanggup ke awak kahwin dengan orang gila?”
“Saya sanggup! Kalau saya perlu menjadi gila demi cinta Jihan pun saya sanggup!”
“Huh! Awak memang gila!” Aliff ketawa kecil.
“Jadi, kita berdua memang sepadan! Jihan gila, saya pun gila!” Jihan bingkas bangun. Letih bercakap dengan lelaki ini. Pandai sahaja mematahkan setiap katanya.
“Jihan! Nantilah dulu! Saya belum habis bercakap lagi!”
“Tapi saya dah habis!” Aliff mengeluh perlahan.
Jihan……..
Sukarnya merebut hatimu, payahnya mentafsir jiwamu!
Mahu apa cara lagi? Perlu bahasa apa lagi?
************************
Mata Hana melilau memandang sekeliling bangunan. Kad nama di tangannya, direnung berkali-kali. Setengah jam kemudian sebuah senyuman terukir di wajahnya. “Dah jumpa pun!” Dia bersuara riang.
Seorang gadis manis bertubuh langsing, tersenyum menyambut kedatangannya. “Encik Aliff Hakimi ada?”
“Cik ada appointment dengan En. Aliff ke?” Lembut suara gadis itu bertanya. Hana mengeleng kepalanya beberapa kali. “Tak ada tapi saya kawannya.”
“Tunggu sebentar ye. Saya cuba hubungi En. Aliff” Hana sekadar menganggukkan kepalanya. Sementara menunggu jawapan dari gadis bertubuh langsing itu, dia melabuhkan punggung pada sofa biru yang telah disediakan. Sedang dia berkira-kira memandang kertas yang bertampal didinding, namanya tiba-tiba dipanggil.
“Cik Hana duduklah dulu. Kejap lagi En. Aliff datang. Dia di dalam bilik ketua pengarah sekarang ni”
“Oh ok! Terima kasih!” Gadis itu tersenyum lembut sebelum berlalu meninggalkannya. Hana memerhati sekeliling. Cantik! Kemas dan teratur bilik Aliff. Dia rasa cukup selesa! Matanya terpaku tatkala memandang sesuatu. Dadanya yang tadi bagaikan melagukan melodi indah, kini bagaikan kapal yang hampir karam. Sesak! Sakit tatkala pandangannya jatuh pada bingkai gambar di atas meja Aliff.
Gambar Jihan yang ayu di dalam kebaya polos berwarna putih. Tersenyum manis di hadapan barang hantaran sewaktu majlis pertunangannya. Hana mengetap bibirnya menahan rasa cemburu di hati. Sejak kecil dia sentiasa mendahului Jihan. Dan sejak dulu juga, Jihan sentiasa mengalah dengannya. Tetapi kini, kenapa Jihan yang lebih, kenapa Jihan tidak mahu mengalah dengannya ?
“Assalamualaikum” Hana tersentak. Dia cepat-cepat menoleh.” Dah lama Hana tunggu? Maaflah, saya ada urusan tadi” Lembut suara Aliff menghilangkan rasa sesak di jiwanya.
“Hana yang patut minta maaf sebab menganggu Aliff” Aliff tersenyum lagi.
“Kenapa Hana tak balik masa majlis pertunangan Jihan hari tu?” Hana terdiam. Soalan Aliff membuatkan dia agak cuak. “Sibuk!”
“Tak mengapalah Hana. Harap masa majlis perkahwinan kami nanti, Hana tidak sibuk.” Aduh! Sakitnya hati! Kenapa dengan Aliff ni? Atau sengaja hendak menyakitkan hati aku?
“Hana nak baliklah. Nanti ada masa Hana datang lagi” Wajah Aliff berkerut. “Eh? Dah nak balik? Nantilah dulu!” Hana terus mengaturkan langkahnya. Jeritan Aliff dibiarkan sepi begitu sahaja.
Aliff terpaku di mejanya. Tindakan Hana yang terburu-buru keluar meninggalkan tanda tanya dibenaknya. Mengapa? Nafasnya ditarik dalam-dalam. Tiba-tiba terasa sesak. Namun tatkala matanya menyapu gambar Jihan, serta merta rasa sesak itu hilang. Jihan…..
“Cantik!” Jihan tersenyum lebar. Kalung bersalut emas putih itu, direnungnya lama-lama. Aliff memang pandai memilih. Dia juga seolah-olah dapat meneka kesukaannya. Ini yang bahaya! Lelaki ini terlalu bijak! Tentu lambat laun dia dapat mencuri hati aku!
Puas Sang Pungguk ini merayu
Jenuh Sang Pungguk ini menunggu…
Mana Sang Bulan?
Mengapa menyorok diri? Sedangkan cahaya mu masih menyapa ku!….
Dan…
Sang Pungguk ini masih menanti…..(Bukalah pintu hati mu…..Jihan)
Jihan tersengeh membaca bait-bait ayat di atas sekeping kad kecil berwarna merah jambu. Romantik! Lelaki ini tidak pernah jemu memujuk!
Diari berwarna coklat dikeluarkan dari laci mejanya. Membuka sebuh helaian kosong.
23hb Jan 2006
Duhai Sang Pungguk….
Bukan Sang Bulan menyorok diri….
Bukan Sang Bulan tidak mendengar rayuanmu…
Namun…….
Dirimu yang tidak mengerti…..
Sang Bulan ini tinggi dipuncak
Sang Bulan ini tidak punyai sayap seperti mu
Lalu…….
Mengapa tidak engkau sahaja yang terbang kepadaku!
Jihan tersenyum sendiri membaca bait puisinya. Entah apa-apa! Dia tersenyum lagi. Kalung pemberian Aliff disimpan kembali di dalam kotak. Biarlah di situ……
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 5}
Jihan kelam kabut memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Semuanya disumbatkan sahaja. “Dah siap ke Jihan?” Jihan sekadar mengangguk. Tangannya masih ligat membetulkan baju yang hanya disumbatkan ke dalam beg.
“Mak dah telefon Aliff tadi. Mak cakap Jihan akan ke KL sempena lawatan sekolah tadika” Hah! Tangannya yang tadi ligat bergerak, serta merta mati. “Kenapa mak telefon dia? Jihan bukan nak pergi jumpa dia” Intonasi suaranya sudah agak tinggi. Geram!
“Mak risaulah Jihan pergi ke KL bawa budak-budak tu. Engkau pun bukan biasa sangat dengan KL. Kotnya nanti ada apa-apa berlaku kan senang kalau ada Aliff” Amboi emak sedapnya bercakap.
“Mak tak payah risaulah. Bukan Jihan sorang je yang bawa budak-budak tu. Mak bapa diaorang pun ikut sekali.”
Serta merta moodnya yang tadi indah sudah bertukar suram. Sabarlah hati. Entahlah kenapa, dalam marah ada suka, dalam benci ada rindu! Ah! Sudah takkan hati ini cuma sekeras kerak nasi kot?
“Cikgu Jihan!” Dia tersentak. Mengelamun pula dia. “Kita dah sampai KL ni. Nak ke mana dulu?” Pak Hamid yang merangkap sebagai pemandu bas bersuara dengan kuat. Entahlah! Sama ada suaranya kuat disebabkan nak mengatasi bunyi bising kenderaan yang bersesak di jalan atau pun nak menyedarkan dia yang jauh berkhayal.
“Umm..Err…Kita ikut jadual yang dah ditetapkan pakcik. Kita pergi ke Zoo Negara dulu!” Pak Hamid mengangguk laju. Lampu isyarat ke kiri segera dinyalakan. Meminta laluan dari kenderaan yang sentiasa bertali arus.
Matanya melilau memandang sekeliling. Di dalam hati puas berdoa agar kelibat Aliff tidak kelihatan di sini. “Buat barisan semua. Kalau siapa yang tak buat barisan, cikgu takkan bagi dia masuk!” Masing-masing bergerak dalam kumpulan. Huh! Dah kena ugut baru kelam kabut mengikut arahan. Anak kecil, pelbagai kerenah!
“Cikgu Jihan, akak dah beli tiket. Jomlah kita bawa budak-budak ni masuk. Cuaca pun panas sangat kat sini” Kak Sofea tiba-tiba muncul di hadapannya. “Eloklah tu kak. Saya akan ikut dari belakang. Takut nanti ada yang tercicir”
Ramai juga pengunjung yang bertamu di sini. Paling riang melihat wajah anak-anak kecil yang mengekek gelak setiap kali melihat singa laut membuat pelbagai aksi. Malah dia sendiri turut tersenyum. Beberapa biji bertih jagung disumbatkan lagi ke dalam mulutnya.
“Assalamualaikum! Sedapnya makan! Sampai tak toleh kiri kanan” Jihan tersedak. Beberapa biji bertih jagung bagaikan tersangkut di kerongkongnya. “Errr….Maafkan saya” Wajah Aliff berkerut. Serba salah melihat Jihan yang terbatuk-batuk. Hendak sahaja belakang gadis itu diusapnya. Tapi masih belum sah menjadi miliknya!
“Macam mana Jihan makan ni? Makan popcorn pun boleh tersedak!” Segelas air dihulurkan kepada Jihan.
“Macam mana saya makan? Kalau tak disebab awak yang tiba-tiba muncul tentu sahaja saya tak akan tersedak! Awak ni dah tak ada kerja lain ke, asyik mengejutkan saya je!” Eiii…Mahu sahaja ayat-ayat berbisa ini dihemburkan. Tetapi mulutnya terkunci dek rasa sakit dikerongkongnya.
“Jihan tak jawab salam saya lagi” Dia ni!
“Waalaikumsalam!”
“Marah nampak”
“Tak! Tak nampak ke wajah saya yang tersenyum kat awak ni” Aliff tergelak.
“Nampak! Comel betul dengan sepasang lesung pipit tu” Duhai hati! Bersabarlah!
Masing-masing terdiam melayan aksi singa laut yang begitu menghiburkan. Kesian pula rasanya pada singa laut itu. Setiap hari terpaksa membuat aksi yang sama, sepatutnya saat ini dia sedang berenang dengan gembiranya bersama kawan-kawan di tengah laut yang terbentang luas.
“Jauh menung tu! Pandang singa laut ke atau teringatkan sesiapa?” Matanya redup menyapu seraut wajah Jihan. “Kat depan saya cuma ada singa laut je, habis tu saya pandang siapa lagi?” Meskipun tutur kata Alif lembut bersopan tetapi agak pedas memukul gegendang telinganya. Aliff tergelak lagi. Jihan! Jihan!…
“Ye ke? Tapi singa laut tu dah habis membuat aksinya. Anak-anak comel Jihan pun dah pergi ke tempat lain” Hah! Ye ke? Matanya dibuka luas-luah. Alamak! Betullah! Ish! Kenapa dengan aku ni?
Jihan cepat-cepat bangun. Pergerakkannya yang tergesa-gesa itu membuatkan matanya agak cuai memandang ke bawah. Sudahnya penghadang tiang di antara tempat duduk atas dan bawah dilanggarnya. Dalam keadaan dia terhoyong-hayang mengawal badannya, terasa pautan tangan sasa yang menangkap tubuhnya supaya dia tidak tersembam ke lantai.
Muka Jihan merona merah. Dan Aliff pula berkali-kali memohon maaf! “Maafkan saya Jihan! Saya bukan sengaja menyentuh, saya cuma takut Jihan terluka jika jatuh!” Sudahlah tu! Sepanjang perjalanan ayat itu diulangnya lagi. Hehehe….Memang alim anak Orang Kaya Ali ni. Bertuah betul siapa yang jadi isteri dia! Jadi akukah perempuan yang bertuah itu?
“Cikgu Jihan! Kami semua kat sini!” Suara nyaring Kak Sofea hampir mengejutkan pengunjung di situ, termasuk binatang sekali!
“Ke mana Cikgu Jihan tadi? Oh….. Ada Aliff rupanya! Akak faham! Akak faham!” Kak Sofea tersenyum simpul. Dia cepat-cepat menyertai kumpulan anak-anak kecil yang sudah jauh mendahului ke depan.
Jihan tersenyum kelat mendengar kata-kata Kak Sofea. “Saya rasa lebih baik awak balik. Rasanya kerja awak banyak kat office kan?” Jihan berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya mengadap Aliff secara berdepan. Aduh! Mengapa ya? Ada sedikit debar di hati tatkala mata yang redup itu merenungnya.
“Tak mengapa! Saya tak kisah jika seharian perlu menemani Jihan” Aliff tersenyum dan kemudiannya tergelak kecil. Gigi taring tu! Alamak! Segak betul! Jihan melemparkan pandangannya ke arah lain. Burung bangau berwarna merah itu menjadi sasaran matanya.
Langsung kerana bimbang perasaannnya terus membuai rasa, Jihan kembali mengaturkan langkahnya. Kumpulan anak-anak kecil itu sudah hilang dari pandangan matanya.
Letihnya sepanjang hari berjalan. Rasa hendak tertanggal tempurung lututnya. Habis sesi lawatan ke Zoo Negara, beralih pula ke Muzium Negara dan kemudiannya melawat keindahan Purajaya. Anak-anak comel itu memang seronok, nampak macam tidak puas berjalan. Tetapi yang seksanya dia dan beberapa ibu bapa yang hendak menjaga. Jangan mereka leka sedikit, mesti ada yang tertinggal atau pun hilang dari kelompok kumpulan.
