View: 1651|Reply: 2
|
Lari ke mana pun ia menghampiri mu...
[Copy link]
|
|
Lari ke mana pun ia menghampiri mu...
(1)
Al Kisah…
Seorang lelaki kaya meminang seorang gadis yang terkenal dengan kecantikannya. Sekali pandang sahaja hatinya sudah terpikat. Seorang pun tidak tahu bahawa lelaki kaya ini sebenarnya adalah dahulunya seorang pengasuh yang berkerja dengan sebuah keluarga arab. Sebulan selepas itu majlis perkahwinan dilangsungkan dan mereka hidup dengan aman dan bahagia.
(2)
Wanita cantik yang berkahwin itu pernah mengalami satu peristiwa malang sewaktu beliau dilahirkan. Ibunya menceritakan bahawa ia pernah ditikam oleh pengasuhnya. Namun dengan kecekapan ibunya, luka tikaman itu dapat disembuhkan dan yang ada cuma kesan parut yang hampir menghilang.
(3)
Suatu hari isteri orang kaya itu bertanya kepadanya : “Kanda ni berasal dari mana?”.
Dengan rasa berat hati lelaki kaya itu berkata: “Demi dinda, kanda ceritakan hal sebenarnya...
Pada suatu masa seorang lelaki keluar dari khemahnya kerana mencari kayu api untuk memanaskan khemah.Isteri tuannya sudah hampir melahirkan anak. Maka dia perlu mencari berapa banyak kayu untuk menghangatkan khemah kerana udara tersangat sejuk ketika itu.
Dalam pencarian kayu api, pekerja lelaki itu terjumpa seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu bersuara : Tidak perlu lagi kamu mencari kayu api. Puan kamu sudah melahirkan anak. Anak itu adalah bayi perempuan dan suatu masa nanti akan menjadi seorang wanita yang terkenal dengan kejelitaannya. Dia akan berkahwin dengan pekerja ibunya namun selepas melakukan zina dengan 100 orang lelaki. Kemudian wanita itu akan menemui ajalnya disebabkan oleh seekor labah-labah.
Sebaik sahaja mengucapkan kata-katanya, lelaki itu pun menghilang dari pandangan.
Pengasuh lelaki itu pula dan berkata dalam hatinya : Mana mungkin aku akan berkahwin dengan anak tuanku sendiri. Ini hanya cerita karut.
Sebaik sahaja ia masuk ke khemah ia lihat puannya sudah melahirkan anak. Ia sangat terkejut kerana memang benar bayi itu adalah perempuan. Lalu ia mengambil pisau dan menikamnya. Tanpa berlengah lagi ia melarikan membawa diri di tempat baru. Tuah menyebelahinya dan ia menjadi saudagar kaya.
Kemudian orang kaya itu berkata : “Kandalah lelaki tersebut”.
(4)
Mendengar sahaja kisah tersebut si isteri berkata : “ Kalau kanda nak tahu, dindalah bayi yang kanda tikam dahulu” sambil ia menunjukkan bekas tikaman.
Orang kaya : Kalau begitu ada dua perkara yang berlaku pada kamu. Pertama kamu telah meniduri 100 orang lelaki. Benarkah begitu?.
Isteri : Dinda tidak ingat tapi agak ramai.
Orang kaya : tentu benar 100 orang, tapi satu lagi akan berlaku, dinda akan mati disebabkan oleh seekor labah-labah.
Si isteri yang jelita ketawa mendengar kata suaminya.
(5)
Setelah itu orang kaya membuat rumah yang besar dan sangat kukuh. Ia juga menyediakan pekerja yang ramai. Ia ingin memastikan tidak seekor labah-labah pun hidup atau masuk ke kawasan rumahnya.
Namun suatu hari sedang mereka duduk beristirehat, tiba-tiba si isteri melihat seekor labah-labah berada di suatu sudut syiling rumahnya. Ia pun sambil berjenaka berkata “ inikah dia labah-labah yang nak bunuh saya” katanya smbil ketawa berdekah-dekah.
Bila labah-labah itu jatuh ke lantai, si isteri terus memijak-mijak labah-labah itu sampai hancur badan serangga itu dibuatnya. Si isteri yang ketawa panjang itu tiba-tiba jatuh ke bumi. Badannya kejang. Dan kemudian menghembuskan nafas akhirnya.
Rupanya labah-labah itu mempunyai bisa yang membunuh.
Kisah ini sangat masyhur di kalangan arab badwi dan ia diceritakan semula oleh Imam Ibnu Kathir ketika mensyarahkan ayat yang berbunyi :
" أينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم في بروج مشيدة وإن تصبهم حسنة يقولوا هذه من عند الله وإن تصبهم سيئة يقولوا هذه من عندك قل كل من عند الله فما لهؤلاء القوم لا يكادون يفقهون حديثا " [ النساء 78 ]
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
mcm mana caranya nak ingatkan diri sendiri tentang "liqa' yg sahih" ni ?
perlu ke ada pengalaman baru blh jadi pengajaran atau dengan pegajaran barulah dpt pengalaman ?
siapa blh ceritakan ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|