View: 7732|Reply: 66
|
Tak Wajib Terikat Pada Satu Mazhab Sahaja.
[Copy link]
|
|
![](https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-frc3/c44.44.550.550/s160x160/383461_10150750228562990_456992930_n.jpg)
DrMAZA.com
Kata tokoh fekah semasa yang terkenal al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili:
“Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang ALLAH wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah maksudnya): Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui (an-Nahl:43)
Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh…
Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan kukuh di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya” (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair).
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Tidak Terikat Dengan MazhabDisiarkan pada May 21, 2010
Soalan: Dr Asri, saya membaca buku Fekah as-Sunnah karangan Sayyid Sabiq. Saya amat tertarik dengan perbahasan buku tersebut yang mengambil kira pendapat berbagai mazhab.Tapi, kawan saya melarang membaca buku tersebut. Dia memberitahu saya bahawa pendapat yang tidak mengikut Mazhab Shafie adalah sesat. Saya keliru, sebab saya juga diberitahu bukuFekah as-Sunnah diterima di seluruh dunia. Bolehkah Dr Asri huraikan masalah ini?
Kamaruzaman, Kuala Selangor.
Jawapan Dr MAZA:
Saudara, wajib bagi kita umat Islam menghormati imam-imam akidah dan fekah dari semua aliran mazhab Islam yang muktabar. Sikap menyesatkan aliran mazhab fekah yang lain adalah sikap fanatik dan melampaui batas. Merujuk kepada masalah yang dikemukakan, saya tegaskan perkara-perkara berikut;
1. Kitab Fekah as-Sunnah adalah rujukan yang baik. Ia ditulis oleh tokoh ilmuwan besar al-Imam Sayyid Sabiq r.h atas cadangan al-Imam Hasan al-Banna r.h. Tujuan buku tersebut ditulis antaranya untuk membebaskan sikap fanatik mazhab yang wujud dalam kalangan umat Islam. Sebab itu adanya kata aluan Hasan al-Banna pada buku tersebut. Sayyid Sabiq sendiri menjelaskan tujuan bukunya untuk menghapuskan taksub mazhab dan khurafat yang menganggap bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Buku ini amat baik untuk bacaan. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Sebahagian hadis dalam buku diberi komentar oleh al-Albani dalam bukunya Tamam al-Minnah. 2. Bermazhab dalam fekah itu bukan satu kesalahan. Namun fanatik mazhab adalah menyanggahi syarak. Imam-imam mazhab yang mulia seperti para imam yang empat dan selain mereka melarang sikap fanatik mazhab. Fanatik mazhab dalam ertikata berpegang dengan sesuatu pandangan dalam masalah fekah secara keras dan enggan melepaskannya sekalipun dirinya mengetahui bahawa pandangan tersebut salah, atau tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi dalil syarak yang lebih kuat dan ada pendapat lain yang lebih benar atau kuat. Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman menyebut: [size=1em]“Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak. Ini kerana maksud taksub mazhab ialah seseorang beriltizam dengan pendapat tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah, sedangkan dalam masa yang sama –antara dirinya dengan Allah azza wajalla- dia sedar pendapat tersebut tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah memberikan pendapat yang sahih. Namun dia meninggalkan pendapat yang sahih tersebut dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi bertentangan dengan yang sahih. Ini sikap yang dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu wajib beramal dengan apa yang dia yakin benar dari segi dalil dan kesahihannya. Seseorang tidak boleh berpegang dengan sesuatu pandangan sedangkan dia tahu pandangan itu lemah, atau tidak sahih. (lihat: al-Ta’asub al-Mazhabi Atharuhu ‘Ala al-Mazahib al-Islamiyyah, http://www.al-forqan.net)