Selesai menunaikan solat Asar di Masjid Negara, perjalanan pulang akan bermula. Jihan memanjat rasa syukur. Lega bila lawatan ke Kuala Lumpur berakhir dengan selamat dan jayanya.
Jihan memandang Aliff yang baru selesai menunaikan solat Asar. Lengan kemejanya sudah tersinsing hingga ke siku. Rambutnya yang hitam itu masih lembap dan basah dengan air sembahyang dan rasanya janggutnya yang sejemput itu juga sama.
“Kenapa ?” Wajah Jihan mula berkerut.
“Kenapa apa?”
“Dari tadi Jihan asyik memandang saya” Ohhh…Perasan rupanya dia diperhatikan.
“Mana ada saya pandang awak. Saya tengok kubah masjid yang cantik tu” Jihan cuba menutup malunya.
“Ye ke? Tapi kubah masjid tu di atas, pandangan Jihan pula jatuh di bawah. Dan yang ada di situ cuma saya” Jihan menelan air liurnya. Tersenyum biarpun payah! Selalu dia kalah kalau melawan kata dengan lelaki ini.
“Saya dah nak balik! Terima kasih sebab temankan saya dan budak-budak ni semua. Minta maaf sebab terpaksa mencuri masa awak!”
“Jihan dah pun mencuri hati saya, tak perlu ke meminta maaf untuk itu?” Jihan mendengus geram. Wajahnya kembali mencuka
“Malaslah saya bercakap dengan awak ni! Susah betul!” Bentak Jihan kasar. Dia segera mengatur langkah meninggalkan Aliff yang masih memandangnya.
“Jihan!” Laungan Aliff dibiarkan sahaja.
“Jihan!” Diam! Buat tak tahu.
“Jihan!” Aduhai telinga! Pekaklah engkau! Anggap sahaja aku tidak dengar!
“Jihan Sofinas!” Ini yang dia lemah! Entah ilmu apa yang Aliff tuntut. Panggilannya yang satu itu sering memadamkan kemarahan, selalu mematikan tingkahnya!
Langkahnya dimatikan. Berpusing semula mengadap Aliff. “Awak nak apa lagi? Saya dah nak balik. Nanti lewat kami semua sampai ke kampung” Dadanya tiba-tiba gagal berfungsi seperti biasa. Berdegup kencang tatkala langkah Aliff diatur ke arahnya.
“Jihan marah?”
“Mestilah saya marah! Awak suka putar belitkan kata-kata saya” Kalau boleh ayat ini yang hendak dihemburkan namun “Tak lah!” yang ini pula yang terkeluar dari mulutnya.
“Habis tu, kenapa buat tak tahu bila saya panggil?”
“Bukan ke saya dah ada kat depan awak sekarang ni!” Angin puting beliung dah nak melanda rasanya ni!
“Tapi saya yang datang kepada Jihan” Ya Allah! Janganlah bagi aku berkasar bahasa!
“Dahlah tu! Saya nak balik!” Dia mula berpusing ingin pergi namun langkahnya terhenti bila sekumtum mawar merah tiba-tiba dihulurkan kepadanya.
Tergamam dengan tindakan spontan Aliff, Jihan terpaku berdiri di situ. “Untuk Jihan sebagai tanda minta maaf dan tanda saya nak berdamai dengan Jihan. Harap pertemuan selepas ini, saya tidak lagi memancing kemarahan Jihan!” Kelu lidah untuk berkata. Entah bila masa lelaki ini memetik mawar merah. Dikerling juga sekeliling, kalau-kalau ada rumpunan mawar merah yang sudah hilang sekuntum darinya. Tapi tidak ada? Pelik? Mana datangnya mawar merah itu?
Dia teragak-agak untuk mengambil tetapi tangan ini pula gatal, cepat-cepat pula dia mencapai. Aliff tergelak kecil. Aduh! Gigi taring itu lagi!
Matahari sudah mula terbenam. Ayat-ayat suci Al-Quran sudah mula berkumandang. Sebentar lagi akan masuk waktu Maghrib. Aliff kembali semula ke masjid. Sembahyang Mahgrib hari ini akan ditunaikan di sini. Ingin dipanjatkan tinggi-tinggi rasa syukur buat Ilahi untuk hari ini yang begitu membahagiakan. Dalam doa akan diselitkan permintaan moga Jihan Sofinas adalah jodohnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 6}
Aliff mengurut dagunya perlahan-lahan. Lekuk di dagunya jelas kelihatan tatkala dia mengirai bulu-bulu halus yang tumbuh di situ. Subhanallah! Kacaknya dia! Hana tunduk merenung jari-jemarinya tatkala mata hitam yang basah itu redup menyapu wajahnya. “Hana marahkan saya ke hari tu?” Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Syukurlah! Hana tiba-tiba keluar macam tu, saya takut perkataan saya telah mengguris hati Hana” Bertuah kau Jihan! Lelaki sebaik ini menjadi milikmu. Namun selagi dia belum bergelar suamimu, aku masih mempunyai peluang. Sedangkan yang sudah berkahwin pun boleh bercerai berai, apatah lagi sekadar sebuah pertunangan.
“Hana datang ni nak minta pertolongan dari Aliff” Kening lelaki itu sedikit terjungkit. “Pertolongan yang macam mana? Insya-Allah mana yang mampu saya akan tolong” Hana tersenyum gembira.
“Hana nak beli kereta tapi tak pandai nak memilih. Cadang tu nak ajak Aliff temankan Hana, itupun kalau Aliff tak keberatan”
“Pertolongan sekecil itu, masakan saya enggan membantu!” Aliff ketawa kecil bersama sebuah senyuman yang terukir di bibirnya.
Hana terpana. "Anata ga warai kaketeta (Awak ketawa). Subete wo tokasu hohoemi de (Dengan senyuman yang bisa mencairkan segalanya)..." Dia teringat kembali bait-bait ayat ini. Ayat yang dibaca sewaktu melayari sebuah laman web suatu ketika dulu.
“Boleh kita pergi sekarang?” Hana tersentak. Pertanyaan Aliff membawanya kembali ke alam nyata. Kepalanya diangguk beberapa kali sebelum cepat-cepat melangkah mengikut jejak Aliff yang sudah pun ke depan. Dia berlari-lari anak cuba menyamakan langkahnya bersama Aliff. Cepat sungguh lelaki tinggi lampai ini berjalan, seolah-olah sengaja menjarakkan batasan antara aku dan dia.
Hana hanya mendiamkan diri sementara Aliff sedang sibuk bersembang dengan sahabat lamanya yang juga tuan kedai Syarikat Nizam Used Car Sdn. Bhd. Matanya menjeling pada deretan kereta yang tersususun rapi. Semuanya dia berkenan tapi tak tahu budgetnya mencukupi atau tidak. Pandangannya jatuh pada sebiji kereta berwarna merah. Cantik! Memang merah menjadi warna kegemarannya sejak dulu. Lama dia merenung sehingga tidak sedar Aliff yang berpeluk tubuh memandangnya.
“Suka yang itu ke?” Hana tersenyum dan kemudian perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. “Merah! Hana suka warna merah?” Kepalanya dianggukkan lagi. “Kalau macam tu, saya boleh bincangkan soal harga dengan Nizam. Rasanya dia boleh memberi sedikit potongan harga untuk Hana”
“Hana menyusahkan Aliff je. Malu pulak rasanya!”
“Kenapa pula cakap macam tu. Hana bukannya orang lain” Ayat itulah yang dia tidak suka dengar. “Kenapa pula cakap macam tu. Hana bukannya orang lain” Kalau begitluah bicaranya selalu, bermakna sampai bila-bilapun aku tidak lebih dari seorang iparnya. Hum! Keluhan berat dilepaskan. Perasaannya serta merta berubah. Kenapalah awan mendung tiba-tiba berarak?
“Hana!” Mereka berdua serentak menoleh. Amri! Hana mengetap bibirnya. Lelaki ini sentiasa mengekori langkahnya. “Buat apa kat sini?” Soalnya lembut. Matanya masih sempat menjeling pada Aliff yang berdiri di sisi Hana.
“I nak beli kereta.”
“Kenapa tak beritahu I yang U nak beli kereta? I ada kawan yang buka business jual beli kereta. Sana lebih murah” Suaranya sedikit keras.
“Tak apalah! Pemilik kedai ni pun kawan Aliff. Kat sini pun I boleh dapat murah!” Kening lelaki itu berkerut. “Oh ya, kenalkan ini Aliff, boyfriend I !” Aliff tersentak. Dia kaku di situ bila tangan lembut Hana sudah melengkar dilengannya. Wajah Amri serta merta berubah. Renungan tajam dilemparkan ke arah Aliff.
“So dia ni lah lelaki yang U puja-puja selama ini? Sampaikan cinta yang I hulurkan tidak bersambut!”
“Yes! U are right Amri! Lepas ni tolong jangan ganggu hidup I lagi!” Bentak Hana keras. Rangkulan di lengan Aliff makin diperketatkan.
“Saya tidak berapa suka cara Hana macam ni” Ujar Aliff sebaik sahaja kelibat Amri hilang dari pandangan mata. Tangan Hana yang masih kejap di lengannya, direnggangkan dengan sopan. “Hana minta maaf. Terpaksa buat macam tu, kalau tak dia tak akan faham!”
“Tapi janganlah sampai menyentuh tangannya saya. Kita bukannya suami isteri yang halal bersentuhan” Wajah Hana berubah merah. Termalu sendiri mendengar kata-kata Aliff yang lembut namun tajam menikam tangkal hatinya. “Maafkan saya!” Wajahnya dilemparkan ke arah lain. Terasa wajahnya sudah setebal tembok batu. Malu!
Sampai hati kau Aliff! Aku begitu bahagia saat itu, mengapa pula dimusnahkan! Gonmen ne!(maaf) Gonmen ne! Aliff….
Hujan yang turun mencurah-curah, sesekali terpercik airnya di jendela. Ditambah dengan deruan angin malam, sejuk terasa hingga ke tulang. Jihan cepat-cepat menutup tingkap. Puas dihadang tangannya ke muka namun tempias air hujan masih dapat membasahkan seluruh wajahnya
Senja berlabuh, malam pun bertamu
Bulan tersenyum membawa sinaran
Setiap saat terbayang wajahmu
Entahkan nikmat, entahkan dugaan
Jihan tersengeh membaca serangkap pantun yang diterimanya melalui sms. “Dah jadi Mat Pantun pulak dia ni!” Dia tergelak pula.
Sakit kakiku terpijak kaca
Bisa terasa menusuk di kalbu
Puas ku cari di mana punca
Mengapa masih sedingin salju?
Sms kedua pula yang diterimanya. “Dia ingat aku ni masuk aliran sastera kot? Manalah aku reti menjual beli pantun ni!” Kepalanya digaru beberapa kali.
“Janganlah berpantun-pantun dengan saya! Saya tak pandai! Kat sekolah dulu memang saya fail kalau pasal berpantun ni!” Aliff tergelak. Mengena juga umpannya kali ini. Akhirnya Si Lesung Pipit itu menelefonnya juga!
“Si Anak kecil bersuara petah
Bila ketawa berdegar-degar
Rindu dihati sudah bernanah
Akhirnya ketemu jua dengan penawar” Aduh! Dia ni!
“Awak ni nak masuk pertandingan ke? Kalau ye pun nak praktis skill berpantun awak tu, janganlah dengan saya!” Sudahlah hujan lebat di luar, ada pula yang menokok tambah dengan kilat dan petir. Memang nak bagi ribut melandalah tu!
“Jihan….”
“Nak apa ni?”
“Jihan…..”
Awak ni nak main-main dengan saya ke?”
“Jihan…”
“Sekali lagi awak sebut nama saya, saya akan matikan talian telefon ni!”
“Rindu!” Adoi! Miang pula dia ni! Sekali pandang macam alim sangat tapi rupanya alim-alim kucing! Huh!
Klik! Talian telefon segera dimatikan. Bukannya apa, takut mendengar bicara seterusnya dari Aliff. Pasti ada kata yang bakal membuai perasaannya. Aku ini perempuan. Sekuat mana pun hati, akan lembut jua!
Diarinya dikeluarkan semula. Membelek halaman yang terdahulu. Semalam tiada coretan yang dibuat. Cuma ada kisah tentang kelmarin, kisah tentang lawatannya ke Kuala Lumpur. Dan pastinya terselit kisah Si Mawar Merah!
25hb Januari 2006
sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Si Gigi Taring……
Aku ingin menjadi wanita yang diredhaiNya, aku mahu menjadi isteri yg setia, namun mampukah aku, jika setiap kali pertemuan, setiap kali perbualan, sekadar menyalakan api kemarahan ku?
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.”
Aliff Hakimi……Engkau kah lelaki itu?
