CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 1

Jangan takut kehilangan

[Copy link]
Post time 22-11-2013 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Jangan takut kehilangan


Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah nescaya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik

Allah itu penuh dengan keagongan dan kemuliaan. Tidaklah seseorang hamba menghampirinya melainkan diberikan cita rasa yang bersih dan suci dan dikurniakan baginya kehebatan mengikut tahap kehampiran hamba itu.

Namun kita perlu berkorban untuk meninggalkan kesukaan dan keseronokan diri demi mencari kesukaan dan kegembiraan Allah.


Dalam kehidupan ini

Banyak perkara yang kita takuti.

Kita takut kehilangan dunia kita           

Kita takut kehilangan insan-insan yang kita sayangi

juga keseronokan dan kenikmatan hidup yang kita kecapi

dan risau kehilangan rakan-rakan yang sering menemani kita saat-saat bahagia dan duka.



Tapi ketakutan dan kerisauan ini hanya dalam kotak akal kita. Walau ada beribu ketakutan dan kerisauan akan tetapi ia tidak lebih dari pemikiran kita sahaja. Tidak lebih. Bermakna di luar sana ada ruang yang lebih besar dan luas yang masih kita belum terokai dan temui.

Jadi jangan takut untuk merasai kehilangan kerana Allah. Kerana kehilangan itu sebenarnya adalah memberi ruang untuk kita mendapatkan peluang baru dan perasaan baru atau juga pengganti baru.

Buktinya..

Nabi Sulaiman telah mengorbankan kuda-kudanya yang telah menyebabkan baginda merasakan dirinya seperti terlupa kewajibannya kepada Allah. Akhirnya Allah berikan ia angin untuk menjelajahi dunia seadanya.

Nabi Yusuf pula telah meninggal nafsu syahwatnya, perempuan dan kedudukan baik dalam istana. Kemudian duduk dalam penjara selama tujuh tahun dan akhirnya diberi pangkat dan kedudukan yang tinggi. Kemudian dikembalikan kepadanya perempuan yang sama dengan cara halal dan diredhai Allah.



Maka jangan takut untuk bersedekah

jangan takut untuk memberi

jangan bimbang meninggalkan rezeki yang haram

jangan bimbang untuk berjuang dan berkorban

jangan risau jika dipulau atau ditinggalkan seseorang yang dicintai


Jika ia berlaku kerana Allah.Maka Allah tidak persiakan usaha dan pengorbanan hambanya.

Nanti di suatu ketika kamu akan melihat kurniaan dan ganjaran Allah yang tidak kamu ada rasa sedikit pun terkilan kerana kehilangan yang lalu.


Hinggakan meninggalkan pandangan ke arah yang haram pun ada ganjarannya...

Pernah suatu ketika Saidina Huzaifah meriwayatkan hadis Nabi Sallallah alaihiwasallam :

(النظرة إلى المرأة سهم من سهام إبليس مسْمومٌ من تَركَه خَوْف الله أثابه الله إيماناً يجد به حلاوته في قلبه)

. رواه أحمد في مسنده





mafhumnya :





Pandangan ke arah wanita adalah satu panahan berbisa dari iblis. Barangsiapa yg meninggalkannya kerana takut pada Allah maka Allah akan memberi ganjaran kepadanya berupa Iman yang dirasai kemanisannya di dalam hati




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 07:30 PM | Show all posts
Nanti di suatu ketika kamu akan melihat kurniaan dan ganjaran Allah yang tidak kamu ada rasa sedikit pun terkilan kerana kehilangan yang lalu.

mendalam maksud  klausa ini... Last edited by mbhcsf on 23-11-2013 07:31 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.041536 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list