3. Mengikut sesuatu mazhab seperti Mazhab al-Syafi’i atau Hanafi atau Hanbali atau Maliki selain mereka dari kalangaan imam-imam yang muktabar bukan satu kesalahan, namun bukan juga satu kewajipan untuk seseorang menentu diri mesti sentiasa bermazhab tertentu. Seseorang muslim wajib menghormati para imam dan juga pandangan-pandang mereka. Namun, kita dilarang untuk taksub yang menghalang kita untuk meneliti atau memahami pendapat yang pelbagai dari mazhab-mazhab Islam tersebut. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: [size=1em]“Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
4. Beraliran mazhab tertentu seperti orang Malaysia beraliran Mazhab al-Syafi’i, Pakistan beraliran Hanafi, Morocco beraliran Maliki dan Saudi beraliran Hanbali, tidak menjadi masalah. Namun yang menjadi masalah keengganan untuk akur kepada dalil yang diyakini dan sikap sudah menuduh orang yang beraliran lain sebagai sesat. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunyaAl-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?. Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang menyatakan tidak wajib. Kata beliau: “Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah: (maksudnya): “Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.” Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh. Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya”. (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair). 5. Maka, elakkanlah fanatik mazhab. Dalam masa yang sama kita menghormati para imam mazhab atas limpahan kesarjanaan mereka. Dr al-Qaradawi menjelaskan: [size=1em]“Kebebasan kita dari sikap keras dalam bertaklid dan taksub mazhab tertentu tidak bermaksud kita mencerca mazhab-mazhab, atau menghina kedudukan para imam r.ahum. Ini tidak mungkin untuk dilakukan oleh seorang muslim yang mencium haruman ilmu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah mengarang kitab yang bernilai lagi masyur mengenai hal ini. Beliau namakan Raf’u al-Malam ‘an al-Immah al-A’lam yang mana diterangkan dalamnya keuzuran buat para imam apabila mereka meninggalkan hadis. Beliau menjelaskan bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang sengaja menyanggahi RasululLah s.a.w., atau cuba berpaling dari sunnah baginda yang thabit…Namun yang kita maksudkan kebebasan dari mazhab ialah: seorang ahli fekah tidak mengikat dirinya dengan ikatan yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Maka dia hendaklah mengambil pandangan dari mana-mana mazhab sekalipun, yang didapati lebih kuat hujahnya berdasarkan penilaian syarak”. (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 36).
|
|
|
|
|
|
|
|
aku terbace tentangnyer..... ade beberape perkara mudah dlm mazhad yg ini tetapi tidak yg itu....
contoh bersentuhan lelaki perempuan batal wuduk... ade discprepancies dlm beberapa mazhab
sooo bolehkah aku kumpulkan perkara yg mudah dari beberape mazhab dan tinggalkan yg susah ...dan amalkannyer....?..
|
|
|
|
|
|
|
|
jappppppppppppppppp
why making a big deal deal pasal mazhab pulak ?
ia hanyalah furu' ranting kalau banyak sangat sampai tak terkejar balik pada usul
Dalam buku Dr Zaharudin abd Rahman - a Comprehensive Prayer Formula / Formula solat lengkap in Malay version
ada kupasan yg bst ttg
a) The discussion on following blind school of thought following and Its Integration
and
ANDDDDDDDDDDDDDDD
ini penting
sila baca buku ini dan berguru dan yg to whom it MAY CONCERN sila cover basics dulu yaaaa
ada satu lagi concept talfiq - Dr Zaharudiin senaraikan
satu istilah ni namanya
talfiq or tarkib
I petik directly from Dr Zaharudin Abd Rahman pp. 4 -5 - A comprehensive Prayer Formula
- those who adhere to a particular school of thought can blindly follow the opinions of other school of thought as long as THEY DO NOT FALL INTO TALFIQ or TARKIB
what is talfiq - refers to the assimilation / integration of opinion from all these school of thoughts til it deviates from the opinion of al scholars