Diari kecil itu ditutupnya kembali. Dilemparkan pandangan ke luar tingkap. Masih seperti tadi. Hujan masih lebat. Tiada tanda-tanda ia akan berhenti sekarang. Dalam pada masa yang sama, Jihan tidak sedar ada hati yang tengah basah macam tanah diluar rumah. Hana!
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 7}
“Hujan lagi!” Desis Jihan perlahan. Minggu ini sahaja, hampir setiap malam hujan akan turun membasahi tanah merah di sekeliling rumahnya. Dia duduk menompang dagu sambil memandang rintik-rintik hujan yang turut membasahi cermin tingkapnya.
“Cantiklah Jihan! Bagi Kak Hana lah ye…. Lagipun Jihan bukannya nak pakai!” Teringat kembali kalung bersalut emas putih pemberian dari Aliff tempoh hari. Memang cantik! Emas dari Brunei!
Hana pulang petang tadi. Pulang bersama kereta barunya. Kelisa berwarna merah! Dan si kembarnya itu tidak henti-henti mengukir senyuman. Senyuman yang paling manis!
“Kak Hana suka ke? Ambillah! Jihan pun bukannya suka memakai terlalu banyak barang kemas.” Bodoh! Terasa bodoh pula tindakannya sebentar tadi. Kenapa pula dia sewenang-wenangnya menyerahkan barang yang sudah mula menjadi kesayangannya !
Senja berlabuh malam pun bertamu
Bulan tersenyum membawa sinaran
Setiap saat terbayang wajahmu
Entahkan nikmat, entahkan dugaan
Jihan tersenyum sendirian. Entah mengapa, serangkap pantun yang ini, tiba-tiba menjengah hatinya. Macam dah lama Aliff tidak menghubunginya. Merajuk kah lelaki itu bila panggilannya tempoh hari, diputuskan begitu saja? Hum! Ah! Biarlah! Mengapa dia perlu memikirkan rajuk lelaki yang sering memancing kemarahannya. Tapi…… Tidak mungkin aku mampu menipu hati, benarkah perasaan yang hadir ini bernama ‘rindu’ ?
“Jihan! Dah tidur?” Hana tiba-tiba muncul di muka pintu. “Esok Kak Hana akan balik ke KL. Jihan nak ikut?” Soal Hana sambil melabuhkan punggungnya di birai katil. Jihan terdiam. Lidah terasa berat untuk berkata tatkala terpandang kalung pemberian Aliff di leher Hana. “Hei! Mengelamun ke? Kak Hana tanya ni, nak ikut ke tidak!”
“Errr…Tak naklah! Lagipun nanti tinggal emak sorang-sorang kat kampung. Tak sampai hati pula nak biarkan emak”
“Kita bawa emak sekali lah!” Hana masih memujuk. Kalau boleh dia mahu emak dan adiknya turut merasa keseronokkan menaiki kereta barunya. “Mesti mak tak nak. Takkan Kak Hana tak tahu perangai mak tu. Lain kalilah! Lagipun Kak Hana dah ada keretakan, bila-bila masa boleh bawa Jihan dan mak pergi jalan-jalan” Hana terdiam mendengar jawapan Jihan. Suasana hening seketika. Hanya kedengaran deruan air hujan yang masih lebat di luar sana.
“Rugilah macam tu! Kak Hana nak bagi Jihan dengan mak rasa naik kereta baru ni. Best sangat Jihan. Pandai Aliff pilih!” Jihan tersentak. Aliff pilih? Terasa lain perasaannya saat ini, cemburukah? Tak mungkin! Takkan dengan kakak sendiri aku nak cemburu. Dia percayakan Hana! Tetapi mengapa hati ini resah?
Dua minggu tanpa panggilan dari Aliff begitu menyesakkan. Aduhai Tuhanku! Jangan menduga aku begini! Terdera rasanya! “Assalamualaikum!” Syukur! Dapat juga mendengar suaranya.
“Kenapa dengan Jihan?” Wajah Jihan serta merta berubah. Dari musim bunga tiba-tiba bertukar ke musim luruh. Kenapa nada suara Aliff agak kasar? Lelaki ini jarang benar meninggi suaranya. Paling takut jika hatinya terguris.
“Kenapa?” Angkuh! Sengaja ditekan kan nada suaranya. Tiba-tiba nak marah, kenapa?
”Kenapa kalung yang saya hadiahkan dulu Jihan bagi pada Hana?” Jihan meneguk air liurnya. Tidak mungkin Aliff perasan, Hana kan memakai tudung. Melainkan, Hana yang sengaja menunjuk-nunjuk kalung tersebut kepada Aliff.
“Apa salahnya !” Masih angkuh.
“Apa salahnya? Jihan boleh cakap macam tu!” Nada suara Aliff semakin keras. Terdengar naik turun nafas lelaki itu menahan perasaan marahnya.
“Saya hadiahkan pada Jihan dengan setulus rasa cinta saya buat Jihan.” Diam. Tidak terkeluar kata dari bibirnya.
“Jika benar tiada rasa cinta buat saya sekalipun, janganlah diberi kepada orang lain. Saya lebih rela kalung itu berkarat di dalam simpanan Jihan, bukan orang lain!”
Jihan terkedu. Air jernih sudah bergenang di kolam matanya, menunggu masa untuk tumpah. Entah mengapa dia rasa ingin menangis. Rasa bersalah, sedih, marah dan kecewa bercampur baur menjadi satu.
“Saya minta maaf! Saya bagi bukannya bagi pada orang lain tapi pada kakak saya sendiri” Aliff menarik nafasnya dalam-dalam. Gadis itu sudah menangis. Dia tahu! Dia perasan nada suara Jihan yang bergetar menahan tangisnya. Saat itu juga, api kemarahannya tiba-tiba padam. Jihan…!
“Sudahlah tu! Saya maafkan Jihan. Nanti saya akan belikan kalung yang baru. Lebih cantik dari yang dulu. Dan saya nak, Jihan mesti pakai kalung tu!”
“Saya tak nak!”
“Kenapa?”
“Saya tak nak! Tak nak! Tak suka! Tak suka! Tak sukaaaaaa..!”
“Kenapa Jihan ni?”
“Awak suka paksa saya. Awak paksa saya berhenti berjalan bila awak panggil nama saya,awak paksa saya jawab salam awak walaupun saya dah jawab dalam hati, awak paksa saya dengar cakap awak walaupun awak tahu yang saya memang tak suka dengar. Segala-galanya main paksa-paksa!”
Main paksa-paksa? Aliff ketawa kecil. Jihan! Jihan! Gadis ini terlalu istimewa di hatinya. Cuma Jihan yang tidak tahu!
Jihan membenamkan wajahnya di birai katil. Tangisannya yang tadi sudah berhenti, kembali semula. Lain yang dia harap lain pula yang jadi. Tidak pernah pun Aliff berkasar dengannya, kenapa hari ini bertukar rupa pula?
Wajahnya diangkat kembali. Kenapa dengan aku ni? Kenapa menangis kerana Aliff? Keramat sumpahan kata-kata orang dulu sudah terkena kepada aku ke? ‘Jangan terlalu membenci nanti takut rasa benci bertukar menjadi cinta’
Benarkah? Benarkah aku sudah terkena badi itu? Tak mungkin! Tapi…. Hati ini sudah gundah gulana sehari tanpa mendengar suaranya. Hati yang membeku ini juga, sudah cair setiap kali mendengar bicaranya yang romantik. Kalau setiap hari cair begini, mahunya aku lemas dalam diri sendiri. Lemas dalam bicara Aliff! Cinta kah itu?
Telefon bimbitnya tiba-tiba menyala. Sms! Cepat-cepat tangannya menekan kekunci. Minta-minta dari Aliff! Sempat juga dia berdoa.
Dan, memang benar, dari Aliff! Gembira!
Sms pertama;
Assalamualaikum……………..
Gelap betul malam ini kan? Angin pun semacam bunyi deruannya Ada nada sendu yang dideru
Sms kedua;
Sang Bulan merajuk agaknya Atau mungkin juga marah! Hinggakan Sang Bintang tidak berani keluar Bila Sang Bulan tiada.
Sms ketiga;
Jihan…….
Marahkan saya? Minta maaf jika kata-kata lelaki yang mabuk kepayang ini terlalu kasar sebentar tadi. Saya tidak bermaksud untuk marahkan Jihan jauh sekali hingga menitiskan butiran mutiara di pipi berlesung pipit itu!
Sms keempat;
Saya cintakan Jihan ! Terlalu sayang! Kadang kala saya sendiri bimbang jika sayang saya buat Jihan melebihi kasih saya pada Ilahi. Setiap kali rasa rindu buat Jihan datang, Al-Quranlah menjadi penyelamatnya. Jika tidak mungkin saya akan terus hanyut!
Sms kelima;
Lambatnya setahun. Terdera jiwa saya menanti. Jika tidak kerana janji sudah dibuat, perkahwinan akan dilangsungkan selepas tempoh setahun pertungan, pastinya esok saya akan menikahi Jihan. Astagfirullah hal azim. Maaf ye Jihan. Jauh saya berkhayal. Moga Jihan maafkan dan moga Allah mengampuni kelalaian saya.
Sms keenam (Terakhir);
Jihan, Insya-Allah saya berjanji, tatkala Jihan menjadi permaisuri hidup saya kelak, tak akan saya izinkan mutiara yang indah itu mengalir lagi. Saya rasa terlalu bersalah kerana telah membazir kan air mata Jihan atas kekasaran saya. Maaf !
Jihan terkedu! Terpana membaca bait-bait ayat tersebut. Air matanya makin galak turun. Selama ini, dia selalu berburuk sangka pada lelaki itu. Selalu yang tidak elok dia fikirkan. Lebih-lebih lagi lelaki itu datangnya dari keturunan orang berada. Tidak sangka hatinya setulus itu, tidak sangka terlalu tinggi pandangan lelaki itu terhadapnya. Tidak sangka!
Air mata yang masih mengalir itu, disekanya cepat-cepat. Diari comel yang berada di atas meja dibukanya berhati-hati
27hb Januari 2006
Ya Allah, ya tuhanku! Aku sudah jatuh cinta!……….Dengan lelaki bernama Aliff Hakimi bin Haji Ali……. Maka berkatilah aku!
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 8}
Sepatu bertumit tinggi itu, dihempas keras ke dinding. Berdentum bunyinya tatkala sepatu itu berlaga dengan dinding. Sudahnya, tumit sepatu yang meruncing tajam itu patah tatkala ia jatuh ke lantai.
“Kenapa Hana pakai kalung tu?” Hana mendengus geram. Teringat kembali kata-kata Aliff.
“Kalau saya jadi Hana, saya takkan ambil kalung tu meskipun diizin oleh Jihan.” Kata-kata Aliff tergiang-giang lagi.
“Kenapa?”
“Kerana , ianya bukan seperti kalung biasa. Kalung yang saya hadiahkan buat Jihan mempunyai perasaan. Dan kalau saya adalah Hana, tak mungkin saya tergamak mengambilnya”
“Huh! Aliff memang bodoh!” Dia tersenyum mengejek. “Jihan tidak pernah menyintai Aliff. Dia lansung tidak ada sedikitpun perasaan cinta buat Aliff. Jihan gadis berhati batu! Degil! Bukan mudah untuk dia jatuh cinta!” Suaranya mula keras. Dadanya berombak menahan rasa marah.
“Saya tahu! Saya dah lama tahu Hana!”
“Habis tu, kenapa masih mengharap? “
“Saya cintakan Jihan, dan itulah kenyataannya. Saya serahkan segala-galanya pada Allah. Jika Allah telah menentukan yang saya perlu menanti seribu tahun lagi untuk cinta Jihan, saya sanggup. Dan jika Allah menetapkan cinta saya akan berkubur hari ini, saya redha!”
Arghhhhhhhhhhh!!!!!! Hana menekup telinga dengan kedua tangannya. Namun kata-kata Aliff makin bermain-main di telinganya. Dan kali ini, bantal kecil yang terletak di atas sofa pula menjadi mangsanya. Dicampak keras ke dinding.
“Ya Allah! Kenapa ni Hana?” Julia yang baru selesai menunaikan solat maghrib, terkocoh-kocoh ke luar dari biliknya. Dia yang asyik berdoa, terkejut mendengar bunyi benda jatuh di ruang tamu.
Tubuh Hana yang sudah terhinggut-hinggut menahan tangis, digoncangnya beberapa kali. Namun gadis itu masih membatu, terus terisak-isak seperti anak kecil.”Hana, kenapa ni? Cuba cerita dengan Lia.” Rambut Hana diusap lembut.
Hana mendongak memandang wajah Julia. “Hana jatuh cinta Lia!”
“Jatuh cinta? Kalau jatuh cinta, sepatutnya gembira, kenapa Hana menangis?” Mata Hana yang masih berkaca, direnungnya dalam-dalam. Tidak faham!
“Hana cuma bertepuk sebelah tangan.” Julia mengeluh perlahan. Apa nasihat yang patut dia berikan? Memang sakit jika cinta tidak berbalas. Dia sendiri pernah merasai dan dia juga sudah berkali-kali dikecewakan. Layakkah dia menasihati Hana?
