CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2431|Reply: 4

Oh ANGAU pergi kau jauh-jauh...

[Copy link]
Post time 22-11-2013 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Oh ANGAU pergi kau jauh-jauh...



Angau adalah penyakit orang muda atau insan yang berhati muda. Ia timbul kerana perasaannya tidak terkawal oleh kewarasan akal dan mahukan sesuatu yang lebih dari cinta iaitu bersama dan berbicara...

Punca utama pengganggu emosi ini adalah kesunyian diri. Maka punca utama inilah yang harus dikendalikan dan dirawati oleh penanggung penyakit lupa diri ini.




Seorang pelajar lelaki mengadu kepada tok gurunya bahawa dia tidak boleh lupakan seorang wanita. Lalu tok gurunya beri satu doa yang berbunyi " Ya Allah masukan nur dalam hatiku, dalam fikiranku dalam tidurku dan dalam sedarku".

Pelajar tadi terkedu lalu berkata " Wahai guruku!.. jika begini aku semakin sukar untuk melupakan kekasih ku".

Gurunya bertanya " kenapa?!. kamu tidak yakin dengan apa yang aku cakapkan tadi?".

"Bukan begitu wahai tuan guru, akan tetapi kekasih saya itu namanya NUR".


Senyumlah sebentar..





Semakin berdoa untuk melupakannya, semakin sukar untuk memadam memori dan perasaan terhadapnya. Maka gunakan teknik pengalihan pelbagai. Untuk apa kamu menanggung derita dengan suatu yang tidak pasti. Kenapa mengikat diri dengan duri-duri beracun?.



Lepaskan diri.





Lalu bagaimana untuk melolokan diri kita dari iguan perasaan yang mencengkam jiwa dan fikiran ini?.

1. Alihkan perasaan dan fikiran. Dengan menggunakan kalimah azimat iaitu :

"Kalau jodoh tidak ke mana. Tak perlu nak fikir terusan. ".

Tapi kalau bukan jodoh buat apa menanggung bebanan ini. Banyak lagi perkara untuk kita nikmati jika kita rasionalkan diri.  



2. Alihkan pandangan.
Dari melihat bayang-bayang kepada suatu yang nyata.
Bila teringat seseorang terus alih pandangan ke kiri atau ke kanan. Atau alih kemana sahaja. Kemudian lihat perkara atau objek yang terpampang di hadapan kita dengan sejelas-jelasnya hingga bayangan itu hilang.

Jika lihat kiri masih terbayang, alih segera ke kanan seingga kita betul-betul lihat alam nyata.


3. Alihkan Niat dan Pasrah.
Jika timbul perasaan asyik dan angau yang tidak tertahan, maka katakan pada diri " Beginilah sepatutnya perasaan aku kepada Allah dan rasulnya". Lalu terus berselawat sehingga terpamer wajah Nabi yang sedang tersenyum mendengar rintihan kita.




Sibukan diri.

Jangan berada di tempat atau situasi yang boleh menimbulkan kesunyian pada diri. Hatta jangan berada dalam bilik atau tempat tidur melainkan betul-betul perlu atau merasa ngantuk.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh well...hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 02:11 AM | Show all posts
Kalo langau dan tungau bole dihalau
tp yg dh angau tu susah nk khusyuk
- yg lalai tu kna la selalu beringat²
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:00 AM | Show all posts
Hebatnya angau sehingga dicipta kata-kata - 1)mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena 2) Biar ditimpa buah kelapa dari ditimpa perasaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2013 11:58 AM | Show all posts
KALAU KENA ANGAU...NAMPAK BUMBUNG RUMAH PUN JADI LE KAN???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054986 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list