INGAT yang BASICS tak berapa cukup jgn memandai interpret
ii INI yang dia bold kan ini yg penting -
THE INTENT IS NOT TO FIND RUKHSAH - ini yg I takut kalau nak memandai , tulis posting like nobody business - he elaborates - THE INTENT is not to FIND RUKHSAH - which refers to the easiest ruling from the school of thought as this is considered SINFUL ACT AND CAN FALL TO FISQ (FISQ - WHAT IS THIS ??? ANYONE - ??? - AND Dr Zaharudin cite this : I' aanah al - Tolibin, al Bakri bin Muhammad Shata al- Dimyati , 4 / 217 ; al - Taqrir wa takhbir , Imaam Al- salhuddin al' A'lafi, 3/ 351)
Fisq is known in shariaah as ' tattabu' ar rukhas ( ?? what does this phrase mean in malay??? ) . Accodding to Imam Jalaluddin al - Mahally as Shafi'i and Imam Abu Ishaq al Shatiby Al - Maliki , this act is unanimously agreed by scholars (ijma') as forbidden ( Sharh Jam'al -Jawaami 2/402; al I'tisam 4/43)
Last edited by mbhcsf on 2-11-2013 01:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu contoh yg jelas
menurut Dr Zaharudin Abd Rahman dalam buku A comprehensive Prayer Formula pp4-5 ( 2009 ), saya petik tulisannya yg berhuruf condong
' As for the lay people who blindly follow a school of thought WITHOUT knowledge and without knowing the evidence, they can blindly follow other school of thought in a particular matter by observing certain conditions as highlighted below'
Example 1 :
if one wants to blindly follow the opinion of Hanafi schoolof thought that state :the touching between husband and wife does not invalidate wudhu', THEN HE MUST PERFORM WUDHU' according to the HANAFIS ( which indicates washing 1/4 of the head while performing ablution/ wudhu').
IN CONCLUSION , HE SHOULD OBSERVE THE PRE - REQUISITESFOR THE VALIDITY OF A PRAYER AND STAY AWAY FROM THE THE THINGS THAT INVALIDATE WUDHU' BASED ON HANAFI'S TOO i.e the same school of thought too - that 's the main message. SUCH a fatwa issued by Imam Ibn Hajar al - Haythami al - Shafi'i.
faham tak ? nak translatio i boleh ...translate kan tapi i suka bubuh teks asal sebab nak preserve makna, dan boleh faham first hand.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai kita sekarang ni sebenarnya dah tinggalkan mazhab. Berapa org yg pernah sekurang-kurangnya melihat kitab2 induk mazhab? Ramai kita lebih bertaqlid pada sumber internet: google, blog ustaz2, youtube dll berbanding mufti tempat kita tinggal. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 3-11-2013 12:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ramai kita sekarang ni sebenarnya dah tinggalkan mazhab. Berapa org yg pernah sekurang-kurangnya mel ...
tepat awak kiranya mudah ke atau 'accessible' untuk bertanya mufti , wow baguslah you ...in Brunei i know yg kenalan forum ni i kenal dedulu la ni dia tatau mana , tapi dia belajar mmg dengan mufti sebab tu dia tahu basic kuat dan tahu huraikan sesuatu ikut perspective. |
|
|
|
|
|
|
|
Terikat tu belitan kn...pemikiran yg luas jgn disempitkan.
Tarekat? Jgn smpi terikat juge le...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
macam aku ni
yg bodoh daif hina ni
dokkkk NGAJI AL QURAN - tak abih2 lagi
dok ngaji HADITH2 NABI - tak abih2 lagi
tak larat nak gi cekau kitab2 mazhab ni
tak larat sungguh![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 3-11-2013 02:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
macam aku ni
yg bodoh daif hina ni
dokkkk NGAJI AL QURAN - tak abih2 lagi
Laa...kalo bercakau/tercakau, baru le cekau.
- Dh kata x terikat kn, bknnya kata wajib terikat pada satu/dua/empat/etc. mazhab gtu...
Kalo dlm ngaji dikira terikat gk ke? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumusannya ...
4 imam inilah yang bertanggungjawab memecahbelahkan umat islam
hingga ke hari ini ... ![](static/image/smiley/default/huffy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 4-11-2013 01:18 AM ![](static/image/common/back.gif)
Rumusannya ...