“Sabarlah Hana. Berilah masa buat dia dan diri Hana sendiri. Mana tahu, suatu masa nanti akan terluah kata cinta dari bibirnya. Ketentuan Allah tak siapa yang tahukan?” Tubuh Hana ditarik ke dalam pelukkannya. Dipeluk erat teman serumahnya yang telah dikenali sejak 5 tahun yang lalu. Sudah banyak mereka berkongsi kisah suka dan duka.
Esak tangis Hana kian berkurangan. Terasa lapang hatinya tatkala mendengar kata-kata Julia. Memang benar, tidak ada siapa yang dapat menduga apa yang bakal berlaku di masa depan. Mungkin juga, suatu hari nanti, cinta Aliff akan beralih arah padanya. Mana tahu, ya… mana tahu!
****************
Halimah duduk bersila di sisi Jihan. Diperhatinya tingkah Jihan yang sibuk melipat pakaian untuk dimasukkan ke dalam beg. “Mak kena janji dengan Jihan jangan telefon dia kali ni!”
“Telefon siapa?”
“Alah mak ni! Buat-buat tak tahu pulak!”
Halimah tersenyum simpul. “Mak risaulah kalau tak beritahu Aliff. Jihan bukannya biasa sangat kat KL”
“Apalah mak ni! Jihan dah besar panjang. Lagipun, Kak Hana kan ada kat KL. Kalau ada apa-apa yang berlaku, Jihan boleh cari Kak Hana” Tangannya masih ligat melipat pakaian yang berlonggok di depannya.
“Kak Hana kamu tu kan selalu je sibuk. Ada ke masa dia nak jenguk Jihan”
“Habis tu, Aliff tu tak sibuk ke mak? Dia pun kerja juga kan? Dahlah tu! Mak jangan beritahu dia.” Jihan masih berkeras.
“Jihan bukannya pergi mana pun, cuma pergi seminar je. Itupun dalam 2 hari!”
“Kenapa buat dekat KL? Selalunya kan cuma buat dekat-dekat sini je kan?” Halimah masih risau.
“Kali ni seminar untuk semua guru-guru tadika KEMAS seluruh Malaysia mak. Sebab tu buat kat KL”
“Kalau macam tu, semua tadika kat Malaysia ni tutuplah ye. Dah semua cikgunya pergi seminar” Halimah tersengeh.
“Ish! Mak ni! Ada ke pulak macam tu. Bukan semua tapi mana yang terpilih je” Jihan memberhentikan kerja-kerja melipat kainnya. Tangannya berlalih ke arah lengan tua milik Halimah.
“Mak….Jihan ni yang patut risaukan mak, sebab tinggalkan mak sorang-sorang kat kampung, bukannya mak tau!” Halimah tersenyum lembut. Anaknya yang seorang ini memang perihatin terhadapnya.
Bukan calang-calang juga tempat seminar yang dianjurkan kali ini. Hotel Palace of Golden Horses. Memang cantik betul hotel tu. Terpegun Jihan melihat seni bina yang begitu indah. Kalau hendak diharapkan dia sendiri ke sini, memang mimpilah!
Jihan merenung jam di tangan kirinya. 4 petang! Selesai mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengerusi, dia dan peserta-peserta yang lain menaiki bas menuju ke ibu kota. Jam ditangan kirinya direnungnya sekali lagi. Mana semua peserta yang lain. Sudah setengah jam dia tercongok di sini menanti mereka yang masuk ke Sogo. Sengaja dia menanti di luar, malas dia hendak bersesak-sesak di dalam sedangkan sekadar menengok sahaja tanpa membeli apa-apa.
“Ish! Mana semua orang ni? Dah berjanggut aku tunggu!” Suara rungutan mula keluar dari bibirnya. Matanya sudah melilau mencari kelibat mereka yang baru dikenalinya sebentar tadi. Tak ada! Eh? Aku dah kena tinggal ke? Kepalanya digaru berkali-kali.
“Isk! Macam mana nak buat ni? Aku bukannya tahu sangat jalan kat KL ni!” Hatinya mula dilanda risau. Itulah! Cakap besar sangat dengan mak malam tadi, kan dah kena! Dia mengatur langkah mengikut arah kaki yang tidak menentu. Makin lama kian jauh dia berjalan. Puas dipandang sekeliling kalau-kalau ada tempat yang dia biasa pergi. Namun hampa! Dan teksi pula, puas dia menahan tapi tiada satu pun yang ingin berhenti. “Huh! Aku bayarlah! Bukan nak naik free. Itu pun tak nak berhenti!”
“Kak Hana, Jihan ni! Jihan ada kat KL. Jihan sesatlah! Boleh tolong ambil Jihan tak?” Dan akhirnya, itu sahaja pilihan yang dia ada. Wajah Jihan tiba-tiba berkerut. “Ohh…Tengah meeting ke? Kalau macam tu tak apalah. Jihan usahakan cara lain”
Hana tersenyum puas. Biarkan! Padan muka! Kalau boleh, biar Jihan sesat sampai bila-bila. Jangan jumpa langsung jalan pulang! Dia menghempaskan punggungnya di atas kerusi. Maaf Jihan ! Aku menjadi kejam. Terpaksa menjadi kejam, kerana cinta!
Dia tiba-tiba bangkit semula. Teringatkan sesuatu. Jangan-jangan, Jihan akan telafon Aliff meminta pertolongan. Cara apa lagi yang Jihan ada, jika tidak meminta bantuan dari Aliff. Ah! Sudah! Hatinya dilanda resah.
Nombor telefon Aliff didailnya tergesa-gesa. Lama menanti. Engaged! Resah di hatinya bercambah kian hebat. Sekali lagi dia mencuba. Keadaan masih sama! Hana mengetap bibirnya cuba membuang perasaan resah yang makin mencengkam jiawanya.
“Hello!” Hana tersenyum lega mendengar suara Aliff di hujung talian. “Hana ke ? Sorry Hana, nanti saya call Hana balik. Saya nak keluar sekejap, nak pergi jemput Jihan” Hampir terlepas gagang telefon di tangannya. Geram!
“Hana nak ikut sekali. Bimbang juga dengan keadaan Jihan” Cepat-cepat dia menyusun rancangan. “Tak payahlah! Hana tengah meeting sekarang kan? Nanti bising pula boss Hana” Terkedu. Penipuannya memakan diri.
“Errr……Dah habis dah! Baru je habis. Tunggulah Hana sekejap, Hana nak ikut” Masih mengharap. “Tak mengapalah Hana. Saya dah on the way sekarang ni. Nanti saya call balik ok!” Klik! Talian telefon terus mati. Hana terkulat-kulat merenung telefon di tangannya. Tersandar kembali di kerusi sambil memicit-micit kepalanya. Tiba-tiba diserang sakit kepala. Aliff!
“Kenapa Jihan tak call saya yang Jihan akan datang ke sini?” Jihan mengeluh perlahan. Dia ni! “Saya datang sini kejap je. Itupun sebab ada seminar, bukannya saya datang makan angin”
“Saya bimbangkan Jihan. Saya takut sesuatu yang tak elok berlaku pada Jihan.” Diam.
“Tengok, sekarang kan dah sesat. Mujur masih ingat nombor phone saya” Jihan mengetam bibir menahan geram.
“Marah?” Cepat-cepat kepalanya digelengkan. Aliff tersenyum. “Kita pergi makan dulu ye. Mesti Jihan laparkan?”
“Tak! Saya dah kenyang. Saya cuma nak awak hantar saya balik je kat hotel tu”
“Jangan nak tipu saya. Saya tahu Jihan belum makan lagi. Muka Jihan pucat. Kita makan dulu”
“Tak nak!”
“Saya takkan hantar Jihan balik jika Jihan tak makan dulu!” Keras suara Aliff. Dia berhenti melangkah. Memusingkan badannya mengadap Jihan.
“Awak nak paksa saya lagi?”
“Bukan paksa tapi sayang!” Aduh! Dia ni! Kenapalah dada ni berlari terlalu pantas?
Mahu tidak mahu kakinya diaturkan juga mengekori langkah Aliff. Banyak kali Aliff terpaksa mematikan langkahnya menanti Jihan yang asyik tertinggal di belakang.
“Sikitnya Jihan makan.”
“Dah kenyang! Takkan nak sumbat lagi”
“Mesti perut Jihan tu dah masuk angin sebab tu cepat sangat kenyang”
“Biarlah! Nak masuk angin ke, nak masuk apa ke, peduli apa!”
“Saya peduli!” Wajah Jihan mula keruh. Letih bercakap dengan lelaki ini!
“Maafkan saya! Saya asyik sakitkan hati Jihan je” Gigi taringnya mula terserlah tatkala dia mula ketawa.
“Tahu pun!” Antara dengar dengan tidak dia merungut geram.
“Untuk Jihan” Sebuah bungkusan dihulurkan pada Jihan
“Apa ni?”
“Bukalah tengok!”
Wah! Cantiknya! Terjerit dia di dalam hati melihat sinaran permata yang bersilau-silau.
“Sebagai ganti kalung yang dulu. Dan kali ini, tolong jangan serahkan lagi kepada orang lain!” Ayat yang terakhir itu seakan amaran.
“Kenapa susah-susah. Tak perlu ganti apa-apa pun” Angkuh! Kenapalah aku ni? Mulut cakap tak suka tapi di hati melonjak-lonjak gembira.
Aliff ketawa lagi. Jihan! Jihan! Riak dia wajah gadis itu sudah dapat di baca apa yang tersirat di hati. Dia tahu Jihan gembira dengan pemberiannya.
“Kita sembahyang maghrib dulu ye. Lepas tu saya hantarkan Jihan balik, boleh?” Jihan mengangguk laju. Dia bingkas bangun mengekor langkah Aliff yang sudah ke depan.
“Hana! Hana! Hei! Hana! U dengar tak ni!” Hana tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. “Kita nak buat apa kat sini sebenarnya. Dah lama tercegat kat sini, U cari apa?” Soal Amri ingin tahu. Tadi gadis itu beria-ria mengajak dia menemaninya.
“Jomlah balik!”
“Hah? Dah balik pulak dah? What’s wrong with U dear?” Soal Amri lembut. Si Manis ini banyak kali melukakannya, namun dia juga yang sentiasa di hati.
“Tak ada apalah! U nak balik ke tak nak? Tak nak, I balik sendiri!”
“Ok! Ok! Kita balik! Jangan marah dear” Wajah Hana kian kelat. Sakitnya hati melihat cerekarama sebentar tadi. Pelakonnya; Jihan Sofinas dan Aliff Hakimi! Kenapa heroin tu bukan aku? Huh! Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Memerhati bening senja yang kian pekat. Terasa seolah-olah diejek oleh senja yang kian hilang. Mengekek-ngekek ketawa melihat kelukaannya. Jihan, Andai aku terpaksa memutuskan tali persaudaraan ini dengan mu kerana Aliff, aku rela! Biar terpaksa ku buang emak pun, aku sanggup!
“Dah solat?” Jihan sekadar mengangguk.
“Boleh saya cakap sikit sebelum saya hantar Jihan balik?”
“Cakaplah” Kening Jihan sedikit terjungkit.
“Pasal perjanjian keluarga kita” Wajah Jihan makin berkerut.
“Perjanjian apa?”
“Tempoh setahun pertunangan sebelum dilangsungkan perkahwinan” Lama Jihan terdiam. Kenapa pula?
“Kenapa?”
“Saya nak pendekkan” Hah? Mulut Jihan terlopong.
“Lama untuk saya menanti setahun. Lagipun saya sudah bersedia menjaga Jihan dan saya mampu. Lebih baik dipercepatkan!” Amboi sedapnya cakap! Dia dah bersedia, tapi aku belum!
“Tak naklah! Kenapalah awak ni tak menyempat-nyempat nak kahwin. Dah miang sangat ke?” Aliff tergelak. Digeleng-geleng kepalanya beberapa kali. Jihan! Jihan!
“Bukan macam tu Jihan, jangan salah faham maksud saya. Perkahwinan bukan semata-mata mengenai hubungan seks!” Jihan terdiam.
“Saya cintakan Jihan, sayangkan Jihan. Sudah acap kali ayat ini saya sebutkan” Kata-katanya terhenti. Memandang ke arah Jihan yang mula menundukkan kepalanya.
“Saya ingin sentiasa di sisi Jihan, melindungi Jihan. Menceriakan setiap detik dalam hidup Jihan. Tanpa ikatan perkahwinan, membataskan segalanya………Dan lagi satu, saya cukup bimbang jika kehilangan Jihan meskipun saya percaya pada qada’ dan qadar Allah namun jauh di sudut hati saya akui gagal menipu diri. Saya memang takut! Takut jika Jihan terus hilang!”
Air mata Jihan rasa ingin menitis. Ditahan sedaya upaya supaya tidak gugur. Sebak mendengar kata-kata Aliff. Bodohkah aku? Masih menyembunyikan rasa cinta yang sudah berputik. Kejamkah aku? Terus menerus mendera hati lelaki sebaik ini. Ya Allah……Berilah aku kekuatan menyatakan apa yang tersembunyi!
