View: 1782|Reply: 1
|
Berdoalah agar engkau pandai berdoa...
[Copy link]
|
|
Berdoalah agar engkau pandai berdoa...
Tersebutlah kisah seorang lelaki di kalangan bani Israil yang diberi tiga doa mustajab untuk dirinya sendiri.Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki. Dikatakan paras rupa isteri lelaki ini sangat buruk dan fikirannya pula bercelaru.
Suatu hari isteri lelaki ini berkata pada suaminya : “Wahai abang, aku tahu kamu mempunyai doa yang mustajab, maka apa salahnya kalau kamu doakan aku menjadi wanita paling cantik sekali ketika ini”.
Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya si suami mengikuti kehendak isterinya. Dengan Izin Allah, isterinya menjadi seorang wanita jelita yang tiada tolok bandingannya.
Namun isteri lelaki ini lupa diri dan membuat curang. Lelaki tadi marah dan menyumpah isterinya. Lalu berubahlah isterinya menjadi anjing betina yang asyik menyalak.Kini dua doanya yang mustajab telah digunakan.
Melihat keadaan wanita malang itu, anak lelaki tadi datang kepada ayahnya dan merayu-rayu agar ibunya dikembalikan kepada bentuk asalnya.
Lelaki tersebut mendoakan isterinya dan wanita itu kembali menjadi seperti rupa asalnya yang hodoh.
Kisah ini adalah picisan dari tafseran mengenai Bal'am Al Ba'ura (Tafser Muyassar 3/56) .
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm...well..ok. sahih ke cerita macm ni, ni??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|