4 imam inilah yang bertanggungjawab memecahbelahkan umat islam
Kn depa kata, "Jgn ikut aku, ikut dia s.a.w."
- yg tulis buku tu depa, tp yg jual buku sapa?
Umat Islam x salah, yg salah depa? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
Mcm x kena je...umat Islam hari ni mkn lauk keliling pinggan kot.
- Dlm penjara dpt mkn apa je?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg nk diikut tu siapa?
Yg nk ajak yg lain ikut tu ikut siapa?
- Terikut2 jgn smpi terikat, mengikat ikutan jgn smpi terikut2...
KAU INI BAGAIMANA?
Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir
AKU HARUS BAGAIMANA?
Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai
KAU INI BAGAIMANA?
Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan
AKU HARUS BAGAIMANA?
Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku
KAU INI BAGAIMANA?
Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya
AKU HARUS BAGAIMANA?
Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain
KAU INI BAGAIMANA?
Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai
AKU HARUS BAGAIMANA?
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya
KAU INI BAGAIMANA?
Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
Kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah
AKU HARUS BAGAIMANA?
Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggung jawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bisshowab
KAU INI BAGAIMANA?
Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku
AKU HARUS BAGAIMANA?
Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu
Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu
KAU INI BAGAIMANA?
Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis
AKU HARUS BAGAIMANA?
Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
Kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja
KAU INI BAGAIMANA?
Aku bilang terserah kau, kau tidak mau
Aku bilang terserah kita, kau tak suka
Aku bilang terserah aku, kau memakiku
KAU INI BAGAIMANA
ATAU AKU HARUS BAGAIMANA?
(Gus Mus '87)
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 3-11-2013 12:37 AM
tepat awak kiranya mudah ke atau 'accessible' untuk bertanya mufti , wow baguslah you ...in Brunei ...
saya org awam yg bermazhab ikut mufti. semua pelajaran asas agama adalah berpandukan pada silibus susunan kerajaan. sekarang, semua org/suasana boleh jadi guru saya. mana2 tak tercapai dek akal saya KIV. tetapi, asas tetap yg tlh dipelajari secara formal. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 4-11-2013 05:19 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya org awam yg bermazhab ikut mufti. semua pelajaran asas agama adalah berpandukan pada silibus ...
are u Bruneian ?
well dulu ada kat forum ni seorang Bruneian, dia pun cakap kat saya dia belajar agama formal di sekolah tapi lebih medalam dengan mufti
he knows a lot ...u know. u al ni mmg so alhamdulillah bagus sistem sebab orang yg berauthority accessible. |
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 4-11-2013 01:18 AM ![](static/image/common/back.gif)
Rumusannya ...
4 imam inilah yang bertanggungjawab memecahbelahkan umat islam
mana ade , mana boleh kata begitu.
perkara furuk , ranting tak lah memecahbelahkan
depa ada basics yg cukup baiklaa untuk depa derive semua hukum berdasarkan hadith sahih ...dan of course Quran definitely so pendek kata berdasarkan al Haq la )
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 4-11-2013 01:57 AM ![](static/image/common/back.gif)
Kn depa kata, "Jgn ikut aku, ikut dia s.a.w."
- yg tulis buku tu depa, tp yg jual buku sapa?
I think yg pecah belahkan ialah Syiah ... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 4-11-2013 09:13 PM
are u Bruneian ?
well dulu ada kat forum ni seorang Bruneian, dia pun cakap kat saya dia belaja ...
yep, salah seorg bruneian, bezanya saya knew a little. mufti biasanya akan buat kuliah subuh di pelbagai masjid secara berjadual, open utk umum & ada rakaman TV.
utk soalan2 public, jab. mufti ada kumpulan pegawai2 istinbat utk buat kajian2 yg bersesuaian. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 4-11-2013 09:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
yep, salah seorg bruneian, bezanya saya knew a little. mufti biasanya akan buat kuliah subuh di pe ...
i see, tapi u all best, most of your students dah pi menunaikan fardhu haji ....i was like wow...cool ...dah keje lengkap 5 rukun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|