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 9}
Lega! Akhirnya ucapan penutup untuk seminar kali ini telah berakhir. Cepat-cepat dia mengemas segala barang dan peralatannya. Segalanya perlu dibuat dengan pantas, bimbang dia akan ditinggalkan untuk kali ke dua.
Langkah pantasnya tiba-tiba mati tatkala melihat kelibat Aliff yang sudah tercegat di lobi hotel. Dia ingin berpatah balik namun tidak jadi berbuat demikian bila langkah lelaki itu sudah diorak menuju ke arahnya. “Dah habis seminar?” Dia sekadar mengangguk. Jihan melarikan pandangannya ke arah lain. Takut untuk memandang mata redup lelaki di hadapannya.
“Jihan balik macam mana?”
“Pihak penganjur dah sediakan bas untuk kami”
“Kami?”
“Maksud saya, semua peserta seminar lah” Jelas ketara kerutan di wajah Jihan. Sudah tahu, masih ingin bertanya!
“Biar saya yang hantarkan Jihan balik, boleh?” Lembut suara Aliff menyapa gegendang telinganya. “Eh, tak payahlah! Tak payah susah-susah. Lagipun awak tengah kerja kan? Saya tak nak kacau awak” Laju sahaja Jihan menjawab. Aliff tergelak.
“Tak susah Jihan. Ini sebahagian dari tanggung jawab saya, lagipun saya tidak bekerja hari ini. Sengaja memohon cuti untuk menghantar Jihan balik” Gulp! Jihan meneguk air liurnya berkali-kali. Aku tak mahu! Nanti, pasti soalan semalam akan diutarakan sekali lagi. Apa yang perlu dijawab? “Tak payahlah!” Jihan masih berkeras.
“Saya bimbang jika Jihan naik bas. Saya takut jika Jihan akan “hilang” sekali lagi!” “Hilang” sekali lagi? Maksudnya sesat ke? Ah! Aku bukannya budak kecil yang akan sesat berkali-kali! “Takkan pulak macam tu! Itu! Bas dah pun menanti. Bas ni akan straight ke kampung.” Jari telunjuknya di tunding ke arah sebiji bas berwarna merah tua yang terletak betul-betul di hadapan mereka berdua.
“Saya ambil cuti hari ini, semata-mata untuk Jihan. Biarlah saya yang hantarkan Jihan balik. Lagi pun KL ke Raub tidak memakan masa yang terlalu lama” Suara Aliff sedikit merayu. Jihan terdiam. Berkira-kira sendiri di dalam hati.
“Oklah! Saya ikut awak balik. Tapi awak kena berjanji dengan saya” Sebuah syarat mula diletakkan.
“Anything! Apa janji yang perlu saya turuti?”
“Jangan tanya saya soalan yang pelik-pelik!”
Kening Aliff yang hitam lebat itu sedikit terjungkit. “Soalan yang pelik-pelik? Soalan pelik apa yang pernah saya tanya Jihan?”
“Soalan macam yang awak tanya saya semalam tu!”
Aliff tergelak kecil. Janggutnya yang sejemput itu diraba berkali-kali. Jihan! Jihan!
“Pelik ke soalan saya semalam? Saya tak bertanya mengapa udara tidak boleh dilihat atau kenapa air tidak boleh digenggam atau pun kenapa bumi ini bulat bukannya empat segi!”
Jihan yang mula mengatur langkah mula berhenti semula.
“Awak main-main pula dengan saya. Saya tak nak ikutlah!” Aliff tersenyum meleret. Jihan yang degi! Tetapi Jihan yang degil inilah yang berjaya memancing hatinya, yang keras kepala inilah sering bertamu dalam mimpinya. Ya Allah…….Permudahkan jodoh ku, dekatkanlah batasan antara dia dan aku.
*******************
“Cantik! Wajah Jihan memang mirip muka U. Lesung pipit dia comel sungguh!” Ujar Amri sebaik melihat foto yang terletak di meja Hana. Huh! Hana sedikit mendengus. Lesut pipit dia comel sungguh! Ya! Mungkin lesung pipit itulah yang membuatkan dia asyik gagal merebut hati Aliff. Kenapa? Tahi lalat manis ku di bawah bibir yang persis Siti Norhaliza ini tidak menarikkah? Tidak cukup kuatkah memikat hati mu…Aliff!
“Hana! Tengok tu ! U berkhayal lagi. Kebelakangan ni U asyik macam ni. Ada sesuatu yang perlu I tahu?” Perhatian Amri buat Hana tidak pernah berbelah bahagi. Hana masih diam. Matanya turut terpaku pada foto yang dilihat Amri. “Nothing! Boleh U keluar sekejap tak? I nak call mak I lah” Amri sekadar mengangguk. Lelaki itu bingkas bangun berlalu meninggalkan Hana sendirian.
“Assalamualaikum Mak! Hana ni!” Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Jihan dah balik ke mak?”
“Dah balik dah, kelmarin. Aliff yang hantar” Nafasnya mula rasa tersangkut. “Hana sihat?”
“Hana ok, cuma sakit kepala sikit”
“Sakit kepala? Dah jumpa doctor?” Halimah mula risau. “Sikit je mak. Makan panadol nanti ok lah tu” Suara Hana sedikit hambar. “Kenapa Hana? Lain macam je suara Hana. Ada masalah ke?” Kedengaran keluhan kecil dari bibir gadis itu.
”Mak………” Rasa agak payah untuk keluar
“Hana nak kahwin!” Terpacul ayat itu di bibirnya.
Halimah tersenyum meleret. “Alhamdulillah. Eloklah tu Hana. Boleh buat sekali dengan Jihan. Majlis pernikahan dah di percepatkan. Cuti sekolah bulan 5 nanti akan di langsungkan” Hana tersandar di kerusinya. Dipercepatkan?
“Siapa bakal menantu mak tu?” Hening sunyi sepi.
“Hana….Mak tanya ni, siapa bakal menantu mak tu?” Halimah mengulangi soalannya.
“Aliff! Aliff lah bakal menantu mak!” Ingin dijerit dicorong telefon, ingin dilepaskan apa yang terbuku di hati. Tetapi…Mengapa sekadar bergema di dalam hati?
“Hana…..”
“Errr…….Tak adalah mak! Hana bergurau je dengan mak tadi tu. Saja call mak, rindu! Dah lama tak dengar suara mak” Ceria suara Hana sengaja dibuat-buat.
Halimah terdiam. Dia faham ada sesuatu yang disembunyikan oleh anak gadisnya itu.
Hana menekup muka dengan kedua belah . Menangis lagi! Rasa benci pada Jihan makin meluap-luap. Hana bingkas bangun. Menyeka sisa air matanya cepat-cepat. Tergesa-gesa mencari kelibat Amri di luar.
“Tina! U ada nampak Amri tak?” Penyambut tetamu berambut ikal itu tersenyum mengeleng. Mana dia ni? Dia berlari-lari anak menuju ke tingkat bawah. Telefon bimbitnya di keluarkan. Mendail nombor telefon milik Amri. Tidak berjawab!
“Hana!” Dia segera berpaling. Amri! “I cari U dari tadi!” Hana sedikit tercungap. “I call pun U tak jawab. Mana U pergi?” Amri tersengeh cuma .
“I ada kat “bilik termenung” tadi” Hana juga turut tersengeh. “So….Apahal U cari I?”
“Did U really love me?” Soalan Hana yang tidak dijangka itu benar-benar mengejutkannya. “What?” Benarkah itu yang didengarnya. “Did U really love me?” Kali ini lebih keras suara Hana. Matanya cemerlang merenung wajah Amri. “Yes Hana! Since I jumpa U buat pertama kali!”
Hana menarik nafasnya dalam-dalam. “I nak U buat sesuatu untuk I. Then, I’ll be yours!” Amri sedikit ternganga. Wajah Hana direnungnya dalam-dalam. Mencari kepastian di wajah berbujur sirih itu. “U nak I buat apa?”
*****************
Jihan yang baru balik dari mengajar, menyorong basikal miliknya ke dalam bangsal. Peluh yang merenek di dahinya, dikesat perlahan-lahan. Musim panas sekarang. Jalan bertanah merah yang dilaluinya akan berdebu setiap kali dilepasi oleh kereta atau lori. Sudahnya, dia yang sekadar berbasikal, terpaksa bermandi debu!
“Dah balik Jihan?” Sapa Halimah yang tiba-tiba terjengol di muka pintu.
“Haah mak! Panas betul hari ni!” Peluh yang masih merenek di dahi, dikesatnya lagi.
Dia melabuhkan punggungnya di sisi Halimah yang sudah duduk bersila.
“Aliff telefon tadi”
“Nak apa?” Soalnya tidak acuh
“Pasal kursus perkahwinan korang berdualah”
“Kenapa pulak? Dia kursus lah kat sana, biar Jihan buat kat sini” Masih malas bersembang tentang Aliff.
“Mana boleh macam tu Jihan. Kena pergi sama-samalah!”
“Kalau buat kat sini, Jihan nak lah. Tapi kalau dia suruh Jihan ke KL, minta maaf lah mak, Jihan takkan pergi”
Halimah mengeleng-ngeleng kepalanya berkali-kali. “Pergilah KL. Aliff dah tempah dekat sana”
“Jihan nak duduk mana kalau pergi sana mak?”
“Cuma sehari je Jihan, nanti leaps tu dia hantar lah balik. Bukannya jauh sangat KL dengan sini” Halimah masih memujuk.
“Malaslah mak! Malas nak jumpa dia!”
“Kenapa pulak Jihan? Dah tak lama nak jadi isteri Aliff, masih tak suka lagi?”
“Bukan tak suka tapi dia tu……Kalau cakap dengan dia….Ish!! Susahlah Jihan nak cerita dengan mak. Mak takkan faham punya!” Jihan bingkas bangun menuju ke biliknya meninggalkan Halimah yang masih menanti jawapan darinya. Emak faham Jihan….Lebih dari faham nak……Emak yang lebih dulu makan garam dari mu!
Punggungnya dihenyak keras di atas katil. Berkeriut-keriut bunyi katil besi itu bila tubuh Jihan dihempas dengan kasar. Telefon bimbit miliknya tiba-tiba berbunyi. Terlihat nama Aliff yang tertera di skrin, Jihan sekadar memandang sepi. Sms pula yang diterimanya. Berkelip-kelip lampu di telefonnya. Masih jua dibiarkan sepi. Entahlah! Susah mentafsir hati sendiri. Di dalam sudah berputik cinta tapi mengapa setiap kali bertemu, setiap kali berbicara, bunga-bunga pertengkaran juga yang muncul?
“Sabtu ini 11hb, tunggu saya! Saya akan bawa Jihan ke KL untuk menghadiri kursus perkahwinan” Sms pertama dibacanya lambat-lambat. “Selepas solat subuh, kita akan bertolak!” Huh! Jihan mendengus geram. Selalu membuat sesuatu tanpa bertanya persetujuannya terlebih dahulu.
“Assalamualaikum” Akhirnya panggilan Aliff dijawabnya juga. “Saya tak nak pergi!” Jihan menjawab pantas.
“Jihan….Jawab salam saya dahulu”
“Dah! Dalam hati”
“Bukan ke lebih baik kalau saya boleh mendengarnya” Tengok tu! Dia dah mula dah!
“Sebenarnya nak bincang pasal apa ni?”
“Jihan dah baca sms yang saya hantar?”
“Dah! Mak pun dah beritahu tadi” Suara Jihan beransur lembut. Lelaki ini memang bijak! Pandai menaikkan kemarahannya, pandai juga memujuk emosinya.
“Jihan tunggu saya ye!”
“Tapi saya nak buat dekat sini. Awak buatlah dekat sana!”
“Kenapa pula macam tu ? Bukan ke sepatutnya pergi berpasangan?” Diam.
“Saya tahu, mesti Jihan tak nak jumpa saya kan?” Masih diam.
Aliff mengeluh perlahan. “Saya janji, ini adalah kali terakhir kita bertemu. Selepas Jihan sah menjadi isteri saya, baru kita akan bertemu semula. Saya pun tidak berapa suka cara macam ni, nanti sekadar mengundang godaan syaitan. Bimbang nafsu yang mengusai hati” Lembut suara Aliff menyejukkan hatinya.
Jihan mula tersenyum. Tersenyum meleret. Kalaulah aku jua semudah mu Aliff mengucap rasa cinta yang makin bercambah di hati!
“So, macam mana?” Soalan Aliff menyentak lamunannya yang seketika.
“Ye lah! Nanti saya tunggu awak. Jangan lambat! Lewat 15 minit saya tak nak pergi!” Terdengar ketawa Aliff di hujung talian. Jihan yang degil! Jihan yang comel!
|
|
|
|
|
|
|
|
Friday, February 10, 2006
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 10}
Sudah larut malam, namun matanya masih enggan untuk tidur. Sejak balik berkursus dengan Aliff tempoh hari, bibirnya tidak boleh berhenti untuk tersenyum. Gembira sangat rasa di hati.
