View: 9365|Reply: 10
|
Umrah 'Free & Easy' / Tanpa Melalui Travel Agent
[Copy link]
|
|
Assalamua'laikum duhai sahabat-sahabatku yang baik hati...
Ada beberapa sahabat yang sedang kumpul info tentang pengalaman tunai umrah secara 'free and easy' / tanpa travel agent.
Ada yang sudi kongsi pengalaman / tips? ... atau ada yang sudi kongsi sebarang info berkenaan perkara ini?
Semoga Allah s.w.t. merahmati kita dan memudahkan kita untuk dipilih menjadi tetamu istimewaNya (lagi) di Tanah Suci, insyaAllah.
Info seperti ini sangat menarik... Pengalaman Dr. Hamid Arshat (Pakar Perubatan) tunai umrah cara 'free & easy'.
Terima kasih. Wassalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak free pon!
Satu lagi perkara ialah saya dan usteri pergi umrah dengan pengurusan sendiri , ajen pelancungan bantu kita dapatkan visa umrah dengan sedikit bayaran Biasa teksi salon muat 4 orang harganya 600 rial tetapi yang besar saperti GMC atau van harga antara 800 hingga 1000 rials bolih muat sehingga 8 orang.
Beginilah cara kita buat umrah secara ' Free and Easy'
Hmmmm..... |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 21-11-2013 02:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
Tak free pon!
Terima kasih mnm77.
|
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah, nampaknya ramai yang inginkan info lanjut dari Tn Hj. Mahmud Hassan.
Ada sesiapa yang boleh bantu mendapatkan jasa baik Tn. Hj Mahmud untuk kongsi pengalaman di sini??
"Alhamdulillah saya pernah menunaikan umrah secara bersendirian siap dengan ziarah di madinah lagi, tak melalui travel agensi pun, kecuali masa nak ambil visa umrah terpaksa melalui agensi. Tak susah mana pun, belanja yang akan dijimatkan adalah sekitar 30-40%. bayangkan saya pergi sekeluarga 8 orang, saya jimat dekat RM15 ribu. Jangan takut sangat, caranya mudah, tempah segala-galanya masa di Malaysia lagi, cari je dalam internet setakat hotel, kenderaan dan ziarah semua ada. Hotel yang saya duduk di Makkah Hotel Hilton (5 bintang) cuma 20 meter dari Masjidi Haram. Selesa dan bila-bila nak ke Kaabah, jalan kaki je. InsyAllah saya akan ke sana lagi sebab Air Asia pun ada penerbangan terus ke Jeddah. Mana-mana yang nak tips dan cara menunaikan umrah secara sendiri, saya bersedia berkongsi ilmu sebab bolehlah dapat tempias pahala nanti, dan kalau ilmu tu pulak dikongsikan kepada orang lain, maka berterusanlah pahalanya, yang pastinya lebih dari keuntungan duit ringgit di dunia...InsyaAllah"
Link> Pengalaman Hj Mahmud Hassan tunai umrah secara bersendirian
|
|
|
|
|
|
|
|
'Free' tu percuma ke bebas?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 21-11-2013 01:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
'Free' tu percuma ke bebas?
A-aaa-laa 'free' tu bila baca balik maksudnya 'bebas' atau 'tanpa' travel agent
Tajuk mengelirukan saya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus thread ni. Mmg tgh merancang nak cuba cara ni utk buat umrah tahun depan insyaAllah.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Ada terbaca sejarah org dulu² buat Haji/umrah - UNTOLD |
|
|
|
|
|
|
|
Yang experienced buat free and easy dari Malaysia ni macam orang yang duit dah berkepuk je......
Kalau taraf hotel 5 bintang dan ada international chain dan ada membership card, memang payah lah nak kena tipu pak arab. Book thru agoda pun takde hal. Naik flight pun tak main kelas ekonomi, siap ada special lane.
Tapi kalau konsep "free and easy" sebab bajet ciput, memang cabaran besar. Kecuali memang dah biasa travel sorang, faham bahasa arab dan jiwa kental.
Tapi masa saya pi, dalam group tu memang ada yang buat "free and easy". Flights, visa and hotels TA settlekan, lepas tu depa dah tak sama group. Jumpa balik masa nak naik bas ke Mekah. Di Mekah depa hilang balik lepas tu tak jumpa dah. Katanya depa duduk lama dari kitaorang yang setakat 4 hari di Mekah. Last edited by baulu on 22-11-2013 11:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|