“Saya tak nak duduk dekat depan, tapi di belakang”
“Silakan Jihan. Lebih elok macam ni.” Jihan terdiam. Sangkaannya lelaki itu akan menolak permintaannya. “Tak apa ke? Nanti saya jadi macam “mem” dan awak pula macam driver” Aliff tersenyum lembut. “Saya tak kisah”
“Saya takut!”
“Jihan tak perlu takut dengan saya. Saya tidak pernah menyentuh Jihan dan tak akan menyentuh Jihan selagi belum halal untuk saya” Jihan tergelak mendengar kata-kata Aliff. Mulutnya dipekup cuba menahan ketawanya yang mula pecah.
“Bukan itu maksud saya lah!” Ketawa Jihan masih bersisa.
“Saya takut nak kahwin! Saya takut tak boleh nak penuhi semua kehendak awak!”
Kali ini, giliran Aliff pula ketawa.”Kehendak saya? Apa? Saya belum buat apa-apa permintaan untuk Jihan penuhi”
“Memanglah belum, tapi saya rasa orang yang macam awak ni mesti banyak kerenah. Cerewet!” Aliff mengeleng-ngeleng kepalanya berkali-kali. “Jihan! Jihan! Cepat sangat membuat andaian tentang saya!”
“Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Insya-Allah, kekurangan Jihan akan saya tutup dengan kelebihan yang saya ada. Dan saya juga berharap, kelebihan Jihan dapat mengaburi kekurangan saya!”
“Ramai yang tersalah anggap tentang perkahwinan. Ada juga menganggap, perkahwinan bagaikan mengongkong kebebasan mereka. Sebenarnya, perkahwinan bagaikan syurga dunia. Lebih indah bila dihiasi dengan gelak tangis anak-anak comel”
“Macam mana kalau saya tak boleh melahirkan zuriat untuk awak?” Aliff tergelak lagi. Wajah Jihan dijeling melalui cermin kereta.
“Jihan subur. Insya-Allah dapat melahirkan anak-anak yang comel dan soleh buat saya”
Mata Jihan membutang. “Mana awak tahu?”
“Melalui tapak tangan Jihan” Jihan terdiam. Dibelek tapak tangannya berkali-kali.
“Masa bila awak tengok?” Jihan mula geram
“Jangan tanya saya bila. Aurat wanita hanya boleh dilihat ialah muka dan kedua tangannya sahaja. Allah Maha Adil kan? Sesuatu hukum dan ujian yang Dia berikan, pasti terkandung hikmah buat kita”
Jihan kembali merebahkan badannya di atas katil. Masih teringat kata-kata Aliff kelmarin. Lelaki itu sering merendahkan pandangan terhadapnya, namun masih dapat mengungkai apa yang tersembunyi di dalam diri.
“TANGGGGG!!!!!!!!” Bunyi kuat benda jatuh, mengejutkan Jihan. Dia bingkas bangun. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Tidak mungkin ada kucing yang melanggar benda hingga jatuh, sedangkan dia tidak membela kucing. Kalau emak, dia sudah lama masuk ke kamar tidur selepas selesai menunaikan solat isya’.
Jihan terjengket-jengket keluar dari biliknya. Dari samar lampu biliknya jelas kelihatan susuk tubuh emak yang sudah terikat tangan dan kakinya. Sehelai kain turut juga disumbat ke dalam mulutnya.
“Ya Allah emak! Ke……” Belum pun habis ayat dikeluarkan, mulutnya sudah dipekup dari belakang. Puas dia meronta-ronta cuba melepaskan cengkaman sasa yang melengkar kejap di tubuhnya. “Ya Allah! Lindungilah aku!” Hanya hatinya yang mampu menjerit. Seluruh anggotanya semakin sejuk terasa.
“Lepaskan saya. Jangan apa-apakan kami berdua. Ambillah apa saja yang awak mahu, tapi jangan cederakan kami!” Jihan mula merayu sebaik pekupkan di mulutnya sudah dilonggarkan. Dia hampir menangis melihat emak yang makin lemah terikat. Lelaki yang berpakaian serba hitam dan memakai topeng itu sekadar mendiamkan dirinya. Aneh! Sejak tadi langsung tidak berkata apa-apa.
Badan Jihan menggigil kian hebat tatkala lelaki itu mula mengikat tangannya. Mulutnya pula dilekatkan dengan sekeping pita plastik. “Janganlah!” Itu sahaja yang mampu dia jeritkan, namun sekadar bergema di dalam hati. Lelaki berpakaian hitam itu mula bertindak ganas. Dilurutkan pakaian Jihan satu persatu. Puas gadis itu meronta-ronta, menendang-nendang menggunakan seluruh kekuatannya. “Allah hu Akbar!” Bergema lagi suaranya di dalam hati. Sedaya upaya melindungi maruahnya yang di jaga sejak dulu. “Bantulah aku Ya Allah!” Namun, khudrat seorang wanita sekuat manalah sangat, pasti tersungkur dek kegagahan Sang Lelaki.
Deras air mata Halimah mengalir. Terangkat-angkat tubuhnya cuba membantu Jihan yang kian lemah dalam pergelutannya. Makin bercucuran air matanya mengalir, hati ibu mana yang tidak luluh, hati ibu mana yang tidak hancur tatkala melihat anak diperkosa di depan mata sendiri. Sayu memandang tubuh Jihan yang sudah terkulai!
“Astagfirullah hal Azim!” Aliff mengucap panjang. Terduduk dia sebaik mendapat panggilan telefon dari kampung sebentar tadi. Diraup kedua tangan ke mukanya berkali-kali. Dilurut dadanya dari atas ke bawah tanpa henti. Jihan Sofinas! Nama gadis itu diucap acap kali.
*******************************
“Sudahlah tu mak. Menangis sampai air mata darah sekalipun, tak dapat mengubah apa-apa. Perkara dah berlaku” Hana memujuk lembut. Tubuh Halimah diusapnya perlahan-lahan. “Kesian Jihan. Mak tak sanggup tengok keadaan dia macam ni” Suara Halimah tersekat-sekat menahan sendu yang kian parah.
Hana terdiam. Dia menoleh sekilas ke arah Jihan yang duduk terperosok di penjuru biliknya. Begitulah lagaknya semenjak kejadian itu berlaku. Jihan tidak menangis namun dia asyik membisu seribu bahasa. Dari pagi membawa ke malam, di situlah duduknya.
“Assalamualaikum” Serentak Halimah dan Hana menoleh. Hana menarik nafasnya dalam-dalam sebaik terpandang kelibat Aliff di muka pintu. “Waalaikumsalam. Masuklah Aliff!”
“Macam mana keadaan Jihan makcik?” Halimah tidak mampu lagi untuk bersuara, sekadar menghantar pandangannya ke arah Jihan. Aliff terdiam. Seketika pandangannya bersatu dengan Hana. Gadis itu cepat-cepat melarikan wajahnya. “Boleh saya berjumpa dengan Jihan” Aliff memohon keizinan. “Pergilah Aliff. Makcik tak tahu nak buat apa lagi. Sejak semalam, sepatah pun dia tidak bercakap. Makanan pun tidak berjamah”
“Assalamualaikum Jihan Sofinas” Jihan mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Sebaik terpandang mata redup lelaki itu, air matanya yang ditahan sejak dulu, serta merta tumpah. Berlinangan membasahi pipinya yang ketara pucat. Terisak-isak tangisnya bagaikan enggan berhenti.
Aliff mula sebak. Pilu memandang mata yang berkaca merenungnya, perit melihat wajah yang tidak bersalah terpalit noda. “Jihan……..Jangan menangis lagi” Pujuk Aliff lembut. Bergetar suaranya cuba menahan rasa sebak yang makin bersarang di hati. Jihan masih begitu. Tatkala tangisannya mulai reda, Jihan bingkas bangun. Perlahan-lahan duduk bersimpuh di depan Aliff.
Dua bentuk cincin yang ditanggalkan dari jarinya, diletak di hujung lutut Aliff. “Hubungan antara kita, ………… berakhir di sini” Tersekat-sekat gadis itu menutur kata. Dan di saat itu, ada hati yang menjerit gembira! Aliff terdiam agak lama. Wajah Jihan dan cincin di depannya, direnung silih berganti.
“Lelaki sebaik awak, berhak mendapat seorang gadis yang suci”
“Jihan…….”
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”
“Jihan…….”
“Saya tak punya apa lagi untuk awak”
“Jihan……. sudahlah” Nafas Aliff kendengaran turun naik.
“”Saya kotor!”
“Jihan Sofinas! Cukup! Cukup! CUKUP!” Aliff menjerit kuat. Jihan tersentak. Halimah dan Hana yang sejak tadi memerhati turut sama tersentak, berpandangan sesama sendiri.
“Saya masih cintakan Jihan. Niat saya ingin memperisterikan Jihan, masih utuh! Melihat keadaan Jihan sekarang, saya makin tidak sanggup membiarkan Jihan sendiri. Izinkanlah saya berkongsi derita itu, Jihan” Suana hening seketika.
“Jihan cintakan saya?” Soal Aliff lembut. Nada suaranya mula bertukar rentak. Namun gadis itu masih tunduk merenung lantai, terus membisu tanpa kata.
Aliff melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Berat! “Cincin ini, saya pulangkan semula kepada Jihan. Cukuplah hari ini, saya akan kembali lagi esok dan lusa untuk bertanya soalan yang sama. Jika untuk hari yang ketiga, jawapannya masih sama, saya tidak akan memaksa lagi.”
“Jihan………….. Kembalilah kepada-Nya. Bangun malam dan tunaikan sembahyang memohon petunjuk dari-Nya. Andai petunjuk dari Allah membawa saya kepada Jihan, saya bagaikan mendapat bulan yang jatuh ke riba. Jika ianya menolak saya jauh dari Jihan, saya pasrah!” Suara Aliff mula mendatar.
Hana mencebikkan bibirnya sebaik kelibat Aliff mulai hilang dari pandangan. “Engkau memang bodoh Aliff!” Desisnya di dalam hati.
Jihan masih membatu di situ. Pandangannya jatuh pada dua bentuk cincin di hadapannya. Air matanya jatuh lagi. Kian deras, kian parah!
Kerana aku jua menyintai mu, maka aku lepaskan engkau pergi…………..
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {CHAPTER 11}
“Bismillahirramanirrahim……” Secawan kopi panas dihirupnya perlahan-lahan. Seketika pandangannya bertembung dengan ibu yang sibuk menyiang ikan di dapur. Aliff menundukkan wajahnya, merenung meja makan yang beralas kain bersulam tangan. Sorotan matanya merenung lakaran indah bunga lawang hasil kerja tangan ibu.
“Tak sedap ke nasi goreng ibu tu? Tak berjamah pun.” Aliff tersenyum mendengar kata-kata ibunya. Kepalanya digeleng beberapa kali. “Bukan macam tu ibu, Aliff yang tak ada selera.” Umi Kalsom terdiam. Hatinya juga terusik melihat mendung yang mewarnai wajah anak tunggalnya.
“Hari ini, adalah hari terakhir. Saya masih belum mendapat kata putus dari Jihan.” Gadis itu masih seperti tadi. Menundukkan wajahnya dan berterus-terusan membisu. Aliff menarik nafasnya dalam-dalam. Terdera hati menunggu kata putus dari gadis berlesung pipit ini.
“Jihan……..” Jihan masih membisu. Tubuhnya sahaja yang terhinggut-hinggut menahan tangis yang mula pecah.
“Maafkan saya! Saya tidak mahu awak juga turut terkena tempiasnya.” Kata-katanya mati seketika. Nafasnya yang dirasakan tersangkut, ditarik dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan untuk menyambung kembali bicaranya.
“Saya gadis ternoda, tidak berhak berada di sisi awak”
“Siapa kata Jihan tidak mempunyai hak di sisi saya?”
“Untuk kali yang terakhir, saya mengulangi…………. Hubungan antara kita ternoktah sampai di sini”
“Jihan……… sudah fikir masak-masak?”
“Sudah!”
“Pasti?”
“Ya!”
“Kalau macam tu, pandang wajah saya dan ulangi ayat tadi!” Keras suara Aliff menerjah cuping telingannya. Jihan terdiam. Tidak mungkin dia mampu mengeluarkan kata jika Si Mata Redup itu menyapu pandangannya.
“Jihan………. pandang saya” Diam! Masih menundukkan wajahnya.
“Jihan………. pandang saya” Aliff mengulangi lagi pemintaannya. Namun Jihan masih begitu. Aliff mengeluh perlahan. Digenggam kedua tangannya cuba memujuk hatinya yang mula terhiris.
“Tak mengapalah. Saya tidak akan memaksa Jihan lagi. Jika itu kehendak Jihan, saya hormati. Semoga Rabbul Izzati merahmati hidupa Jihan dunia akhirat” Bergetar suara Aliff sewaktu menutur kata.
“Allah hu Akbar” Aliff meraup kedua tangan ke mukanya. Teringat kembali peristiwa semalam. Dia mengeluh perlahan. Sesekali jari jemarinya mengirai perlahan bulu-bulu halus yang tumbuh di bawah dagunya. Resah!
“Aliff !” Dia menoleh ke belakang. “Ayah……” Orang Kaya Ali tersenyum lembut. “Bila balik KL?”
“Petang ni”
“Keputusan Jihan masih sama?” Aliff mengangguk perlahan.
“Sabarlah! Mungkin bukan jodoh Aliff dengan Jihan.” Tubuh Aliff diusapnya lembut.
“Insya-Allah ayah. Terima kasih atas sokongan ayah pada Aliff selama ni. Tak terbalas!” Tubuh tua ayahnya didakap erat sebelum berlalu pergi.
Rasa sebak yang ditahannya sejak semalam semakin parah. Jika dia perempuan yang sememangnya murah dengan air mata, memang sudah lama dia menangis. Aduhai hati yang resah, aduhai jiwa yang sebak, tabahlah! Jangan biarkan aku tersungkur. Jangan! Ya Rabbul Izzati, teguhkanlah ketabahanku, kaburilah kesedihan ku! Andai Kau menghendaki rasa cinta itu tertanam dan terus berkubur di hati ini, aku redha! Aku pasrah! Maka……. Pimpinlah aku! Tunjukkilah aku jalan yang sebaiknya. Amin! Ya Rabbal Alamin…………..
************************
Hana menyanyi-nyanyi kecil sambil mengenakan kebaya labuh di badannya. Dia memusing-musing badannya beberapa kali di depan cermin. Cantik! Warna biru laut itu memang sesuai dengan kulitnya. Tudung manik berwarna putih itu dipadankan pula dengan bajunya. Makin terserlah ayunya.Dia tersenyum girang. Tidak sabar untuk memulakan tugasnya hari ini.
“Tina! Hari ni I nak keluar ada appointment. Kalau ada orang cari I, suruh datang esok” Gadis itu mengangguk laju. Hana mengatur langkahnya dengan cepat. Takut kalau-kalau terserempak dengan Amri. Malas hendak bersoal jawab dengan lelaki tersebut.
Kelisa nya dipecut denga laju. Semalam sudah berjanji dengan Aliff hendak berjumpa. Inilah peluangnya untuk merebut kembali hati Aliff. Peluang keemasan ini datangnya cuma sekali, dan dia tidak mungkin lepaskan!
“Eh? Kenapa Hana datang sini? Bukan ke kita dah berjanji nak berjumpa di pejabat saya?” Aliff benar-benar terperanjat melihat kelibat Hana yang tiba-tiba terjonjol di muka pintu rumahnya. Hana tersenyum manis. Tanpa menantikan perlawaan Aliff dia melangkah masuk ke ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.
“Hana, tak sesuailah kita berjumpa macam ni. Jomlah! Saya pun dah bersiap nak ke pejabat ni.” Ujar Aliff kurang senang. Sementelah pula melihat keadaan Hana yang agak berlainan daripada biasa. Gadis itu walaupun bertudung namun kebaya labuhnya begitu ketat sehingga terserlah indah lekuk tubuhnya. Hana tersenyum lagi.
“Kita sembang kat sini jelah. Kalau kat office Aliff, nanti menganggu pula staff-staff yang lain”
“Ada apahal Hana cari saya?” Aliff akhirnya beralah. Dia melabuhkan punggung bertentangan dengan Hana. “Macam mana keadaan Aliff sekarang?”
“Keadaan saya? Ok je, macam biasa. Err…Sebenarnya, apa maksud Hana?” Gadis itu tergelak kecil. “Hana tumpang simpati apa yang berlaku pada Jihan. Kesian Jihan.” Mimik mukanya seolah-olah sedih namun ketara sekadar bersahaja. Aliff terdiam.
“Hana faham perasaan Aliff sekarang ni. Tentu sedih dan kecewa. Kalau boleh, izinkan Hana yang merawatnya”
“Saya tak ada apa-apa. Insya-Allah saya dapat menerima takdir ini” Hana tergelak lagi. Dia bingkas bangun beralih duduk di sebelah Aliff. Agak rapat!
“Hana sukakan Aliff. Cintakan Aliff lebih dari Jihan yang buta menilai orang macam Aliff. Berilah peluang pada Hana untuk bersama Aliff” Aliff benar-benar tersentak. Terkejut mendengar pengakuan Hana. Malah lebih terkejut melihat perlakuan Hana yang agak keterlaluan tidak segan silu membelai dadanya.
Aliff cepat-cepat bangun. Menjarakkan dirinya dari Hana. “Kenapa ni Hana? Tak elok buat macam ni!” Hana masih seperti tadi. Berlagak manja dan menggoda.
“Hana yang patut tanya Aliff kenapa. Kenapa Aliff begitu bodoh masih mengharap Jihan yang sudah ternoda ? Dia dah tak suci lagi. Gadis kotor macam Jihan tidak layak untuk Aliff!” Dia bangun mendapatkan Aliff, cuba memeluk lelaki itu namun Aliff menolaknya dengan kasar.
Hana mendengus geram. Sikap Aliff benar-benar menyakitkan hatinya. Mata Aliff hampir terjegil melihat Hana yang tiba-tiba membuka tudung dan melurutkan kebaya labuh yang dipakainya. “Astagfirullah! Hana, apa ni?” Terkejut bukan kepalang melihat keadaan Hana yang hanya bersalut pakaian dalamnya. Gadis itu tersenyum menggoda.
“Hana masih suci! Kenapa tak pilih Hana. Hana rela berkorban diri hanya untuk Aliff!” Gadis itu merangkul erat tubuh Aliff. Dicium bertalu-talu dada bidang milik Aliff. “Hana!!!!!! Mengucap! Ingat Allah!” Aliff menjerit kuat. Tubuh gadis itu ditolak hingga jatuh terduduk. Menyeringai wajah Hana menahan rasa perit dipunggungnya.
Bangggggg!!!!!!! Pintu rumah Aliff tiba-tiba ditendang dari luar. Kedua-duanya serentak memandang Amri yang sudah berdiri di muka pintu. “Hana! Sampai hati U buat I macam ni!” Hana terdiam. Terkulat-kulat memandang Amri yang sudah menyinga marah.
“I sanggup merosakkan adik U semata-mata kerana cinta yang I tagihkan!” Jeritnya lagi. Aliff terdiam. Tersentak mendengar pengakuan Amri yang tidak sengaja.
“Dia yang goda I . Dia yang cuba merosakkan I” Hana bersuara takut-takut cuba meletakkan kesalahan di bahu Aliff. “Ah! Sudah! I dah dengar semuanya. U yang tak perasan I mengekor U sejak tadi” Bentak Amri berang.
“Awaklah orangnya yang telah merosakkan tunang saya!” Aliff mengetap bibirnya menahan geram. Nafasnya mula turun naik.
“Ya!!!! Memang aku! Dan aku juga nak hapuskan kau! Sebab kaulah aku asyik gagal merebut cinta Hana!” Amri menerkam ke arah Aliff seperti singa kelaparan. Sebuah tumbukkan dilepaskan namun tersasar. Akibatnya dia yang tersungkur. Amri bingkas bangun, cuba melepaskan tumbukannya yang kedua namun dapat ditangkap oleh Aliff.
“Sudahlah! Saya tak nak bergaduh!” Aliff masih menahan rasa marahnya. “Ah!!! Aku tak peduli!” Gagal melepaskan cengkaman Aliff, sebuah tendangan pula cuba diberi namun sekadar memakan diri. Dia yang tersungkur lagi. Entah ilmu apa yang Aliff pakai, lelaki itu tidak membalas serangannya namun dia juga yang kecundang.
Amri makin panas hati. Geram melihat serangannya sekadar memukul angin. Dadanya berombak menahan lelah. “Mati kau kali ni!” Amri menjerit. Sebuah pisau dihunuskan ke arah Aliff. Amri dan Hana yang tidak tahu, Aliff seorang jurulatih silat , dan dengan mudah serangan itu dipatahkan. Amri tersungkur lagi. Kali ini kepalanya sendiri terhantuk dengan bucu meja. Sudahnya, kelihatan darah merah yang mengalir. Dia terdiam. Sudah keletihan untuk membuat serangan. Rasa sakit yang menucuk-nucuk di kepalanya memaksa dia untuk berhenti.
“Kenapa dengan awak berdua ni? Kenapa buat perkara yang bodoh macam ni?” Pertanyaan Aliff tidak berjawab. “Tak sangaka, Jihan pula yang menjadi korban kerana sikap iri hati awak berdua!” Nyaring suara Aliff bergema di seluruh ruang. Dia terduduk di atas sofa. Meraup kedua tangan ke mukanya berkali-kali.
“Hana buat macam tu sebab cintakan Aliff” Hana akhirnya bersuara. Aliff mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Itu bukan cinta namanya Hana!”
“Itulah cinta! Cinta memang buta! Hana akan buat apa saja kerana perasaan cinta ini!” Gadis itu mula berkeras menegaskan pendiriannya.
Aliff menahan nafasnya. Terasa sebu di dada.
“Cinta tidak buta! Perasaan cinta anugerah dari Allah. Dia berikan pada kita dengan bermata, Dia berikan pada kita penuh kemuliaan. Tetapi……. Kita sebagai manusia yang membutakannya dengan nafsu!” Hana terdiam.
Amri yang masih keletihan menarik nafasnya dalam-dalam. Dalam diam dia mengakui kebenaran kata-kata Aliff. Memang benar! Dia dibutakan kerana rasa cintanya pada Hana hinggakan tergamak menodai gadis yang tidak berdosa. Semua kerana cinta nafsu! Gah memperjuangkan cinta yang dianggap agung!
“Dan……… orang-orang seperti awak berdualah yang membutakan cinta. Salah menganggap erti cinta yang sebenarnya” Suara Aliff mula mendatar. Diraup lagi kedua tangan ke mukanya. Jihan!
************************
“Cikgu Jihan!” Jihan yang asyik merenung ke luar tingkap, tersentak. Cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Aleeya! Anak Kak Sofia yang terlalu pendiam itu tersenyum comel memandangnya.
“Bila Aleeya sampai? Datang dengan siapa?” Jihan terasa senang hati melihat anak comel itu. Sememang dia rindu dengan anak-anak didiknya. Sejak peristiwa hitam itu, dia langsung tidak mengajar. Sudah patah semangat. Malu hendak menyua muka kepada orang ramai dan lebih malu menunjuk wajah kotor ini di depan anak-anak kecil yang mulus dah bersih.
“Datang dengan mak. Mak tengah cakap dengan nenek Mah!” Anak comel itu tiba-tiba merangkul leher Jihan. “Kenapa Cikgu Jihan dah lama tak datang sekolah. Aleeya rindu dengan cikgu, semua orang pun rindu dengan cikgu” Jihan terdiam. Rasa sebak mula bertandang. Sejak kebelakangan ini dia menjadi begitu sensitive. Mudah sangat sebak, mudah sangat tersentuh.
“Siapa lagi nak ajar Leeya ABC, sapa yang nak ajar Leeya lukis gambar rama-rama. Cikgu baru tu tak best. Garang sangat tak macam Cikgu Jihan. Baik, sayangkan Leeya. Cikgu Jihan datang esok ye!” Anak kecil itu merengek manja. Air mata Jihan mula berlinangan. Wajah comel Aleeya dikucupnya berkali-kali. Anak ini, susah sangat mendengar suaranya. Susah sangat mendekatinya, tetapi kali ini……….. Jihan makin sebak.
“Jihan……” Jihan cepat-cepat mengesat air matanya. “Emak Aliff datang.” Lembut suara Halimah. Wajah Jihan yang sunggul direnung penuh kasih. Jihan sekadar mengangguk. Matanya asyik merenung kertas lukisan yang diberikan oleh Aleeya sebentar tadi. Kata anak kecil itu, gambar ini dilukis oleh semua orang dalam kelas. Gambar Cikgu Jihan katanya. Jihan tersenyum dalam tangis melihat wajahnya yang dilakar oleh anak-anak comel itu.
“Jihan sihat?” Umi Kalsom duduk bersila di sisinya. Rapat! Kedua tangannya mengenggam erat jari jemari Jihan. Gadis itu kian terharu.
“Jihan dah memalukan makcik dan Aliff” Bergetar suaranya menahan rasa tangis yang ingin terbit lagi.
“Kenapa Jihan cakap macam tu? Bukan itu kehendak Jihan kan? Tak siapa yang menghukum Jihan dan tak ada siapa yang merasa jijik dengan Jihan” Rambut Jihan diusap lembut penuh kasih sayang.
“Jihan tak layak menjadi isteri Aliff”
“Layak atau tidak bukan kita yang menentukan Jihan”
“Jihan rasa kotor. Jihan tak nak rasa kotor itu turut terpalit pada Aliff” Air mata yang cuba ditahannya gugur jua. Halimah yang sekadar mendengar turut mengalirkan air mata. Pilu!
“Jihan……. Makcik bukan ingin memaksa tetapi sekadar memberitahu, Makcik dan pakcik sentiasa menantikan kedatangan Jihan sebagai menantu. Jihan gadis baik. Orang yang baik akan sentiasa di uji Allah!” Ditarik tubuh Jihan ke dalam pelukkannya. Mencium lembut ubun-ubun kepalanya. Dan tangisan Jihan pula, bagaikan enggan untuk berhenti.
*************
Jihan menutup helaian Al-Quran di hadapannya. Mencium lembut kitab itu. Telekung yang menutupi kepalanya di buka perlahan-lahan. Jam di meja tulisnya, dijeling sekilas. 3 pagi!
Tangannya ligat menekan kekunci telefon bimbitnya, menghantar sms buat Aliff.
“Masihkah saya mempunyai ruang setelah peluang yang terakhir saya sia-siakan begitu sahaja?”
Sms itu dibaca berkali-kali sebelum menghantar kepada Aliff. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Mungkin Aliff sedang enak dibuai mimpi sekarang ini. Jihan yang ingin merebahkan badannya tersentak tatkala telefon bimbitnya berbunyi menerima sms.
Aliff! Hatinya bagaikan menjerit. Masih belum tidur lagi rupanya! Tangan terasa menggigil sewaktu membuka sms yang dihantar. Entah apa jawapan yang diberi.
“Secara lisan saya sekadar bertanya sebanyak 3 kali kerana tidak mahu terus mendera perasaan Jihan. Saya tidak mahu menambah rasa duka yang sarat Jihan tanggung. Tetapi……. di dalam hati, saya memberi peluang SEUMUR HIDUP saya buat Jihan!”
Jihan tersedu-sedu membaca bait-bait ayat yang tertera. Pandangannya kelabu dek air mata yang kian galak keluar dari kolam matanya. Dalam sarat mengendong duka, masih ada mentari yang mengalir sinar!
|
|
|
|
|
|
|
|
JIHAN SOFINAS {LAST CHAPTER}
Jihan merenung jari jemarinya yang merah berinai. Kilauan cincin berlian yang tersarung di jari manisnya, direnung berkali-kali. Dalam Hiba dan sendu, dia menguntum senyum. Hiruk pikuk suasana di majlis kenduri siang tadi sudah lama menyepi. Terharu rasa di hati melihat kunjungan tetamu yang hadir tanpa memperdulikan kisah hitam yang telah berlaku. "Syukran Ya Allah!" Desisnya perlahan. Sabar juga Aliff Hakimi menantinya.
"Sanggup ke awak menanti saya selama 5 bulan lagi?"
"Insya-Allah, jangankan 5 bulan, seribu tahun lagi pun saya sanggup" Jihan tersenyum sendirian mengenangkan kata-kata Aliff.
"Kenapa 5 bulan?"Soalan Aliff itu sengaja dia biarkan tidak berjawab. Ada sebab mengapa dia meminta Aliff menikahinya selepas tempoh 5 bulan berakhir. Dia sebenarnya takut! Takut jika benih lelaki yang merosakkannya akan bercambah di dalam rahimnya. Alhamdulillah! Allah telah memakbulkan permintaannya.
Jihan menarik nafasnya dalam-dalam. Bau harum semerbak aroma mawar merah memenuhi ruang kamar pengantinnya. Terasa begitu romantik dengan warna biru laut dan putih menghiasi setiap ruang. Entah apa warna kegemaran Aliff, dia sekadar memilih mengikut gerak hatinya.
Pintu bilik tiba-tiba terbuka. Aliff tersenyum lembut. Masih kelihatan segak biarpun sekadar berbaju melayu putih dan berkain pelikat.
"Assalamualaikum……" Lembut suara Aliff menyapa cuping telinganya. Jihan tertunduk malu tatkala pandangan lelaki itu melirik ke arahnya.
"Dah jawab salam?" Jihan sekadar mengangguk.
"Abang tak dengar pun?"
"Jihan jawab dalam hati" Wajahnya masih tunduk merenung jari jemarinya. Terasa degup jantung berlari pantas.
Perlahan-lahan Aliff memegang dagunya. Menarik wajahnya mendongak ke atas. "Lain kali abang nak dengar sayang jawab salam tau!" Hidung Jihan dipicit lembut. Serta merta wajah Jihan merona merah. Mendengar perkataan sayang itu, makin dia jadi tidak keruan.
“Dah ambil wudhuk?” Jihan mengeleng perlahan.
“Ambil wudhuk dulu ye, nanti kita solat isya’ dulu lepas tu baru solat sunat 2 rakaat ye.” Aliff tersenyum lembut. Ciuman hangat di dahi Jihan dihadiahkan sebelum hilang ke bilik air mengambil air sembahyang.
Selesai berwudhuk, Jihan sudah berteleku di sejadah menunggu Aliff. Seketika menanti, lelaki itu muncul semula dengan wajah yang masih basah. Dia melemparkan senyuman sebelum mengangkat takbir menunaikan solat isya’. Air mata Jihan tidak henti-henti mengalir tatkala suara lelaki yang kini menjadi suaminya mengalunkan kalam Allah di dalam sembayangnya. Merdu! Menusuk hingga ke tangkal hati.
"Kenapa sayang abang ni menangis?" Aliff mula bimbang melihat Jihan yang tidak henti-henti menangis. Malah makin menjadi-jadi pula tatkala gadis itu mencium kedua tangannya. Jihan mengeleng-ngelengkan kepalanya. Tidak terjawab soalan yang Aliff ajukan.
Dahi Aliff mula berkerut. "Jangan-jangan Jihan menyesal tak? Menyesal akhirnya terpaksa memilih abang!" Jihan cepat-cepat mengeleng. Tidak mahu Aliff tersalah sangka dengan perlakuannya.
Aliff tersengeh. Ditarik tubuh Jihan ke dalam pelukkannya. "Sudahlah tu sayang. Abang tak pandai nak pujuk" Rambut Jihan yang panjang mengurai itu dibelainya lembut. Ubun-ubun kepala Jihan dikucupnya berkali-kali. Jihan masih terisak-isak. Memejamkan matanya yang terasa perit. Terasa aman tatkala berada didalam pelukkan Aliff.
Perlahan-lahan Aliff merenggangkan pelukkannya. Menyeka dengan cermat air mata yang masih bersisa di pipi Jihan.
"Agaknya Jihan masih sedih pasal Hana?" Jihan mengangguk perlahan. Memang, rasa terharu bersuamikan Aliff dan sedih tentang Hana, bercampur baur menjadi satu.
Hana dimasukkan ke hospital sakit jiwa sejak sebulan yang lalu. Entah apa yang terjadi dia sendiri tidak pasti. Pelik melihat Hana yang bijak dan periang tiba-tiba disahkan mengalami tekanan emosi hingga dia hilang pertimbangan. Kelam kabut jadinya bila Hana dengan sengaja menyembelih seekor kucing peliharaan teman serumahnya. Sampai lumat kucing itu dikerjakan. Sebelum dimasukkan ke hospital, kelakuan pelik Hana makin menjadi-jadi. Tubuhnya habis luka, dicarik-cariknya dengan besi tajam. Kata Hana, dia nak bersihkan kesan kotor yang terdapat ditubuhnya. Tubuh Hana yang dulunya monggel habis calar balar dan kian tidak terurus.
"Kenapa Kak Hana boleh jadi macam tu?" Jihan tiba-tiba bersuara, sebak. Aliff terdiam. Perbuatan Hana dan Amri sengaja dirahsiakan dari pengetahuan Jihan dan ibunya. Dia bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk. Dan mungkin apa yang berlaku terhadap Hana adalah balasan dari Allah. Maha Suci Allah tuhan sekelian alam, di dunia lagi sudah ditunjukkan azabnya, apatah lagi di akhirat kelak.
"Sudahlah tu! Jangan fikirkan sangat apa yang dah berlaku. Hari hari bahagia kita berdua. Abang nak sayang abang ni senyum. Rindu sangat dengan sepasang lesung pipit yang comel tu!" Aliff tersengeh sambil mengeyitkan matanya beberapa kali.
Jihan mengetap bibir menahan geram. "Abang ni!" Sebuah cubitan hinggap di peha Aliff. Berkerut-kerut wajahnya menahana rasa perit. "Boleh tahan juga isteri abang ni ye! Sekali dia cubit, nak pitam abang dibuatnya!" Wajah Jihan yang tadinya mencuka mula melebar dengan senyuman dan akhirnya pecah ketawa dari bibirnya.
"Aduh! Ketawa dia, merdu sungguh!"
"Abang ni, jahat!" Dan sebuah cubitan sekali lagi cuba diberi namun cepat-cepat Aliff mengelak. Tangan Jihan dicapainya, dibawa ke dada. Digenggamnya erat-erat. Jihan tersipu malu.
Ubun-ubun kepala Jihan dibelainya dengan lembut. "Bismillahhirramanirrohim.. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebajikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan, dan akupun berlindung kepada-Mu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang ada padanya." Terasa hembusan hangat nafas Aliff di kepalanya. Matanya terpejam rapat. Damainya!
Seketika kemudian terdengar hujan yang mula turun rintik-rintik di luar rumah. Angin malam sepoi-sepoi bertiup. Mencuri masuk melalui rekahan dinding kayu, menyapu lembut pasangan pengantin baru. Hujan rahmat!.............
[Hana memandang Jihan dan Halimah silih berganti. Matanya buntang merenung. Lama memandang dia tiba-tibanya ketawa. Mula-mulanya hampir tidak kedengaran dan akhirnya mengilai-ngilai seperti pontianak.
Air mata Halimah mula bercucuran. Berkali-kali dia mengucap panjang. Hana masih tidak berubah. Keadaannya masih sama sewaktu pertama kali dimasukkan ke sini. Cuma dia tidak seliar dulu yang bertindak membabi buta.
"Sabarlah mak. Kita berdoa pada Allah banyak-banyak. Mudah-mudahan Kak Hana akan sembuh" Tubuh Halimah dipeluk erat. Halimah masih tidak mampu untuk bersuara. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Tidak sanggup melihat keadaan Hana yang meronta-ronta minta dilepaskan.
Jihan menarik nafasnya dalam-dalam. Sesekali tangannya mengusap perutnya yang sedang sarat mengandung. "Jomlah kita balik mak. Dah lama abang Aliff tunggu kita kat luar. Nanti kita datang lagi ye!" Pujuknya lembut. Halimah sekadar mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun biar pun berat untuk meninggalkan Hana di sini.
Jihan yang baru separuh melangkah tiba-tiba berhenti. "Kenapa Jihan? Sakit perut?" Soal Halimah kelam kabut. Jihan sekadar mengangguk. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa sakit. Dia terduduk, tidak mampu lagi untuk berjalan.
"Sayang, sabar ye. Ingat Allah banyak-banyak. Sekejap lagi kita sampai kat hospital." Aliff berusaha menenangkan Jihan yang sesekali mengerang kesakitan. Keretanya dipecut selaju mungkin. Tidak dihiraukan jika ada polis yang akan mengekorinya nanti. Dia cuma mahu sampai di hospial dengan cepat. Dia mahu Jihan selamat. Dia mahu bayi kembarnya juga selamat!
"Alhamdulillah! Alhamdulillah!" Aliff tersenyum gembira. Sangkaan mereka sekadar mendapat sepasang bayi kembar tetapi Allah melebihkan rezeki mereka berdua. Jihan selamat melahirkan cahaya matanya, kembar tiga dengan mudah.
Aliff mengucup lembut pipi Jihan. Mengesat dengan cermat peluh yang masih merenek di dahi isteri kesayangannya. "Tengoklah sayang, Maha Suci Allah yang amat pemurah. Dia cuma mengambil satu dari Jihan tetapi kemudiannya mengurniakan tiga mutiara indah buat Jihan dan abang" Jihan terkedu. Sejuk memandang bayi comel yang masih merah di dalam pelukkannya.
"Bukan tiga!" Aliff yang baru membongkok untuk mencium anak-anaknya kembali berdiri. Menghantar pandangan penuh tanda tanya.
"Bukan tiga tapi empat, termasuk abang!" Aliff tersenyum senang hati. Bibir basah Jihan dikucupnya lembut. Abang pun sama sayang. Bahagia dapat memiliki isteri seperti mu. Rahmat yang terlalu besar tatkala Jihan Sofinas sudi membuka pintu hati!…………
"Assalamualaikum Aliff Haikal, Jihan Syahdina, Jihan Syahmina. Selamat datang sayang" Ketiga-tiga dahi anaknya dicium penuh kasih. Mengerekot bayi comel itu di dalam dakapan ibunya. ]
TAMAT
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak salah penulisnya bernama Mas, tak aktif menulis kerana menjaga ibunya yang sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Adilla posted on 9-12-2013 05:47 PM
kalau tak salah penulisnya bernama Mas, tak aktif menulis kerana menjaga ibunya yang sakit.
oh yer eak...hehe..
dah luper..blog tu tutup dah lama..hampir 5 tahun kot..
mas tu banyak mulut2 cabul yg banyak komen bila blogger tu jarang update..
dan macam2 lg la...
bestka karya2 dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
best.
ada juga kakak macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 10-12-2013 08:50 AM
oh yer eak...hehe..
dah luper..blog tu tutup dah lama..hampir 5 tahun kot..
mas tu banyak mulut2 ...
karya dia mmg terbest. sayang tak dpt diketengahkan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|